semalam ke pesta kaul. tahun lepas tak sempat nak pergi. tahun ni ada
kesempatan apa salahnya belajar budaya orang. perjalanan ke mukah kurang
lebih 2 jam. masa sampai tu dah tengah hari. matahari betul- betul atas
kepala. panas? gila tak
pergi ke pesta kaul ni buat aku kagum dengan orang sarawak. mereka memang hebat. cuma guna alam semula jadi untuk hidup. makan even perhiasan. respect!
masa on the way balik sibu. nampak seorang pakcik. gigih sangat tolak kerusi roda hanya guna sebelah kaki. baru lepas kutip kayu api. cuma satu kaki. hidup sampai hari ini. kenapa kita yang sempurna ni mudah sangat nak mengalah. tak pernah bersyukur. Allah cuma bagi satu kaki. baginya itu pemberian tak ternilai
masa tengok tu memang rasa sebak. tapi dalam kereta ramai orang. segan. kalau dengan nadiah memang dah berjurai air mata. itulah saat paling indah. dan itulah manusia paling kuat yang pernah aku jumpa. aku selalu 'bertembung' dengan keadaan macam ni. terima kasih Allah kerana buat hamba ini selalu bersyukur
sampai kadang- kadang aku takut sebab rileks sangat masuk kelas. dah hilang perasaan takut. cuma takut sebab Allah bagi terlalu banyak kesenangan. takut Allah tak sayang

















