January 29, 2012

kalau ada jodoh






situasi

roh: kak kapong aku ade enjineer bujang agi. nok aku ngejah?
fathiah: bereh

fathiah: mizah nati kem salam ke encik zam ek
mizah: bakpe saye kene kenen ke awok. saye pom bujang lagi
fathiah: baiklah

mak: nor kawang mok ade nok kena nor nge anok kawang ye
fathiah: kok anda la

memang banyak tawaran yang diterima tapi satu pon tak lekat. semua diam macam tu je. kawan sekolah rendahlah. kawan di uni lah. kawan sepejabatlah. anak kepada kawan. kawan kepada kawan. semua ada. semua tu cuma harapan palsu

tak sedih pon. sebab jodoh rahsia Allah. shhhhh~

January 25, 2012

golang omas

trip ke kelantan berjalan dengan jayanya sampai sekeping gambar pon tak tersnap. damn. sampai di airport dalam jam 7 pagi. arina yang budiman dan terpaksa bangun awal pick me up at 7.30 terus ke rumah mizah. sambil menunggu kedatangan puteri samihah dan permaisuri nik ana

mandi dan bersiap untuk ke majlis kahwin bayani tapi sebelum tu singgah di 'kopitiam kita' breakfast penting kot. owner dia chinese tapi makanan dia kutip dari seluruh kelantan ada dari tumpat dan sebagainya aku pon dah lupa . yang penting nasi berlauk memang sodap gilo

majlis kahwin dr bayani. sangatlah meriah. sampai hantaran 25 ribu kot. bertuah bayani. aku doakan bayani dan suami bahagia sampai ke syurga. amin. di majlis tu cameramen bayani macam aku pernah nampak. agak famous jugaklah. tapi sampai sekarang tak upload lagi gambar kahwin bayani. cet

perjalanan balik ke terengganu makan masa lima jam. 5.30 sampai 7 masih lagi di kota bahru. serius jam! jam 10 baru sampai dengan selamatnya. tapi driver bas sangat baik. siap pasang bacaan al quran zikir dan paling bagus berhenti untuk solat. i like!

saki baki cuti tinggal beberapa hari lagi. tak pernah menyesal untuk balik kampung walau tiket mahal sekali pon. sebab experience macam ni memang priceless

masa di kelantan kami temankan mizah beli gelang emas. untuk pelaburan katanya. memang. memang emas penting. tapi aku tak minat. baik duit yang banyak tu baik aku beli dslr nak jugak. bila sampai rumah aku bagitahu mak tak sampai sehari terus mak belikan aku seutas golang omas jugak. paling tak best bulan- bulan aku kena bayar mak. ingat free~

p/s: aku 'pregnant' lagi

money can't buy

January 19, 2012

seman anak naga?


yes. tahun ni ialah tahun naga. happy chinese new year! especially anak- anak di sekolah. happy tak hengat. sampai nak salin nota pon malas. cikgu pon sama malas juga. buat latihan je malas nak mengajar lagi. esok lagi la best cuma ada dua kelas je. dahlah balik awal~

tapi malam tu yang tak best. dah la kena duduk seat 30E flight pulak tak sama dengan kak emy dan kak aini. cet

tak sabar nak sampai kl. harap selamat sampai ke tempat yang di tuju. belum decide nak pakai baju apa untuk wedding bayani. jubah kah? baju kurung kah? kalau boleh nak minimum kan baju yang nak di bawa balik sebab ada banyak baju yang menanti di kampung~

tak sabar nak jumpa kawan- kawan. kalau sempat nak ajak arina melawat sekolah. bila dah jadi cikgu ni rindu pulak zaman sekolah dulu. kalaulah dapat pakai baju sekolah lagi. hmmm~

January 17, 2012

January 16, 2012

kecewa dengan kelas sendiri

balik semenanjung lagi. tak kisahlah apa orang nak cakap. yang penting dapat balik. macam biasa memang tak sabar walaupun aku tahu masa berlalu pantas sekali

tapi ke kelantan. ada jemputan dari bayani. nak jumpa mc ros dan nini juga. zha arina mizah dan lain- lain

hari ni mr jong sms bagitahu kena bertugas. bila dah ke dewan baru perasan yang ramaiii budak 1A7 jadi pengawas almost 20. lebih daripada separuh. tadi masuk waktu terakhir cuma tinggal berapa kerat saja dalam kelas

diorang ni bising jugak. tak nak dengar cakap. aku rasa ajar 1A5 lagi best. arhh esok kena masuk 2A8. rasa macam nak give up. jangannn

malam tadi tengok nama- nama nabi tapi dalam english contoh: moses ialah nabi musa. lepas tu baru perasan ada job. job ialah nabi ayub. kebetulan tadi nak gi solat jumpa dengan job ling. tak sangka betul. bilalah job nak tinggi sikit. lagi hensem kot


January 14, 2012

tuntup tingkap

dah jumpa fon yang hilang. tau kat mana? atas seat dalam kereta. memang buta hati. depan mata pon tak nampak

aku susah hati students dah mula tunjuk belang dan taring. aku kena hati- hati. aku harap tahun ni aku tak pukul mahupun maki hamun studs lagi. dengan izin Allah

esok boleh bangun lambat sebab tak perlu ke sekolah. yes! tapi nak bangun awal nak tengok ulangan two days 1 night yang dulu- dulu. rindu kang hodong

aku sedang berbelah bahagi ni nak beli printer ke tak. hal remeh boleh jadi masalah besar. kalau fikir- fikir bukan berkepentingan sangat pon. ok tak perlu membazir!

sekarang baru rasa yang aku tua. semalam kelas sejarah belajar pasal perjanjian inggeris - kedah 1786. malu nak cakap yang perjanjian tu dibuat 200 tahun sebelum aku lahir. malu dengan umur sendiri

sabar. kadang- kadang geram tengok studs yang bercakap tak henti dalam kelas tapi bila tanya hal pelajaran tak dapat jawab pon. in fact tak bercakap langsung terus jadi bisu. kalau nak main- main biarlah macam siaw teck lee main tapi pandai

hidup ni penuh dengan perkara yang tak di sangka- sangka. be prepared!

lama tak tengok bront dalam tv!

January 10, 2012

a missing phone


buat masa sekarang aku tak tahu mana letaknya phone aku. jatuh masa on the way ke kereta kah? dalam laci kah? aku tak rasa ada orang ambil. petang tadi aku check ada sms kah? ada mms tapi tak dapat download aku pon simpan balik. tu last aku tengok phone aku

sedih. macam- macam ada dalam tu. booking flights' number. bank account number. most important friends' phone number. nombor phone raudha pon aku tak ingat. kalau hilang memang banyak kerja nak kena buat

fail biru anak- anak baru je siap. belum lagi check data dalam smm. tolonglah jangan hilang wahai phone. walaupon harga tak mahal cuma rm 150 tapi serius aku tak mampu beli apa- apa phone buat masa sekarang

January 9, 2012

love this job

finally jatuh cinta dengan pekerjaan sekarang. adaptation process makan masa setahun. tapi berbaloi. alhamdulillah. namun satu je masalah lagi. marah. susah nak kontrol. serius. aku cuba biar student cakap- cakap time menyalin sebab aku pon macam tu dulu. tapi tak boleh lah. rasa macam serabut. macam bunyi- bunyi yang tak menyenangkan

alasan. sebenarnya memang iman tak kuat

sekarang rasa malas nak tengok fb lagi. sebab kawan- kawan banyak post gambar tunang. kahwin. baby. kenapa aku rasa jealous? i'm not supposed to TT______TT

dahla lately asyik tengok cerita cinta je. aku memang tak dapat imagine aku ni kalau bercinta macam mana. devoted gila kot. kan? sebab tu aku simpan cinta ni untuk suami. cheesy hah?


nak balikkk!

January 5, 2012

sabar itu

hari ni masuk kelas 2A2. ramai student yang aku tak kenal sebab tak pernah ajar diorang. tapi yang sorang ni memang aku kenal sangat walaupun sempat ajar dia beberapa bulan je. namun namanya sering bermain dibibir guru- guru sepanjang tahun dek kerana sikapnya yang suka nau bercakap

awal- awal lagi cakap tak nak salin nota moral sebab katanya dah belajar tahun lepas. oh wong yiik sheng. fyi memang dari form 1 sampai form 2 kamu akan belajar nilai yang sama saja. yang 36 ni pon tak dapat hengat ada hati nak belajar nilai lain

nilai hari ni kepercayaan kepada Tuhan. cikgu pon mulalah temberang bla bla bla. ada sekali aku cakap sabar itu sebahagian daripada ______ iman [studs jawab ramai- ramai]

ok dah habis penerangan sekarang buat latihan. tapi ada sekumpulan studs bercakappp je. dari awal aku masuk sampai habis penerangan. aku pon geramlah

cikgu: kamu yang kat belakang tu. saya bercakap kamu bercakap kalau dah pandai sangat kamu je lah yang jadi cikgu!

tiba- tiba
wong yiik sheng: cikgu sabar itu sebahagian daripada imannn
cikgu: heh?

kenapa? kenapa dia dalam kelas ni?

January 4, 2012

first day

alhamdulillah. so far kelas sangat ok. even 2A8. tapi 2A4 macam ada masalah sikit. macam mana nak lulus sejarah ni. hari ni sangat ok sampai balik pon boleh senyum lagi. padahal jam bukan main depan sekolah. orang tak bagi jalan pon aku masih senyum

tapi tak tahulah esok macam mana. belum masuk 2A5 & 2A2 lagi. harap- harap semua ok. kalau di bandingkan dengan last year. tahun ni better. so far

jumpa budak- budak form 3. former student sengih je ingat tak kenal lagi. yang paling best job ling. tak tinggi- tinggi macam tu jugak. maintain comel. kelas aku tahun ni 1A7 kongsi kelas dengan 3A9 which kelas aku tahun lepas. rindu budak- budak tu

alhamdulillah syukur sangat- sangat semuanya dipermudah Allah. harap tahun ni aku akan lebih enjoy jadi seorang guru. insyaallah~

January 2, 2012

manusia oh manusia


aku selalu cakap manusia ni pelik. sebenarnya aku pon pelik jugak. dulu masa di sekolah kawan- kawan semua cakap aku pelik cuma madihah je cakap aku unik. thanks mc d

tapi bila dewasa ni makin banyak kepelikan manusia aku jumpa. memang langsung tak faham kenapa ada manusia macam tu. tadi akak rumah aku dah setahun kot beli kereta tapi baru sekali service. gila! bukan macam tu kalau sayangkan kereta. alasan tak tahu tempat service kat mana. helloooo aku pon mula- mula tak tahu. tanyalah orang. kan

tadi jugak dia ajak aku teman gi service. mula- mula aku macam malas sebab esok last cuti. tapi kesian pulak aku pon setuju untuk teman. mungkin dia rasa aku tak ikhlas. dia pulak sentap. bila tanya nak gi jam berapa dia dia boleh jawab "tak tahu". aishh. tak paham! suka hatilah

antara kepelikan manusia
  1. manusia yang like status sendiri. satu hal. weh lah. kenapa ada orang macam tu. post kemudian like. tak malu betul. agaknya dia rasa best kot status dia tu. kalau sekali oklah ni setiap kali. setiap kali ok. sengal
  2. manusia yang tolak agama islam. nauzubillah. memang ketara sangat masalah ni. mungkin sebab mereka anggap duit tu segala- galanya. macam hidup takkan mati. aku cakap betul aku takkan sokong ketua yang tak pegang pada agama. kenapa nak ikut 'pemimpin' macam tu. nak ikut dia ke neraka?
  3. manusia yang tanya "kalau pembangkang kenapa kerja kerajaan?" tolonglah jangan sempitkan fikiran. habis kau ingat kerajaan dapat duit dari mana kalau bukan duit rakyat. lagipun memang tanggungjawab kerajaan. dan aku bukan goyang kaki aku kerja kot. kerja!
  4. itu dulu. tak dapat fikir lagi. kalau ada nanti sambung. banyak sebenarnya. kiv dulu