May 25, 2016

workload

bekerja di terengganu ni buat aku jadi tak tentu arah. kerja menimbun- nimbun. macam tiada esok bagi mu. kerja tak pernah habis. makin bertambah- tambah

apa yang dikejar. aku pun tak tahu

terengganu memang kaya. bidang pendidikan memang tak terkecuali sebab tu terengganu selalu jadi top three dalam apa- apa peperiksaan awam. semua sekolah kejar band. cikgu penat tau

tiada istilah enjoy dalam bekerja.  terpaksa

mengajar bukan cita- cita aku. tak terfikir nak jadi cikgu. tapi inilah satu cara untuk kumpul pahala. walaupun bukan cita- cita. bukan minat. mesti ikhlas

ikhlas.


Bapanya mahukannya jadi seorang askar, 
Bukan cita-citanya, 
Bukan impiannya.

Dia terlalu muda tuk tinggalkan keluarga, 
Bila tiba masanya, 
Rindu mulai terasa.

Berkecamuk hati, hatinya sendiri, 
Persoalannya kini, sampai bila mampu ku bertahan, 
Mampukah ku bertahan?

Nampak ketarakah dilema di wajah ku, 
Diluarnya tenang tapi tuhan saja tahu.

Beginikah selalunya cinta, 
Diakhiri sengsara, 
Setelah dicurahkan semua.

Cuba ku dalami, 
Sampai termimpi mimpi, 
Namun apa yang ku jumpa, 
Semuanya sama.

Berkecamuk hati, hatinya sendiri, 
Persoalannya kini, sampai bila mampu ku bertahan, 
Mampukah ku bertahan?

[hujan - dugaannya]

May 23, 2016

neraka vs surga

5E memang. penyakit budak- budak sibu. budak- melaka ada dalam kelas tu. pening

biadap nak mam. fullstop

tapi aku still boleh control kemarahan. sampai tangan terketa- ketar. menyampah dengan budak biadap. bukan makan saman. tak sabar nak tunggu 5E habis sekolah

bye. sayonara

-------------------------------------------------

lepas buat keputusan untuk tak nak fikir lagi pasal anak. tiba- tiba bahu aku rasa ringan. rasa macam satu beban hilang. kan. buat apa nak fikir apa yang orang akan fikir. penat tau. baik hargai saat-saat bahagia dengan suami

jom rancang nak holiday mana tahun ni!

tapi suami aku lucu. dia memang seorang pembersih. kemas. rumput depan rumah tinggi sikit dah sakit mata. kebetulan jiran baru simen laman. apa lagi tak dan- dan nak simen jugak

tanya tukang. nak dalam dua ribu. gila! 
tanya jiran. baru habis dalam tujuh ratus. okay la kan

nak gadaikan gelang kahwin. sedih. tapi terpaksa. biasalah mula- mula kahwin. we will be stable soon. very sooon

semoga dipermudahkan Allah segala urusan

May 22, 2016

ahhh period lagi!!

kali ni memang aku sangat confident yang aku pregnant

  • badan berangin
  • pening- pening
  • loya
  • berat naik
  • seluar susah nak zip


sekali period da. rupa- rupanya di atas tu simptom kegemukan. ceh

period kali ni aku tekad. tak nak sedih. tak nak fikir apa- apa. aku nak enjoy dengan kehidupan aku. at least aku dah bersuami. baik. handsome lagi. aku nak:

  • decorate rumah
  • beli sofa
  • tanam bunga [bila halaman dah siap simen]
  • holiday [tak kisah mana- mana]
  • nak ada hobi [so that i can make myself busy]
  • belajar menjahit dengan aina [isteri kawan suami]
  • masak- masak [and also baking]
  • beli buku banyak- banyak
nak lupakan segala kesedihan. aku nak jadi manusia yang bersyukur. Allah dah bagi lebih daripada apa yang aku minta. be grateful

sebab. aku memang perasan. doa aku untuk minta anak tak sesungguh masa aku doa minta pindah. lepas solat kadang- kadang baca surah. zikir memang tak. dulu setiap pagi baca al mathurat. sekarang 6.40 baru siap solat. aku tak bersungguh. sebab tu Allah lambat- lambatkan

ampunkan aku ya Allah

janji lepas ni nak baca al mathurat. al quran setiap hari. izinkan ya Allah

May 18, 2016

perihal anak

soalan yang selalu orang tanya

"dah ada anak ke belum?"
"bila nak ada anak?"

demi Allah. aku lagi nak anak lebih daripada orang lain. setiap hari fikir tentang anak. boleh kata setiap masa. betapa aku sedih setiap kali period datang. kecewa

mengurut dah. rasa perut dah. klinik dah

tapi kena ingat rezeki Allah yang bagi

sabar

suami memang sangat baik. selalu bagi semangat. pesan jangan sedih- sedih. nanti ada rezeki kita. mungkin kita belum bersedia. mentally. physically. financially

memang betul. setiap bulan asyik mengeluh tak cukup duit. tak cukup duit. maybe one of the reason

mak mertua pernah juga sound. adik ipar mengandung lagi masa anaknya yang sulung baru lapan bulan. bila aku pegang anak saudara mak banyak kali ulang- ulang- ulang

"pegang lama- lama bagi jangkit"

baik. faham

pernah sekali mak aku dengan adik ziarah mak mertua. adik ramai anak. so mak mertua pun cakap

"yang senang. senang sangat. yang susah. susah sangat"

baik. faham. yang susah tu akulah. kalau orang lain risau. aku lagi risau. tak tipu. setiap masa aku fikir. memang sedih sangat. macam tak yakin dengan perancangan Allah. astaghfirullah

pernah tanya abang. kalau kita ambil anak angkat boleh?

"abang nak hidup dengan sayang je sampai bila- bila. berdua"

baik. faham

sabar. sabar. sabar

May 17, 2016

kali keenam

tiga kali di sibu. dua kali di batu berendam. kali ini di kemaman.

selamat hari guru!

alhamdulillah. tahun ni hadiah tak menang tangan. luar biasa. macam- macam aku dapat. bunga sampailah alat tulis. aktiviti pun tak banyak. aku? memang duduk je. langsung tak terlibat. happy

jadi cikgu tak mudah. kena banyak bersabar. sabar memang perlu. kita mendidik dan dididik. banyak yang aku belajar daripada pelajar- pelajar aku sendiri

how hard life is. each of us has our own struggle. kan

bukan semua pelajar daripada keluarga yang senang.  bukan semua ibu bapa mampu penuhi keiinginan setiap anak- anak. bukan semua ibu bapa mampu mendidik anak mereka dengan sempurna

pelajar sama seperti warna. pelbagai

ada warna yang cantik. ada warna yang menarik. ada sebaliknya

aku sayangkan pelajar aku tanpa mengira kaum dan agama. bagi aku semua sama. sayang semua. sebelum ni memang aku garang. ego. langsung tak bagi muka pada pelajar

sekarang baru aku tahu dengan tolak ansur pelajar lebih hormat kita. sayangkan kita. jangan berkira dengan pelajar. jangan ambil hati. mereka sedang belajar tentang kehidupan

May 15, 2016

best day ever

tiga belas mei. cukup umur tiga puluh tahun. lagi best bila jatuh hari jumaat. lepas kahwin inilah kali pertama aku dan suami celebrate sama- sama

bahagia


kek pemberian suami tercinta. pandai suami suprisekan kita. suruh ambil roti arab dalam bonet. masa tu dah pelik. tak pernah- pernah makanan letak dalam bonet

tapi fikir mungkin sebab ada mak dan adik- adik. nanti terpenyek makanan

suami oh suami

awak memang handsome dan romantik. jatuh cinta yang ke setuja kali

celebration kali ni cuma makan kek. no candle light dinner or else sebab kena berjimat cermat

alhamdulillah kewangan dah agak stabil. betullah kalau nak duit jadi berkat kena banyak bersedekah

jangan asyik fikir yang kita takkan ada duit. rezeki milik Allah. so mesti minta dengan Allah

terima kasih Allah atas segala nikmat. kebaikan. kurniaan. rezeki yang Allah telah bagi pada kami. syukur alhamdulillah

May 12, 2016

together we

sekolah yang ketiga. paling baik. paling best. pelajar moral tak ramai. cuma satu kelas untuk setiap tingkatan. bestkan. paling ramai tingkatan dua dan tiga lebih dari tiga puluh lima orang. alhamdulillah semua under control

budaknya baik. dan paling penting faham bahasa melayu dengan baik

budak melayu apatah lagi. ya. memang ada yang sombong. kurang ajar. mana- mana memang akan ada. tapi jumlahnya terlalu sedikit

guru- guru. hmmmm

aku rasa kalaulah kami perlu beratur mengikut harta kekayaan yang kami ada. confirm aku paling last. belakang

kadang- kadang rasa terlalu rendah diri. aku tak punya apa yang mereka ada. tapi aku tetap bersyukur. ada kereta ke sekolah. ada rumah untuk tidur malam- malam. yang penting ada suami yang penyayang

suami pernah pesan

"kalau di terengganu biasanya cikgu- cikgu sekolah sampai petang"

bukan setakat petang. hujung minggu. cuti sekolah. hari- hari datang sekolah

sistem pendidikan di terengganu memang bagus. macam- macam program ada. semua untuk pelajar

alhamdulillah sejak balik ke terengganu. aku:

  • menanda kertas spm moral
  • ahli akram
bestkan. banyak perkara dapat belajar. cikgu- cikgu sangat tak lokek dengan ilmu. untung

May 10, 2016

selamat sultan

alhamdulillah. rezeki Allah tak terjangka dan terduga. siapa sangka akhirnya aku berjaya balik ke terengganu. memang keputusan pertukaran kali itu agak pelik. hari pertama cuti penggal kedua yati whatsup 

"fathiah. dapat tukat tak? suami aku tak dapat"

aik. awal sangat ni

memang tak dapat ni [dalam hati]

gagahkan diri. check. alhamdulillah. syukur pada Allah. memang tak terfikir akan dapat. tiada satu kata- kata positif pun daripada orang sekeliling

"kau takkan dapat"
"terengganu dah penuh"
"jangan berangan"
"pencen je kat sini" 

macam mana tak down?

setelah satu tahun tiga bulan berulang alik dari melaka ke terengganu. setiap minggu bergilir dengan suami. penat. letih. lemau

gaji buat bayar tiket bas. hotel. tiket bas. hotel. tiket bas. hotel

kalau ingat balik saat hantar suami naik bas memang bergenang air mata. tapi kalau nak jemput suami esok pagi. malam ni dah tak lena tidur. punyalah teruja

macam- macam jenis driver bus kami kenal. macam- macam laluan kami lalui. macam- macam jenis hotel pernah kami check in

hampir dua tahun. memang takkan lupa. itulah kenangan pahit manis kami suami isteri

melaka tetap dihati

May 9, 2016

imperfect husband, impatient wife

petang tadi masam muka lagi. mana tak. minta tolong vacuum kan bilik punya banyak alasan. nak kena hantar kenderaan la. nak mandi la. nak solat la

malam tadi minta tolong jemurkan baju. banyak betul alasan. last- last aku yang jemur

stress

tahu. sebagai isteri tugas kita bahagiakan suami. part of the job is to do all the chores. tapi kalau isteri bekerjaya memang agak memenatkan. kadang- kadang sekolah sampai petang. cikgu dan meeting berpisah tiada. balik nak kena masak. basuh. jemur dan lipat baju. vacuum. cuci toilet. penat. kan?

suami pula 

"sayang. banyak rambut atas lantai ni. nanti vacuum eh"

baik. saya yang menurut perintah

sebab sayangkan suami. cinta hati. belahan jiwa. sanggup buat semua tu. tapi bila suami tak nak tolong jadi down. sampai hati. sama- sama kerja. sama- sama penat

perempuan memang sensitif. aku kalau marah diam je. buat tak layan. suami automatik faham. cepat- cepat pujuk. bestkan ada suami macam suami tu. kami gaduh tak sampai 10 minit

tak sampai hati

takut nanti salah seorang pergi tak sempat nak minta maaf lagi

jadi. sebagai isteri kena banyak tolerate dengan suami. ikhlaskan hati. semua tu pahala yang akan tolong kita di akhirat nanti

kena banyak bersabar. jangan asyik fikir kelemahan suami. kena selalu ingat apa kelebihan. kebaikan yang suami pernah dan selalu buat


781 hari

alhamdulillah. aku dah selamat bergelar seorang isteri. sebelum ni aku ada cakap 'tunang' aku boring. tak sekepala. macam- macam lagi

aku bodoh
dan buta
pekak ada sikit

suami aku sebaik- baik manusia. seolah- olah hadiah Allah paling hebat untuk aku. suami aku adalah seperti apa yang aku minta dalam doa aku

baik. memahami dan menerima seadanya aku

inilah namanya bercinta selepas kahwin. manis sangat. yang penting halal

dalam tempoh 781 hari

kami belum punya anak. suami sentiasa motivated aku. comfort aku. perempuan dan air mata tak dapat dipisahkan

setiap hari fikirkan pasal anak. tengok suami main dengan anak saudara pun aku jadi sebak. kalaulah abang main dengan anak sendiri

kenapa Allah pilih kami? sebab kami kuat. kami akan jadi parents yang hebat. in syaa Allah

alhamdulillah kami dah ada rumah. kecil tapi selesa. walaupun ianya cuma rumah kosong. cukuplah asal ada suami di sisi

keluarga suami sangat baik. walaupun aku tahu semua risau kami belum ada anak. untuk makluman. aku lagi risau

tapi perancangan Allah hebat. takkan cepat dan takkan lambat. hanya Allah saja yang tahu bila kami betul- betul bersedia. bukan?

lagi beberapa hari umur aku akan jadi 30.  alhamdullillah