February 29, 2012

29 februari

jumpa 4 tahun lagi

school:
life is getting better
no worries
just have fun
thanks to Allah
for the strength
i love You
and i always do

February 28, 2012

air dicincang

antara perkara yang digeruni anak- anak. ayah kahwin lagi. aku tidaklah melarang tapi tidaklah menggalakkan. siapa sangka sebuah keluarga yang bahagia akan jadi macam ni. bukan sekarang tak bahagia. bahagia cuma

aku pon tak faham kenapa? bila? macam mana? ayah boleh berubah. lately ayah moody aku ingat sebab penyakit. ayah memang ada strok. aku ingat badan yang tak selesa buat ayah marah- marah. aku tak pernah benci ayah. dan tak kan benci ayah

bagi aku ayah manusia hebat. Allah tak kan menduga kalau bukan dengan kesanggupan. mungkin kami sekeluarga kuat. aku pon tak pasti boleh terima atau tak keluarga baru. aku rasa tak mampu

kasihan mak. kasihan mak. kasihan mak

aku rasa macam nak menangis dengan mak. kalau boleh aku nak gantikan tempat mak. aku tak nak mak sedih. kecewa. lemah tak terdaya

syukur pada Allah. kami adik beradik semua dah dewasa. masing- masing punya kehidupan. dan tak menyusahkan. tapi kami tetap bergantung antara satu sama lain. sebab cinta antara kami tak kan hilang

aku pohon pada Allah. bagi kami kekuatan. Allah kekuatan kami. semoga sentiasa di sisi kami. semoga apa pon yang berlaku. apa pon keputusan. kami dapat terima dengan baik. kami sayangkan ayah. kami doakan yang terbaik untuk ayah

February 27, 2012

mari merungut

bulan ni sekolah 6 hari seminggu. sekolah ganti. ldp. mesyuarat pibg. examination

duit. masalah problem betul. selalu tak cukup. habis macam tu je. nak kata boros tak jugak. sebab tak baca al waqiah kot

sejarah bab 2 belum habis lagi. student semua dah muka bosan dengar aku cakap. memang tak sempat. aku tak nak budak- budak ni fail

ling chee wei. pemalas betul budak ni. nak jalan pon malas. pemalas. pemalas

gemuk. belum jumpa solution lagi. mana tak nya makan tak henti- henti. benci dengan berat badan sendiri. pathetic

tak dapat tengok kbs's entertainment weekly lagi. ada ke tukar jadi sabtu. geram betul kbs ni selalu tukar- tukar waktu siaran

tiket balik bulan 5 sangat mahal. kejam betul air asia ni. tolonglah rindu gile kampung kot

tahun depan sekolah 1 sesi. i hate that. seriously. malas nak bangun pagi

kenapa malam ni criminal mind sedih sangat. next week no more emily prentiss

masa berlalu terlalu cepat. sampai birthday ayah pon boleh terlepas. kecewa dengan diri sendiri

nak gi bandung tapi tak prepare apa- apa pon lagi. baju nak pakai pon tak de. dah check in tapi seat jauh- jauh. sengal betul airasia ni

ingatan lemah. semua boleh lupa. apa yang ajar semalam pon lupa. malu je

itu saja rungutan untuk hari ni

harap esok akan jadi lebih baik. lebih sabar. lebih bijak. lebih bersyukur

terima kasih Allah atas segala rezeki. kemudahan. dan nikmat yang diberikan

alhamdulillah

semoga dipermudah segala urusan

February 26, 2012

since 2008

T______________T

season 1 is over. paling sedih lee seuggi and eun jiwon left the show. sedih. sedih. sedih. masa kim c left the show aku nangis sama- sama lee seugun. masa mc mong di banned. bila kang hodong cakap nak bersara. aku nangis lagi

kenapa? mungkin sebab masing- masing ada komitmen lain. masa mula- mula dapat tahu new members. serius terkejut. dalam hati cakap "lagi tua tak de ke?" kenapa mereka?

tapi bila production announce last member baru happy sikit. cha tae hyun. aku memang suka dia since sassy girl. lepas tu dalam running man pon dia selalu ada. ud tak suka dia sebab ud cakap dia tak hensem. kalau hensem tapi berlakon macam kayu buat apa

aku memang sedih sebab 2 days 1 night ni first korean show yang aku tengok yang bersubtitles. tapi pada masa yang sama aku tak sabar nak tengok season 2. macam manalah agaknya kan. aku harap this show will be the best show ever even though nowdays semua orang gila tengok running man. including myself

tapi 2 days 1 night tetap di hati. forever and ever. until when- when [macam dialog dalam zombie kampung pisang]

February 22, 2012

nihong kara

4 - 0. berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. it's ok dah cuba. kalah juga nak buat macam mana. bukan level kita lagi kot. tapi doaku sentiasa bersamamu malaysia

sekarang kalau tengok facebook je mesti ramai upload gambar anak masing- masing. tertekan i!

ini memang serius. serius jeles. bestnya. bahagianya

aku ada anak jugak. anak murid. pon sayang macam anak sendiri. tadi kak yan cakap kelas aku kena rompak. hiperbola sangattt. duit wallet pencil box pon hilang. apa jenis pencuri la. berani curi rete anak- anak i. jaga u!


February 19, 2012

superman!

sama macam blog title aku memang clumsy. bak kata orang kelantan 'bolah'. setakat tersunggur tepi longkang tu normal kot. begitu juga malam jumaat yang lepas. niat nak angkat kain tapi kesudahannya terbaring atas tanah

tu lah siapa suruh pakai kasut tinggi orang. kan dah jatuh. berat lemak berjaya menolak badan jatuh ke bumi. dasat betul. luka? mestilah. yang peliknya seluar tak koyak tapi kulit di lutut koyak. seksa betul nak solat. sakit yang amat

biasanya jatuh tak la sampai luka macam ni. malu je lebih. kali ni memang sakit kot. malu tak yah cakap la. kalau boleh nak sorokkan muka dalam peti [sejuk sikit]. hujung minggu ni asyik jadi bahan ketawa kak emy dan kak aini je. sadis

next time tolonglah berhati- hati. alamakkk lapar. nak gi cari maggie. samapi jumpa lagi

masa belajar dulu cita- cita nak kerja di studio di atas

nampak rainbow tak?

it's someone's birthday~

February 17, 2012

jumaat mulia


semoga hari ni dapat memberi sejuta keberkatan pada aku. keluarga. pelajar- pelajar dan semua umat islam. amin

update:
* brandon dah dipecat daripada pengawas [baguslah]
* madam ngu aim aku [sebab akulah pengawas kesayangan dia kena pecat]

February 16, 2012

tunggu sekejap boleh?


hari ni dah khamis. sekejap je. setiap hari balik dari sekolah mesti mengeluh cepat sangat masa berlalu. aku takut sebenarnya. kali ni betul- betul pantas. kenapa? kenapa cepat sangat?

tunggu dulu. rasa macam tak sempat buat apa- apa

dunia oh dunia. kalau setiap hari macam ni di mana tempat aku akhirat nanti?

February 14, 2012

esok rabu

yes. balik awal. biasa kalau balik awal mesti singgah delta mall. kali ni berangan je la sebab duit cuma tinggal rm 7. sadis betul

time tak berduit ni la macam- macam yang nak beli. rasa nak buat kek la. donut la. karipap la. makan coklat la. semua tu kena tunggu bulan 4 nanti. gaji bulan 3? semua tu nak bawak ke bandung. dan duit tu jugak nak buat passport dan beli barang- barang. cukup ke?

dah lama tak amal al waqiah sebab tu duit selalu tak cukup. dulu aku tak pernah macam ni. apapun berlaku mesti ada duit. itu la khasiat al quran

hari ni aku bawak gabriel jumpa mr jong. aku tak tahan lagi. aku benci orang yang cakap belakang- belakang ni. kalau berani face to face. aku pon tak faham kenapa dengan kelas tu. semua benda jadi tak kena. aku pulak hangin je. kelas lain ok je

tadi juga ada studs form 5 gaduh. teruk jugak kena belasah. sampai ke hospital. ayah mangsa datang bawak parang siap maki hamun cikgu lagi. ye la bapak mana yang tak risau tak bengang. budak yang pukul memang jahat kot. selalu buat hal. sampai polis pon datang sekolah. kesian pengetua

esok aku tak sanggup nak hadap muka gabriel. dah bagitahu madam rebecca aku nak tukarkan tempat duduk. tetapkan niat fathiah. aku cuma nak diorang berjaya. belajar dengan baik

tolong bagi saya kekuatan ya rabb~

February 12, 2012

istri untuk akhirat

cita- cita semua wanita termasuk aku. aku harap sangat aku bukanlah tergolong dalam perempuan yang mengheret lelaki ke neraka. nauzubillah

tapi tak faham dengan lelaki sekarang. aurat istri sendiri pon tak jaga. biar saja mata- mata lelaki bukan mahram melihat setiap inci kulit istri sendiri. sedangkan setiap daripada mereka berjanji untuk bersama hingga syurga. kalau aurat tak jaga macam mana nak masuk syurga?

walaupun perkahwinan itu masih jauh bagi aku namun aku mahu belajar dengan melihat rumah tangga teman sekeliling. yang baik jadikan ikutan yang buruk jadikan sempadan

yang sedang bercinta pulak mesti ada batasnya. kita orang islam. tolong jaga kesempurnaan islam. kalau nak 3G sekalipun tolonglah bertudung. jangan risau rambut yang tak bersikat risaulah akan balasan diakhirat

aku memang boleh cakap macam- macam sebab aku bukan bercinta pon. takut juga mengata orang nanti terkena batang hidung sendiri. aku harap Allah sentiasa tunjukkan jalan

lelaki yang mahukan istri memakai baju kurung. aku puji. dia jalankan tugas yang baik sebagai seorang suami. ada juga istri yang membangkang. panaslah. malas nak ironlah. selekehlah. menutup aurat tu kan indah. kenapa nak mengeluh? kamu sebenarnya bertuah

tak sabar nak jadi istri. jadi ibu. jadi nenek


February 9, 2012

pergi cari cikgu lain

mungkin sebab hormon aku jadi sensitif. budak- budak ni aku suruh buat pembetulan dua kali diorang buat satu kali. kalau markah 80 aku tak kisah ni cuma 40 ada hati nak buat satu kali. sangat sakit hati

dahlah setiap kali aku masuk susah nau nak berdiri. kena tunggu sampai seminit. buang masa. time aku mengajar tak nak dengar tak nak pandang pon apatah lagi nak cuba faham. bodoh sombong

satu lagi tulisan. ya rahman tulisan sorang- sorang. kalau aku tak koyak pembetulan tu buang dalam tong sampah jangan panggil aku cikgu. serius! lagi teruk dari cakar ayam. cakar harimau kot

esok masuk je aku memang nak sound terus. sekarang baru februari perangai dah macam ni. masuk mei nanti macam setan kot. kalau tak suka aku benci sangat dengan aku. tukar kelas. cari cikgu lain. aku pon tak hadap nak mengajar korang. tak de lagi bagus bukan pandai pon

mak ayah ni tahu nak salahkan cikgu je. tak tahu yang anak dia macam hape kat sekolah. rasa macam nak je letak satu cctv dalam. baru pecah lubang. budak- budak sekarang pandai berlakon depan mak ayah. baik je pijak semut lipas pon tak mati

mood tak baik sekarang. angin sepoi- sepoi bahasa bertiup dengan kencangnya. esok pasti taufan fathiah melanda dalam kelas!

February 7, 2012

not that late

love the first and the fifth. i hope it will happen real soon. amin

a month from now me and raudha will be on our trip to bandung. yet we havent plan anything. do not know where to go where to eat where to sleep

fortunately i do have my junior in jakarta. she's one of my dormmates before. it is awkward because i rarely talk to her back then but suddenly asking for help

she's nice. and help me a lot. at least i know now where to go and how to go. raudha? i felt like i'm going alone. she didn't put any effort. not even ask about this trip *sigh*

i hope she will realize soon that we will be going together. together!


pictures taken from sambutan maulidur rasul

February 4, 2012

isnin cuti. yeay!


try tengok dream high 2. best kot. kelakar. serius. macam wild romance jugak. kang sora memang hebat. bertuah lee teuk kahwin dengan dia. kan?

esok projek gulai daging nasi hujan panas. lagi. hari ni masuk 4 hari tak makan nasi. tapi berat tak turun- turun jugak. pembohong betul ud ni. pagi tadi beli roti canai [dietlah sangat] teringin pulak nasi ayam. macam sedap je. nafsu tu fathiah nafsu!

ahad ada sambutan maulidur rasul. demi cinta saya pada Nabi Muhammad SAW. akan saya ke dataran sibu untuk acara perarakan dan selawat bersama- sama

best dapat cuti lama- lama macam ni. betul tu!

tadi buat test sejarah. paper belum mark lagi. kalau 2A8 banyak fail aku faham tapi kalau 2A4. jawab sambil lewa. memang nak kena. tunggu syarahan perdana daripada cikgu fathiah. ok!

February 2, 2012

cuma Allah saja yang tahu segala isi hati







mak call lagi. minta buat istikarah. dia mimpi. mimpi aku dengan kawan sekampung. berapa kali nak cakap. mak tetap tak faham. kawan sekampung tak nak kan saya. dia memang dah ada calonnya. mak masih tak faham- faham jugak. mak tak perlu berharap sebab dia tak kan jadi menantu mak

aku betul- betul benci jadi dewasa. memang banyak tekanan. keterlaluan. sampai aku tak tahan. rindu saat hingusan. tak punya perkara merunsingkan dan membebankan

memang aku sunyi di sini. hidup bagaikan berjadual. semuanya sama. setiap hari setiap saat. setiap waktu. bosan? sangat- sangat

cuma tekanan dari pelajar agak kurang. setiap hari aku 'mengajar' dan 'didengar'. itu saja kebaikan itu saja kebahagiaan buat masa sekarang

last sms aku terima 2 hari lepas. call pula cuma dari mak. ini bukan kehidupan. bukan. tak gembira. keseorangan. pathetic sangat. serius. aku memang bermasalah besar