August 18, 2011

nak ditegur takut istri orang

terawih di sibu memang menduga minda. jadi hairan. kenapa semua tak nak penuhkan saf hadapan? kenapa tak nak rapat- rapatkan saf? kenapa sayang sangat sejadah 10 ringgit tu yang belum tentu boleh di bawa ke mati. cuma satu langkah. susah sangat ke? saf terputus- putus aku pon tak pasti dapat ke 27 tu

malam ni kebetulan jumpa member sekampung. aku dari jauh memang dah cam. aku sengih dia buat bodoh je. sampai rumah tengok ada missed call. dari member sekampung. sampai pulak satu sms bersoalankan adakah aku ke masjid malam ni?

tapi disebabkan kebengongan mr corb malam ni sms dari member sekampung sampai lewat sikit. itu pon selepas aku tukar sim ke fon lain. sengal betul mr corb. kami bersms seketika dan aku tahu member aku sekolahnya pagi dan perlu bangun sahur. bila tiba- tiba sms tak berbalas tu aku faham. dah tidur la tu

hari ni masuk- masuk je 1A3 [fyi kelas paling azab]

denis: cikgu kamu ada nampak cikgu dorris?
cikgu: lepas rehat ni tak de pulak. kenapa?
denis: ada orang cakap cikgu dorris gemuk
cikgu: heh???

selang beberapa minit. pk petang datang bersama rotan. kasi warning baik punya. tak bawa mak ayah esok gantung sekolah. hati aku berbunga riang. finally tak perlu hadap muka kau. tu la kurang ajar sangat. dengan cikgu boleh cakap macam tu. tak tahu ke saiz badan ni isu sensitif. tak de sivik langsung

No comments: