belum lagi baca soalan student awal- awal lagi cakap 'tak tahu buat'. baru je aku mintak bangun cakap 'tak tahu baca'. korang ada otak kan. boleh tolong guna tak? sikit pon aku tak faham belum pon berperang lagi dah ngaku kalah. anak- anak kalau tak belajar sekarang bila lagi. ingat dunia kat luar tu baik sangat. if you don't have an education then you have nothing. this is serious bussiness
tak terfikir ke kenapa orang lain dapat baca dan aku tak. tak pernah ke untuk berusaha bertatih mengeja. cikgu dulu pon bukan lahir- lahir terus pandai. asasnya belajar. usaha. memang tak mudah. dan tak de kerja yang mudah. ingat lagi first day masa darjah 1. masuk- masuk terus cikgu hajah khamsiah mintak baca ABC. aku? memang tak tahu apa- apa. aku tahu main lari- lari time kat taski
suatu hari tu mintak mak tolong ajar tapi kena marah pulak. cuma belajar sorang diri saja. kalau kau semua rasa belajar itu susah. memang. memang susah. cikgu faham. cikgu rasa apa yang kamu rasa. tapi kamu malas. tak nak. bak kata pengetua 'bersusah- susah dahulu bermanis kemudian'
benci ayat tak tahu baca & tak tahu buat. tolong buang jauh- jauh. eliminate dari memory terus. pleaseeeeeeee
esok isnin. dah lama tak sekolah hari isnin. isnin memang best tapi kalau tak de 2A3. john memanjang cakap pasal osama. kau belum layak lagi nak cakap pasal dia. taliban pon kau tak tahu. negara asal osama pon tak tahu. silence is easy. just shut up
aku ni selalu ada masalah angin dalam perut. angin ni pulak degil tak nak keluar. senak gile. tak selesa. makan ubat 'tuju angin' pon tak jadi. kentut tak nak sedawa pon tak nak. aishh. apa cara nak buang angin ni. Alhamdulillah tiket raya dah beli. memang mahal almost 500. tapi nak buat macam mana. raya mesti balik kan. aku tak sabar lagi nak cuti sekolah cuma nak jumpa azim & ayah
masih ada sisa 4 tahun di sini. slowly adapt. harap semua getting better. teacher's day is coming up. aku memang tak harap apa- apa. students memang tak suka aku. tahu aku garang lagi pon ni sekolah lelaki. cuma ni tahun pertama aku. my first official celebration as a teacher. sambutan lambat sikit dah la ada bowling. adoiyaii
tahun lepas masih praktikal. sambutan pon ok la. muka baru je surut selepas membengkak selama seminggu. mamai- mamai lagi gi sekolah. trek tak bawak. main pakai baju kurung je. aku dah tak reti macam mana nak close dengan student
kalau dulu rilek je lepak ngan budak india. cina. tapi sekarang diorang cakap je aku terus rasa nak marah. tak tahu la kenapa. aku harap aku dapat ubah sikap aku yang keji ni. aku pon benci. tengok cikgu- cikgu senior cool je. bila la aku nak jadi macam tu. lagi 25 tahun kot. belajar untuk menjawab dengan baik fathiah. be a good teacher. semat dalam jiwa setiap manusia ada kebolehan masing- masing. ada yang pickup ada yang lembap. bak kata pengetua [lagi] 'kita tak kan dapat ubah lembu jadi kuda'

love you students love yourself
No comments:
Post a Comment