November 28, 2011

2 more days




lagi dua hari. dua hari saja. serius memang tak sabar. asal nak balik mesti tak sabar. rasa macam lambat je masa berlalu. nasib baik esok jaga bilik 8 yang cuma ada 10 orang pelajar. lusa jaga koridor. yeay!

minta tolong nadiah hantar ke airport. nasib baikkan. sampai kuala lumpur pulak roh yang akan datang amik. yeay!

tapi yang tak best. aku belum pon kemas rumah lagi. wani pesan tutup suis peti cabut kepala tong gas. sampah lupa nak keluarkan semalam. motor kak emy pulak tak reti nak kunci macam mana. hari tu tak nak buat. sekarang sibuk nak suruh orang tak tahu apa- apa pasal motor ni

esok nak start packing. kemas rumah sikit- sikit. basuh baju. lipas baju. bayar bil. ah tak sabar nak balik

malam tadi pulun tengok secret garden. ketinggalan betullah aku ni. baru nak tengok. lepas subuh baru tidur. sekarang jam 8 malam aku dah mengantuk

masa cepatlah berlalu

November 26, 2011

an old friend

kawan lama tanya saya:


terharu. tapi tak nak menyusahkan aku cuma minta keychain. untuk kenang kenangan. aku ingat lagi masa kawan lama ke mesir waktu itu aku di unimas. aku ada call dia. itu kali terakhir. selepas beberapa bulan aku terima kad hari raya jauh dari mesir

walaupun 7 tahun dah pon berlalu. tapi kami tak putus sahabat. sampai hari ini.








p/s: sebenarnya kami kenal sejak kami di darjah 2 [1994 - 2011]

November 24, 2011

hidup memang ajaib

alhamdulillah. selesai sudah induksi selama 3 hari. best jugak sebab dapat kenal ramai cikgu. kali ni jpn panggil cikgu- cikgu dari miri dan sibu. dengar cerita lepas ni induksi tak kan ada exam lagi. bestnya~

masa exam pagi ni aku jumpa dengan budak unimas yang dah lama aku tak jumpa kot. aku tahu dia jadi cikgu tapi tak sangka pulak exam sama- sama pagi ni. tiba- tiba dia lalu depan meja aku. tercengang. memang terkejut gila

tapi masa exam ni je aku nampak dia. repeat kot

memang lain sangat last aku jumpa masa 2008. masa di unimas. selalu tengok dia nyanyi sebab dia budak muzik. fakulti aku sebelah fakulti dia. kolej aku sebelah kolej dia. kami tak pernah janji tapi kami selalu balik sama- sama

dulu selekeh tapi comey. aku suka rambut dia. cantik. sekarang dah jadi cikgu lain sikit. kemas. hensem. memang lain betullah. aku rasa dia mengajar di miri sebab tak pernah pon jumpa kat sibu ni

entah. tak pasti. tak penting pon. cuma terkejut. kecik sungguh dunia ni. teringat masa unimas dulu. memang best tolak time buat thesis je yang memang penuh duka lara. hah jangan ingat yang itu

bercakap pasal unimas. esok kak wani aka housemat masa di unimas akan kahwin tapi tak minta alamat. sms pon tak. macam tak berjemput. dia dah lupa? kerja kahwin memang complicated tapi kita kawan dah lama. tak kan boleh lupa. sedih

masa induksi juga jumpa seorang cikgu dari tung hwa. sekolah dekat area rumah. rupa- rupa cikgu tu jiran aku. baru je pindah ke haji openg 12 ni dengan wife dia. kelakar jumpa jiran masa induksi. rancangan Allah memang hebat. kalau tak sampai bila pon tak tahu

November 21, 2011

cuti- cuti sibu



ringkasan mengenai lawatan mak dan ateh ke sibu

hari 1: ke sarikei. makan rojak ayam
hari 2: ke mukah. jauh weh. hujan lagi. gi pasar beli udang
hari 3: jalan- jalan di sibu
hari 4: sambung jalan- jalan

esok. balik ke terengganu

sedih. rasa macam tak nak bagi mak balik. best sangat bila mak ada kat rumah. rasa macam di kampung. makan makanan yang mak masak. tapi satu je sebelum jam 6 dah bangun. breakfast jam 7. sepanjang cuti ni belum lagi aku bangun lewat. setiap hari bangun sebelum jam 6. kan best kalau dapat satu hari tu bangun jam 11 ke 12 ke

tapi kan bagusnya bangun awal dapat buat banyak kerja. dapat kemas rumah. dapur. cuci toilet. gi pasar. dan lain- lain. tengoklah tahun depan macam mana. kalau malam- malam tidur jam 3 jangan haraplah nak bangun sebelum jam 6

jaga spm memanglah sangat bosan yang amat. nak baca nota pon tak dapat sebab ngantuk sangat. otak tak dapat nak digest. esok dah mula induksi. tak tahu nak jawab apa exam nanti. harap sempat nak study masa induksi esok

banyak perkara nak buat sebelum balik ni. esok lagilah banyak. tugasan individu belum print. cover pon belum buat lagi. lepas hantar mak dan ateh ke airport selesaikan kerja tertangguh. borang claim pon tak siap tulis lagi. banyak kerjaaaa

tapi next week dah balik. best kan. rindu azim. sangat- sangat

November 13, 2011

esok spm!


yes. bosan sangat menunggu saat berakhirnya spm. nasib baik aku ada kursus induksi. punyalah baik ketua pengawas aku bagi jugak aku balik 1 dec. aku tipu dia sebenarnya cakap flight aku 3 dec. terpaksa. nak buat macam mana. sorry mr edwin!

flight ticket dah beli 1 dec malam. singgah kl dulu. pusing- pusing sambil mengimbau kenangan masa muda- muda. sabtu gerak ke melaka. tak sabar weh nak makan ikan bakar. mizah ajak makan tutti frutti mahal kot. dah la sengkek bulan ni

mak datang khamis ni. sedih sebab ayah tak dapat datang acik la mengada- ngada betul. sibuk result upsr dia. tapi tak pe nanti ayah boleh datang lagi. result upsr ni sekali je seumur hidup. sorry ayah nanti kita jumpa di kampung. rindu

aku harap cuti kali ni akan lebih bermakna. insyaallah

perkara yang perlu dilalui sebelum balik
  • [18112011]print tugasan individu
  • [22112011]baca nota untuk induksi
  • [14112011]ajak mira stay kat rumah
  • [17112011]amik mak di airport
  • [18112011]ke sarikei
  • [22112011]hantar mak & daftar induksi
  • [01122011]balik!

November 11, 2011

kenapa hari ni?


di hari terakhir persekolahan

pagi

clement: cikgu. kenapa kamu potong markah saya?
cikgu: sebab kamu tak buat pembetulan
clement: tapi ramai tak buat
cikgu: [mana ada kau and the geng je tak buat]
clement: [tak puas hati]
cikgu: kau ni kan dah la kurang ajar. kau ingat aku akan nice dengan kau?
chock ming: [menyampuk] mana adil cikgu

regret? no way. padan muka. sejak kau masuk 2A3 niat kau memang nak sakitkan hati aku je. terima kasih. dan terimalah balasannya. nak sangatkan. nak aku respon. bila kau respon tak puas hati pulak. aku memang dah penat nak marah. kau pon bukan budak kecik. potong markah ok lagi kau patut terima kasih ikutkan hati aku nak bagi kau kosong je

yang jing seng punyalah sengal.1 minggu aku masuk kelas tu tak pernah pulak tanya kenapa markah separuh. hantar pembetulan ke. memang taklah. kau lagi suka main. duduk atas meja. cakap kuat- kuat macam suara kau sedap sangat. alih- alih hari ni hati terakhir datang jumpa aku. kononnya clement tu sumber kekuatan kaulah pengecut

------------------------------------------------

malam

sentap. sila rujuk gambar di atas

place = tempat = sibu

maaf sahabat!

serius aku memang tak suka sibu. bak kata kak ros 'manusia di sini cuma jasad semata. tiada otak. tiada moral. tiada kasih sayang. tiada rasa hormat'. aku tahu bukan semua macam tu. tapi mostly macam tu. selfish. sombong

kadang- kadang tengok budak- budak dah tahu mak ayah macam mana. boleh tak bagi sedikit kasih sayang dan perhatian pada anak- anak. tolonglah

tu belum lagi masuk bab islam. aku suruh budak- budak ni gi solat pon diorang malas. nak buat macam mana cikgu- cikgu pon ada yang tak solat. nama je islam. sampai aku pon malu. susah sangat ke? takut make up hilang?

kesimpulan

memang aku tak rasa bersalah. aku cuma express how i felt. itu saja. dan aku ada alasan. apa orang fikir? biarkan

apapon hari ni last day ke sekolah. jangan lupa esok meeting pengawas spm jam 2

happy holiday~

November 7, 2011

roda nasib memang berputar


pernah kita sama sama susah
terperangkap didingin malam
terjerumus dalam lubang jalanan
digilas kaki sang waktu yang sombong
terjerat mimpi yang indah lelap

pernah kita sama-sama rasakan
panasnya mentari hanguskan hati
sampai saat kita nyaris tak percaya
bahwa roda nasib memang berputar
sahabat masing ingatkah kau

sementara hari terus berganti
engkau pergi dengan dendam membara di hati

cukup lama aku jalan sendiri
tanpa teman yang sanggup mengerti
hingga saat kita jumpa hari ini
tajamnya matamu tikam jiwaku
kau tampar bangkitkan aku sobat

[belum ada judul - iwan fals]

baru semalam cakap pasal ego. nah rasa sendiri hari ni. sengal betullah orang- orang 'dewasa' di sibu ni. tapi tak berani cakap sebab takut nanti kena batang hidung sendiri. cuma kelakar gaduh macam budak- budak. pleaselah

kak yan [bukan nama sebenar]satu hal dah tahu kak emy [bukan nama sebenar] memang benci betul kat kak nurul [bukan nama sebenar]. nak jugak ajak gi beraya sama- sama. habis rosak mood. aku pulak yang rasa bersalah kalau tahu awal- awal aku tak ajak kak emy

padahal kak yan dulu pon memang benci sangat dekat kak nurul. siap keluar dari rumah sewa sebab bencikan kak nurul. tapi lain pulak sekarang. mungkin kak yan seorang mudah maafkan orang tapi bukan kak emy. tolonglah sangat seksa saya

bila kak emy buat hal tunjuk rasa benci semua tanya aku. macam mana aku nak jawab. aku pon tak tahu. sikap manusia memang rumit

tolonglah jangan gaduh macam ni. tahun ni semua orang minta transfer. nanti bila dah dapat bukannya dapat jumpa lagi. apa salahnya kalau bermaafan dan berbaik- baik. malangnya aku paling 'muda' semua tak nak dengar aku. bagi mereka aku tak punya pengalaman tak tahu selok belok kehidupan. tak cukup ilmu untuk bagi peringatan

doa. itu saja yang aku dapat buat

November 6, 2011

qurban in sibu






sejujurnya beraya di sibu samalah seperti menjalani hari- hari biasa. tiada bezanya. aku perasan dari zaman belajar sampai sekarang cuma beberapa kali saja aku pulang ke kampung untuk hari raya haji. sedih

lately aku betul- betul rindu family. bila mak bagitahu semua bermalam di awana siap mandi swimming pool lagi. a week later gi perlis bermalam di langkawi. cuma aku saja yang tertinggal di sini even azim pon holiday sama. ayah pulak call untuk konfem current number yang aku guna. rindu betul- betul rindu. semua isi rumah di kampung

aku tak sabar nak balik. sampai aku tak teragak beli tiket untuk tahun baru cina januari nanti. aku nak balik. duit boleh cari tapi saat bersama keluarga? priceless

hari ni aku belajar pasal ego. aku pernah cakap kot. ego is a burden let it go. apa salahnya beralah. dosa? tak faham bila orang buat baik tapi kita balas tuba. selalu negatif tentang orang. kenapa?

kalau aku. selagi orang tu tak membawa masalah. aku tetap tegur macam biasa even orang tu gaduh dengan teman rapat aku sekalipun. asalkan masalah itu tak membabitkan aku. i'm totally fine. dan aku cepat maafkan orang. mula- mula memang marah. sangat marah. tapi paling lama pon seminggu

aku jenis pelupa. lupa apa salah aku buat pada orang. dan apa orang buat pada aku. cuma students saja kadang- kadang memang geram dan tak tahan. dan aku bukan jenis dengki. dengki dengan kayanya orang tu. bijaknya orang tu. hebatnya orang tu. cantiknya orang tu

aku sedar aku memang tiada kelebihan lebih dari orang lain. setiap manusia ada bahagian masing- masing. Allah dah tentukan. redha dan terima kasih. kita bukan siapa- siapa untuk decide orang tu salah orang ni betul. cuma Allah saja yang tahu. dan Allah juga maha adil. percayalah

jangan bersikap ego. dan jangan mencari musuh. sentiasa bersyukur

November 2, 2011

ne kurumi~


tell me, Kurumi
if time will eventually wash it all away
then life must be a simple affair.

tell me, Kurumi
since then I haven’t cried once
but, neither have I had many good laughs

[kurumi - mr children]

harap- harap esok betul- betul ada kem membaca tak nak masuk 1A3 lagi. ingat semua dah tak datang sekolah lagi. rajin nau nak datang. tak faham aku

tadi aku dah tukar markah king hoong jadi 0. dah pandai sangat rasa macam diri tu bagus sangat. sekarang baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah. jangan harap nak duduk kelas bagus- bagus next year

puas hati aku!

aku cakap banyak kali kot buat pembetulan dan hantar. buat bodoh je. aku pon buat bodoh jugak la kalau dia tanya kenapa markah dia kosong. kan?

tu baru adil namanya

November 1, 2011

food for soul





finally hari ni dapat juga tukar side mirror yang rosak tu. mula- mula ok lagi tapi lepas budak 2A3 langgar tu terus jadi teruk. lagipun mak pon suruh tukar takut nanti bila ayah datang kena marah pulak. tahu berapa harga sebuah cermin sisi? rm 420 ok

T___T

sekarang cuma tinggal rm 40 dalam bank. harap dapat jimat tapi esok lusa dah nak raya. mesti nak makan best- best kan. azie pulak nak datang rumah buat nasi kerabu. tak sangka kan duit ni penting. benci betul

sepanjang balik asyik tengok je telinga kanan baru noh. hensem noh sekarang. kereta paling hensem kat sibu ni. hehe

masa otw gi perodua lalu depan sekolah nampak dak clement. geram betul dengan dia. bila aku masuk dia tidur aku tahan lagi. bila aku panggil dia untuk ambil kertas exam dia cuma angkat kepala aku ok lagi. bila kau bincang dia mula cakap- cakap aku ok lagi. tapi bila aku minta buat pembetulan dia mula marah aku tu yang aku tak boleh blah. lepas tu siap duduk atas meja

aishh. kau ingat kau siapa baru dapat 80 dah rasa bagus. nasib baik hati tergerak untuk minta budak ni check soalan objektif. ada yang tersilap kira. dapat potong 2 markah. puas hati aku. walaupun macam- macam dia buat sebelum ni aku tak pernah bias kalau bagi markah. memang jawapan betul dan aku bagi markah

tapi bila kita dah cakap baik- baik dia buat kita macam tu. rasa terkilan. macam kakak di wanita hari ni cakap. pinggan mangkuk pecah boleh cantum balik tapi kalau hati

aku serius kecik hati dengan dia. sangat. aku memang takkan doakan kebaikan dia ataupun keburukan. dia bukan pelajar. aku takde pelajar kurang ajar macam tu. kalau dia benci aku kenapa aku tak boleh benci dia. sebab aku cikgu?

aku cuba nice dengan dia. cakap baik- baik. ada dia dengar? mustahil. manusia biadap macam tu takkan boleh hidup dengan orang lain. biarlah aku bukan jumpa dia lagi. semoga akan ada seseorang yang berjaya ubah sikap dia nanti

cut it off. lupakan dia. move on. sedih pulak mengenangkan sekolah tinggal 2 minggu. tapi masih takut untuk hadapi hari esok. stay strong fathiah!