August 25, 2011

berat badan vs balik kampung

sah- sah raya ni ramai kawan- kawan sahabat handai yang akan kahwin. time ni la semua nak jumpa. almaklumlah semua busy aku pulak diperantauan. what concern me the most is berat badan. orang lain puasa makin kurus aku pulak makin gumek weh!

gile scary nak jumpa kawan- kawan yang jadikan herbalife as their new teman sehidup semati. berani betul singkirkan posisi aku. aku sungguh tak mampu. tak percaya sebenarnya. of course la semua akan cakap berat badan akan turun. memanglah turun kalau setiap hari minum air je. kalau tak makan produk apa- apa pon boleh kurus

aku tahu kesihatan ni priceless tapi secara logiknya kalau setiap hari minum je tanpa perlu makan automatik jadi kurus. kalau akulah yang buat macam tu dah kira membunuh diri tu. dengan tekanan yang aku dapat makanan adalah jalan penyelesaian

tambah- tambah aku peot sekarang. kalau kita puasa memang takkan rasa lapar sangat. sebab otak dah set. ni kalau sebenarnya kita memang tak puasa mulalah rasa lapar yang menghakis dinding perut. tenaga pon tak banyak keluar sebab sekarang budak- budak exam. aku duduk je. tak pon berdiri je. mana tak gumek

aku memang cuak nak balik kali ni. should i stop eating during daylight? tadi timbang berat dah naik balik. sia- sia usaha selama ni. usaha apa ek fathiah? makan non stop adalah. tehe

member sekampung dah balik malam ni. dah sampai kuala lumpur pon. dengki weh. tak sabar nak balik tapi takut nak balik. gigi aku belum tampal lagi ni. nanti ada pulak yang beraya dengan gigi yang pecah. dah la gigi depan. harap- harap klinik gigi masih buka sabtu ni. jangan tutup dulu saya nak bagi duit raya ni

esok kak emy balik. bawa balik broadband ni sekali. so maybe malam ni malam terakhir sebelum hari raya. kat rumah mungkin takkan post apa- apa. busy der kan raya ni. berangan sangat kiah. paper psk form 1 masih belum habis semak. esok akan dapat 2 kelas lagi untuk subjek moral. insyaallah sebelum jumaat sempat semak semua. tolonglah nak balik dengan hati bebas merdeka riang ria di hari raya

semoga raya tahun akan bagi sejuta

keberkatan
kemaafan
kasih sayang
keikhlasan
pengajaran
kekuatan

amin

selamat hari raya
maaf zahir & batin

August 23, 2011

jawapan bagi soalan

suatu ketika pernah seorang teman bertanya

'awak suka saya?'

begitu saya naif waktu itu. tanpa fikir panjang saya jawab

'tidak. saya tidak layak untuk kamu'

walaupun 4 tahun berlalu namun soalan itu masih berpusing- pusing didalam hati dan jiwa. begitu saya ingin bagi tahu kamu jawapan sebenarnya

'demi Allah saya tak pernah sukakan orang lain seperti saya sukakan kamu. dan tak terfikir oleh saya teman hidup saya selain daripada kamu'

tapi saya malu mahu nyatakan itu kerana ilmu saya tak setinggi kamu. sehebat kamu. mana mungkin saya layak buat kamu. mungkin keadaan seperti itu berlaku kerana saya memang bukan jodoh kamu

saya pohon pada Tuhan jauhkanlah kamu dari hati saya jika benar saya ini bukanlah tulang rusuk kepunyaan kamu

usia yang meningkat ini saya sedar ini waktu yang sesuai untuk kamu memilih suri hidup. saya tak faham dan tak tahu kenapa saya jadi takut untuk hadapi saat bahagia kamu. seolah saya tidak mahu tahu. saya minta tolong jangan bagitahu

itu adalah jawapan sebenar saya

sekian

August 21, 2011

musafir di aidilfitri

walaupun puasa kali ni paling sedih. paling hiba. paling sukar. namun puasa kali ni paling bermakna. aku rasa puasa kali ni sangat banyak mengajar aku apa itu sabar. apa itu bertahan dan terus kuat

roh pulak minit terakhir baru cakap nak kek lapis. mana nak cari lagi. semua dah tak nak terima tempahan. mak pon sama tiba- tiba bagitahu nak kek lapis. aku pulak sengal sampai tak beli langsung. kalau kat unimas dulu beratus habis untuk kek lapis sahaja

semalam tidur rumah azie. tengok spy myung wol sampai jam 2 kot. hensem betul eric tu. mata dia cantik sangat macam mata kita- kita orang melayu. tak sepet. tengok cerita tu sebab dia je. memang aku tahu shinhwa dari zaman sekolah lagi. tapi tak sangka pulak eric ni ketua shinhwa. memang hensem. rasa berdosa je bulan puasa macam ni dok tengok lelaki macam tu

on the way balik dengar lagu raya 'cahaya di aidilfitri'. baru rasa macam nak raya. sedih pon ada jugak. tapi dah nak balik. aishh tak sabar nye

esok bermula minggu lebih mencabar. exam week. jaga budak- budak exam lebih sukar dari berebut naik komuter dari kl sentral ke mid valley. mood sekarang tak berapa nak stabil. dah la frust tak dapat 10 malam terakhir. aku kecewa!

tapi alhamdulillah dapat sembahyang raya tahun ni. dan tahun ni jugak raya ke dua tanpa tok. aku tak tahu kenapa aku selalu teringatkan tok. aku rindu tok. mungkin sebab tok yang besarkan aku. ya Allah sampaikan salam rinduku pada tok. khabarkan padanya aku begitu rindu akan tok

August 19, 2011

lebih baik


beberapa hari lepas sedang memberi signal. tiba- tiba ada satu suara yang paling indah. yang paling memberi semangat. seolah memahami apa yang dilalui. seakan memberi kekuatan yang belum pernah dirasai. mungkin ini doa saya pada tuhan. ya memang saya mahu jadi lebih baik

August 18, 2011

nak ditegur takut istri orang

terawih di sibu memang menduga minda. jadi hairan. kenapa semua tak nak penuhkan saf hadapan? kenapa tak nak rapat- rapatkan saf? kenapa sayang sangat sejadah 10 ringgit tu yang belum tentu boleh di bawa ke mati. cuma satu langkah. susah sangat ke? saf terputus- putus aku pon tak pasti dapat ke 27 tu

malam ni kebetulan jumpa member sekampung. aku dari jauh memang dah cam. aku sengih dia buat bodoh je. sampai rumah tengok ada missed call. dari member sekampung. sampai pulak satu sms bersoalankan adakah aku ke masjid malam ni?

tapi disebabkan kebengongan mr corb malam ni sms dari member sekampung sampai lewat sikit. itu pon selepas aku tukar sim ke fon lain. sengal betul mr corb. kami bersms seketika dan aku tahu member aku sekolahnya pagi dan perlu bangun sahur. bila tiba- tiba sms tak berbalas tu aku faham. dah tidur la tu

hari ni masuk- masuk je 1A3 [fyi kelas paling azab]

denis: cikgu kamu ada nampak cikgu dorris?
cikgu: lepas rehat ni tak de pulak. kenapa?
denis: ada orang cakap cikgu dorris gemuk
cikgu: heh???

selang beberapa minit. pk petang datang bersama rotan. kasi warning baik punya. tak bawa mak ayah esok gantung sekolah. hati aku berbunga riang. finally tak perlu hadap muka kau. tu la kurang ajar sangat. dengan cikgu boleh cakap macam tu. tak tahu ke saiz badan ni isu sensitif. tak de sivik langsung

August 17, 2011

counting days






hari ni sudah hari yang ke 17. lagi 1 minggu untuk balik ke kampung. tak sabar lagi. rasa macam nak berlari. selaju- lajunya. berenang sekuat- kuatnya. alhamdulillah diberikan rezeki bonus plus tunggakan. rezeki raya

dapat bagi duit raya kt budak- budak. tahun lepas segan sungguh. seringgit pon tak dapat bagi. raya tahun ni nampak macam best. kebetulan apik baru beli dslr. la pulak akan raya di bukit gasing tahun ni. macam best kan

bulan puasa tahun ni memang tough and rough. nak marah- marah memang tak larat. makan dalam la. diorang bising aku tulis nama. kasi rotan satu kali. senang baru puas hati aku

sakit perut yang perit. tapi gagahkan jugak ke sekolah. betapa sayangnya kat studs. lagipon ni minggu ulang kaji. rasa tak best kalau nak mc. tapi perut memulas- mulas. sebab makan pedas kot. perut tiba- tiba makan pedas. mana tak terkejut

esok dah khamis. next week exam. jumaat balik. nasib baik flight kali ni sama dengan kak yang dan kak ija. ada jugak kawan. tapi next flight kena tunggu sorang- sorang. takpe la asalkan dapat balik

tak sabar

nak makan
- rojak ayam
- ketupat
- murtabak
- laksam
- satar
- kuih lipat
- rojak 'kateh'

round- round dengan kamera baru
cari baju kurung untuk kahwin pikah
ajak apik gi planetarium

tolongla sabar!

August 12, 2011

rutin

semalam ud call. soalan biasa diutarakan setiap tahun

ud: dah mengaji? sampi juzuk berapa?
me: emm emm emm

lately aku memang teringatkan ud. ingat nak tunggu dia online je. kalau call aku tau dia mesti busy. alih- alih ud pulak yang call malam tadi. tahun lepas pon sama. waktu yang sama hari yang sama. a day after mizah's birthday. topik kami 'terlupa birthday mizah'

rindu. betul- betul rindu

ud! jom sambung belajar sama- sama lagi

August 10, 2011

rabu yang rough

hari ni sekali lagi sung kb buat hal. aku memang dah tak tahan. ikut hati nak je aku langgar budak tu. baik mampos je hidup pon tak guna. hari tu cakap aku melayu bodoh tak guna. oleh kerana kau dah hancurkan hati aku. aku harap eh aku mintak bila kau mati esok kau akan mati dalam keadaan paling keji hina jijik manusia pernah mati

aku benci kau. sampai mati pon aku benci

aku harap kau mati cepat- cepat sebab aku tak tengok muka kau lagi. faham!

yang lain pon sama. pemalas! dah la aku dah fotostat soalan ulang kaji. liat lagi nak buat. dah pandai sangat kot. tolong la jangan buat aku benci. hah! ketua kelas 1A6 banyak pulak alasan kerja tak buat. 30 minit takkan 5 soalan je boleh siap. orang lain siap sempat buat soalan struktur lagi. manusia memang banyak alasan. dengan cikgu pon nak melawan. s**l

aku tahu aku tak patut cakap macam tu. aku cuma manusia biasa. i had enough. penat tau!

August 9, 2011

kalau sempat

  • nak gi jakarta dengan ud
  • jenguk anak yatim yang gi zoo sama- sama dulu kat tanjung malim
  • jumpa studs masa praktikal kat rantau
  • makan tengah hari kat vads [pakcik 3 ringgit]
  • beli dslr
  • buat 1 album kat fb named as 'the studs'
  • makan macaroon
  • kumpul gambar langit banyak- banyak
  • amik gambar kat padang sebelah rumah nora [bintangor]
  • backpacking dari perlis ke johor
  • makan asam laksa dengan yatt kat mid valley
  • belikan mak tv plasma
  • jumpa kawan sehidup semati
  • bayar semua hutang- hutang
  • melukis sama- sama dengan anak [lambat lagi weh]
  • ...

nanti sambung lagi

August 8, 2011

例えば

教師は激しいものにする必要はありません。怒っている必要はありません。ただ静かになります。我々はうまくプロトタイプに話をしている場合はソニーでは、より多くのを聞くでしょう。例えば

2A5 - トニー。チョンチュン。イマニュエル。スティーブン。彼らは私が良い話をするときに私が求める何を教える。クラスは、ソニーが静かに、少なくとも喜んで適切ではない

2A3 - 再び、クレメントと。良い話だが続く場合。男性のエゴがあります。私は理解しています。私は今年、彼がどのように動作することを願っています。私は意図的に長く私を傷つけるための最後しないでください

私は疲れて教師をしてください。私は唇を割った。潰瘍より

今の友達すべての心のダイエット。私はノンストップを食べた。死亡した。壊れた歯。再び脂肪。このラヤ私の友人の結婚式に出席するために恥ずかしい。仕事!

August 4, 2011

ni soal bangsa

selama aku jadi cikgu memang kadang- kadang aku geram marah. tapi bukan lama. tak pernah aku beza- bezakan pelajar aku. semua sama. aku jadi buta warna. demi mereka. since aku jadi cikgu hidup mati aku cuma untuk pelajar. tapi hari ni sanggup. sanggup kau cakap aku ni melayu bodoh.

melayu bodoh ni la yang ajar kau mengeja melayu bodoh ni la nak sangat setiap pelajar faham apa itu sejarah. melayu bodoh ni la yang ajar sejarah macam ajar seni. apa cara kau cakap semua melayu bodoh ni buat. pernah kau fikir untuk apa? untuk kau jadi pandai. supaya kau tak ditindas esok

tapi kau cakap aku ni melayu bodoh. demi tuhan Allah yang Esa. hidup kau akan susah. tersangat susah. sampai saat ada melayu yang bodoh ni yang akan selamatkan kau

kau ingat tu. saat kau mati pon kau akan ingat melayu yang bodoh ni. demi Allah kau akan rasa semua tu

nak ke aku bagitahu mr wong. nak ke dia layan. ni soal bangsa. dan kami tak sebangsa. pengetua baru warning. authority is the last resort. cikgu perlu selesaikan sendiri masalah dengan pelajar. if the stud hate me this much. please tell me what should i do

tiba- tiba lepas solat maghrib teringat kisah Rasulullah dengan pengemis buta

Setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya hingga menjelang Beliau SAW wafat. Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu
[sumber]

mulia sikap Rasulullah tiada tandingannya

malam ni kebetulan ada movie di 8tv. kisah seorang guru. aku memang suka wisdom words. dan pakcik morrie such a wise man. setiap bait kata seolah bagi aku kekuatan

When you learn how to die, you learn how to live
If you don't have the support and love and caring and concern that you get from a family, you don't have much at all. Love is so supremely important
So many people walk around with a meaningless life. They seem half-asleep, even when they're busy doing things they think are important. This is because they're chasing the wrong things. The way you get meaning into your life is to devote yourself to loving others, devote yourself to your community around you, and devote yourself to creating something that gives you purpose and meaning
We need to forgive ourselves. For all the things we didn't do. All the things we should have done. You can't get stuck on the regrets of what should have happened

hidup ni tak lama. aku nak nangis puas- puas malam ni. lately memang selalu sedihkan. cheer up fathiah!

and the tears come streaming down your face
when you lose something you can't replace
when you love someone, but it goes to waste
could it be worse?
lights will guide you home
and ignite your bones
and I will try to fix you


August 3, 2011

rabu yang rileks

hari ni semua kelas sangat memberi kerjasama. walaupun ada sebilangan kecil yang masih buta hati nak belaja. dasar pemalas tak hengat. tapi ada jugak yang menggamit perasaan

situasi 1

cikgu: danny! bawak kertas jawapan tu datang sini. kamu jangan ingat saya bodoh sangat ye. saya pon pernah jadi budak 14 tahun jugak
william: cikgu. kamu sekolah dulu teruk macam tu ke?
cikgu: gulp!

situasi 2

sheng kai: cikgu raymond nangis [lepas gaduh dengan alastair]
cikgu: ignore
sheng kai: cikgu kamu pujuklah dia
cikgu: gulp!

studs ni macam- macam. kadang- kadang buat kita tergelak. marah. kasihan. sayang. benci. sumpah seranah. sabar. yang penting belajar biarpun dari pelajar

August 1, 2011

tabah tabah tabah


hari ni kelas semua macam s**l. ye tahu bulan puasa. sebab bulan puasalah studs semua jadi gila. siap sengaja minum depan aku. wtf. habis kau ingat aku budak 5 tahun? pleaselah

esok aku tahu. mesti huru hara. mana tak aku dah bagi nama dekat mr wong. esok mesti nak tunjuk perasaan kan? lagipon esok selasa mesti akan gaduh dengan 2A3. malas weh

tapi yang best dapat singgirkan vincent dari 2A3. you just don't deserve to be there dear

hari ni jugak bermulalah balik jam 5.30 petang. tapi memang penat sebab 1 masa cuma 30 minit. pagi tadi dah kunci jam ingat nak bangun sahur tapi terbabas pulak. sedar- sedar dah 5.52 pagi. ni semua salah nyamuk kacau aku tidur

esok nak bangun minum air je. dahaga gila sebab cuaca panas sangat. esok kak aini dengan kak emy je yang gi bazaar. best- best. aku balik ready untuk makan je

aku kalau boleh malas nak hadapi esok. penuh dengan tekanan. phew~