February 14, 2014

kan dah mula busy

kononlah hari tu nak post setiap hari. memang kalau dah jadi cikgu akan busy dan penat sentiasa. minggu ni setiap hari balik lewat petang. esok sekolah ganti lagi. petang ni dengan jayanya aku tidur sampai jam 5. tak gi jogging dahla tengah hari makan banyak

minggu lepas aku start breakfast awal pagi. dalam jam 6.40 dah start makan. yang bangusnya nya sekarang aku dah tak pening atau perut masuk angin. pedih hulu hati pun tak. bulan ni jugak aku lancarkan bulan tanpa kantin. dah seminggu tak gi kantin weh. isnin dengan khamis aku puasa

jimat duit aku

alhamdulillah berat aku dah turun 2kg. syukur sangat- sangat. aku bukan nak kurus sangat cuma nampak cantik bila pakai baju pengantin nanti. aku tak selesa jadi gemuk

sejak duduk bilik hem ni macam macam drama berlaku. mak datang tak nak bayar kompaun dari jabatan kesihatan sebab anak dia merokok. anak dia ada dan buat masalah sekolah yang salah. apa yang makcik tu buat kat rumah? 

kalau nak kata cikgu ni jahat sangat. anak- anak cikgu semua pandai pandai. ada doktor engineer ada yang belajar sampai luar negara. tak faham kalau parents cakap cikgu tak tahu nak mendidik. siapa yang gagal jalankan tugas sebenarnya

terimalah kalau anak ada masalah. ambil berat pasal anak. selalu tanya apa yang dia buat

January 28, 2014

pondeyy

perkataan yang selalu kami guna sejak dua menjak ni. azam aku nak menulis setiap hari tapi

memang akan ada kekangan. aku manusia sibuk. banyak hal hal sekolah tak terbuat. esok nak kena hantar buku rekod mengajar pada pengetua. aku buat simple gila. aku tengok hanes siap lukis- color bagai. ada yang tampal kertas color- color. buku aku black and white sajo

sejak duduk bilik hem macam- macam hal sekolah aku tahu. setiap hari ada mak ayah budak datang. cikgu lee sebat budak bermasalah. pendek kata tak pernah sunyi. aku cepat adapt dengan tempat baru. cikgu- cikgu semua sempoi walaupun kerja menimbun

belakang aku dah sakit ni. dahla hari ni makan terlebih intake kalori. patutlah berat aku tak turun- turun

sambung esok. kalau aku ingat

January 22, 2014

no mood

oleh kerana aku tak dapat nak luahkan kat tunang aku.  jadi aku luahkan kat sini saja. boleh?

aku tak suka tunang aku. sama ada ini dugaan orang bertunang atau memang aku tak berperasaan. aku rasa [aku ada sebut sebelum ni] dialah lelaki paling bosan atas muka bumi ni. boleh dalam kereta dengar thr gegar. tolonglah!

bukan aku nak cakap english tak bagus tapi memang pun. orang panggil kemoterapi dia panggil temoterapi. orang panggil claim dia panggil klen. tak kritikal tu? aku bukan nak merendah- rendahkan dia tapi tulah hakikatnya

masa dia hantar aku dulu. minyak kereta aku bagi tau. tahulah kereta aku tapi gentlemanlah sikit. sampai nak beli kerusi sebab nak pasang langsir pun aku yang bayar. hampeh!

jenis manusia berkira kot

aku takut nak kahwin sebab dia ni manusia yang jenis cakap je buat tak. mula- mula nak belikan aku buku. sampai hari ni satu buku pun tak sampai. cakap nak masuk kelas bahasa inggerislah. sampai la ni tarak

macam mana nak buat suami tu. aku ni baran tau. moody. aku takut nanti kat neraka tu aku je yang conquer. dosa paling banyak. tak taat pada suami. mak ayah pon aku boleh lawan. apatah lagi

oleh sebab itulah aku takut nak kahwin. takut aku tak dapat hormat dia. aku malas nak layan dia. aku kecikkan hati dia. aku bodoh dengan dia. aku tahu semua tu memang akan berlaku

aku bersedia untuk apapun kemungkinan

satu lagi perkara yang dia buat aku betul- betul annoying. tanya soalan yang sama berulang- ulang- ulang- ulang kali. dah tahu tapi tanya lagi. tolonglah. tolonggg

malam ni pon dia ada sms tapi malas nak reply. aku jadi menyampah gila tahap gaban dengan dia kot. aku rasa aku dah macam bom jangka. sikit lagi nak meletup. kalau sikit je tak kena habislah

aku berfikir- fikir nak bagitahu ke tak. rasa macam tak. kejam sangat. tapi aku tak suka pendam- pendam

kalaulah aku boleh jumpa orang lain. yang sehati sejiwa dengan aku. yang bertutur 'bahasa' yang sama dengan aku. bestnya!aku tak kisah pon muka handsome ke tak kaya ke tak yang penting boleh ngam. cool plus gentleman. dan tak ketinggalan bijak!

January 18, 2014

demam

since transfer inilah kali pertama aku demam. sampai ke klinik malam tadi. bukan apa sekarang macam- macam penyakit senang saja nak dapat. kesihatan mesti betul- betul kena jaga

semalam masuk kelas 3V. kelas budak yang cakap aku 'bodoh' tu. alhamdulillah dia ok. tak melawan. aku pun malas nak cakap banyak. hujung- hujung kelas ada classmate dia bagitahu aku

"cikgu kamu tak tahu marah"

kalaulah dia belajar kat sacred heart tahulah aku ni macam mana sebenarnya. kat melaka ni aku jadi malas nak marah- marah. sekarang pulak macam- macam masalah timbul

pasal kahwinlah. pasal ayah lagi. stress? tak cuma Allah nak aku ingat Dia. mengadu dekat Dia

lepas kena bodoh hari tu terus aku demam. mana tak. malam tu aku menangis macam orang gila. lama tak nagis macam tu. lega sangat. tapi esok terus demam. banyak sangat dosa ni. tak tertanggung

semalam mak call bagitahu makcik- makcik nak aku nikah jumaat malam. sebab kalau sabtu macam busy sebab makcik- makcik yang akan masak masa kenduri nanti. diorang pun nak tengok aku nikah jugak. katanyaaa

yang penting mak long sempat sound

"nor tokki tak marah pulak masa najwa bukan main lagi"

kesimpulan: tokki lagi sayang aku!

ayah. aku kecewa dengan ayah. boleh ke? ayah bagitahu orang yang aku tak bincang dengan dia pasal hal kahwin. sedangkan aku selalu tanya ayah. majlis bila. kad nak berapa. tapi ayah buat tak tahu. tapi cerita kat orang macam aku belakangkan dia. sedih. sedih sungguh

macam teruk sangat aku sebagai anak

dahlah sebelum ni kawan- kawan dia cakap aku ni tak laku sebab tu tak kahwin- kahwin. aku tak nak jemput kawan- kawan ayah. sampai hati

aku nak ayah bahagia. tu saja. dan aku tak kan putus asa untuk doakan yang terbaik untuk ayah. i do love him so much

January 15, 2014

kesedihan melampau

pertama- tama bila ada pelajar cakap aku bodoh. bukan seorang tapi 2

"pinjam barang pun tak boleh? bodoh!"

"suka hati aku nak berdiri dekat mana. kaki aku bodoh!"

sedih? gila tak. aku cuma mampu jawab

"memang! memang aku cikgu paling bodoh kat dunia ni"

ya Allah berat untuk aku tanggung. aku tahan dari sekolah. air mata tak sabar nak keluar. kebetulan pula lepas jogging jumpa kawan- kawan kak fuji. aku main- main la cakap kat aina

"kak fuji kutuk yuna. cakap siapa- siapa pun boleh nyanyi macam yuna"

and i repeated that over and over again. sampai faizah marah

"kenapa fathiah cakap kak fuji macam tu? sampai 5 kali dia ulang"

lima kali ke faizah? tak sampai pun. biarlah kita bukan selalu jumpa. lepas ni taubat aku tak nak tegur lagi. faham kita tak setaraf. gurauan aku macam orang kampung tak urban macam kau

call ayah

"ayah jadi tak datang melaka?"

cepat- cepat jawab

"tak!"

faham. nada merajuk. kasihan ayah. aku tahu apa yang ayah lalui. betapa sabarnya ayah. ya Allah tolong buat ayah bahagia. tolonglah ya Allah

bagilah ayah kesihatan yang baik. umur yang bermanafaat. temukanlah ayah dengan orang yang mampu membahagiakan beliau

amin

berbalik dengan budak yang cakap aku bodoh. aku tak nak dia kena rotan. aku cuma nak dalam hati dia ada sedikit rasa bersalah. self defence dia sangat kuat. maksudnya dia memang selalu kena marah. ataupun keluarga dia dalam masalah

aku doakan dia berubah. biarlah aku bodoh asalkan esok- esok dia jadi pandai

January 14, 2014

penat

hari- hari meeting. lega dapat cuti hari ni. tidur memanjang. memang penat. takut nak hadapi hari esok. meeting lagi. ada tetamu lagi. juh. dari korea. takut sebab sekolah kita tak semenggah

dah lama tak sms dengan tunang. cuma tanya perkara penting saja. aku makin malas nak layan dia. betul ke aku ni nak kahwin? aku takut. takut jadi isteri yan biadap. sakitkan. lukakan hati suami. sampai hari ni aku masih tak berperasaan dekat dia

semakin hari semakin menyampah ada la. tak boleh nak hormat dia. 'bahasa' kami tak sama. aku tak dapat terima. mulut aku celupar. bila bercakap memang tak berinsurans. dia sensitif. aku faham sangat manusia leo ni

aku jenis tak sabar. moody. pemarah. sampai bila dia nak bertahan

kalaulah keadaan jadi parah? sanggup nak berpisah? family? mana nak letak air muka. tak pernah ada dalam keturunan bercerai berai. minta simpang. nauzubillah

aku harap lepas kahwin persepsi aku jadi lain. aku boleh terima dia. masalah sekarang mentality aku ni. fikir lebih- lebih. hati pula mengada- ngada. macam aku bagus sangat

ada orang nak buat bini pun kau patut bersyukur tau!

hati aku bolak- balik. pening. pening fikirkan masa berlalu cepat sangat. dengan berat aku sekarang. serius aku tak ready nak kahwin. persiapan semua dah 60% siap. kalaulah. kalaulah aku boleh putarkan masa

tak bersyukur aku ni. harap lepas dia jadi suami. cinta aku bersemi sampai mati. amin

January 8, 2014

fivers

sangat stress bila students malas untuk belajar. lebih lebih lagi budak form 5. memandangkan untuk pertama kalinya aku mengajar form 5. aku jadi buntu. apa patut aku buat? mereka bukan budak- budak

at least nota diorang salin. pengetua nak kejar result. masalah sekarang student tak nak belajar. bukan aku give up but i'm trying. very hard. can you see?

aku nak mereka pandai. belajar dengan baik tanpa perlu aku marah- marah. dah besar kot

aku sangat nervous untuk first meeting panitia. sebab ada pengetua. kenapa dia ajar psk. stresslah. aku belum sediakan apa apa. mantan ketua panitia cuti bersalin. setiausaha masuk hospital. pathetic tak?

dengan tugas baru. tempat baru. suasana baru. orang sekeliling baru. banyak perkara nak kena hadam. rasa macam nak muntah

dah 2 hari meeting sampai petang. tadi gigihkan diri joging sebab berat tak turun turun. aku akan jadi pengantin tergemuk. sekian


January 5, 2014

rajin kan?

memang setiap hari kalau boleh nak update. bayar balik hutang- hutang lama. meh cakap pasal persediaan kahwin. satu hape pun aku belum beli lagi. doorgift mahupun barang hantaran

aku memang suka buat kerja last minute. baru ada kesungguhan. esok nak gi masjid tanah nak settlekan kad kahwin

cincin lelaki belum beli lagi. tudung belum lagi. stress ni

January 4, 2014

pelupa


penyakit yang semakin kritikal. punyalah bersemangat nak siapkan kerja. hal panitia. kelas. kelab tapi pendrive tinggal kat sekolah. good job!

so buat apa yang senang- senang dulu. jadual kelas dan kedudukan budak- budak. nak print screen sekolahmalaysia.com pun tak dapat. ahh tertekan

malam ni nak keluar makan sama-sama dengan ex housemates. rindu diorang

aku dapat rasa yang aku tak selesa dengan badan aku sekarang. pipi aku tembam gila. sampai semua orang tegur. perut buncit sampai nak pakai baju pun tak selesa. seluar dah ketat. what happened fathiah??

aku cuba untuk control tapi ada je cobaan- cobaan yang datang. currently berat aku 72 kg. aku rindu masa kurus dulu. badan aku cepat naik tapi susah nak turun. sedih sangat- sangat

nasib baik hari ni jogging tapi breakfast tak hengat. lunch makan carbonara lagi. dah wawa cakap sosej tak baik untuk kesihatan still aku makan. macam mana nak kurus

aku harap dengan kerja yang menimbun ni dapat bantu aku untuk kurus. jangan tinggal jogging. aku makan shaklee tapi aku rasa badan aku makin naik. tengah berkira- kira nak stop ni tapi sayang duit pulak. habiskan je dan takkan sambung lagi

January 3, 2014

kerjaya ini membunuhku

punyalah busy semalam sampai lupa punch out. kekalutan yang melampau. kerja memang takkan habis dengan kelas form 5. e-kehadiran. online mahupun manual. guru kelas. ketua panitia yang buat rpt lagi

tapi tahun ni jumlah pelajar tak ramai. tak sampai 30 pun. syukur alhamdulillah

tadi masuk kelas 5PD. oklah. memang bising tapi at least duduk tempat masing- masing. tak macam form 3 tahun lepas. merayap je. mungkin budak- budak dah besar kot

aku tak nak garang- garang. aku nak mesra tapi tegas. insyaallah tahun ni aku boleh buat. sebab budak- budak sebelum ni mesra bila jumpa balik aku. senyum. lambai- lambai. oklah kan

tak macam sekolah lama. buat- buat tak kenal tu. sekarang baru rasa best jadi cikgu. sebab ada budak perempuan. aku perasan bila aku marah budak tak benci aku. aku marah bersebab bukan saja- saja

aku harap budak- budak akan terkawal sampai ke sudah. kerja yang diamanahkan juga beres. dibuat dengan baik

kalau nak mengeluh je sampai bilakan. jadi jom mengeluh sambil buat kerja. nak online. makan kuih. biskut. memang tak sempat. nak jumpa orang pun susah

mungkin ketenangan akan datang bersama pengalaman. amin

January 1, 2014

sayonara 13

hari ini bermula lah tahun mencabar 2014. banyak perancangan bakal dijalan. semoga urusan kami dipermudah Allah

syukur tak terhingga kepada Allah atas segala kebaikan. nikmat dan rezeki sepanjang 2013. segala yang tak terduga. subhanallah. alhamdulillah

semoga tahun baru ini aku akan

  • menjadi guru yang baik. sentiasa bersangka baik. positif. supportive dan menyayangi pelajar melebihi nyawaku sendiri. serta ikhlas dalam berkongsi ilmu
  • menjadi isteri yang baik. sentiasa patuh kepada suami. menjaga segala keperluan suami. menjadi sahabat yang setia dan sentiasa bersama walaupun jarak akan memisahkan kami. temukan kami di dalam setiap doa ya Allah
  • menjadi anak dan menantu yang baik. hargailah orang tua sebelum kita kehilangan mereka. aku banyak buat salah dengan mak. dengan ayah. terlalu banyak tak terhitung. aku tahu mak ayah banyak kecik hati dengan aku. perilaku aku. kedegilan aku. kata- kata aku. maafkan saya
  • menjadi insan yang baik. lebih baik daripada sebelumnya. belajar daripada kesilapan. banyak bersabar. berfikir sebelum bertindak. sentiasa memaafkan dan mendoakan orang sekeliling
  • insyaallah menjadi umi yang sentiasa bersama dengan pertama hati umi. mendidik dan membesarkan dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang. umi berjanji sedaya upaya umi untuk jadi ibu yang terbaik untuk anak- anak umi

semoga sentiasa dilindungi Allah daripada penindasan dan penganiyaan. kuatkan hati kami ya Allah. 2014 adalah tahun gelap bagi rakyat malaysia. mungkin ini ujian daripada Allah supaya kita lebih menghargai apa yang di sekeliling kita

apa pun yang berlaku dan bakal berlaku Allah tetap bersama. amin

bismillahirrahmanirrahim
ahlan wasahlan2014