October 31, 2010

come take my hand

i'm not afraid to take a stand
everybody come take my hand
we'll walk this road together
through the storm
whatever weather
cold or warm
just let you know that
you're not alone
holla
if you feel that you've been down the same road

and I just can't keep living this way
so starting today
i'm breaking out of this cage
i'm standing up
imma face my demons
i'm manning up
imma hold my ground
i've had enough
now I'm so fed up
time to put my life back together right now

[eminem - not afraid]


finally keluar jugak dari rumah tu. pengecut. tinggalkan duit atas meja while i'm at the kitchen. siap tutup pintu lagi tu. aku yang bayar sewa ni di halaunya. yang tak menumpang tanpa perlu membayar apa- apa tu. dijemput nya tinggal sekali. insane

ok let's forget 'bout that. keep moving on fathiah. this is a part of learning process. tak gitu. tapi life's like mirror. macam mana orang layan kita. macam tu la kita akan layan orang tu. kalau baik. baik la caranya. kalau buruk. faham- faham la

semoga kita sama- sama belajar dari kesilapan

October 29, 2010

kalau aku

malam jumaat dapat 1 sms. dari hosmet bilik sebelah. cakap aku ni. menfitnah. cakap buruk pasal dia. boleh? sengal hape. kau ingat kau siapa aku nak fitnah kau. ni semua sebab deposit bodoh tu

aku cuma tanya je kat k'emy pasal deposit tu bukan jaja cerita. memang perangai kau dah buruk. nak salah kan orang plak. aku ni cuma ingat aku ni baru lagi kat sini. sebulan. kalau tak. memang la

lantak lah. ingat aku hadap ke motor kau tu. tapi sebenarnya runsing jugak. isnin ni nak ke sekolah dengan apa. ingat nak sms k'zuraina nak tumpang dia. kontrak pergi balik. nanti hujung bulan bayar la duit minyak ek

nak cari rumah lain? xde transport la. susah. susah menumpang orang ni. dah bape kali aku cakap kan. nanti bila datang cikgu baru. aku tak kan buat macam ni. mungkin sebab dulu dia datang ramai- ramai. senang. aku? practically memang 3 orang tapi aku memang tak de kawan T_______T

ud cakap tak baik cakap macam tu. Allah sentiasa dengan kita. bersama kita. dengan bertemakan lagu eminem - not afraid. i'll be even stronger. because i have a great family and wonderful friends along the way

recently

these days aku hanya seat in saja. even hanya seat in pon. penat jugak. budak- budak entah pape. biasa la cikgu muda. perempuan pulak tu. jangan harap nak hormat. kelas 4A6 dah kena hari tu. ingat aku ni hape. takut sangat ngan diorang. ikut kan hati nak lempang je sorang- sorang. nasib baik ada steven yang comel tu. sejuk sket hati ni

semalam si amoi mintak deposit rumah. pelik? pelik tapi benar ok. kalau diikutkan memang tak logik. owner rumah tu pon tak tahu yang aku selama ni stay kat sana. habis sapa yang minta sebenarnya? *geleng kepala*

aku pon tak tahu la niat dia apa. tak kan aku tak nak bagi pulak. dah la menumpang kan. tapi aku ada jugak argue

fathiah: kak f** uncle tau ke orang dok sini?
kak f**: mana ada
fathiah: habes duit ni sapa yang mintak?
kak f**: memang kalau sewa sini kena bayar deposit sebulan

logik kah?

sengal weh. aku pon tak faham. nasib baik baru dapat gaji. dan satu lagi. aku dah cakap siap- siap yang duit tu adalah duit sewa aku bulan 11 nanti. kalau mintak lagi. memang gile r. tak faham deposit tu apa kot. tak kan la sebodoh tu. tak pernah menyewa ke?

minggu ni 2 kali aku makan pizza ok. gile tak gile. membuncit aku. terus puasa hari ni. dah dok sarawak ni reti- reti la nak puasa. berbuka awal kot. dalam frontal lobe fikir nak masak nasi. goreng telur. serunding. sedap- sedap. tapi teringin nak makan secret recipe. simpan dulu nanti makan dengan raudha. hehe

minggu ni nak g rumah kak emy. tak kuasa aku nak dok rumah tu. nak tumpang basuh baju sebenarnya.ada jeans la. berat kalau basuh tangan (macam tak biasa)

lepas ni seat in nak tulis surat. macam sekolah. matrik dulu. best kan. nak tulis banyak- banyak baru hantar kepada siapa? siapa lagi

sekarang tengah fikir cara nak tackle budak. buat baik salah. garang pon salah. apa jalan tengah. budak lelaki ni memang aku tak faham. form 4 lain. form 5 lain. form 6 lagi lain. even colder ok. langsung tak layan aku. yang perempuan tu siap jeling- jeling lagi. macam aku ni bakal mak tiri diorang *geleng kepala lagi*

susah pergi balik sekolah naik motor. pakai la cantik macam mana pon. make up setebal mana pon. kalau dah letak helmet atas kepala tu. paham-paham je la. tapi bersyukur lah wahai fathiah. at least ada jugak kenderaan. kau tu sebatang kara. orang bagi tumpang tu dah cukup baik

October 26, 2010

makcik kayo

hehe. Alhamdulillah semalam dah dapat gaji. syukur dapat jugak bagi mak ayah duit. lega hanya Allah yang tahu. macam kena cirit birit selepas 10 tahun sembelit. kali ni betul- betul kena jimat. nak kereta. nak jugak!!

October 24, 2010

beghambeh

minggu ni dengan muka tak malu aku cakap kat cikgu ting aku nak tumpang dia. tu la sape soh cakap rumah kat jambatan. kan dekat dengan rumah azie tu. jumaat balik sekolah terus g rumah azie. tak nak dok rumah sewa tu lagi. boleh mati kebosanan kot

semalam g sing kwong besar. durin. falley. dapat jugak kenal the other side of sibu ni. satu yang aku perasan. langit. langit kat sarawak ni memang sangat cantik. luas sangat. dengan awan yang gebu- gebu tu. memang rasa macam nak pi beli kamera la ni jugak

aku dah ada spot- spot menarik nak buat photoshoot esok- esok. tak sabar weh. nak kereta!!

sampai- sampai umah azie terus dijemput makan. makan pulak ikang singgang. memang la sodap tak terkira. budu lagi. nak menagis je rase. hahh. mak ada hantar serunding. satu kotak kot. maggie pon pos. apa la pekerja courier ni sampai pecah- pecah di buatnya. yeay. lepas ni dah boleh makan nasi dengan serunding. teringat masa kat unimas dulu. nasi bersamamu. nasi. serunding. telur mata. wahh. sedap- sedap

dah la masa kotak sampai pengetua yang call. buat cuak je. hengat hape. kena g sekolah balik ke. rupa- rupanya ada kotak sampai. terima kasih kat mr pengetua sebab letak kan atas meja. tapi berita best sebab this coming week pengetua tak de. g pontianak. biasa la pengetua cemerlang. mestila busy like bee

kajian tindakan. haish. memang membunuh la. tu la sape soh skip kelas tu dulu. Tuhan Maha Adil. setahun pulak tu bukan sekejap- sekejap. dengan student yang sangat 'nice'. macam tak de harapan je kajian aku ni. aku nak buat pasal apa ek. ada few dalam otak aku ni. bahasa melayu. emosi. ada some theories masa belajar dulu

harap- harap semua kan berjalan lancar. ampuan kan saya Tuhan andai saya ni hamba yang tak tahu bersyukur

October 19, 2010

kaki . hati

kaki
ke sana
ke mari
melangkah lagi
jauh dari sini

kaki
berlari
bersama hati
ku bawa pergi
tiada pilu lagi
tiada sepi di hati

hati
kosong sekali
bila mahu di isi
dengan kasih abadi

hati
usah gelisah lagi
ku janji
semua pasti kembali

kaki
mari kita pergi
jelajah isi bumi

hati
manusia aneh sekali
kenapa Allah cipta kita begini?

kaki
bawa aku pergi

October 15, 2010

how bored i am!!

source: google

imagine aku boleh habis kan diary of a wimpy kid dalam masa setengah hari. memang la sangat bosan. nasib cerita ni best gile. tobat aku beli nanti. ni pinjam ngan andy aka student. imagine lagi. praktically aku ada housemate tapi housemate aku tu dok dalam bilik je. macam aku sewa rumah sorang- sorang. dengan tv yang sangat blur tu. arghhh

good news. esok nak g saratok. finally!!

tapi sebelum tu ada something yang tak best berlaku. manusia. susah bila dah terserlah true colours ni. aku baru 3 minggu kat sini. and i don't wanna be someone's enemy. please not

hidup memang ___________. fill it yourself. doa banyak- banyak

source: google

October 9, 2010

391

sampai- sampai rumah kak emy terus cari 303. tapi tak jumpa. pulun. cari jugak. jumpa!! kat channel 391. gumbira

finally rasa macam kat rumah. ada tv. astro. internet. harap- harap masa berlalu sepantas mungkin. aku bosan!!

October 7, 2010

asok yang hanjing

oleh kerana rumah di kelilingi oleh tauke- tauke kaya gilak. maka setiap rumah pasti akan ada at least seekor asok (anjing). malam- malam tak yah cakap la. melalak je kerja. nak jemur kain pon susah. macam aku jemur kat rumah dia

berkira- kira:

nak beli kereta
nak pindah rumah
nak pasang streamyx (sebab dapat line free) (-_-")

tadi masuk keas 4A6 & 4A2. aku terkaku dan terpaku. rasa macam berat je mulut nak ajak budak- budak ni borak ke. buat game ke. lagipon aku cakap bukan diorang faham pon. tapi satu yang istimewa kelas budak- budak sastera ni. diorang suka melukis. mostly kalau aku masuk diorang akan keluar kan drawing block masing- masing

yang bercakap tanpa henti tu. lantak la. bukan air liur aku pon. aku pulak baru je baik dari batuk+ selsema. telinga ni berdegung lagi. suara pon tenggelam timbul. nasib baik tak kena mengajar. sebab dorris dan baizura dah mula ajar sejarah. fuhh

sekejap je esok dah jumaat. yeay!! weekend ni ingat nak g rumah azie. tapi tengok la macam mana. duit tak de ni. fyi tiket dah beli *double yeay*

nak balik. nak dollah. nak azim

October 3, 2010

misi menjejak abang jay chou

smk sacred heart. sibu

waaa. aku paling tak nak tu la yang dapat. sibu kot. pengetua jemput kat airport. lucky me. pengetua baik sangat a.k.a mr v. cikgu- cikgu ada yang nice. ada yang cold. biasa la manusia. jumaat pergi sekolah duduk je. bosan. relief pon tak payah. kat sini diorang panggil seat in. walaupun tak seat in. cikgu- cikgu lain tak de yang jeles ke. dengki ke. biasa je. semua paham

tak macam masa praktikal hari tu. awal- awal lagi dah kena relief. sikit- sikit cikgu praktikal. tapi kali ni beban berat sikit. sekolah cemerlang la katakan. aku dah pening ni fikir macam mana nak ajar diorang. kena la kreatif sikit

datang sarawak dapat ramai kawan baru. azie. nadiah. GN. baida. kitorang semua dapat sibu. sekolah pon tak jauh. harap- harap lepas ni dapat gaji boleh pindah rumah. housemate a.k.a kak fen dah nak kahwin hujung tahun ni. terpaksa la cari rumah lagi

aku suka bilik aku ni. vintage gile

isnin ni insyaAllah akan dapat jadual. harap- harap student dapat terima aku. fyi cikgu yang sama- sama masuk dengan aku ni cantik- cantik. aku je yang hidung tak mancung jerawat batu bertimbun- timbun T_______T

student mesti kecewa dapat aku. lupa nak bagitahu sekolah aku ni sekolah lelaki. man loves fact. mati la. aku ni ilmunya cetek. pengetua buat orientasi 2 bulan je so 1 dec beru boleh balik. nadiah lagi best 2 minggu je. cikgu- cikgu kat shs (sacred heart school) cakap jadi cikgu kat sekolah tu banyak kerja sikit weekend pon kena kerja. takpe la masa ni la nak belajar kan

ganbatte fathiah!!

p/s: rindu azim weh T_______________________T