takut budu diambil orang. cepat- cepat sorokkan. mungkin ada dalam bilik kot. manusia memang kelakar. aku tak hadaplah budu kau. kalau nak aku boleh belilah
nasib baik dah dapat transfer. baguslah kak emy dan kak aini dua- dua dapat balik semenanjung. dapat bersama- sama dengan suami tercinta. akhirnya. happy for both of them. walaupun dah beberapa minggu tak bertegur sapa
masalah sekarang adalah untuk mencari dua orang housemates. pelik pulak rasa bila terfikir yang aku akan berbuka puasa dengan strangers ramadhan ni. kemungkinan ke masjid pon sendirian
harapan aku cuma biarlah orang yang akan masuk ni pembersih dan tak pentingkan diri. dengar cerita macam ramai akan dipostingkan ke sini minggu depan. bertabahlah adik- adik. kita sama- sama tak kuat. manusia memang lemah
ingat masa mula- mula datang dulu. terkapai- kapai. tadi semak fail peribadi dan markah perkhidmatan. cikgu batch aku semua dapat 90 dan ke atas cuma aku saja yang dapat cukup- cukup makan. tapi setimpal dengan sikap malas aku
jadi tahun ni kena usaha lagi. biar setaraf dengan yang lain. dengan izin Allah






