March 31, 2011

neves tak hengat

esok interview. yup! and i am so not ready. dah lah buat by group nampaknya aku sorang sajalah yang terdiam membisu. aku cuma baca sikit- sikit je. serius! too many things to be done. so many due dates also. tapi yang paling best tak payah buat analisis psk dan pmoral. what a relief. pheuw~

aku dah baca sikit- sikit nkr. 6 bidang keberhasilan. which itu dalam rakyat didahulukan[1 malaysia]. do i have to remember this? of course paling perlu semat dalam otak bidang pendidikan which includes prasekolah. sekolah berprestasi tinggi. linus [letarasi numerasi] dan ganjaran pengetua. what else. hmmm

pipp. membina negara bangsa. modal insan. sekolah kebangsaan. jurang pendidikan. profession perguruan. institusi pendidikan. kalau interviewer tanya pasal teori pembelajaran. for sure aku akan jawab aku guna teori pelaziman operan by skinner. ada 2 iaitu peneguhan positif dan negatif. kalau ditanya pasal fpk aku cakap pasal nilai murni. kata melahirkan warga yang bersahsiah. berketerampilan. berpengetahuan

aku serius cuak. lagilah kalau 1 kumpulan dengan budak kampung tu. dahlah bagitau baida aku buat study group. sengal molek. ada skandal ke dua orang tu? biasanya instinct aku tepat dan jitu. and i'm afraid yes i do

tapi aku betul- betul malas lagi nak study. rasa tak sabar nak habiskan interview ni. aku nak holiday. Alhamdulillah selasa depan cuti. tehee

ya Allah permudahkanlah urusan kami esok. semoga segala- galanya berjalan lancar dan baik

comfort me. pls!

March 19, 2011

ayoh, tak mboh gi sibu!

esok time ni dah selamat sampai di sibu. sekejap je. tapi bersyukurlah at least dapat duduk rumah sampai panas punggung. hari tu mak tiba- tiba cakap kalaulah aku tak jadi cikgu apalah kerja aku sekarang ni. sebab tu lah aku tak boleh mengeluh lagi. betul- betul bersyukur pada Allah. Alhamdulillah

kalau dulu kerja vads jangan cakap nak cuti panjang. nak cuti weekend pon tak dapat. susahhh

haritu tiba di lcct dah malam. so alang- alang dah jumpa member stay je sampai pagi. siap bentang surat khabar berselimutkan pashmina lagi. tapi aku takde la tidur. badan besau gajah cenggini mak aii. aku online je la sampai jam 5. ada sorang pakcik ni mintak tolong kami check kan tiket ke guang zhou dan hong kong. aku ingat dia main- main tak pon dah masuk bang bang boom. rupa- rupanya betul- betul nak beli tiket. punyalah mahal. kasihan jugak tengok uncle tu. tapi yang fishy nye ada sorang lagi wanita berusia lingkungan 30an sekali dengan pakcik tu. pada firasat aku mesti perempuan simpanan dia kan. sori uncle~

maalam tu jugak jumpa sorang mamat ni. bukanlah 'jumpa' cuma tengok dari kejauhan je. seluar senteng. kasut besar. earphone hijau. memang comey sangat

March 15, 2011

badai pasti berlalu

nak jugak ek. aku selalu teringin nak gi jepun. bila dah jepun kena macam tu. luluh hati aku. kasihan memanglah Allah saja yang tahu. kadang- kadang tak sanggup lagi tengok mayat kebiruan bergelimpangan. kereta dan rumah dibelasah ombak. aku pilih untuk diam saja. tak nak tahu apa- apa. berapa orang yang 'pergi' dan berapa 'harga' kemusnahan. asal doa aku sentiasa untuk mereka. cepat- cepat sembuh. aku tetap akan ke sana. siapa boleh lawan kuasa Tuhan kalau sudah tersurat badai bakal melanda

harap tanaka koki baik- baik di sana.bila dengar je tsunami terus teringat dia (-__-)"

fyi aku di kampung sekarang sambil memamah masa hingga saat pulang ke sana. hujan tanpa henti di sini. aku agak ni tempias tsunami. tapi suka cuaca sebegini. sejuk je. azim dan keluarga dalam perjalanan pulang ke rumah nenek di sana. sedih dapat jumpa sekejap saja. kena tunggu sampai bulan 5 baru dapat jumpa lagi. huwaaa

rindu

March 8, 2011

hujan panas ku pandang awan mega


hujan panas
ku pandang awan mega
warna lapis 7 bercahaya
orang tua kata ular naga
mencedok air dalam telaga
kalau tunjuk tangan jadi kudung
rupanya itu cerita bohong

[lagu ini tiada kena mengena dengan cerita diatas]

someday somehow aku akan tengok jugak cerita beto ni. all eyes on beto since dia berlakon sebagai razif aka mayat dalam geng surau. since then kalau cerita ada beto je mesti nak tengok. latest kashaf imani. masa tengok cerita tu baru terfikir dah lama aku tak jatuh cinta macam imani. lama sangat kot. cinta aku memang simpan untuk suami je

----------------------------------------

minggu ni minggu exam. aku ingat dah exam rileks sikit. banyaklah. lagi penat adalah. kena diri sepanjang hari tanpa mengeluarkan suara. tawaf meja student 167 kali. nak tunggu 35 minit tu macam 567 hari rasanya. boringggg

budak- budak jawab setengah jam je. yang kelas belakang- belakang tu takyah cakaplah. 15 minit tak sampai kot. aku pulak banyak jaga masa terakhir. semua dah start cakap- cakap. time aku jaga mesti mr henry tak lalu. aku harap masa aku jaga 2A5 hari ni mr henry lalu. tolonglah!

March 7, 2011

pemimpin tempang

pantang kalau tengok berita mesti nak bebel. berat sebelah punya stesen tv. serius! puja sangat pemimpin yang 'tempang' tu. pimpin keluarga sendiri pon tak mampu. nak pimpin sebuah negara. layakkah?

wahai pemimpin tempang kau tahu kau memang tak layak sebab kau lemah. kau tak mampu bimbing isteri kau. anak- anak kau. kau biar semua lelaki pandang aurat isteri kau. kau tak tahu ke rambut isteri kau tu dari jamaica dah boleh nampak. buta hati eh buta cinta barangkali. sampai tak tahu beza dosa pahala. kau biarkan anak- anak kau minum air kencing syaitan. kau rasa mana tempat kau sekeluarga di akhirat kelak

aku tahu aku tak layak. tapi aku cuma rakyat yang benci political rubbish yang kau bawa. pernahkah kau fikir pentingnya pegangan agama. lihat. apa yang telah kau buat pada negara. tiada apa cuma kehancuran jiwa. aku tak mahu pembangunan. kemodenan. aku cuma mahu sebuah negara yang kepercayaannya hanya pada Allah. Tuhan yang satu

kau lupa. kau leka dengan keindahan dunia. sampai kau buta. sungguh aku gerun memikirkan akhirat. namun jauh disudut hati. aku mahu lihat kau disana. bila saat terbongkar segala kejahatan. aku juga bukanlah manusia sempurna namun aku berusaha mencari sebuah kesempurnaan dalam iman

aku mahu pemimpin yang sehebat muhammad al fateh. sebab aku takut. lupakah kau kita ini manusia akhir zaman

March 6, 2011

you are flower, now bloom

this week gonna be very interesting. i really mean it. kena datang awal selasa ni. sure no problem. anything as long as balik awal. semalam chat dengan lee. konon- konon nak buat reunion 121. which actually nak mintak diorang temankan aku sampai pagi

unfortunately. macam tak jadi je. sebab sangat lewat takkan lah nak jumpa after 11 pm till the dawn kan. T___T. lee on. keri pon on. tunggu saff and koji je. tapi kalau tak jadi pon takpe. aku faham

ereen nak tunang 13hb. aku ni sekejap nak gi kelantan. tiba- tiba janji dengan ereen pulak. aku sendiri pon confused. pada firasat aku last- last stay di rumah je sepanjang minggu. aku nak kurus. tapi makan tak henti- henti (-_-)". aku cuba nak kurangkan makan tapi semakin nak kurang semakin banyak aku makan. gerun kot nak balik. mesti mendapat hinaan daripada ahli keluarga dan jiran tetangga

last saturday ada sekolah ganti. as usual. pengetua akan bagi little talk yet very meaningful. this time dia cakap pasal water molecule and word. ok. kalau kita ada segelas air dan kita cakap baik- baik dengan air tu. molekul air akan jadi sangat cantik but if kita maki- maki air tu. molekul air akan jadi hodoh. pengetua siap tunjuk gambar lagi

perbezaan corak molekul air bila terdedah dengan classical, folk dan heavymetal music. they are so very different. kalau yang heavymetal tu molekul air jadi buruk sangat. macam polluted water. sebenarnya apa yang pengetua cuba sampaikan ialah 70% daripada tubuh manusia ialah air. so badan kita akan react according to what kind of words that we used every single day. which how we communicate with the students. kalau guna bad words student kita akan jadi bad. vice versa

talk nice. be patient

baik. saya cuba!!

March 4, 2011

dollah oh dollah

pagi- pagi pekerja kedai komputer dah call. bagitahu nak format dollah. berat hati T____T. aku mintak dia tunggu aku balik kampung dulu. ambil cd. adapter pulak dia cakap rosak. nak kencing aku la tu. bila masa pulak rosak. cuma internet je yang tak dapat. dahla duit pon takde ni. macam- macam pulak

tapi memikirkan akan balik kampung. bahagia je rasa. dan hari ni dah jumaat. phew~

dib pon ada call bagitahu misi skrol berjaya! yeay~ lupa nak bagitahu transkrip dah ambil. mesti kena hadap kerani yang 'bekeng' tu. almaklumlah kerani- kerani kat upsi ni hangin sikit. aku pon tak faham. layan kita macam kita ni kerja kutip sampah je. manusia jenis apalah macam tu

malas nak fikir pasal interview lagi. nak balik dulu. boleh? study last minute baru best~

March 3, 2011

exam fever

tak berapa nak fever pon sebenarnya. aku yang fever. next week exam pastu balik. tak sabar. tak sabar. cuti memang best tapi nanti bila dah datang balik banyak kerja menunggu kot. nak masukkan markah budak- budak ni lagi

aku betul- betul risau dengan 1A3. dah 3 bulan masih lagi blur. dan tak berusaha pon nak belajar. yang dengar suara cuma william dan wong je. susah hati betul. sama dengan 2A6 & 2A9. boleh ke buat? rasa macam tak sanggup nak mark

aku dengan 'kawan sekampung' ni selalu sama. balik hari sama. cara yang sama which naik bas balik KT. hari tu masa maulidurrasul aku park kereta sebelah kereta dia. banyak- banyak parking sebelah kereta dia aku park. interview spp hari yang sama. rasa macam dekat je tapi sebenarnya jauuuuhhh sangat. kami tak rapat pon. dia cuma aku hal- hal kerja je

takpe la at least rasa macam ada sedara mara di sibu ni. sabtu ni azie nak datang. kali mintak- mintaklah jadi. sekolah ganti lagi sabtu dah la kena balik jam 12. skema kot pengetua ni. hari ni khamis. pejam celik pejam celik masa berlalu macam tu je

March 1, 2011

hari hujan alasan untuk tidak ke bank


pagi cuma masak spagetti je. malas. malas nak gi sekolah jugak. selasa punya kelas sangat tough. hujan masih melebat. hampir jam 11 aku belum pon mandi lagi. baju pon belum berseterika. semua angkara malas

rancang hari ni nak ke bank. masukkan duit ke asb. tapi hujan

Alhamdulillah. semua yang perlu dibayar sudah dibayar. cuma tinggal gaji bersih saja. kira- kira rm200+ untuk satu bulan ini. jimat fathiah. minggu depan cuti. yeay. serius tak sabar. walaupun perjalanan kali ni akan panjang. asal pulang

semalam check spp. Alhamdulillah interview 31 march ini. fuhh~ tapi kecut perut sebab masalah skrol belum selesai. harap junior di upsi dapat membantu dengan jayanya. semoga dipermudahkan. untuk aku ke tanjung malim agak mustahil. ini bukan cuti panjang

cuti kali ni pon dah banyak ditempah oleh pengantin- pengantin seantero malaysia. cuma di terengganu sajalah yang dapat saya munculkan diri. hujan masih menangis. apa yang ditangisi. sejuk mahu mandi. sejuk lagi di dalam bilik guru nanti

minggu ni minggu ulangkaji. ulang dan kaji. hari ni balik awal lagi. sabar fathiah cuma 2 minggu ini. next week exam then pulang