May 24, 2011

just ignored

magheng gojoh nge studeng. mujo dok tumbok je muke ye. geghang ngoh la. base bodo benok. nge cikgu pong dok gheti nk hormak. bengong molek. owoh ghase nok maki pah pagi je. kok anda mung la budok. malah nk mikey aku nok balik doh jumaak ni. mapuh mung la. nak blaghi ke nok golek ke. malah aku caghe. mung ingak mung buleh hiduk tenang. pah mati mung susoh. tengok lah

budok- budok hok bengong gini dok leh layang ngak. jadi muwe. lok je. nasek baik tak dok masuk kelah mung arini. kalu dok tau lah nasek mung. geghang nye la. doh. doh bo mikey. lok je. wak bodo. aku malah oh nok layang oghang bengong macang mung. aku beci mg. pah mati pong aku beci. mung hidup nyusoh ke oghang baik mapuh je

May 23, 2011

sambutan hari guru. bowling. balik

minggu ni dengan leganya aku tak perlu masuk 2A6 untuk jaga exam. sebabnya previous exam aku dah masuk untuk 2 masa. aku punyalah tunggu mana cikgu ni tak sampai- sampai. geram tak yah cakaplah. students mula cakap- cakap. aku dah stress. rupa- rupanya cikgu yang akan masuk tu ada di 1A9. pon tengah tunggu aku. kami saling menunggu. so exam kali ni aku dah cakap awal- awal aku akan masuk 1A9 terus. yes!

tapi sedih jugak tak dapat masuk 2A6 sebab kalau tak memang tak dapat jumpa sia langsung minggu ni. dah la jumaat ada sambutan hari guru. petang tu pulak ada bowling. malam balik!! tak sabar rasanya. tapi aku tahu masa akan berlalu dengan cepat

tanah runtuh di selangor. 16 meninggal dunia. sesungguhnya Allah memang sayangkan mereka. al fatihah untuk semua

May 20, 2011

campak beg bukan sebab marah

sebab geram. aku dah cakap mesti kemaskan kelas dalam masa 5 minit. 5 minit sahaja. kau boleh lagi goyang kaki. borak- borak. kan dah kena campak. tak serik- serik

tapi tak pe sebab esok dah mula exam. jaga budak- budak exam paling ngeri. kalau aku marah nanti 1 sekolah dengar. tak tahu nak buat macam mana lagi

tak sabar nak tunggu next week. aku nak balik. sangat- sangat

'kami' plan nak gi langkawi. mintak- mintak la jadi. semoga semua berjalan lancar. selamat pergi dan pulang

aku lapar. esok tak tahu nak makan apa. paling koman tapau nasi kat muhibah. agak- agak scr bukak jam berapa. teringin nasi ayam. eh bukan teringin nasi goreng paprik

May 18, 2011

the old me


demi nak habiskan cerita my princess ni sanggup aku tidur jam 3 pagi. macam zaman kat unimas dulu. 1 hari tak tidur pon tak pe. kalau tido jam 5 boleh bangun jam 6 siap- siap gi kelas jam 7. 1 hari tidur 1 jam je. tapi sekarang -__-" kenapalah cerita korea ni banyak sangat episod? dua hari untuk habiskan 16 episod. thanks to youtube!

tapi serius penat. even sekolah petang still kena bangun awal. nak masak. nak kemas. nak iron baju. fuhh. kelas hari isnin disaster. sangat bising and very uncontrolled even 1A9. sebab cikgu sangat penat dan aku tak mampu nak marah- marah. just let it be. aku cuma harap masa cepat- cepat berlalu since selasa tu cuti. nasib baik isnin 4 kelas je

ahad gi rumah azie. kak lin buat makan- makan sempena dia nak gi umrah. pick up nadiah. nadiah cakap ada cikgu ulu balingian meninggal. innalillah. masa main bola pagi ahad tu. muda lagi dalam 27 macam tu. anak kecik lagi. kalau dah sampai masa tak payah tunggu tua kan. semoga roh cikgu kamal dicucuri rahmat. berada dalam golongan para solihin

la sms bagitahu mak sibuk cari menantu. respon aku? biarlahhhhhhhhh

dan aku sangat jeles dengan ud sebab dia dah ada markonah canon. finally ud beli jugak. aku yang kempunan. tak pe lah at least aku ada noh. tu pon dah temporarily cukup. ikutkan hati memang macam- macam aku nak beli. mp3. cermin mata. kamera. dll

aku sedar diri. memang aku tak de duit. tabung haji? aku betul- betul nak gi mekah. mati tak tunggu tua kan

May 16, 2011

am i?

born to be a teacher. mustahil. langsung tiada bakat. banyak mesti belajar. way too many. kadang- kadang rasa susah. beban. penat. tapi demi pelajar. gagahkan jugak. aku betul- betul. betul harap semua student aku jadi 'orang'

insyaAllah

dan paling best bila satu rumah k7g2c3 jadi cikgu. who knew. we all end up to be a teacher. hidup memang aneh. but in a good way. semoga Allah kami kami semua kekuatan

halwatul raudha [kaunseling]
samihah [english]
arina [english]
ramizah [kaunseling]
marwani [seni visual]
zubaidah [matematik]

dan tak lupa cikgu - cikgu yang banyak curah ilmu especially time sekolah dulu. sekolah menengah sains pasir puteh. kalaulah aku bukan dari sekolah tu. mesti aku takkan punya apa yang aku ada sekarang. jasa cikgu hanya Allah saja yang mampu membalasnya. semoga aku sekuat cikgu

cikgu asri [matematik]
cikgu rozaidi [bahasa melayu]
cikgu nadzeri [kimia]
cikgu durrah [biologi]
cikgu kamarudin [matematik tambahan]
ustazah rashidah [pendidikan islam]
teacher nazirah [english]
cikgu zakaria [sejarah]
cikgu hamidah [fizik] --> honestly. i hate physic

[5 fatimah - 2003]

terima kasih

selamat hari guru. cikgu!

i love you and i always do

May 13, 2011

berpijak ke alam dewasa

Alhamdulillah selama 25 tahun ni. semua berjalan dengan lancar. memang setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. dan aku rasa setiap hikmah itu. terima kasih pada keluarga. walau aku rebel. terima kasih sebab sabar kalian seluas laut cina selatan. tak lupa kawan- kawan. tiada apa lebih bernilai dari seorang teman. berkongsi tawa dan air mata. syukur pada Tuhan. aku rasa semua

hari ini. berkat rahmat dari Tuhan. rezeki dari Nya. aku punya kerjaya. lebih mulia dari segalanya. tapi kadang- kadang aku rapuh. biar saja perasaan benci kuasai diri. mengeluh. tak puas. aku mahu lebih. sedang Allah bagi segala. aku tahu aku tak layak untuk pinta lagi

mak cakap aku selalu nasib baik. mungkin sebab aku ini lahir pada saat syaitan semua di gari. aku cuma positif. aku serah segala pada Allah. semoga 25 tahun aku datang. aku masih berdiri. kuat dari yang sebelum ini. sungguh hidup dan mati ku hanya untuk Allah

terima kasih ya Allah. sesungguh Nya segala yang diberi lebih dari yang dipinta. syukur ya Allah

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

May 11, 2011

soalan yang mampu buat cikgu terkedu





waktu ke 5 [waktu terakhir sebelum rehat]
jam 3.15 petang
kelas 2A3

cikgu : ok jawapannya ialah adat perkahwinan
chok min: cikgu bila kamu mahu kahwin?
cikgu : nanti bila kamu dah besar
chok min: tak boleh cikgu. nanti kani dah besar kamu sudah tua
cikgu : &*&^%$#$%^&*

May 10, 2011

nak tengok nih


kenapa la maharaja lawak tu hari jumaat
kenapa la kbs tukar special drama hari jumaat [awal pulak tu jam 9]
kenapa la kak emy & kak aini tak suka korean drama
kenapa la
kenapa la

aku tak dapat tengok

cuma dapat tengok sikit- sikit je itu pon time iklan
harap ada ulangan macam jungle fish 2
sekali tengok macam psychologist tu yang jahat
sekali tengok macam students tu yang jahat

tengok sampai psychologist tu pegang pistol je
kenapa
kenapa

last sekali tengok semua dah di hospital
T___________________T


kenapa?
nak tengokkkk

May 9, 2011

aku bosan kalau



belum lagi baca soalan student awal- awal lagi cakap 'tak tahu buat'. baru je aku mintak bangun cakap 'tak tahu baca'. korang ada otak kan. boleh tolong guna tak? sikit pon aku tak faham belum pon berperang lagi dah ngaku kalah. anak- anak kalau tak belajar sekarang bila lagi. ingat dunia kat luar tu baik sangat. if you don't have an education then you have nothing. this is serious bussiness

tak terfikir ke kenapa orang lain dapat baca dan aku tak. tak pernah ke untuk berusaha bertatih mengeja. cikgu dulu pon bukan lahir- lahir terus pandai. asasnya belajar. usaha. memang tak mudah. dan tak de kerja yang mudah. ingat lagi first day masa darjah 1. masuk- masuk terus cikgu hajah khamsiah mintak baca ABC. aku? memang tak tahu apa- apa. aku tahu main lari- lari time kat taski

suatu hari tu mintak mak tolong ajar tapi kena marah pulak. cuma belajar sorang diri saja. kalau kau semua rasa belajar itu susah. memang. memang susah. cikgu faham. cikgu rasa apa yang kamu rasa. tapi kamu malas. tak nak. bak kata pengetua 'bersusah- susah dahulu bermanis kemudian'

benci ayat tak tahu baca & tak tahu buat. tolong buang jauh- jauh. eliminate dari memory terus. pleaseeeeeeee

esok isnin. dah lama tak sekolah hari isnin. isnin memang best tapi kalau tak de 2A3. john memanjang cakap pasal osama. kau belum layak lagi nak cakap pasal dia. taliban pon kau tak tahu. negara asal osama pon tak tahu. silence is easy. just shut up

aku ni selalu ada masalah angin dalam perut. angin ni pulak degil tak nak keluar. senak gile. tak selesa. makan ubat 'tuju angin' pon tak jadi. kentut tak nak sedawa pon tak nak. aishh. apa cara nak buang angin ni. Alhamdulillah tiket raya dah beli. memang mahal almost 500. tapi nak buat macam mana. raya mesti balik kan. aku tak sabar lagi nak cuti sekolah cuma nak jumpa azim & ayah

masih ada sisa 4 tahun di sini. slowly adapt. harap semua getting better. teacher's day is coming up. aku memang tak harap apa- apa. students memang tak suka aku. tahu aku garang lagi pon ni sekolah lelaki. cuma ni tahun pertama aku. my first official celebration as a teacher. sambutan lambat sikit dah la ada bowling. adoiyaii

tahun lepas masih praktikal. sambutan pon ok la. muka baru je surut selepas membengkak selama seminggu. mamai- mamai lagi gi sekolah. trek tak bawak. main pakai baju kurung je. aku dah tak reti macam mana nak close dengan student

kalau dulu rilek je lepak ngan budak india. cina. tapi sekarang diorang cakap je aku terus rasa nak marah. tak tahu la kenapa. aku harap aku dapat ubah sikap aku yang keji ni. aku pon benci. tengok cikgu- cikgu senior cool je. bila la aku nak jadi macam tu. lagi 25 tahun kot. belajar untuk menjawab dengan baik fathiah. be a good teacher. semat dalam jiwa setiap manusia ada kebolehan masing- masing. ada yang pickup ada yang lembap. bak kata pengetua [lagi] 'kita tak kan dapat ubah lembu jadi kuda'


love you students love yourself

May 5, 2011

rindu! saya nak balik

semalam ada cikgu disiplin tu perli aku. konon tahu kontrol kelas. tak payah nak tipu lah cikgu. kelas huru- hara macam tu kata diam. aishh. agak- agak lah. aku bengang betul dengan budak 1A3. boleh dia gelak kalau dia tak faham aku cakap apa. sengal sungguh. kalau pandai tak pe lah jugak. ni dah la tak pandai malas pulak tu

budak- budak hari ni tak sedar dek untung. aku pon dulu main- main jugak. belajar- belajar jugak. agaknya diorang tak kan berubah. kan?

sibu memberi sejuta tekanan

serius rindu kawan- kawan. kat sini ada kawan bukan selalu boleh jumpa. cuma ada kak emy dan kak aini. rindu ud mizah arina samihah nurul nik ana kak wani kak jue yaya kak gee aini kok chen amy mc roh nini pia mc d mimi adreyna aja amie pikah zha ereen kak long mc syah muye mc t aasiah koji azam lee keri saff bayani wani_mama naim ayu farez as nisa scippian cog sci h3p4 group j batch 121
scippians

k7c2g3 [unimas]

batch 121

group j

tak lupa nain's students. nak student macam tu lagi. tolongggggg

nains

rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu rindu

May 3, 2011

serius weh aku tak percaya

osama dah mati. betul ke? based on given pictures by medias. seolah- olah macam superimpose. dah la tanam di laut. kenapa? coward obama

dunia memang tak adil. dan tak kan adil. tapi kuasa Allah tiada tandingannya. di malaysia pun apa kurangnya. difitnah bertubi- tubi sampai sesak nafas. kalau aku pon pasti naik angin. bukankah kita cuma manusia biasa

walaupun aku bukanlah 'big fan' of osama dan aku sendiri tak pasti apa sebenarnya taliban. al qaeda. afganistan. tapi satu yang aku percaya bukannya orang islam yang membumikan wtc. apa yang berlaku pada 11 september itu bukan angkara 'kami'

kalau sememangnya osama itu sudah pun mati. semoga roh nya di cucuri rahmat. cuma Allah sahaja yang tahu apa yang perjuangnya selama ini. dan aku pernah baca yang osama ini sekutu amerika. ah tipulah. tapi Allah sahaja yang tahu. tahu segala isi hati

kalau sememangnya anuar itu. lelaki gila seks yang digembar- gembur kerajaan. aku berharap dia berubah. tak mahu dibawa gelaran itu sampai mati. semoga segala fitnah lenyap di bumi

May 2, 2011

panjang cerita

dulu belum pon siap

menerima banyak kritikan kerana penambahan berat yang jelas ketara


finally sampi jugak di sini


selain dari orang utan kami jumpa ini di semenggoh

cuti lepas we're heding to kuching. after 3 years anga half. rindu. tapi yang tak best stay kat hotel liwah. alah liwah yang kami selalu kutuk- kutuk masa kat unimas dulu. fathiah oh fathiah dah ludah jilat balik. euwwiiii. ok enuf. dah la tak berkarpet. ekon bising. bantal satu je. alahai. bau tak yah cakap lah

aku suka waterfront

sampai sana. terus tegak gi unimas. jumpa kakanda kesayangan kak aini. lepas rindu dendam. banyak bangunan baru sekarang. tak macam dulu. hijauu. pokok- pokok pon banyak. dua kali gi sana. kali ke dua tu semata- mata untuk tujuan fotografi sahaja. tu pon hanya di fsgk dan area yang berdekatan. hujan lagi ok. gagah jugak nak amik gambar

kak ros and family pon join sama. ramai budak- budak susah la sikit nak kena kawal. nak berjalan pon tak dapat gi jauh- jauh

ahmad yang lawyer buruk
bulan ni memang banyak cuti. tapi ada buruk baiknya. bila cuti sangatlah malas nak buat kerja. soalan exam belum pon siap lagi. moral pulak banyak lagi nilai yang beum ajar. tak sempat kot. cuak aku. yang best mestilah dapat rest. cuti pulak banyak isnin. boleh la tengok 2 days 1 night

malas nak taip lagi. kosong idea

hah! juvana. best combination. ada bront. zahiril adzim. beto kusyairi. sure la gempak kan. hari isnin lah yang paling best sampai hati berbunga- bunga. petang 2 days 1 night. malam juvana. yeay~

noh happy dah sampai kuching

suatu malam di _____