December 30, 2013

aku rasa rajin

hari ni mesyuarat pertama sekolah. kejam. sangat kejam. ada 8 monyet atas bahu aku sekarang. agak- agaklah nak bagi jawatan. bertingkek- tingkek kot

tunggulah aku kahwin nanti. aku buat hal. siap korang. no way. itu semua amanah. banyak jawatan maksudnya orang percayakan kita. so ill try my best to fulfill my duties

kelas. cuma dapat form 3 dan form 5. fuhh alhamdulillah. nasib baik

kelas banyak sebab ajar budak spm. first time dapat 25 waktu biasa 24 saja. kelas form 5 pula kelas budak nakal. budak malas. budak biadap. so be ready!

insyaallah wawa akan masuk rumah kami. yeay! harap- harap wawa dapat sesuaikan diri dengan baik

actuallly aku ada banyak gambar tapi malas nak resize dan upload. tujuan aku menulis untuk remindkan aku apa yang dah berlaku setakat ni. supaya aku tak lupa

aku nak mual menulis balik. nak record semua yang berlaku. walaupun sekarang ada instagram ada twitter ada facebook tapi blog lebih selesa. sekadar untuk bacaan aku sahaja

kenangan antara aku dan kehidupan

esok hari terakhir. insyaallah akan ke sekolah untuk kemas meja. nasib baik sempat cop tempat di bilik guru 3. dekat dengan cah. dekat dengan wawa. tak boring sangat

harap semuanya akan baik. walaupun students agak scary. banyak- banyak doa. always love your studs fathiah

i will

December 29, 2013

this is my december

so beberapa hari lagi kita bakal melangkah ke tahun baru. 2013 penuh dengan kejutan. nasib baik tak kena heart attack. alhamdulillah semua kejutan tu kejutan yang baik dan indah

siapa sangka aku dapat transfer. siapa sangka balik beraya tiba- tiba bertunang. siapa sangka tak lama lagi aku akan jadi isteri orang. Allah adalah sebaik- baik perancang

syukur. alhamdulillah

tahun ni tak banyak post mungkin hidup dah tak berdrama. everything went well. tapi lately hati rasa tak tenteram mungkin nervous nak kahwin. maybe sebab tak ready nak kahwin atau belum dapat terima tunang aku seadanya

setiap kali dia sms aku rasa berat nak reply. pendek kata MALAS nak reply. soalan sama

assalam duk watpe awk..
duk wape org..
mkn dh..

tolonglah. kalau setiap hari tanya macam ni. boring. ok mesti orang akan tanya

kau nak dia tanya apa?

jangan tanya apa- apa. sms perkara penting saja. masa keluar beli cincin aku buat perangai. sampai terbeli cincin saiz 20. padan muka aku. dia cakap aku diam saja. dia ajak minum aku tak nak. dia sms aku jawab tak jawab. tapi aku nak bagitahu tunang aku adalah manusia paling penyabar kat dunia ni tau

aku harap sifat baik dalam diri dia akan kekal sampai bila- bila. tapi aku memang bersedia dengan sebarang kemungkinan

aku tak tahu kenapa jadi macam ni. kenapa sedikit perasaan pun aku tak rasa. cinta? no way. aku rasa susah nak respect dia sebab cara berfikir kami berbeza. we speak different language. bagi aku la. aku rasa macam tu. bukan sebab dia kerja driver ke hape ek

cara kami melihat sesuatu keadaan tak sama. aku takut. aku canggung. aku nak jadi positif. aku nak support dia sebab cita- cita aku adalah untuk jadi isteri yang baik. tapi aku takut aku jadi menyampah. malas nak layan. ignorance 

cita- cita aku memang nak jadi isteri yang baik tapi bila tengok balik sejarah keluarga aku. aku jadi takut. takut kalau cita- cita tak kesampaian. yakin dengan Allah fathiah. kahwin sebab Allah. bercinta kerana Allah

Allah buat kita jadi positif bukan?

kepada tunangku minta maaf sebab buat perangai. dalam erti kata lain mengada- ngada. saja nak dera time bertunang ni. harap awak bersabar dengan saya. sentiasa positif dengan saya. tolong jangan putus asa terhadap saya

saya janji saya akan cintakan suami saya. sepenuh hati. jadi tolong sabar ye

November 28, 2013

lama tak lama

hampir berbulan tak update. almaklumlah bila masuk tempat baru ni macam macam kena buat. hal sekolah tak payah cakaplah. sekejap aku sekolah pagi sekejap sekolah petang

nak marah. kita orang baru. terima sajalah

alhamdulillah budak- budak petang sangat baik. walaupun nakal. tapi fun and rileks. tak banyak kerja. cuma masuk relief saja. cikgu- cikgu petang pun baik dan supportive. tak macam cikgu pagi. suka cakap belakang

minggu terakhir sekolah sempat lagi menghadiri kursus cpd. walaupun tak terima surat aku pergi jugak kalau tak nanti takut tercicir. alhamdulillah berjalan lancar. 5 hari di port dickson. dapat kenal kawan- kawan baru yang best

enough hal sekolah

masuk hal kahwin. insyaallah majlis akan dibuat pada 22 mac 2014. tapi satu barang pun belum beli lagi. ada mak aku rasa serabut. aku yang nak kahwin bukan mak. bila besar malas nak gaduh- gaduh

sabtu ni insyaallah nak survey bridal dengan sepupu kak mek sebab dia pun akan kahwin bulan 1 ni. ada seribu satu benda yang nak dibuat. cuma aku tak tahu nak buat yang mana dulu. pening!

dengan tunang. kadang- kadang aku rasa dia annoying gila. sampai tahap malas nak reply sms. tapi sebenarnya kalau difikirkan balik. aku yang tak positif. kalau dia boleh sabar dengan aku kenapa aku tak boleh. nak cari yang perfect? impossible!

dia terima seadanya aku. dia baik. supportive. penyabar. sungguh! sangat- sangat baik. hargailah dia fathiah. kaulah manusia paling bertuah






kesayangangs

September 11, 2013

antara menipu dan maksiat

kadang- kadang aku tipu tunang aku. cakap aku dah nak tidur tapi online sampai pagi. niat aku cuma satu tak nak 'perbualan sms' jadi dosa. bila dah tak bermodal mula nak merapu merepek. maaf aku bukan jenis melayan

jadi maafkan saya sebab menipu. untung tak perlu bermaksiat

call mak bagitahu weekend ni nak balik kampung

mak: dah bagitahu tunang
aku: bagitahu apa?
mak: kau balik kampung la
aku: buat apa. bagitahu mak cukuplah
mak: eh budak ni !@#$%^&*()

apa da. at least bagitahu jugak mak. nanti dah berlaki buat apa- apa tak bagitahu mak mulalah terasa hati. pinggirkan mak. tak fikir pasal mak. memang mak sebab syurga orang bawah tapak kaki suami

masa ni la anak- anak [perempuan] nak baik- baik dengan mak. lepas ni tengoklah macam mana. apa suami cakap ikutkan je la

insyallah tak pinggikan mak. mustahil orang lupakan mak ayah adik- adik. lagipun rumah kami tak jauh. naik basikal sampai rumah mak mertua. i mean bakal mak mertua


September 3, 2013

lambat . lagi

perghh dah dua bulan aku skip berblog. punyalah busy sampai raya pun tak terhapdet. memang banyak perkara berlaku dan berubah

contohnya sekarang aku dah bertunang. macam tak cayakan. aku pun!

.rancangan Allah memang hebat. tak terdaya nak dilawan. aku pun bukan muda. tunang aku pun orang yang baik [insyaallah]. memang sebelum ni nak lelaki pandai hensem kaya tapi punyalah hebat Allah. Dia tak bagi apa yang kita nak

Allah bagi apa yang aku perlu

aku dengan tunang tak selalu sms. call memang aku tak bagi. aku ni ada perangai cepat menyampah dengan orang

dahlah hati tengah berbolak balik ni. besar dugaan bertunang. tak nampak tapi memang terasa

so far tunang aku sangat memahami. paling penting tak merokok. tak kisahlah kerjanya cuma pemandu. harap dapat susah senang bersama

aku berkahwin nak sempurnakan iman. nak cari syurga


gila tak cute


period aku lambat lagi. paling lewat untuk tahun ni. stress 

July 11, 2013

almost a week

bila dah sampai tempt baru mesti cepat- cepat belajar untuk sesuaikan diri. dan aku bukan remaja lagi. dah dewasa tahu untuk bawa diri

so far melaka memang best. cikgu- cikgu sekolah baik. students? sama saja dengan sebelum ni. tapi ada sikit baiklah. taklah melawan dan biadap. cuma banyak cakap dan cakap kuat. kawan- kawan diorang pekak agaknya

banyak perkara yang aku belum buat. selagi aku tak dapat kereta selagi tulah hidup aku tak tenang. macam malam ni terpaksalah terperuk di rumah. tak dapat terawikh berjemaah. sebab tiada orang nak bawa. tiada kenderaan

alhamdulillah. memang nak dibandingkan dengan sacred heart. aku lebih selesa di sana. tapi manusia perlu berubah untuk lebih baik. kalau bukan sekarang nanti kena balik semenanjung jugak

alhamdulillah. semoga adaptation process berlaku dengan pantas

June 28, 2013

tahun yang indah


alhamdulillah

tak sangka. memang tak sangka. kontroversi jugaklah. dek hati busuk orang sekeliling. soalan yang biasa

"guna kabel ke?"

sumpah cuma ada Allah. aku baru 3 tahun di sarawak. belum kahwin lagi. mana mungkin dapat transfer ke semenanjung. tapi Allah maha hebat. dah rezeki. alhamdulillah berkhidmat di melaka kelak

mak cakap:

aku selalu bernasib baik baik sebab aku lahir dalam bulan ramadhan

tak pasti betul ke tak. tetapi setakat 27 tahun aku hidup ni tak semudah yang disangka. mungkin mata lain tak dapat melihat. cuma diri ini yang menanggung

banyak perkara belum setel. terutama kereta. susah sangat. dahlah kargo tu mahal. terpaksa pinjam duit mak. mana aku ada duit sebanyak tu. kerjaan di sekolah memang takkan siap. pbs! memang tak kan siap. tinggalkan untuk cikgu yang bertuah yang gantikan tempat aku

baru call pengetua baru. minta tangguh lapor diri. dia ok. tapi nak aku ajar pendidikan seni. seni kalau dulu senang tapi sekarang dah susah. bukan sekadar masuk kelas melukis. dah ada teori. tu yang malas

harap sekolah. pengetua. cikgu. staff. students baik- baik belaka. insyaallah

takut

tadi sempat lagi gaduh dengan dominic gilos. siap koyak buku pendidikan moral. kisah ke aku? harammm. bye bye nak balik next week tak perlu tengok muka kau yang macam tin sardin pecah tu. kau manusia [manusia ke lagi bangang dari ayam kot] tak tahu nak hormat orang. tengoklah apa yang orang buat pada kau nanti

pesanan ikhlas penuh kasih sayang dari bekas cikgu pendidikan moral


June 24, 2013

je-re-bu

pagi tadi cuaca kurang baik. bau asap sangat kuat. sampai baju pun bau busuk. budak- budak lagi kesian. terperap je dalam kelas. at least guru duduk dalam bilik yang ada aircond. walaupun tak sampai separuh yang berfungsi

puasa hari ni letih sangat. tak sabar nak berbuka. serius. biasa tak macam ni. siap makan mee lagi. alahai. habislah diet aku

petang tadi Allah bagi hujan. kebetulan pulak dalam kelas:

jimmy: cikgu! panas
cikgu: doa banyak- banyak minta hujan

alhamdulillah. hujan juga. dah 2 minggu kami berpanas. tidur malam berpeluh- peluh. macam iron baju time tidur tak pun jogging 129 pusingan padang. sarung bantal pun basah. apatah lagi baju tidur

kadang- kadang nak sembahyang pun tak selesa. rasa nak cepat- cepat. sebab dapat rasa peluh menitis- nitis. nak sembahyang asar tapi telekung still basah masa sembahyang zohor tadi. astaghfirullah. banyak dosa aku ni. dan gemuk jugak

selain puasa nasi. aku langsung tak exercise. sebab peluh memang dah keluar banyak. rasa tak selesa. baju setiap masa kena tukar. kalau tak hapak kot

bukan mengeluh. menjelaskan situasi. manusia memang panas nak complain. hujan pun nak complain. tapi aku suka hujan. terlalu suka hujan

harap esok hujan lagi. amin

June 23, 2013

she's

nadiah dan ayuni keduanya mengandung. gila hebat. kahwin sama- sama. dan mengandung pun sama- sama. best kan. kalaulah aku dapat join sekali lagi best kot. mimpi!

ayuni
tak dapat telan ayam. muak katanya. kasihan sebab rumah kitorang cuma beli ayam. lately malas nak ke pasar. tapi esok tengoklah macam mana. cari udang atau daging kat pasar

nadiah
tak dapat minum milo. dah tak sedap katanya. bab makan nadiah ok lagi. cuma dia selalu penat dan pening. muka pun pucat

fathiah
semakin berisi. mengekalkan kejuaraan housemate paling bam- bam. cuba untuk tak makan nasi. tetapi end up dengan lebih banyak makan junk food. shit

wani
setiap hari gaduh dengan fatah. fatah? anak kepada wani. baby comel yang berusia 8 bulan. tersangatlah aktif dan tak nak makan nasi. falling in love with keropok ikan. nasib baik aunties semua orang pantai timur tau

fadhilah
adik i. dah selamat bersalin jumaat lepas. alhamdulillah. khabarnya kecomelan nur raudha amani mengatasi kecomelan mohamad fauzan azim. tak sabar nak tengok anak saudara baru. nak ambil gambar banyak- banyak





June 12, 2013

masa itu peluru

engkau
tidak seperti buku-buku yang aku selalu baca, baca.
kerana mungkin
engkau adalah 
kisah yang tidak dapat dicoret
dengan bahasa

[lukis]

----------------------------



































May 17, 2013

situasi annoying

situasi #1

cikgu: esok tak perlu bawa buku teks
selang beberapa saat
murid: cikgu! esok perlu bawa buku teks tak?

situasi #2


cikgu: latihan rumah sukan petang ni mula jam 4
selang beberapa saat
murid: cikgu! latihan rumah sukan petang ni start jam berapa?

situasi #3


cikgu: petang ni ko-k badan beruniform
selang beberapa saat
murid: cikgu! petang ni ko-k kelab ke badan beruniform

situasi #4


cikgu: siapa yang dah dapat kertas latihan boleh mula sekarang
selang beberapa saat
murid: cikgu! dah boleh mula?

situasi #5


cikgu: siapkan latihan dan hantar hari ini sebelum waktu 8
selang beberapa saat
murid: cikgu! bila nak hantar?


kau rasa sabar cikgu tahap mana?

cikgu: lempang nak?



May 16, 2013

hari guru

situasi di 1A5

selamat pagi cikgu. selamat hari guru!

first time selama aku di sacred heart ada student wish macam tu. sekelas pulak tu. bahagia. esok studs dah mula exam. cikgu yang happy. lagi seminggu dah nak cuti

we are going to perlis--perak--cameroon highlands. super excited!



May 13, 2013

130513

untuk sekali seumur hidup jumpa tarikh macam ni. cantikkan. alhamdulillah genap umur 27 tahun. macam- macam dah dilalui. satu perkataan yang mampu aku ucap -- alhamdulillah

terima kasih Allah atas segala kebaikan. kemudahan. sokongan. pertolongan selama ini

hari ni hari yang tenang tambah pulak aku berpuasa. walaupun huat reong cuba protes dengan membaling pen sedikit pun tidak menggugat kesabaran aku. aku pun hairan. macam mana aku boleh sekuat itu

biasanya dengan dia- dia sekali aku baling. sambil mengeluarkan kata- kata kesat

syukur. aku kuat. dari Allah aku peroleh kekuatan. memang betul. tiada puasa yang sia- sia. tapi esok aku cuti dulu insyaallah rabu nanti sambung lagi

aku rasa bahagia dan gembira. walaupun jauh dari keluarga. jauh dari sahabat. tapi aku tak sunyi. aku ada Allah

memang matlamat hidup aku untuk jadi manusia yang bahagia dan mati sebagai manusia yang bahagia. duit bukan kebahagiaan. kasih sayang adalah kebahagiaan

selamat hari lahir fathiah. semoga lebih dewasa lebih bahagia dan jumpa dengan hamba Allah yang dapat membimbing hingga ke syurga. amin~

May 12, 2013

mother's day


ribuan kilo jalan yang kau tempuh
lewati rintang untuk aku anakmu

ibuku sayang masih terus berjalan
walau tapak kaki penuh darah penuh nanah

seperti udara kasih yang engkau berikan
tak mampu ku membalas
ibu


ingin kudekap dan menangis dipangkuanmu
sampai aku tertidur bagai masa kecil dulu

lalu do'a-do'a baluri sekujur tubuhku
dengan apa membalas
[iwan fals]

---------------------------
walaupun banyak post di facebook mengatakan menyambut hari ibu boleh merosakkan akidah. biarkan. cuma ucapan bukan sambutan. rosakkah?

hubungan aku dengan mak memang tak berapa mesra. sejak kecil lagi. sebab aku rasa mak bencikan aku. semua salah yang adik- adik buat mak akan marah aku dulu

membesar dengan keadaan seperti itu buat aku jadi pasif. takut untuk cabar diri sendiri apatah lagi untuk pikul satu tanggungjawab. sebab nanti kalau silap kena marah

mak hantar aku ke asrama. jauh. tapi jarang sekali datang melawat. alasan: sibuk. bila balik bermalam aku tengok semua duduk rumah tak busy pun. mak memang malas nak tengok aku

apa yang aku cakap semua mak bantah. semua salah. aku protes. aku memberontak. aku marah. aku sakit hati dengan mak

sungguh aku sayang ayah. lebih dari mak. sebab apa yang aku lalui masa kecil sangat meninggalkan kesan pada aku. aku boleh maaf tapi tak boleh lupa

siapalah aku nak maafkan mak. aku yang sepatutnya minta maaf dari mak. mujurlah kalau aku dapat masuk syurga dengan perasaan benci dengan mak

sekarang aku dah dewasa. aku faham kenapa mak selalu marah aku sebab mak nak aku jaga adik- adik aku. ada rasa tanggungjawab sebagai kakak sulung

aku faham kenapa mak jarang melawat aku sebab mak nak aku berdikari. tahu jaga diri sendiri. aku sepatutnya lebih positif. aku banyak buat dosa dengan mak. harap mak ampunkan aku

hari ini hubungan aku dengan mak semakin baik. kami rapat macam kawan- kawan. kalau mak marah aku diam. lebih baik macam tu. aku tak nak ada yang terguris hati nanti

aku sayang mak sama macam aku sayang ayah. dua- dua buah hati pengarang jantung. aku doakan mak sentiasa sihat dan bahagia. maaf sebab lambat bagi menantu dan cucu. sabar ye mak

selamat hari ibu


May 11, 2013

1 rejab

aku rasa tak lama lagi akan berkuburlah blog aku ni. walaupun sudah memasuki beberapa tahun atas sebab kemalasan melampau entri yang ditulis amat sedikit jumlahnya

alasan lain:

hidup aku sama sahaja setiap hari. pergi sekolah. balik sekolah. studs sangatlah baik. kalau aku marah jaraaannnggg sekali nak menjawab. kalau tak marah tak delah sesi luahan perasaan so tak delah entri yang berkaitan

walaubagaimanapun ada beberapa orang budak jahat yang pihak sekolah sengaja nak pisahkan mereka end up di kelas yang aku mengajar. shit

serius jahat dan biadap

tapi aku ignorekan sahaja. malaslah. takkan sebab dia seorangsatu kelas jadi mangsa. buat macam biasa. memang sebelum ni budak- budak ni sangat baik. sangat hormat dengan cikgu. kenapa perkara remeh kena jadi complicated

aku fikir masa sangat cepat. kalau marah saja buang masa. aku nak create banyak memory denagn studs. because i love them so much. walaupun mereka tak tahu. dan tak akan tahu. dan tak akan sangka pun

pru. satu lagi tahi

dunia ni tak adilkan dan takkan pernah adil. biarlah dia main kotor. kita manusia bersih. roh bersih. hati bersih. minda pun bersih

mungkin diorang seperti kambing yang tak berperasaan. dan tak tahu bezakan antara plastik dengan rerumput. sorry tak de kena mengena. aku cuma musykil kenapa nak bangkitkan isu perkauman

isu paling sensitif di atas muka bumi ni. dalam tv bukan main lagi macam- macam lagu ada. dok suruh terima kasih malaysia. terima kasih dekat Allah bukan dekat malaysia

belum lagi iklan ayu dengan mak biah tu. serius sengal. mak biah sebaya atuk aku kot. takkanlah anak baru darjah 2. buat iklan gunalah otak sikit. macam kambing

5 tahun lagi. insyaallah. ada sesuatu yang Allah dah rancang. tunggu dan doa. setiap yang berlaku ada hikmahnya. Allah maha bijaksana. dan senjata kita adalah doa

dia nak main kotor biarlah. kita ada Allah dan Allah sentiasa bersama kita. jangan takut untuk hidup cara islam. memang kita tak akan sempurna tapi kita boleh jadi yang terbaik

duit bukan segalanya. orang selalu cakap 'duit bukan boleh bawa dalam kubur pun'. betul. so kenapa terlalu pentingkan duit sampai tolak agama. takut jadi miskin kalau taksub dengan agama. saidina uthman tak pernah miskin pun

apapun yang berlaku hari esok harap kita dapat bertindak dengan bijak. Allah bagi akal. guna! Allah bagi hati. rasa!

akhir sekali ahlan wasahlan rejab~ lagi 2 bulan nak puasa. tak sabarnyaaaa


April 14, 2013