September 10, 2010

empty

rindu

sangat

even hari ni adalah hari raya. namun perasaan yang kosong menghalang saya untuk bergembira dan bersuka ria. ini adalah disebabkan oleh ketiadaan adik saya la yang mengikut suaminya beraya di besut. dan membawa bersama anak mereka azim

meskipun ibu beriya mengajak saya ke rumah nenek saudara namun saya tidak bernafsu untuk berhari raya. esok la akan pulang kembali ke rumah ini. mungkin esok hari yang gembira. raya tahun ini sangat mengerikan kerana tiada barang sekeping pon gambar diambil. saya juga tiada mood kerana tiada tudung yang matching dengan baju kurung saya yang berwarna maroon ke unguan. saya jadi tertekan

pagi tadi adalah kali pertama saya ke kubur nenek. pokok merimbun. Alhamdulillah. mungkin tok berkeadaan baik. insya Allah. tapi ada perkara yang lebih penting. he~

3 hari lepas mak teringin nak makan nasi beryani yang takde la sedap mana pon. saya & apik pon bergerak la kedai berkenaan. sampai disana apik yang tak berapa gentleman itu pon ke kaunter untuk memesan makanan yang dikehendaki mak

setibanya dimuka kedai dia telah disapa oleh seorang mamat yang kawaii. oleh kerana mamat kawaii tu sampai dahulu maka dia pon ingin la pulang ke rumah. namun terkial- kial la mamat kawaii itu kerana kereta nya di block oleh kereta saya. saya pemilik lesen p yang berusia 3 minggu ini menunjukkan lah kebolehan yang tak seberapa. dengan bantuan mr gear dia pun berjaya pulang walaupun agak kelakar ketika dia cuba mereverse kereta milik keluarganya. sampai ke jalan besar

apabila pulang. saya khabar kan peristiwa itu kepada adik saya. dan saya amat lah terkejut kerana pagi tadi saya bertemu dengan mamat kawaii itu sekali lagi di hadapan masjid. memang kawaii pakai baju melayu warna merah jambu kot tapi dia sebaya adik saya. boleh tukar apik dengan dia?

merajuk

No comments: