June 28, 2012

moh bersukan

esok jam 2 akan bermulanya hari sukan sekolah. sangatlah happy sebab tak sekolah. cikgu malas. tahun ni adalah tahun pertama aku berhari sukan since aku posting di sacred heart. tadi keluar dengan ayuni [housemate baru] cari baju warna merah. semangat tak? tapi jangan haraplah adrian nak menang tahun ni sebab rumah lain semua ada atlit cuma adrian ....

tak sabar nak balik untuk kenduri ud. alhamdulillah jadual semua dah tukar. tapi belum bagitahu mr jong lagi. harap- harap tiada masalah

beberapa hari ni tidur awal sebab senang nanti nak bangun subuh. tapi malam ni terlewat pulak mentang- mentanglah esok mula lambat

semalam gi celcom centre. tak nak pakai maxis lagi. membazir sebab family semua guna celcom. kawan- kawan bukan selalu berhubung sangat. lama jugak guna maxis dari zaman unimas lagi. dan lama jugak tak berprepaid ni. tak tahulah aku ni buat pilihan yang betul atau tak

mahu tidur sekarang. selamat berhitam legam






rindu farez naim ayu usop jojo kak yana kak wani maisarah arwah ashraf umi nisa. paling dirindui tanjung malim. especially pasar malam. sup saudagar yang tersedap di ....

June 22, 2012

pernah tak?

setiap kali terfikir atau bercakap tentang sesuatu kemudian sesuatu itu muncul di kaca tv atau kedengaran di radio. freak gila kan


June 20, 2012

kuat

perkara yang selalu fikir lately ialah 'nak berhenti kerja'. aku rasa aku tak patut jadi cikgu. pelajar malas nak dengar apa yang aku ajar apatah lagi nak hormat aku sebagai cikgu

masa kelas sejarah hari ni. awal- awal dah pesan tengok betul- betul nanti cikgu panggil datang depan. tak sampai 5 minit pon. bila datang depan senang- senang cakap 'tak tahu'. kecewa betul

aku tak rasa diorang semua tak tahu apa yang diajar cuma saja nak sakitkan hati aku. aku tak faham kenapa mereka seronok sangat jadi manusia bodoh. sekarang ni aku cuba untuk sabar sebab

Nabi Muhammad SAW bersabda 'Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah' [HR Bukhari & Muslim]

aku rasa tak guna gaji sampai beribu tapi nak mendidik seorang manusia pon tak mampu. bukan tak cuba sedaya upaya. dah tapi hasilnya

perlu kekuatan untuk tempuh lagi 4 bulan. cepat betul masa berlalu

June 18, 2012

coming soon

oh soul
you worry too much
you have seen your own strength
you have seen your own beauty
you have seen your golden wings
of anything less
why do you worry?
you are in truth
the soul
of the soul
of the soul
[Rumi]



---------------------------------------------------------------

seusia ini selayaknya untuk berumah tangga. tetapi tidak aku. belum lagi agaknya. kawan- kawan sewaktu ini semua sibuk membuat persediaan masing- masing untuk membina masjid. kawan sekolah. kawan matrikulasi mahupun kawan di universiti. lebih terasa apabila sahabat baik sendiri bakal dinikahi. aku tumpang gembira untuk semua

tapi serius aku sunyi. weh kenapa busy sangat hah? tak kan spend masa 10 minit pon tak boleh. melampau. sedihlah macam ni. dah lah lepas ni dah nak kahwin. aku ni buat macam tak wujud pulak. tahu. ada orang kecintaan depan mata tapi aku ni sahabat sehidup semata jangan lupa!



apapun yang berlaku. terjadi. of course aku akan selalu mendoakan kalian. dunia dan akhirat. semoga  segala persiapan berjalan lancar termasuklah majlisnya nanti. perkahwinan itu sunnah. so tahniah!

jangan lupa satu. doakan aku!

June 13, 2012

pada waktu ini

aku second kot

pada waktu ini

aku berkira- kira nak attend wedding ud atau tak. tiket dah tengok. agak mahal. bukan nak berkira tapi perlu berpada- pada. aku tak faham kenapa ud pilih 14/7. kalau bukan cuti sekolah memang susah nak balik. lagipun aku kat sarawak kot. nak gi ke tak nak? ingat nak beli khamis malam. tapi takut jugak mizah tak dapat jemput. bila nak bagitahu mizah tarikh kahwin ud pulak tak kasi bagitahu dulu. habis macam mana nak plan. kalau susah sangat tak gi kot

tunggu nadiah pindah masuk rumah. huru hara jugak time cuti hari tu. tiba- tiba ayuni cakap cikgu methodist nak masuk rumah. sebab bilik tu aku dah book untuk nadiah. aku memang tak faham kak aini sekejap cakap ada orang masuk. lepas tu cakap tak pulak. bila aku sms tanya tak nak reply. tak tahu apa yang kak aini cakap kat wani sampai wani sms warning dekat aku jangan salahkan kak aini. pasal  sewa rumah. aku ada cakap ke aku salahkan kak aini?

pembetulan. biasalah dah lepas exam mesti ada pembetulan. jadi rileks sikitlah. cuma moral saja yang dah start mengajar. aku sebagai cikgu pon buat pembetulan. tak nak garang- garang lagi. so far dua hari ni semua baik. belum marah sesiapa lagi. harap- harap dapat jadi kuat sampai akhir tahun

pokai sampai kena korek tabung haji. nama pon tabung sinonimlah dengan perkataan korek mengorek ni. malu muka mengadap kakak tabung haji. tahun depan dah janji dengan mak nak gi umrah tapi duit tak cukup- cukup ni. insyaallah kalau dijemput Allah semua akan berjalan lancar

malaysia menang lawan temasik. masuk kelas student bagitahu diorang semua sakit euro. aku pon sama. aku sokong portugal. sama macam world cup tahun sudah. tapi malangnya. aku suka ozil sebenarnya sebab dia muslim. klise tak? masa final world cup 2002 dulu aku sokong brazil bukan jerman. since then aku tak pernah sokong jerman dalam apa- apa acara sukan

susahkan bila suka seseorang tapi tak tahu macam nak luahkan. sebab bukan kawan pon. aku ni baik ke? layak ke? macam mana nak mulakan perkenalan? setiap masa aku fikir. apa patut aku cakap. tapi sampai sekarang pon belum ada idea lagi. kenapa aku selalu macam ni?

kuku panjang. esok nak potong kuku. nak cuci kereta. nak ke pasar. semua barang dapur dah habis. tak dapat nak masak. sekarang dah jam 1 tapi belum tidur lagi. esok kena bangun awal sebab nak hantar ayuni ke sekolah. terpaksa jadi driver untuk beberapa bulan ni

June 11, 2012

June 10, 2012

a meeting

cuti sekolah memang best. dapat makan dan jalan- jalan. hilang semua kempunan tapi ada jugak yang tak best. time duit habis. serius aku cuma ada rm 80 saja dalam bank sekarang. tak kisah asal hati puas. mak kan ada apa susah

cuti sekolah memang best. la pulak ada kat kampung. suami ke labuan katanya. dapatlah kakandanya pinjam kereta. baru sekarang berani bawa kereta pusing- pusing. dapat beli air tebu best belakang rumah amie. gila sedap

cuti sekolah memang best. kenduri! sampai muak makan nasi minyak. aku memang dapat banyak gila jemputan kahwin tapi yang pergi cuma satu. sebelum ni pon dah bagitahu cuti sekolah macam ni jangan haraplah dapat masuk kelantan. konfem- konfem jam. kepada semua sahabat- sahabat selamat pengantin baru!

cuti sekolah memang best. cuti kali ni dapat jumpa mummy-to-be pikah. lama tak jumpa. berseri- seri sekarang. bona pon sama. tak jumpa since bona kahwin kot
cuti sekolah memang best. bila dapat spend time dengan family. especially dengan ayah.  gi kenduri sama- sama. makan sama- sama. cuma terkilan sebab apik tak bersama. masih praktikal di pulau perhentian. insyaallah jumpa raya nanti

cuti sekolah memang best. sebab tak payah fikir pasal sekolah. tak perlu susah hati pasal budak- budak. walaupun paper exam hari tu banyak yang belum siap tanda lagi. matilah lepas cuti ni

cuti sekolah jadi tak best bila mak beriya cerita pasal kahwin. suruh jumpa orang tu suruh jumpa orang ni. malassssssss! tapi kena paksa jugak. kenapa mak risau sangat. aku pon tak faham. sabarlah mak