April 20, 2011

aku mahu kuat

tepat jam 9 la [adik] sms aku berbunyi "ayoh msuk spital". aku bingkas bangkit. terus telefon untuk tahu keadaan yang sebenarnya. la cakap memang lately ayah mengadu tak boleh tidur. sakit- sakit. luluh hati aku dengar. la cadangkan aku untuk telefon mak. mak cakap kemungkinan darah tinggi. aku nak balik!!!!

dari jauh aku mohon pada Allah semoga keadaan akan jadi lebih baik. supaya Allah bagi kekuatan pada ayah. aku. dan seluruh ahli keluarga. semoga kami selamat. aku tahu Allah sentiasa bersama kami

aku selalu mimpi ayah. aku rindu ayah. mak. la. apik. ateh. acik. azim. rindu~

TT_____________TT

April 18, 2011

mimpi buruk vs mimpi ngeri

cakap pasal mimpi. memang aku seorang pemimpi. setiap kali tidur mesti akan mimpi tak kiralah siang ke malam even tidur 3 minit pon boleh mimpi. punyalah mimpi menghantui hidup aku. semalam [nak buka cerita] aku ngantuk gile masa tengok channel 550. tanpa buang masa aku naik bilik dengan harapan dapat sambung tidur. dalam tidur aku mimpi aku drive [selalu mimpi drive] suka hati. main potong je. tiba- tiba ada sebuah avanza masuk lane aku. betul- betul depan aku macam nak langgar. terus aku terbangun. rasa macam aku tertinggal jantung dalam mimpi tu. rupa- rupanya

aku belum solat asar!

tu la Allah nak sedarkan aku. suruh aku solat. takut nanti aku 'terbabas'. Alhamdulillah. bukan senang sampai dalam mimpi pon Allah masih bagi peringatan. harap malam ni mimpi indah- indah

tadi. aku bagi nama toh lu khing & wong king hung kat pengetua. memang aku tak tahan lagi. lantak kau lah. lepas ni. nak belajar ke tak nak ke. biarkan. pengetua tak nak pon dengar kenapa aku bagi nama tu kat dia. dah la masa tu muka dia stress je. aku bukan saja- saja nak mengadu. tapi budak tu dah tak boleh control lagi

kadang- kadang rimas duduk dalam sekolah ni. bila kita ni jadi bangsa yang powerless. ikut telunjuk orang. dan sememangnya dianggap lemah. sabarlah untuk beberapa tahun lagi

mak pos ubat pelawas. Alhamdulillah sangat berkesan. segala- galanya berjalan lancar. ubat tu dari HPA.berat pon turun jugak. tu yang paling best

April 13, 2011

cikgu pon tak bermoral

semalam

hillary: cikgu pon tak bermoral!
cikgu: terkesima

rasa macam nak lempang diri sendiri bila student tak reti dan tak tahu apa tu nilai- nilai dalam moral. kamon la boys. kamu dah belajar masa form 1 dulu. unexpected paul dapat highest. lucky him. tapi masih merapu- rapu bertolak ansur. berdisiplin. hello! itu bukan nilai

hari ni hari kemurungan sedunia. bimbang hari ni akan jadi the worst day ever. tapi semua baik- baik belaka. kelas. student. just ok. i'm glad. dan buat pertama kalinya aku tergelak dalam kelas 2A3. sampai makcik ngu datang jenguk. tak pasal- pasal cari pasal dengan student aku. aish aku pon tak faham

nanti akan ada cerita juvana ganti gemilang. guess what para pelakon memang semuanya feveret mak. ada bront [lelaki kecintaanku sejak sekolah]. zahiril adzim dan beto. aku tak sabar weh. aku dah bosan tengok gemilang tu. aku pon tak faham kenapa mak dan ucop suka sangat cerita tu. setakat mamat asmara tu memang aku tak layan kot

tadi menabung di secret recipe. habis duit aku. aku was- was ni nak keluarkan duit tabung haji atau asb. sebab kalau nak bawak duit yang tinggal saki baki dalam maybank tu alamatnya tidur dalam kereta la aku

ok. honestly aku quite worried sebab aku tak kahwin lagi dan takde calon pon [tiba- tiba]. kawan- kawan semua akan kahwin. aku? sabar ek. kalaulah sekarang ada seorang lelaki propose aku. confirm aku terima. aku tak sabar nak jemaah dengan suami. masak untuk suami. potong kuku suami. lahirkan anak untuk suami. bla bla [berangan T__T]

aku akan sabar cuma aku harap suami aku esok suami yang dapat bimbing aku lindungi aku bersama- sama aku sampai ke syurga. amin~

April 12, 2011

in my head

aku gagal lagi. gagal untuk jadi 'nice teacher' dalam kelas. memang tak boleh. 1A6 & 2A3. aku tak pernah senyum kot. aku pon takut dengan diri sendiri. kalau aku selalu macam ni. sikit masa lagi aku mesti sakit jantung takpun mati muda

hah! tadi balik awal. punyalah banyak kereta mak bapak budak park tepi sekolah sampai tengah jalan kot. aku tengok macam ok. so aku geraklah tiba- tiba ada 1 motosikal lalu. nasib baik aku slow. tapi boleh pulak dia f**k aku. sial betul. kalau aku tahu aku langgar je sampai mampos. yang dia bawak laju- laju dah tahu depan sekolah tu kenapa. bodoh!

mintak maaf cakaplah. manusia kat sibu ni memanglah sangat kurang ajar. tak tahu adab. langsung! tak tahu nak hormat orang lain apatah lagi cikgu. ingat cikgu dalam kelas tu tunggul. seingat aku sekali pon aku tak pernah hon ke f**k kat siapa- siapa sepanjang pemanduan. aku officially iktiraf sibu sebagai tempat manusia paling tak reti nak respect manusia lain. memang ni tempat kau. tunggulah

satu lagi. ni cerita lain. bukanlah nak cakap aku pandai sangat bahasa jepun. cuma setahu aku konichiwa tu 'selamat petang' bukan untuk 'hi' atau 'salam sejahtera'. yang aku belajar dari umur 13 sampai universiti. setahu aku. mungkin aku yang cetek pengetahuan

semalam balik awal. nice. jumaat ni pon balik awal lagi. super nice!

aku harap aku dalam tanam dalam diri untuk jadi cikgu yang baik. tolonglah. aku bukan fathiah lagi. aku tak selesa dengan diri aku sekarang. aku nak hidup macam dulu. tenang. betapa kau rindu saat ketenangan. bila aku ada masa untuk diri sendiri. lepaskankan segala masalah dengan kreativiti. aku rindu gunting dan gam! aku rindu fathiah yang dulu. aku rasa aku tua

kawan- kawan ramai yang bersalin. Alhamdulillah. aku rindu kawan- kawan. 'harta' aku yang paling bernilai. kurniaan Allah yang tak terhingga. rindu saat menangis bersama. rindu saat ketawa bersama. walau kadang- kadang tak tahu apa yang ditangisi. tak tahu apa yang diketawakan tapi asal kami bersama utuh sentiasa. itu cukup

rindu makan sama- sama. semasa di sekolah. matrikulasi. unimas even upsi. tak lupa kawan- kawan di vads. menikmati rezeki Allah bersama orang yang disayangi adalah saat paling manis dalam hidup. betapa aku ini orang yang rugi dan tak tahu menghargai. ah rindu!

esok hari baru. aku mahu tenang. tenang melayan karenah anak- anak yang aku memang sayangi. aku mahu ajarkan mereka apa itu hormat menghormati. apa itu kasih sayang

semoga aku dapat apa yang aku cari. isyaAllah

April 9, 2011

marilah mari pergi mengundi

kan best kalau tiap- tiap tahun ada pilihan raya. mana tak best. dapat cuti [walaupun kena ganti] sebab dewan digunakan untuk penamaan calon. isnin balik awal. dewan tpm aka menteri pelajaran nak guna untuk dinner. memang ada table untuk cikgu. aku? tak gi kot. baik stay kat rumah tengok 2 days 1 night

esok ada program ke rumah orang tua. aku harap everything goes well. as we plan. aku sangat blur and not feeling well. speech? aku cakap je pape esok. but i feel calm this is a good sign i guess. ya Allah please guide us and protect us thru the way

April 5, 2011

political rubbish

aku sendiri pon tak faham dan naik menyampah. kenapalah kerajaan betul- betul dengki dengan anuar [bukan nama sebenar]. lepas satu- satu. almost 10 years tak habis- habis. skandal. rasuah. lepas keluar penjara liwat pulak and now sex video. wth

aku pon bukan lah penyokong atau kipas susah mati beliau. tapi aku jadi muak. bosan. it looks like kerajaan saja mahu cari pasal. kamonlah fitnah itu dosanya besar. hukumannya berat bukan di dunia tapi di akhirat

mula- mula memang aku tak ambil peduli. aku ingat masa aku umur 13 tahun waktu beliau mula tubuhkan parti baru. dalam hati aku cakap "parti ni takkan ada masa depan". tengoklah sekarang. huru hara bukan? tapi aku rasa tak adil bagi pihak anuar. macam setiap yang berlaku ni dah dirancang. even aku orang kebanyakkan pon boleh noticed

namun sekali lagi aku tegaskan aku bukanlah penyokong mana- mana pihak. aku cuma hamba Allah yang diberikan akal untuk berfikir. mungkin masa akan menjawab segala persoalan di mahkamah yang sebenar esok. di mahsyar

manusia mudah lupa. bukan melayu saja. mana- mana bangsa sekalipun

Sesungguhnya kamu hanyalah memberi peringatan kepada orang-orang yang mau mengikuti peringatan dan yang takut kepada Rabb Yang Maha Pemurah walaupun dia tidak melihatNya. Maka berilah dia kabar gembira dengan ampunan dan pahala yang mulia [Yaasin : 11]

April 2, 2011

we're like long lost siblings

Alhamdulillah. interview goes well. paling best. empat- empat orang dari terengganu ok. nice huh? and we are so connected. macam adik beradik. so comfortable around each other. interview 1 jam. soalan- soalannya berbunyi: wawasan 2020 [kill me please!]

tuan haji sangat baik. walaupun kena marah sikit- sikit. tapi tak ambil hati. that was the most precious lesson kot. after dihujani dengan pelbagai soalan. keluar dengan muka ketat kami g breakfast. lepak sampai 2 jam. tapi aku je yang sekolah petang. shit

dengki. tapi aku harap dapat jumpa kakak+abang aku ni. best dapat jumpa orang sekampung. bila lagi. dah la jauh dari family T____T

syukur sangat dah lepas interview. sekarang perut senak sebab program khidmat masyarakat. cikgu chan pulak naik pangkat. siapala yang nak kena ganti kelas yang banyak tu. pengetua pulak takde baru nak ingat tanda tangan segala bagai. aku serius cuak. memang tak reti. and no one wanna give a helping hand. poor me

my wise pengetua cuma bagi 1 A out of 4. disappointed? no way! i'll work harder!