January 21, 2010

a gay friend


kawan saya memang ada kecelaruan identiti
saya boleh terima lagi

kawan saya sangat boros sehinggakan duit elaunnya habis xsampai 3 hari
saya boleh terima lagi

kawan saya pinjam duit saya dan x bayar- bayar pon sampai hari ini
saya boleh terima lagi

kawan saya minta saya siapkan tugasan dia
saya boleh terima lagi

kawan saya xpergi semayang jumaat dan berfesbuk dirumah
saya boleh terima lagi

kawan saya selalu ponteng kelas ustaz sebab mungkin takut sentap
saya boleh terima lagi

kawan saya lepaskan kemarahannya pada saya disebabkan hal itu ini
pun saya boleh terima lagi

tapi kawan saya menipu saya..maaf saya xboleh terima
memang xboleh
kamu mengkhianati saya
kamu mengkhianati persahabatan kita

tuan-tuan dan puan-puan:
my GAY friend is a big fat LIAR

January 19, 2010

si tua akal sempit dan seluruh isi alamnya

salah kah kami nak jadi cikgu
kenapa benci sangat cikgu- cikgu diploma perguruan lepasan ijazah
kalau seorang dekan boleh mengeluarkan kata- kata demikian
apatah lagi pelajar- pelajarnya

soalan lazim yang akan diutarakan:
kenapa kamu anak emas kpm
kenapa kpm bagi kamu elaun sampai 1300 sebulan

tak faham
kenapa tanya kami
tanyalah kpm!

kritikan membina yang sering di dengar:
budak dpli ni menyusahkan
budak dpli ni kurang ajar
budak dpli ni besar kepala

betul ke kami macam tu?
saya pun xtahu
mungkin itu adalah set minda yang telah ditanam didalam pemikiran kamu yang sempit lagi pendek itu
bukan?

wahai dekan yang bijak bestari apa guna ada phD
kalau akal sempit lagi nak tinggi diri

boleh kah seorang dekan kata kami pelajar dpli
menutup periuk nasi pelajar ismp
wahai si tua yang berakal sempit bukan kah rezeki itu dari Allah

macamlah kami ni terhegeh- hegeh sangat untuk ke sini
hentikanlah diksriminasi kamu

"menutup periuk nasi"..bullsh**t

dari tnc sampai ke pak guard semuanya sama

tapi syukur lagi 2 minggu berada di sini
selamat tinggal semua isi alam upsucks

saya akan buktikan kami juga setanding malah lebih hebat dari pelajar- pelajar kamu wahai si tua berakal sempit

January 17, 2010

tok

tanggal 11.01.10 yang lalu tok telah pergi dijemput mengadap Ilahi. Innalillah..tok..terima kasih sebab besar, jaga, didik saya selama ni..semoga tok bahagia di sana dan saya tahu tok memang bahagia..

ah..
saya rindu tok~
T_______T

January 16, 2010

karma

"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak"

bila manusia mempersoal tujuan baik mereka seperti diperkotak- katekan
bila manusia merasakan kawan- kawan baru x sebaik kawan- kawan terdahulu
bila manusia menyatakan kawan- kawan baru mempergunakan mereka atas kepentingan peribadi
bila manusia melabel kawan- kawan baru tidak menghargai

maaf saya katakan..itu bulls**t

tidak kah kamu sedar bahawa wujud istilah karma
bukankah jika kamu berbuat baik maka balasan itu juga baik

jika hanya menunding jari menyalahkan orang lain maka kamu silap
kesilapan sebernanya datang dari kamu

January 10, 2010

lelaki sukar difahami apatah lagi dimengerti

lelaki
xsuka lelaki cakap besar apatah lagi cakap banyak
biar pendiam
diam itu berfikir

menipu
ni satu hal
putar alam pun masalah
jangan ingat perempuan ni bodoh sangat
naif sangat
cognitive ability kita sama tau

kalau terus terang kan senang
mesti xde cakap- cakap belakang
macam- macam lelaki ni ek
bila nak faham agaknya

January 5, 2010

falling in ♥ is always magical


yap..i'm in love
aku suka perasaan ni
rasa seperti melayang-layang
tapi
cintakan seseorang bukan bererti memiliki nya
kan..

tahun ini harapan aku
emm..agar
portugal menang world cup
takde la
agar kawen cepat- cepat
haha

gatal ek
itu cuma harapan
harapan yang tinggal harapan
tapi untul kesekian kalinya
aku akan berusaha tahun ini
berusaha untuk matlamat ku yang satu itu
doakan saya
amin~