November 26, 2019

diet ke laut

alhamdulillah hari ni hari kedua puasa
kalau tak puasa jangan harap berat nak turun
nak sampai 68 mahu 2 minggu puasa
susah weh
harap- harap istiqamah
sebab minggu depan nak jumpa doktor
dugaan masa balik kampung nanti
masa tu makan tak hengat
tengoklah

November 24, 2019

school hols

dah start cuti sekolah
yeayy
tapi suami outstation seminggu
sad
and next week lagi seminggu
at least suami takde dapatla focus on diet
hari ni in shaa Allah akan dapat siti nur honda
semalam noh dah selamat sampai pagoh
i missed noh so much
rasa pelik takde noh
dan saya belum breakfast sebab takde kereta
saya sepatutnya puasa harini 
tapi sesuatu berlaku pagi tadi
selalu perkara macam tu berlaku
mihmihmih
rindu sangat kat suami
lambatkan khamis sebab hari ni baru ahad
oh no
alhamdulillah cuaca hari ni ok
matahari dah memunculkan diri
sebelum ni 2 hari sembunyi
hopefully this holiday dapatlah saya diet
seminggu ni nak puasa dulu
sebab next week ada appointment dengan pakar
if hubs dapat gi
kalau tak, see you later doc
takut nak balik kampung sebab makan banyak
and i know kalau kampung bukan ada orang
baik duduk rumah sendiri
selesa

November 19, 2019

rezeki

nak simpan kat sini untuk peringatan
rezeki ni dari Allah untuk kita kongsikan
aku bukan manusia yang berduit
tapi selagi ada, cuba untuk belanja family
kalau balik kampung memang aku akan spend duit untuk belanja makan adik- adik dengan mak
sedaya upaya untuk ikhlaskan hati
jangan fikir duit akan habis
jangan
sebab Allah yang bagi rezeki
semalam gi tabung haji korek duit
terkejut jugak sebab duit bertambah
rasa macam baru je korek
pagi tadi nak tukar beg, alhamdulillah
jumpa RM100
rezeki yang tak terduga
syukur sangat- sangat
jangan kedekut
jangan takut duit habis
sebab Allah ada

November 18, 2019

rakan sekerja

aku paling menyampah bila nak marah orang lain, kita yang jadi mangsa

aku pun sama jugak

kalau marah saja ok la tapi jangan lah sampai perli- perli

aku cuma ajak gi joging cuti sekolah nanti, tak perlu lah cakap mengaji tak nak gi, joging boleh pulak

padahal aku dah bagitahu mak datang, kelas 4A ajak gi jamuan pun aku tolak

orang tak faham kenapa aku kena diet, mesti diet, bukan nak cantik, nak suka- suka

aku penghidap pcos, kalau tak jaga makan, berat naik, hormon tak stabil, period terus lari

untuk perempuan yang nak pregnant macam aku, penting sangat untuk diet. tapi orang menganjing aku, perli- perli

kalaulah mereka rasa apa yang aku rasa. tadi pun baru tengok ig, kawan lama baru je kahwin anak dah 2, seronok kan

pagi tadi sambil- sambil gosok tudung aku terfikir, tahun depan umur dah 34, mungkin Allah nak bagi aku kembar 3, 4. aamiin

sebenarnya ramai orang sekeliling aku yang belum pun kahwin, bersyukurlah fathiah

tapi aku kecil hati sebab dia perli aku tak nak gi ngaji tapi gi joging, serius terasa

November 16, 2019

menghitung rezeki orang

buat apa?
hitung rezeki sendiri kalau nak bahagia
suami bagitahu adik ipar yang baru kahwin bulan 8 dah pregnant 9 minggu
alhamdulillah
rezeki dia kan
suami tiba- tiba cakap nak hidup dengan aku sampai bila- bila
mungkin tak nak aku sedih
jauhhhhhhh di sudut hati
adalah sedih tapi sikit je
aku bahagia
kalau tengok sekeliling betapa bertuahnya aku berbanding orang lain
bukan rezeki aku lagi
syukur aku pernah rasa dulu
cukup muhammad untuk aku
nak bahagia
hitung rezeki sendiri
Allah baik, sangat- sangat

November 13, 2019

finally

hari ni paper spm moral, aku rasa tak sedap hati, tak selesa. semalam tak pasal- pasal acik kena marah. balik rumah aku menangis, sampai nak tidur pun menangis lagi

rindu kat suami, jumpa satu malam je. tak puas jumpa suami

hormon memang terganggu kalau tak cukup perhatian suami. rindu sangat- sangat

acik pulak mesej- mesej, tuduh aku marah- marah. geramnya

adik- adik jenis tak bersyukur, tak lalui apa yang aku lalui. peritnya nak hidup

mana ada duit nak beli baju cantik- cantik, nak beli make up, makan sedap- sedap, pergi holiday. tak mampu

dinner masa form 5 pun pinjam baju kawan- kawan, tak terfikir nak beli sebab tak nak susahkan mak ayah. fikir duit nak guna untuk adik- adik

sampai sekarang pun tak reti nak sewa baju, melaram kalau ada jamuan. sebab tak mampu

adik sekarang nak apa minta je, kereta pun dapat. aku semua sendiri- sendiri. betul- betul survive. nak buat apa- apa fikir dulu

harap sangat suami balik hari ni sebab dah rindu sangat- sangat

November 8, 2019

mood swing

suami ada kerja, 5 hari outstation. sedih. bosan
dahlah cuti 3 hari tapi disebabkan kelas tambhan dan jamuan akhir tahun, suami tak benarkan balik kampung, sebagai istri yang taat, saya redha

bayangkan 4 malam tidur sorang- sorang, aku sepatutnya tidur sekarang sebab esok kena drive ke cherating, sama- sama kak ayu

lately, memang aku rapat and selesa dengan kak ayu. aku tak malu nak ceritakan kebodohan aku, kejahatan aku, atau apapun peristiwa yang memalukan dengan kak ayu

sebab kak ayu baik, tersangat baik

esok tak tahu lagi kedudukan aku macam mana, mungkin dengan bestarians, atau kena halau duduk dengan orang lain. aku nak duduk sama- sama kak ayu. kasihan majlis apresiasi sebelum ni. bilik guru jauhari letak asing dari meja diorang. kejam kan

malu kak ayu, tapi kak ayu baik

sejak aku tak nak terlibat dengan camping budak form 3, ramai kakak bilik guru aku macam tak puas hati. kononnya sebab aku mengajar form 3 tapi diorang lupa aku ajar non muslim, tiada seorang non muslim pun yang terlibat dengan perkhemahan tu

alasan sebab aku muda. jap, gaji siapa lagi banyak. aku tak tahu la apa yang diorang cakap pasal aku. tapi aku tahu ada sesuatu

tiba- tiba kak ani tanya pasal 'bestfriend' aku, kak fida. aku faham kenapa kak fida tak nak gi jamuan tu. bukan sebab anak- anak. sebab kak ina dengan kak salma. satu lagi sebab, tiada bilik guru. sampai bila nak macam tu kan

entah lah, aku tersepit. kakak- kakak bilik guru perli- perli aku kawan dengan kak fida, diorang tak tahu kenapa aku kawan dengan kak fida. sebab aku faham perasaan dia, aku pernah rasa apa yang kak fida rasa, ditinggalkan suami. kalau aku, ayahlah bukan suami. nauzubillah

betapa sedih, sengsara, kecewa. ingat senang ke nak bangun balik, nak senyum, ketawa macam takde apa- apa. sebab diorang tak rasa

tahun depan kalau pegang bilik apd lagi, aku nak habiskan masa dalam bilik tu. nak kurangkan duduk bilik guru. banyak sangat perkara negatif diorang tuduh aku

bila student best, cikgu- cikgu pulak yang tak best

November 7, 2019

anak murid

tiada perkataan selain alhamdulillah kerana Allah kurniakan anak- anak murid yang baik, terutama sekali subjek aku, moral

sepanjang jadi cikgu anak- anak di sinilah yang paling baik, baik lelaki mahupun perempuan

yang nakal, degil, malas mestilah ada tapi masih boleh control

mungkin sebab aku dah tua, aku boleh baca anak- anak ni. aku boleh kawal anak- anak ni

spm tahun lepas paling membanggakan sebab dalam negeri terengganu cuma tujuh saja yang dapat A+, enam daripadanya anak- anak aku

walaupun tiada ucapan tahniah daripada pentadbir, aku rasa mereka tak tahu, tak peduli pun. mungkin sebab ada tiga orang yang gagal

aku akan rindu han kit, chin hung, teck wei, boo heng, wen kang, diviyan, aaron, dinesh, cabmerine, monica, kah cheng, kartiyaini, vincent

lepas ni tiada lagi yang panggil cikgu dari jauh dan buat isyarat love

                                sweet kan

rindu semua, selalu gaduh, gurau sama- sama. aku tak bimbang langsung dengan anak- anak moral sekolah ni

syukur pada Allah sebab bagi aku kepandaian dan kekuatan untuk uruskan mereka ni. siapalah aku tanpa Allah

Allah selalu permudahkan hidup aku, selalu. malu dengan Allah. terima kasih sebab selalu tolong saya, bahagiakan saya

November 6, 2019

hampir ke penghujung

kami sayangkan adik kami, tapi Allah lebih menyayanginya. innalillahiwainnailaihirojiun

perginya adik kami, siti hajar menemani mak dan adik di sana

lama hajar menderita, she is the ultimate fighter. against cancer

tiada kata yang mampu diungkapkan, hanya doa buat hajar, semoga bahagia di sana

hajar memang perahsia, tiada seorang pun kawan- kawan, saudara- mara yang tahu tentang penyakitnya. sampailah saat dia pergi menghadap Ilahi

aku suka hajar, sebab kami banyak persamaan. cara kami berfikir sama. hajar ahli keluarga pertama yang pertama aku mesej

i love her so much, aku selalu doakan hajar diberi kesembuhan, dikembalikan kesihatan. setiap hari setiap kali selepas solat

tapi subuh yang terakhir tu, dalam doa ada aku tersebut, semoga Allah permudahkan

6.50 pagi sarah call bagitahu hajar dah nazak, aku mesej pengetua untuk minta cuti. lama aku tunggu. call dua kali tak berangkat

7.20 pagi pengetua reply. on the way balik matbu call bagitahu hajar dah pergi

aku bersyukur sebab aku dapat mandikan, kafankan hajar, sama macam arwah mak dulu

tiada lagi adik kami yang ceria, yang bijak, yang tegas, yang rajin, yang pandai sembunyikan kesakitan

cuma aku terkilan, jummat terakhir tu aku tak teman hajar di rumah, aku ingat hajar makin sihat, makin kuat. memang tak akan dapat putarkan waktu

maafkan kak nor

kak nor doakan hajar dan mak bahagia di alam sana, tunggu kami di syurga

        masa ni hajar ngidam nak makan pasta