September 25, 2010

little conversation

my last night. macam- macam perasaan. excited vs cuak. dah pack semua. kot. almost 99%. cuma selipar jepun & cermin tak sempat beli

tik tok tik tok dah 3 bulan. pantas sungguh encik masa ni bergerak. awak kejar siapa?

hari ni banyak perkara melibatkan ayah. my truly hero. it started this morning. bila ayah mintak aku amik dia kat workshop. tapi ada masalah sikit. so he decided untuk urus kan hal kereta tu sendiri. tapi petang tadi ayah ajak amik kereta. boleh pulak tanya "nor boleh bawak kereta tak?"

pandai ayah buat lawak

lepas maghrib ayah ajak keluar lagi. amik duit katanya. ayah tanya nak berapa banyak. aku segan sungguh. betul. tak nak menyusah kan sesiapa lagi. aku janji aku bayar semua duit mak & ayah. sumpah!

but we're agreed untuk masuk kan duit dalam akaun je. senang. takut jugak duit hilang ke apa kan. lagipon tempat pon belum tahu lagi macam mana. ayah mintak jangan balik dulu bulan 12. ayah nak bawak teh pergi sana. haha. comel je ayah ni

ayah banyak cakap masa dalam kereta. cerita hal politik. menyampah betul jadi orang terengganu. sebab perkara remeh macam ni la. memang tak kan naik pangkat seseorang tu kalau dia berparti kan pembangkang. bangang

jkk kampung aku tak yah cakap la. tali barut. orang kampung dah tak nak kau la. kau tak paham ke? jadi pemimpin untuk rakyat. bukan diri sendiri. tak pe kau memang senang kat dunia ni. akhirat? cakap penang guna duit haram. duit judi. hek eleh nak cakap pasal halal haram pulak. kau yakin ke duit kau guna itu 100% halal. kamon la

kesian ayah. nak tukar pon susah. kepada encik sidek. kau jangan la dengki dengan periuk nasi orang. Allah Maha Adil. kau ada bahagian kau

ayah makan hati. kalau tahun depan tak dapat tukar. ayah nak pencen. so cik fathiah faham- faham la. lepas ni apik. ateh. acik atas bahu aku. memang dah tiba turn aku pon. aku ni dah lama bersenag lenang. bertanggungjawab sikit. hidup tak lama pon. duit bukan boleh bawak mati

September 23, 2010

cuma tinggal 3 hari selepas 3 bulan

list yang belum dipenuhi

bukan nak perasan tapi aku memang organise. semua kena list. pakaian dalam beg pon kena lipat betul- betul. nasib baik lah aku ni dah biasa travel. dah tau apa yang penting apa yang tak. tapi kali ni ke sarawak lagi banyak yang penting kena kiv dulu contohnya: iron dan bantal

buku? tak tahu la nak bawak ke tak sebab time aku g ni sah- sah budak- budak tengah exam akhir tahun. tapi kak mon bawak. segan pulak aku. nanti di label cikgu malas. boleh tak kalau nak bergantung pada buku teks dulu. kena la consider sikit. kami cuma boleh bawak not more than 20 kg bukan nya 50 kg

banyak lagi baju yang belum masuk beg. masih lagi kat ampaian. harap esok dapat pack semua head to toe. kalu tak nanti mesti ada yang tertinggal

kesian kawan- kawan yang dapat semenanjung sebab kena cari rumah sewa segala bagai. kami yang sarawak rilek je. chill. sebab pihak sekolah dah carikan. i hope so. dah sampai sana akan ada seminar lagi 3 hari. wahh. best nye. boleh jalan- jalan kat kuching dulu. walaupun tak de duit T________T. rindu sangat kuching. lepas tu boleh la kalau nak g sibu. bintulu. miri

lately selalu mimpi sarawak. mula- mula mimpi rumah banjir. dalam rumah penuh dengan buaya. mimpi ke dua kena hantar kat kawasan paling ceruk kat sarawak. apa la pentanda nya tu. cuak tak yah cakap la

aku tak mintak apa- apa kecuali perjalanan kali ni selamat dan dapat sekolah dan isi di dalamnya yang baik

September 22, 2010

teringin sangat

amin

dengki. bila tengok orang yang sambung masters. phd. oversea. teringin sangat. bertambah best kalau ada suami dan anak- anak. sweet kan. aku memang berkira- kira nak sambung lagi. tapi aku rasa akan ada masalah sikit. dapat kahwin dengan bakal suami yang bakal sambung masters atau phd pon best jugak

lahirkan anak kat sana. waaa. best tu. tempat aku paling nak pergi of course la japan. penat lol belajar sampai 4 tahun walaupun tak sampai 10 kotoba pon ingat. aku serius dengki. iri hati. busuk hati (sengal hape) dan lain- lain dengan orang yang berkeluarga sambil sambung belajar kat oversea ni

i wish aku akan ikut jejak langkah diorang. someday. kalau tak berkeluarga pon. aku sambung master sorang- sorang pon tak pe. desperate betul. semakin tua semakin jauh aku nak pergi. nak tengok dunia. orang cakap cantik gile. ye ke? cuba pergi afrika. cantik ke? mesti la cape town tu. gile ape kalau tak cantik. i mean kenya ke? tasmania ke? namibia ke? cantik jugak aku rasa. culture diorang. tehee

belajar bukan melalui buku je. ada macam- macam cara. jalan- jalan pon belajar jugak kan? okey. berbalik kepada keinginan untuk sambung belajar dan berkeluarga. sarawak tu oversea ke? boleh la. hidup puas- puas dulu kat sana

dulu pernah gak survey nak sambung kat mana. pernah email university of queensland. fortunately they replied. tapi aku pulak yang sangkut dengan dpli. teringin jugak nak sambung kat ucl. coldplay's members semua study kat sana. no 4 world ranking tu

course pulak. aku ingat nak sambung human factor with ergonomic. since aku cikgu sekarang baik continue education je. educational psychology maybe. apa- apa yang related la. belajar memang tak puas. sebab time belajar la paling chill. best sangat

semoga Allah perkenan kan impian aku yang satu ni. tapi biasa la kita cuma merancang Allah yang menentukan. sebab Allah saja yang tahu apa yang terbaik untuk diri kita. setiap yang berlaku pasti ada hikmah nya. tak gitu cik fathiah?

September 21, 2010

nasi dagang dan sms sakit hati

azim nak ikut che long g sarawak x?

wishes from bestest friend. thanks ud. u know i heart u

miss dis moment T__________T

hari ni pejabat daerah dan sekutu buat open house. pejabat agama pon tidak ketinggalan. mak apa lagi. awal- awal dah call suruh datang makan. nasi dagang terbaik dari ladang. dalam hati bimbang jugak. nak park camne nanti. nasib baik berjaya parking dengan jaya nya. siap masuk bontot kereta dulu tu. tapi satu lagi kebodohan terserlah. lupa lock kereta. ngeri lol

dalam 10 minit macam tu acik sampai dengan along (jiran)

acik: bace dok meseh (message) orang bagi ke mok?
kak nor: dok pom. meseh mende?
acik: meseh orang maroh- maroh ke mok

kak nor: sape meseh mok?
mok: norazah (bukan nama sebenar)
kak nor: bakpe?
mok: dok tau la ye kat emok maroh ye

al kisah

biasa la kalau 1 ofis. mesti akan ada gaduh- gaduh. ofis mana sekali pon. kenapa sampai jadi macam tu biar lah mak dan norazah tu je yang tau. mak memang garang. aku faham kalau norazah boleh sms macam tu. tapi tak professional la. kan sama- sama penjawat awam. lagipon dia kerani mak aku. sampai bila nak macam tu. terima la buruk baik akan sekerja kita

aku amik ni sebagai pengajaran. aku esok- esok pon sama jugak. cikgu- cikgu. kerani sekolah. semua pon kena hormat. to gain people respect gives people respect. hidup macam tu la. kita ni saling bergantung. simbiosis

September 20, 2010

faith

hold on

bila berlaku kat student sendiri. luluh hati

lately banyak kes bunuh diri kan. perasan tak? yang terbaru kawan kepada arwah susilawati. hairan la kenapa mereka- mereka ni boleh pilih untuk putus asa dengan kehidupan. putus asa dengan Tuhan. kita ada agama bukan? kasihan

al baqarah

manusia
kenapa kau bertindak demikian
kau tak yakin akan kuasa Tuhan?
aku faham kau hilang satu kekuatan
tidak kah kau punya teman
punya orang yang tersayang
butuh kasih mereka
perhatian mereka
khabarkan pada mereka
kau gundah
kau gelisah
kau hiba
kau derita
aku pasti
cukup yakin
tidak semua walau seorang pasti
yakin akan melindungi mu dari kesedihan mu
yakin pada Allah
janji Allah
kata- kata Allah
sesungguh Nya Dia mengetahui setiap isi hati
khabarkan pada Nya
sesungguh Nya dia mendengar setiap keluh mu
kisah mu yang tersembunyi

firman Allah: hari ini Ku akan lupakan kamu sebagaimana kamu pernah melupakan Aku (semasa di dunia)

nauzubillah

September 19, 2010

lagi seminggu kot


i heart u mizah

menghitung hari ni. banyak jugak barang belum beli. esok kot. boleh makan mc d sekali. packing sikit- sikit je. malas lagi. tengah berkira- kira nak bawak apa

kali dalam hati penuh dengan rama- rama. tak tipu. tempat macam mana. tandas macam mana. makanan macam mana. nak beli barang macam mana. sekolah nanti nak ajar apa. pergi sekolah dengan siapa. tersongsang peredaran darah dibuat nya

esok dah tinggal 5 hari. cuak!!!

esok nak kutip semua. tengok apa lagi yang takde. nanti kang tertinggal naya mak. dapat pulak. ceruk hulu mana. 2 hari baru boleh sampai pekan. mati la. kalau dapat asajaya dah kira ok la tu. samarahan ke. best nye la. tapi tak pe la harap- harap dapat jumpa mizah. tu lagi penting

tadi for the first time memandu sambil dipandu arah oleh hj mohamad. cuak sama macam masa test ok. dah la aku selalu konfius break dengan minyak. sama macam tadi nak tekan break tapi tertekan minyak. mampos

September 17, 2010

mood swing hj mohamad

minggu ni minggu pembuatan pizza sedunia. apik sungguh tekad kali ni kerana kakak- kakak nya mula ragu- ragu akan kreadibiliti nya sebagai seorang chep. bukan sebab apik tu adik aku. tapi pizza tu memang sodap pon. sehingga menjilat jari. senang je buatnye. nanti boleh la berniaga kat sarawak. tinggi cita- cita cikgu fathiah


pizza yang dilimpahi cheese

ni pizza aku

ni la hasil nya setelah siap dibakar dan sedia untuk dimakan

azim pon nak jugak. fyi azim dah pandai gelak. comelllll!!!

ni dia transkrip dah amik. thanks kak huda

Alhamdulillah. siap jugak passport. walaupun rm 5. tapi untuk 5 tahun. untung jugak. lagipun aku bukan boleh ke luar negara pon. ptptn tak bayar. sengal la ptptn ni. tak sabar nak potong gaji. kau ingat aku tak mampu ke? hehe. memang pon

merujuk title: mood swing hj mohamad

lately ayah memang asyik marah- marah sikit. stress jugak kadang- kadang. bapak orang lain macam tu ke? dah 2 kali aku kena maki marah. tapi tak amik hati pon. ayah marah tak lama. tahu~

ayah walaupun marah. riak muka dia tu kita boleh tahu dia tak sengaja nak marah macam tu. aku dah tak tahu nak buat macam mana. doa dan amal ar rahman je aku mampu. semoga Allah sentiasa melimpah kan kasih sayang kepada keluarga aku. amin

September 16, 2010

hidup sementara

bila manusia lebih hina dari binatang
bila nyawa manusia dianggap mainan
bila hilang suci kasih sayang
bila harta dunia diagung- agungkan

yang tak berdosa menjadi korban
rakus nafsu manusia tak beriman
teka teki kehidupan sukar diselesaikan
sentiasa bersama Allah jadikan teman

source

akhir- akhir ni banyak kes pembunuhan. tak faham. kenapa manusia bertindak kejam. nyawa itu tak bernilai kah? perit. sedih. melihat suami. istri. anak. mak. ayah. menangisi pemergian tersayang. apa daya mungkin ketentuan. bimbang masa depan. manusia sama seperti syaitan

demi duit. bunuh rakan seniaga. jiran tetangga. kenapa? selamat lah menjadi kayu api di akhirat. tak nak cakap banyak. sendiri mahu ingat. dunia ini bukan selama- lamanya. akan dihembus angin sekuatnya. sangkakala

September 13, 2010

it was an accident

semalam buat pertama kali nya aku terlibat dalam kemalangan. melibatkan motor dan kereta. so unfortunate kan. dah la hari raya. kat kampung sendiri pulak tu. tapi kan. aku memang tak sedap hati sebelum tu. betul tak tipu

tarikh: 12 septepber
lokasi: simpang kampung bukit gasing
masa: 2:30 pm
pemandu: siti nur bahiah
penumpang: fathiah
penunggang: jane doe

tapi kami baik hati sebab bawak jane doe ke klinik. car's driver pon seorang doktor sebenarnya. sebab tu dia tau nak buat apa. 5 jahitan. telinga koyak. tapi satu aku tak faham

penumpang: dari mane?
jane doe: beraye umoh kawang
penumpang: biar betik pakaian mcni beraye ke? (cakap dalam hati)

ye la jeans baju t shirt ketat kecik nak mampos. budak- budak zaman sekarang ni memang unpredictable. trauma? yes. aku tak kan guna simpang tu lagi. biar jauh asal jalan tak sibuk

berhati- hati di jalan raya. malang tak berbau

September 11, 2010

checked!

this september:

14 - ambil transkrip dari kak huda
15 - fotostat, ic, spm dll. sahkan sekali
16 - ambil gambar saiz passport call jpn sarawak. kat mana lah dicampak nya aku
19 - buat passport
21 - mula packing. beli barang cth: make up tools. auww
26 - ke kuala lumpur. tapi belum decide akan menumpang rumah siapa
27 - hotel empress. orientasi-kind-of-thing
28 - fly to sarawak. makkk gerun

cepat lah balik azim~

September 10, 2010

empty

rindu

sangat

even hari ni adalah hari raya. namun perasaan yang kosong menghalang saya untuk bergembira dan bersuka ria. ini adalah disebabkan oleh ketiadaan adik saya la yang mengikut suaminya beraya di besut. dan membawa bersama anak mereka azim

meskipun ibu beriya mengajak saya ke rumah nenek saudara namun saya tidak bernafsu untuk berhari raya. esok la akan pulang kembali ke rumah ini. mungkin esok hari yang gembira. raya tahun ini sangat mengerikan kerana tiada barang sekeping pon gambar diambil. saya juga tiada mood kerana tiada tudung yang matching dengan baju kurung saya yang berwarna maroon ke unguan. saya jadi tertekan

pagi tadi adalah kali pertama saya ke kubur nenek. pokok merimbun. Alhamdulillah. mungkin tok berkeadaan baik. insya Allah. tapi ada perkara yang lebih penting. he~

3 hari lepas mak teringin nak makan nasi beryani yang takde la sedap mana pon. saya & apik pon bergerak la kedai berkenaan. sampai disana apik yang tak berapa gentleman itu pon ke kaunter untuk memesan makanan yang dikehendaki mak

setibanya dimuka kedai dia telah disapa oleh seorang mamat yang kawaii. oleh kerana mamat kawaii tu sampai dahulu maka dia pon ingin la pulang ke rumah. namun terkial- kial la mamat kawaii itu kerana kereta nya di block oleh kereta saya. saya pemilik lesen p yang berusia 3 minggu ini menunjukkan lah kebolehan yang tak seberapa. dengan bantuan mr gear dia pun berjaya pulang walaupun agak kelakar ketika dia cuba mereverse kereta milik keluarganya. sampai ke jalan besar

apabila pulang. saya khabar kan peristiwa itu kepada adik saya. dan saya amat lah terkejut kerana pagi tadi saya bertemu dengan mamat kawaii itu sekali lagi di hadapan masjid. memang kawaii pakai baju melayu warna merah jambu kot tapi dia sebaya adik saya. boleh tukar apik dengan dia?

merajuk

September 9, 2010

malam 30 ramadhan

ayah yang dah lama tak beli baju raya

Alhamdulillah

aku tahu aku banyak buat silap. kalau nak mintak maaf pon. 25 belum tentu lagi habis. since aku kecik aku memang rebel sangat. bak kata raudha aku ni anak kekurangan kasih sayang. haha

tapi aku tak rasa macam tu pon. tipu. cuma kadang- kadang la. aku sangat satisfied dengan apa yang aku ada sekarang. happy family. great friend. secured career. syukur sangat- sangat

dan aku ada terbaca:

daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. berusahalah untuk mencuci hati daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini

tahun depan semua nya akan berubah. semoga bertambah baik

selamat hari raya!!

September 6, 2010

another chapter

rindu

terima kasih kerana menghubungi tm, fathiah bercakap, boleh saya bantu?
batch 121
raj
shift habis jam 2 pagi. pergi uptown
makan kat mamak
solat kt floor-tak-ingat-nama-apa
pelangi damansara
pondan
budak lelaki tak sembahyang jumaat
karipap rm 1
popia basah
makan kt kfc ramai- ramai
first gaji
raj's punishment
naik rapid
pengkid
one utama
picnic kat sungai-tangga-sangat-tinggi sama- sama
first time jawab call
mock call
meet those gentlemen

rindu masa kerja kat v***. as time flies. sepantas kilat. kami masing- masing pon punya kerjaya lebih baik. Alhamdulillah. semoga kami terus utuh. dan bersyukur

September 4, 2010

lately


in a normal life biasa la kalau fight against each other. tak kira la mak dengan ayah. k'nor dengan mak. ayah dengan k'nor. k'nor dengan achik. ateh dengan la. la dengan apik. apik dengan ayah. bla bla. tak kisah sebab tak lama

air di cincang tak kan putus

banyak fikir pasal posting ni. nampak macam tenang tapi kabus ribut dalam hati. mana tak nya. kehidupan baru bakal bermula. gerun. aku ada memori yang sangat baik di sarawak. dan harap apa yang tersimpan di temporal lobe itu akan terus di isi dengan sesuatu yang baik. insyaAllah

rindu kawan- kawan. sangat. kawan sekolah. kmpp. unimas especially. vads. upsi. semua- semua la. nak jumpa sebelum pergi. apa daya tuntutan kerja

lagi few days nak raya. sedih pon ada. entah bila lagi dapat puasa macam ni. puasa kali ni sangat la happy. dapat buat kuih raya yang banyak jenis. pergi bazaar. ambil lesen. puasa dengan azim. tahun depan puasa kat tempat baru. sarawak dah la kekurangan masjid. tak macam terengganu. setiap 500 meter akan ada masjid. setiap 100 meter pasti ada surau

semoga terus kuat!

Alhamdulillah k'huda dah amik kan transkrip. selesai 1 kerja. semoga Allah terus permudahkan~

bersyukur lah. jangan berak dalam periuk nasi sendiri

September 2, 2010

yes. people change

i still remember those days
that have now turned into a hay
having a friendship with you was a fate
hours did we spent together
sharing things of our mates

i liked the patience with which you used to listen me and my games
and that protective behaviour and concern towards me
caring and understanding each other was the main
as the cold winter nights turned into melting eaves
the warmth or our friendship lost in dark caves

asking my mind 'what made you change'?
but it stayed silent as the same
your impudent, implusive behaviour hurted me a lot
thinking can a person change like this was something odd
feeling frustated and disgusted
i learnt a lot from myself and my mistake

i decided no more of friendship and no more of blame
everything got strange
and i became estranged from you and your name

written by mini saraf

----------------------------------------------------------------------------------

kenapa manusia berubah. mungkin kerana tinggi ilmu di dada. patuh akan dosa pahala. kalau itu menjejaskan sebuah persahabatan yang dibina sekian lama. apa daya saya

noted. saya faham. mungkin kerana ada sudah ada bunga di taman jiwa awak. saya ok. kita masih boleh jadi kawan. saya manusia yang percaya akan jodoh, takdir dan ketentuan. kenapa perlu jadi sebegini

saya mahu jadi kawan awak sampai mati. kawan kepada suri awak jika dia sudi. mungkin masalah kita saya perempuan dan awak lelaki. sayang sungguh 16 tahun. bukan sekejap. bukan baru jumpa. tapi kenal lama

sayonara tomodachi

September 1, 2010

tempat baru barang baru

nak g sarawak ni bukan boleh bawak barang banyak- banyak. baju kurung. kasut. selimut. dah 20 kg. shower foam. shampoo. camne?

sampai- sampai nanti banyak gile barang nak kena beli. boleh dikatakan 80% barang kena beli. aku dah la takde duit ni. nak g beli ngan sapa pon aku tak tau. iron. kalau tak camne nak g sekolah baju kedut- kedut. cuak jugak

ye la kita tak tahu future ahead kan. kereta takde. apa- apa pon takde. aku cuma harap jumpa kawan yang baik- baik. yang boleh tolong susah senang aku. kalau dapat 2 3 orang 1 sekolah best jugak. at least ada member

tak kesah la kat mana sekalipon. aku tetap nak beli kereta myvi je kot tak perlu la kereta besar- besar. duit boleh simpan. boleh buat macam- macam. kali ni kena betul- betul belajar berjimat dan menyimpan. malam tadi tengok halaqah. pasal keduniaan. sampai kita lupa yang kekal adalah akhirat. aku tak mahu jadi macam tu. mesti sentiasa bersyukur

semalam hari merdeka. yang ke 53. lupa nak wish. aku bangga jadi anak malaysia. negara warna- warni. hari merdeka tahun depan pasti meriah

selamat hari merdeka

bangga jadi anak malaysia apatah lagi anak terengganu