May 17, 2016

kali keenam

tiga kali di sibu. dua kali di batu berendam. kali ini di kemaman.

selamat hari guru!

alhamdulillah. tahun ni hadiah tak menang tangan. luar biasa. macam- macam aku dapat. bunga sampailah alat tulis. aktiviti pun tak banyak. aku? memang duduk je. langsung tak terlibat. happy

jadi cikgu tak mudah. kena banyak bersabar. sabar memang perlu. kita mendidik dan dididik. banyak yang aku belajar daripada pelajar- pelajar aku sendiri

how hard life is. each of us has our own struggle. kan

bukan semua pelajar daripada keluarga yang senang.  bukan semua ibu bapa mampu penuhi keiinginan setiap anak- anak. bukan semua ibu bapa mampu mendidik anak mereka dengan sempurna

pelajar sama seperti warna. pelbagai

ada warna yang cantik. ada warna yang menarik. ada sebaliknya

aku sayangkan pelajar aku tanpa mengira kaum dan agama. bagi aku semua sama. sayang semua. sebelum ni memang aku garang. ego. langsung tak bagi muka pada pelajar

sekarang baru aku tahu dengan tolak ansur pelajar lebih hormat kita. sayangkan kita. jangan berkira dengan pelajar. jangan ambil hati. mereka sedang belajar tentang kehidupan

No comments: