October 20, 2012

meh diet meh

[doa]

sangat mengejutkan bila berat aku sama dengan berat christine yang pregnant 7 bulan. semua orang yang aku jumpa cakap aku gemuk. sekarang motivated nak kurus tapi esok- esok tak tahulah

kobar ajak nadiah jogging esok. jangan malas- malas fathiah ni bukan masalah kegemukan semata tapi kesihatan jugak. teruskan puasa setiap isnin dan khamis

memang aku perasan aku makin tak selesa dengan badan aku. nak pakai baju pon rasa semacam. t-shirt semua dah tak pakai sebab tak muat. malu!

selain masalah obes duit pon jadi masalah. banyak sangat hutang kena bayar bulan lepas. last week la pulak minta tolong bayarkan astro duit dalam bank cuma tinggal rm 90 time tu. tolak rm 64 itu saja duit yang ada sekarang

tak bukan masalah lagi sebab lusa dah dapat gaji. alhamdulillah

mak ada call sebelum ni. mak pesan amal surah al- insyirah [kelapangan]. kalau mak tak cakap mungkin aku takkan tahu maksud surah al- insyirah. baca selalu tapi tak tahu maksud. alhamdulillah sekarang dah tahu. sesuai sangat kalau nak jadikan sebagai doa

[the endless belanjawan]

October 14, 2012

October 11, 2012

counting days

bukan nak kahwin mahupun pregnant tapi kira hari nak cutiiiiii. next week exam sampai cuti raya haji. seminggu kemudian cuti sekolah bermula. hoyyehhhh

cikgu pulak yang excited lebih- lebih. memanglah rindu nak balik kampung. cuti kali ni nak pusing- pusing malaysia. arina ada ajak gi singapore. macam best. nak bawa adik- adik gi kl sesambil cari baju sepasang dua [kononnya]

memang tak sabar~

October 7, 2012

tanggapan meleset

pasti. pasti suatu hari nanti  akan ada seorang lelaki akan terima seadanya aku. pasti!

lupakan hal- hal sedih. hari ini kami ke mukah. release tension katanya. tujuan utama nak cari udang tapi bukan musim. sedih! tapi ke mukah kali ni best sebab dapat jumpa kak paih [schoolmate plus dormmate] dengan anaknya sekali hana yang comey

bawa ayuni ke pantai. lama tak tengok pantai. walaupun tak secantik terengganu pantai tetap pantai. asal ada ombak dah cukup untuk hilang rindu dendam. main kejar- kejar dengan ketam. tak pernah nampak ketam sebanyak itu. seronok teramat sangat!








October 4, 2012

not to waste

life is
too short
too beautiful

to wasted

terbaca:

"if you can not say 'Bismillah' before an action, do not continue with this action"

jadi aku cuba setiap kali mulakan kelas. alhamdulillah memang rasa lain. lebih tenang dan banyak idea. budak- budak pun berkelakuan baik

and also setiap kali sebelum gerak ke sekolah baca ni:

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat-hikmat-Mu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmat-Mu, wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Ya Allah, lapangkanlah dadaku, mudahkanlah urusanku, dan lancarkanlah lidahku agar mereka faham perbicaraanku

doa yang aku setiap hari baca sebelum mulakan kelas waktu sekolah dulu. lupa sebab dah lama. astaghfirullah