December 21, 2017

not yet

pagi tadi terjaga jam empat. konon nak check pregnant ke tak tapi dah rasa macam dah period. dah dekat jam lima tak tahan sebab mata tak lelap. ambil pregnancy test masuk toilet. bila check satu line. tengok bawah jamban dah warna merah. period rupanya. pembaziran upt betul

tak tahu nak gelak ke sedih. kenapalah tak pandang bawah dulu. excited sangat agaknya

kali ni nekad tak nak makan clomid. nak cuba cara semula jadi. kalau tak jadi nak sambung makan clomid

berat mesti turun. petang ni nak start exercise kat rumah. target tahun depan lima puluh lapan kilos. tapi period kali ni paling sakit. senggugut kuat sangat

darah pon menakutkan

aku redha. bukan rezeki lagi. belum lagi. Allah tahu apa yang terbaik untuk aku. setiap kesabaran pasti ada ganjaran

December 19, 2017

marking

alhamdulillah marking dah setel. awal seminggu. syukur sangat- sangat

last appointment dengan doktor hamidah ada berita baik. akhirnya ada tiga biji telur dalam rahim aku. terkejut. syukur. doktor pun happy sangat. aku apatah lagi kan

akhirnya normal. hopefully tapi untuk next cycle aku nak stop ambil clomid dulu. nak cuba naturally. berjaya tak. tapi jauh dalam hati harap sangat aku mengandung kali ni. ikutkan memang tak sanggup nak hadap doktor

aku suka doktor hamidah. positif

terima kasih Allah sebab permudahkan jalan. kalau tak sebab mak nak beli barang di kedai seven e sebelah klinik memang aku tak jenguk klinik tu

sebab tu jugak aku berjaya turunkan berat. alhamdulillah sekarang dah enam puluh dua. macam mimpi. tapi doktor suruh turunkan lagi. yang sadisnya sejak cuti ni berat tak turun- turun. takut nak jumpa doktor next appointment. serius

dah la tak beli ubat. berat tak turun. harap buka sekolah nanti aku lebih disiplin

terbaca post doktor imelda pasal pesakit pcos. untuk pregnant bmi mesti dua puluh tiga. aku? dua puluh empat. aku kena turun lagi tiga kilos untuk dapat bmi tu

the struggle is real

stress bila berat tak turun- turun. padahal aku tak makan apa malam tadi

harap lepas ni aku bebas daripada penyakit pcos. harap tahun depan dapat jadi ibu
amin

November 29, 2017

cuti. bermula

dah hampir seminggu sekolah mula cuti

ahad aku rehat sebab hujan sepanjang hari
isnin ke sekolah buat streaming kelas dari jam sembilan sampai empat. tapi ngelat keluar makan dengan suami tengah hari
selasa siapkan streaming dekat rumah
rabu buat ithink yang menyusahkan

esok akan siapkan ithink sebab banyak gila

tapi nasib baik jumpa jawapan di facebook. ada kawan sharekan. terima kasih Allah

jadi masa jimat juga sebab tak perlu dia cakap apa. salin je jawapan yang dah ada

jumaat ni start menanda. sekolah yang sama lagi. ahli kumpulan banyak bertukar. harap tahun depan cikgu shee dapat gantikan aku. sebab dah niat nak gi umrah hujung tahun. semoga Allah permudahkan

aku perasan selama Allah suruh aku tunggu

aku tunggu agak lama untuk jumpa suami. dan jumpa macam- macam lelaki sepanjang proses. dan tak semuanya baik. alhamdulillah walaupun kahwin agak lewat tapi Allah jodohkan dengan suami yang terbaik. berbaloi menunggu

aku tunggu setahun untuk transfer balik ke terengganu. ingat lagi masa tu. hujung tahun. ramai yang dapat tukar. semua yang baru kahwin kecuali aku. wahida pun dapat bertukar ke selangor. cuma tinggal aku sorang- sorang. malam tu aku dah nangis sepuas hati sebab tak berjaya. tapi masa proses untuk isi borang transfer Allah temukan aku dengan kawan- kawan yang hebat. eza. shikin. dila and fidat. dan paling hebat aku berjaya bertukar ke terengganu. ditempatkan di sekolah yang paling baik. syukur. berbaloi tunggu

aku tunggu  sampai hari ni untuk jadi ibu. aku yakin dan pasti memang berbaloi. Allah akan kurniakan pada aku anak yang soleh/ solehah. hafiz/ hafizah. bijak dan akan bawa ibu ayah ke syurga

aku akan tunggu sampai syurga

November 28, 2017

bakal ayah

bukan suami aku tapi adik aku. alhamdulillah tahun depan dapat anak saudara baru. aku tumpang happy. bestkan

in shaa Allah nanti giliran kami. aku tak sedih. kenapa nak sedihkan?

rezeki Allah dah tetapkan dan Allah Maha Adil. aku bersyukur dengan apa yang Allah bagi selama ni. tak terhitung

ahad ni appointment terakhir dengan doktor hamidah. harap sangat ada berita gembira. bukan mengandung tapi pcos berkurang

aku teringin nak jadi ibu

November 22, 2017

mayday

pagi ni pagi paling ngeri dalam hidup aku bila seorang cikgu tanya

amar nak kertas soalan dan jawapan PJK sebab nak check balik

aku dalam hati

what the

aku terus terang bagitahu aku dah buang
sebenarnya bagi makcik cleaner sebab dia ada buat recycle

memang dia marah betul. takut

takut nak bertentang mata

November 21, 2017

anak syurga

abang macam mana kalau kita ditakdirkan hidup berdua?

kita akan ada anak

di syurga

terima kasih Allah jodohkan saya dengan suami sebaik suami saya

suami saya tak pernah berkira bila tolong ahli keluarga saya
suami saya tak pernah berkira bila bayarkan makan saya
suami saya tak pernah berkira bila belikan barang untuk saya

suami saya baik sangat 
tak pernah buruk sangka pada orang
positif selalu

saya cemburu
cemburu sebab tak sebaik suami saya

mungkin tu asbab Allah jodohkan kami
supaya saya boleh berubah jadi lebih baik

saya dibesarkan dengan 'miskin' kasih sayang dan perhatian
perkembangan emosi saya tak sama macam orang lain
saya selalu rasa tersisih dan dibenci orang


mak ayah jarang 'sentuh' saya
apatah lagi dapat berpelukan
dan kata- kata semangat
berpegang tangan pun jarang

emosi saya terganggu
tapi suami penyembuh saya
tak pernah ada orang sayangkan saya sama macam suami
terima kasih Allah

hikmah yang Allah bagi kena tunggu sampai bertahun
tapi manis sangat

pasal anak
suami sangat memahami
mungkin itu dugaan buat saya
saya banyak derhaka pada mak ayah
itu balasan untuk saya

tapi Allah dah pulihkan hubungan saya dengan mak 
kami semakin rapat
alhamdulillah

anak
tunggu ibu ayah disyurga nanti
keluarga kita akan lengkap
suatu hari nanti
mudah- mudahan

November 15, 2017

healthy relationship

hidup aku sekarang memang membahagiakan. bila baca kisah rumah tangga kat facebook aku rasa bersyukur sangat sebab dapat suami yang baik. ramai dapat suami curang. anak dan dua tiga. ada yang berbelas tahun makan hati dengan suami. ada yang kahwin tak sampai setahun suami dah buat perangai. suami tak romantik. suami tak bagi nafkah batin. macam- macam

alhamdulillah suami aku baik sangat. hari- hari peluk cium aku tanpa jemu. gaduh tu normallah. bukan lama pun. nafkah zahir batin memang tip top. bersyukur sangat

sebab aku tahu aku banyak kelemahan. aku tak subur tapi suami tetap sabar. aku kasihan dengan suami. sukakan budak- budak

tapi Allah maha hebat kan. semoga Allah sentiasa titipkan rasa cinta dalam hati kami suami istri. semoga cinta kami kekal hingga ke syurga

November 7, 2017

PCOS

last appointment dengan doktor hamidah paling tough. bia doktor sahkan aku adalah pesakit pcos. aku dah lama syak. kaki berbulu. muka berbulu

hormon lelaki dirembes secara melampau- lampau. tapi yang paling sedih bila doktor tunjukkan ovari aku. penuh dengan cyst. macam mutiara doktor cakap. cyst tu la yang halang ovum dari membesar. saat ni aku rasa macam impian untuk jadi ibu lenyap. hilang diterbangkan angin

aku rasa putus asa. suami lagi sekali cakap

nanti kat syurga kita akan jumpa anak kita

sebak. siapa tak

aku terbayang- banyang lagi ovari aku tu. berbiji- biji. doktor yakin aku boleh mengandung cuma aku yang putus harap

ada sekali lagi appointment dengan doktor hamidah. lepas ni doktor terpaksa refer ke hospital untuk rawatan lain

pagi tadi ada terbaca kisah seorang wanita kuat yang ubah diri dia untuk pleased Allah. aku pun kena buat perkara yang sama. terutama solat sunat

sebagai mana aku berusaha untuk kurus seperti itulah aku kena dekatkan diri dengan Allah. Allah nak tengok aku bersungguh atau tak

nak anak atau tak

aku nak ada anak. untuk aku didik. untuk bawa aku dengan suami ke syurga

November 2, 2017

angin kus- kus

dah janji dengan suami nak makan maggie kalau berat dah sampai enam puluh empat kilo. dengan senang hati aku masak maggie nyaman pujaan hati yang ku tunggu- tunggu sekian lama

malangnya. maggie tom yam sekarang dah tak sedap. masam amat

malam tadi bermulalah episod sakit perut dan angin satu badan. terutama bahagian belakang. sakitnya yang amat

masa jaga exam tadi perut punyalah memulas- mulas. rasa macam nak tercirit tapi bila dah sampai toilet malu- malu pulak nak keluar. stress

kebetulan baca artikel tulisan doktor imelda balchin. kata doktor mana ada makanan yang ada angin. even urat. tulang. salur darah mana ada angin. cuma ada dalam usus dan perut saja

bakteria yang uraikan makanan sebabkan angin

so maknanya bakteria dalam perut dan usus aku tak terima maggie 

suami dah warning. tak boleh dekati maggie lagi

nangis

November 1, 2017

diet journey part 4

alhamdulillah sekarang berat dah enam puluh empat. harap dapat maintain sampai bila- bila. pernah tanya suami

"kalau berat saya tujuh puluh lapan macam dulu abang sayang saya lagi tak?"

sebenarnya suami semacam tak merelakan aku diet. dia lagi suka aku berisi. sedap dipeluk katanya. tapi atas arahan doktor. mesti diet untuk stabilkan hormon

aku baru perasan aku makin kurus bila seluar yang nampak kecil pun aku muat. seronok

tapi period delayed lagi. tak tentu. malas nak fikir. bulan lepas cycle sampai empat puluh satu hari. bukan rezeki kami lagi. Allah nak aku banyak- banyak bersabar

aku redha. dan tak fikir sangat. aku sibukkan diri aku dengan proses diet. sebab aku happy. tiada sebab nak bersedih. kena yakin dengan Allah

aku tahu Allah akan hadiahkan kami zuriat yang terbaik sama macam Allah hadiahkan pada aku suami yang terbaik. sama macam perkahwinan. aku kena sabar

bila orang tanya

"tak boring ke duduk sorang- sorang?"

tak pun. ok je sebenarnya. aku ada banyak masa untuk 'me time'. aku boleh siapkan kerja rumah dan masak. tidur dan bersocmed

tiada sebab untuk rasa boring. mengeluh. sedih

Allah maha adil kan

October 31, 2017

duit ibarat air kalau

tak rancang. cuti deepavali hari tu kami jalan- jalan melaka. rindu melaka. seronok sangat dapat jumpa kawan- kawan and makan sedap- sedap.

ahad baru lepas ke kuala lumpur hantar adik bongsu daftar di pusat asasi uiam

duit memang habis banyak. tapi kalau berkira atau kedekut memang tak akan cukup. kalau kita ikhlas Allah akan cukupkan rezeki kita

terutamanya dengan keluarga

aku kagum dengan suami. kalau ikutkan gaji suami tak lah besar mana tapi masa hantar adik daftar suami bagi sampai tiga ratus. mungkin suami kasihankan mak. banyak guna duit

adik lelaki selalu mengeluh duit tak cukup tapi kedekut

aku pun bukan baik sangat. pemurah sangat. tapi kena percaya Allah yang bagi rezeki

rezeki aku bukan pada anak. Allah nak aku sabar. sabar equal to pahala

October 15, 2017

selesema

sebab mandi dekat jam sebelas malam. padan muka

sekarang berat aku enam puluh lima kilogram. lagi sekilo untuk capat berat ideal and aku dah beberapa hari lewat datang bulan

mengandung ke? doa- doakan. mudah- mudahan

aku serba salah nak check ke tak. rasa nak tunggu sampai lepas cuti

tunggu dulu lagi seminggu. macam ni lah nasib bila period tak teratur. tak tahu mengandung atau cuma lewat. aku harap sangat yang aku mengandung. patut tak aku check?

sebab rabu ni nak ke melaka. honeymoon. kononnya

nak jumpa kwan- kawan sebenarnya. rindu

mula- mula plan nak gi kuala lumpur tapi minggu depan akan ke sana lagi hantar si bongsu daftar asasi di universiti islam antarabangsa

doakan aku mengandung tapi

ya Allah,
aku yakin bahawa takdirMu lebih baik dari semua yang aku inginkan,
beri aku kekuatan untuk memahami ini sebagai anugerah dari Mu. 
amin

walau apapun yang berlaku aku bersedia dan redha. Allah tahu apa yang terbaik untuk aku. cukuplah Allah hadiahkan kepadaku suami yang hebat. Alhamdulillah untuk segalanya Allah

October 9, 2017

fake

kat sekolah ni ada seorang cikgu perempuan yang paling aku tak percaya. rasanya semua pun aku tak percaya

tapi yang paling paling paling tak boleh percaya. aku perasan bila seorang kakak ni mula buat muka kat aku dan aku pernah mengumpat kakak ni dengan A. untuk makluman meja kakak tu sebelah je meja A. padahal masa tu dia pun sama- sama mengutuk tau

tadi aku jumpa pentadbir berkenaan buku program. bila dah riso jadi buruk semua hitam

dia bukan main tunjuk pandai

"biasanya buku program memang kena buat dua. satu untuk riso"

amboi. sebelum ni tak pernah pun bagitahu aku. faham sangat memang nak tunjuk dia hebatkan

sampai ada seorang kakak tu cakap

"sepatutnya A yang buat buku program"

alahai. saya pun tak hingin nak buat buku program ni kak

she so fake. sangat bermuka- muka dan tak boleh dipercayai. never ever 

October 8, 2017

diet journey part 3

oh my!

berat tak turun. statik atau naik. stressnya. betul cakap doktor jangan timbang hari- hari nanti stress. tapi salah aku juga sebab makan tak jaga. minum air tak cukup

aku perasan beberapa minggu ni aku minum air tak cukup tiga liter pun. petang makan banyak. weekend macam pirahna kalau balik kampung lagi la menggila

mana tak naik berat oi

esok kalau tak period lagi aku nak puasa. hari- hari aku fikir kalau ovum aku masih lagi tak membesar walaupun makan dua biji clomid lepas ni doktor nak buat apa. what's next?

tapi perut rasa tak sedap pagi ni. ada kemungkinan ni

update pasal kawan aku z. alhamdulillah segalanya berjalan lancar. suami dah lafaz talak. aku doakan z terus tabah dan kuat. ujian Allah tanda sayang. setiap manusia punya ujian yang berbeza- beza

kita siapa nak mengeluh ujian aku lebih berat dari si polan. hanya yang melalui akan memahami. macam aku juga. ujian zuriat. tpi Allah bagi suami yang sangat baik pun aku dah rasa cukup. syukur

aku rasa kita hidup pun takkan lama. dunia dah tunggang terbalik. islam dah kembali asing. pelikkan. buat apa yang disuruh agama. dianggap mengarut. dihina- hina

lancang mulut berkata- kata. mereka tak rasa azab Allah lagi



tepuk dada tanya iman

berbalik kepada diet journey. oleh kerana lagi dua kilogram untuk aku dapat berat badan ideal. i really have to work hard. mulai hari ni aku terpaksa stop makan nasi. lebih disiplin and make sure minum air tiga liter. aku harap sangat before end of 2017 berat aku dah normal

amin

October 4, 2017

seminggu macam sehari

sedar- sedar hari ni dah rabu. sekejap je kan. minggu ni perut rasa tak sedap je. malam start jam sepuluh mesti rasa memulas. berangin. pagi ni pun terkentut- kentut. agaknya sebab bawang putih

aku terpaksa pinkan telefon sebab student suka sangat main telefon aku. geram

petang semalam dapat berita yang anak sepupu suami kena sengat tebuan. masa tu masih kritikal. jam dua belas malam sepupu suami call bagitahu anaknya dah meninggal

aku dan suami baru sebut nama arwah. mustaqim

sebelum tu mak ada bagitahu nanti ada anak boleh letak nama fastaqim sebab maksud dia bagus. ayuh berjuang. suami bagitahu anak sepupu nama mustaqim

mak ayah mustaqim memang kuat. mustaqim anak syurga kedua yang Allah jemput. sekarang dia dan abang ada di syurga menanti mak ayah mereka tiba. bertuah mereka





October 1, 2017

cikgu cantik

hari- hari datang sekolah student mesti cakap:

cikgu cantik hari ni
cikgu comel. geram tengak cikgu
cikgu cantik pakai cermin mata
cikgu cantik
cikgu cantik
cikgu cantik

ya Allah. hari- hari puji aku. aku langsung tak layak. cuma cikgu yang biasa- biasa. tak tahu macam mana nak respon bila student puji macam tu

pagi- pagi dah baca post fynn jamal berkenaan anak. aku faham apa yang kak fynn rasa. sangat faham. betul kata kak fynn kita yang tiada anak ni macam orang miskin. tak pernah mengeluh. terima seadanya

kak fynn untung sebab suami dan keluarga sokong bila dia nak ambil anak angkat. mulianya hati dia. besarkan dan didik anak- anak bukan dari rahim dia

semalam jumpa kawan lama di kelulut. dia pun sama macam aku. diet untuk mengandung. dia start hujung tahun lepas. tapi kawan aku tu dah ada anak satu. in shaa Allah urusan kami berdua dipermudahkan dan dimurahkan rezeki



September 28, 2017

hujan

pagi tadi teman budak- budak main badminton sesambil layan facebook. terkeluar kat news feed koleksi lagu hujan. rupanya dah sepuluh tahun aku layan lagu- lagu hujan. ten years babe

lagu hujanlah peneman setia aku menghabiskan sisa- sisa hidup di unimas. temankan aku jalan kaki ke kuliah. temankan aku ke cais. temankan aku menangis. what a tough life

dari dulu aku suka sorang- sorang je. pergi mana- mana or buat apa- apa. i am the ultimate lone ranger. kalau setakat jalan kuala lumpur tu. apalah sangat. dulu tak pernah fikir pun bahaya ke apa. jalan je

tapi Allah baik. Allah hadiahkan aku suami yang selalu teman aku. yang nak aku bergantung pada dia. yang nak kongsi suka duka sama- sama. aku syukur sangat- sangat

bila dengar balik lagu- lagu hujan rasa best sangat. when i was ten years younger. free and fool

lately aku selalu terfikir pasal satu perkara ni

ikhlas

ya Allah susah sangat nak ikhlas. susah sangat nak baik sangka dengan orang. susah sangat nak tolong orang. susah sangat nak buat baik kat orang. why fathiah

aku tak cemburu kalau orang pregnant. tapi cemburu kalau ada orang 
  • yang Allah ambil nyawanya pada hari jumaat dan dikebumikan pada hari yang sama
  • yang sentiasa positif. baik sangka dengan semua orang
  • yang ikhlas bila buat sesuatu
bila aku nak rasa semua tu?

oh ikhlas. macam mana nak ikhlaskan hati

September 27, 2017

takdir part 3

alhamdulillah semalam dapat jumpa dengan doktor hamidah. masa tengah check doktor bagitahu yang telur (read ovum) aku terlalu kecil. semacam tak membesar. sedangkan semalam adalah hari yang ke enam belas. waktu subur. sepatutnya

memandangkan period aku yang tunggang langgang sebelum ni aku tak dapat agak bila waktu subur aku sebenarnya. mungkin aku perlu tunggu dua tiga bulan supaya period cycle aku betul- betul cantik

lega akhirnya dapat bagitahu keluarga mertua yang aku sedang buat rawatan di ibai clinic. adik ipar kerja misi di hospital. dia bagitahu doktor hamidah memang terkenal dengan sifatnya yang garang dan suka membebel

tapi setakat ni layanan doktor hamidah sangat baik. sangat membantu dan supportive

rezeki daripada Allah. mintalah dengan Allah. banyak- banyakkan bersedekah. mudah- mudahan

semoga Allah permudahkan urusan kami bersama doktor hamidah akan datang. semoga Allah kurniakan kami zuriat. amin

September 26, 2017

takdir part 2

petang ni ada temu janji dengan doktor hamidah. alhamdulillah suami dapat temankan. doktor nak check sama ada ovum ada tindak balas tak dengan clomid yang doktor bagi sebelum ni. semoga segala- galanya berjalan lancar. macam- macam aku fikir. kalaulah tiada tindak balas. apa procedure lepas ni

ada terbaca sebelum ni. kebanyakan bakal ibu yang menjalani rawatan kesuburan ni cakap ada satu prosedure yang menyakitkan. sungguh aku takut

kalau ovum aku tiada tindak balas maksudnya aku tak subur. aku takkan jadi ibu ke? aku teringin sangat nak jadi ibu. hanya Allah yang tahu

aku harap sangat dapat jadi ibu tahun depan

kawan ada tanya. kalaulah berat dah sampai enam puluh lima dan pregnant. macam mana. jawab aku. memang diet sebab nak pregnant. akulah manusia paling happy kalau aku mengandung nanti. aku dah sedia mental fizikal. sebab aku nak

abang tak nak singgah kampung petang ni. terus ke klinik. menyesalkan aku rahsiakan dari keluarga mertua. sebab aku takut nanti semua orang berharap dan tertanya- tanya

hari tu cikgu sekolah tanya. awak buat rawatan kat mana? tiba- tiba diet

aku tak pernah bagitahu seorang pun di sekolah ni yang aku buat rawatan kesuburan. sebab aku takut. takut nak menjawab soalan orang. aku takut aku sedih

demi Allah tiada langsung niat nak menipu cuma nak jaga hati sendiri. maafkan aku Allah 

i don't miss my old self
because i made mistakes
i move on
i learn
i evolve
and make smarter choices
only looking forward to be a good person
in shaa Allah

September 24, 2017

takdir

minggu ni ada appointment dengan doktor hamidah. malangnya suami terpaksa ikut bos ke kuala terengganu start isnin sampai khamis. kecewa

sebab minggu ni waktu subur aku. masa itulah suami terpaksa outstation. dan yang paling stress bila terpaksa drive sorang balik kampung untuk jumpa doktor. jumpa doktor pun sorang sebab program suami sampai petang

arghhh

malam terpaksa drive balik kemaman. sebab esok sekolah. nasib baik ada adik. boleh temankan. mak pun nak join sama. bila nakkan sesuatu kena usaha kan. kena ada cabaran dan rintangan. baru rasa manisnya tu

tapi abang cuba tukar dengan kawan dia. another driver. kalaulah tak dapat maksudnya memang Allah tak izinkan lagi aku untuk ada anak. mungkin bulan depan. mungkin tahun depan. Allah dah susun cantik- cantikkan

percaya dekat Allah

fokus untuk turunkan berat dulu. anak bila dah sedia Allah akan bagi. tak cepat tak lambat. Allah maha sempurna

masa temu janji nanti doktor nak masukkan kamera dalam rahim . scarynya. sorang- sorang pula tu. cry

semoga Allah bagi kekuatan. amin

September 21, 2017

pengetua dari neraka

semalam dapat jadual baru. tahun ni baru dua kali tukar jadual. aku dapat banyak kelas pendidikan jasmani. yang tingkatan empat semua aku sapu

tapi tetap bersyukur sebab ramai yang dapat jadual macam tahi. sampai tiga puluh lapan waktu seminggu. what the heck

aku sakit hati dengan sikap pengetua yang suka buruk- burukkan cikgu belakang- belakang. kalau senyap- senyap tak pe. ni bising- bising di pejabat tapi kalau jumpa kita depan- depan tak de pun bagitahu apa- apa

tahi

semalam jumpa pelajar empat dedikasi:

pengetua ada jumpa cikgu
dia cakap bukan alasan stor berkunci untuk tak bersukan

makcik!

saya nak buat segak. tau tak segak tu hape? kelas sendiri pun jarang masuk ada hati nak cakap orang. aku pernah sumpah dia. walaupun dia dah pencen nanti. hati dia takkan tenang

marah pasal tak ambil gambar untuk dokumentasi lah. kalau aku ni tak bagus. suruhlah cikgu lain. tak berani kan? pandai pengetua nak marah pilih- pilih cikgu. yang mana boleh marah yang mana boleh belai. lempang nak?

aku kadang- kadang rasa stress dengan pentadbir kat sekolah ni. melampau sangat. pilih bulu sebulunya. cikgu- cikgu kat bilik guru ni dah macam bangla tau. semua kerja kena buat. bilik guru lain goyang kaki. especially bilik guru hujung sana

damn

rasa nak sangat tukar sekolah. tolonglah

nak balik kampung sayang kat rumah baru beli. belum decorate lagi. tak puas lagi duduk rumah sendiri. kalau balik kampung menumpang rumah mak/ mak mertua aku tak mahu

no way

September 20, 2017

diet journey part 2

hari ni berat turun ke enam puluh tujuh point sembilan kilogram. alhamdulillah. happy sangat. semua berjalan lancar. walaupun lambat at least ada penurunan. diet ni lifestyle. bukan berlapar. tahan makan. memang berat cepat turun tapi cepat naik balik

cuma tolak makanan manis, goreng dan coklat. minum air kosong banyak- banyak. bukan makan telur rebus hari- hari. bukan tak makan nasi. bukan tak boleh makan itu ini. makan je tapi kena kawal

tengah hari memang aku makan nasi. segala lauk lelemak aku bedal. tapi makan malam aku cuba awalkan dan makan makanan yang lebih berkhasiat. buah jangan lupa

aku buat ni semata untuk dapat anak. kalau kita nakkan sesuatu kita kena berusaha sungguh- sungguh. badan dah makin ringan. pagi- pagi tak sabar nak mandi sebab nak timbang

bila balik kampung berat akan naik sikit sebab tak kawal makan. mana tak. semua nampak sedap. dapat pulak adik beradik suka makan

aku harap aku dapat capai target lima puluh tujuh kilogram. lagi sepuluh kg kena buang. proses ni memang makan masa. keep it slow and steady

semoga Allah murahkan rezeki. cepat- cepat dapat baby. amin

p/s: dua puluh enam hari bulan ni temu janji dengan doktor hamidah

oh dear

semalam bertalu- talu post di facebook dari sahabat baik masa sekolah dulu. aku gelarkan dia z. aku dengan z memang rapat. lebih- lebih time aku belajar di upsi dulu. setiap hujung minggu mesti bermalam di rumh z. tak jauh dari universiti malaya

dan aku kenal suami z dari zaman mereka bercinta lagi. cuma majlis perkahwinan z aku tak dapat pergi sebab bertugas di sarawak. terkilan

malam tadi z buka semua cerita. kisah suaminya berpoligami diluar pengetahuan z. hidup- hidup z ditipu suaminya. hampir tiga tahun. Allahu

berlaku perang post antara z dengan suami. z nekad. akan ke mahkamah. aku doakan agar z terus kuat. seperti selalu. sebelum ni z pernah diduga anak yang dikandung tak lama. keguguran

tapi z cepat- cepat bangkit. aku harap z akan terus cekal dan kuat. doa aku sentiasa bersamanya. aku sayangkan z


September 18, 2017

we are creating a generation of monsters

siapa sangka remaja berumur sebelas hingga lapan belas tahun sanggup membunuh tanpa belas. dengan cara yang paling dasyat dan mengerikan. punca? satu teguran

kenapa remaja hari ni tak mampu untuk terima nasihat. kenapa nasihat dianggap sebagai sesuatu yang negatif. salahkah kita antara islam saling menyayangi dan saling menegur untuk kebaikan

sebelum ni seorang pelajar india mati dipukul kerana menegur sekumpulan pelajar hisap gam. pelajar universiti mendera kawan mereka sendiri menggunakan setarika wap. kedua- dua mereka mati ditangan kawan- kawan mereka sendiri. remaja hari ni memang menakutkan

mana silap kita? ibu ayah? aku suka tengok channel crime and investigation. ada satu series namanya killer kids. dimana pembunuhan dilakukan oleh kanak- kanak dan remaja. antara punca adalah dadah dan ibu bapa

aku tak dapat tidur bila dapat tahu yang membunuh pelajar tahfiz itu adalah remaja belasan tahun. Allahu

aku rasa bersalah. sebagai orang dewasa apa peranan aku?

aku terfikir. kalaulah malam sebelum kejadian mak atau ayah tanyakan pada anak. nak ke mana malam- malam ni? atau pun call anak bila tahu anak tiada di rumah. tegur anak bila buat salah. sayangkan anak. bagi perhatian dekat anak. semua ni takkan berlaku

tapi Allah memang sayangkan anak- anak surga ini. hatinya suci dan bersih. cintanya pada al quran membawa mereka ke surga. berbanggalah ibu bapa yang punya anak sedemikian

aku harap bila aku ada anak nanti. anakku akan bawa kami ke surga. cintakan ilmu dan al quran seperti anak- anak surga ini. amin


September 13, 2017

kakak yang kecewa

belum habis lagi masalah keluarga. baru- baru ni satu- satunya adik lelaki aku kahwin. memang gilang gemilang. meriah. ramai jemputan datang

kami adik beradik perempuan dan mak sebulan sebelum dah bertungkus lumus siapkan segalanya. doorgift. hantaran dan lain- lain. adik lelaki aku? entah. tak pernah nak tanya. hulur duit? jangan mimpi

aku buat nak mengungkit tapi nak luahkan. pelamin. suami aku dengan adik ipar ambil di rumah isteri adik lelaki aku. konon- konon nak jimat guna pelamin yang sama tapi menyusahkan orang. dah ambil suruh pasangkan pula. adik lelaki aku? kejap- kejap hilang

kemas rumah. kami. kawasan luar rumah. kami. termasuk mak- pak sedara sepupu sepapat. adik lelaku aku? entah. petang bila jemputan dah tak ramai. boleh pula pergi photoshoot outdoor. ada pula duit kan. makcik- pakcik nak balik langsung tak salam. tak terima kasih. periuk belanga adik perempuan bongsu dengan mak yang basuh. hawau betul

seminggu lepas majlis. aku balik kampung. meja makan dekat luar rumah belum bawa masuk lagi. kerusi masih di porch. adik lelaki aku? entah suami aku yang ambil semua kerusi masuk dalam rumah. cuma tinggal meja sebab tak sempat

balik minggu kedua. masih tak bergerak meja tu. last- last mak dengan adik perempuan gigi besi yang angkat

ingat masa majlis je buat perangai. melarat sampai lepas kahwin. pakaian dia sepatutnya isteri dia yang jemurkan. basuhkan. lipatkan. ni tak. suruh adik- adik perempuan dia. dayus

sekarang pula dapat kerja baru dekat dengan aku. awal- awal tak nak survey rumah. boleh bawa isteri honeymoon di cameron highland eh ada duit pula. untuk pengetahuan tu honeymoon kali kedua sebelum ni dah ke pulau perhentian. aku dengan suami pun tak pernah honeymoon bagai

sekarang baru terhegeh- hegeh nak cari rumah lain. aku bukan tak nak tolong dia. sampai aku bergaduh dengan suami sebab aku tak nak bagi dia tinggal kat rumah aku. suami siap cakap 

"belum pernah jumpa kakak macam ni"

bunyi macam aku kejam kan. lantaklah nak cakap apa. peduli. daripada hati aku sakit. jiwa aku tak tenang. tak ikhlas. buat apa kan

kadang- kadang aku ada ajak dia makan kat rumah. malas nak ajak selalu. dia pun kalau makan kat mana- mana tak pernah tanya kami. bila kami tak tanya dia tahu pula sentap. merajuk. tahi

tapi sebenarnya banyak jasa dia. kalau bukan adik lelaki aku mesti aku tak jadi cikgu. sebab dia yang hantar aku pergi interview. bonceng motor buat buku bank. jadi driver aku gi kelantan. sebab dulu dia baik

September 12, 2017

anak derhaka

buat perangai. siapa? ayah

relationship aku dengan ayah tak menentu. ada pasang surut. kadang- kadang macam yo-yo. sekarang cuma dengar cerita dari orang- orang saja. jauh dalam hati aku tak nak jumpa ayah. tak nak tahu apa- apa tentang ayah. kahwin dengan siapa. tinggal dimana. suka hati

selama ni kami anak- anak macam orang bodoh. telan saja. ayah buat apa terima saja. tebalkan muka. sebab? sayangkan ayah. tapi ayah

burukkan kami depan orang lain. jaja cerita tentang kami. fitnah kami. bukan aku saja nak tuduh. tapi itulah kenyataannya. aku ada cakap dengan adik kalaulah ayah nak datang rumah aku tak kan benarkan ayah masuk. dan minta ayah balik

apakah aku anak derhaka?

tiada seorang pun yang faham apa yang kami alami. tempuhi. even suami sendiri

aku dengki dengan suami. punya mak ayah yang hebat. bercinta sampai ke tua. di mata ayah maklah segalanya. ayah layan mak macam permaisuri. cemburu

sedangkan aku. ayah benci bila sebut perkataan mak. entah apa dosa mak pada dia. ayah memang bermuka- muka. tu buat aku geram dan marah. aku doakan sesiapa yang heret ayah ke arah keburukan akan dibalas Allah dunia dan akhirat. kerana mereka itu keluarga kami hancur

hancur

kasihan dengan adik bongsu. ayah langsung tak tanya khabar. sampaikan adik dapat biasiswa pun ayah tak tahu. hidup adik penuh tekanan. aku pun rasa sesak. sendat

yang paling aku tak dapat terima bila perkahwinan anak sendiri ayah tak hadirkan diri. perkahwinan satu- satunya anak lelaki ayah. sampai hati. ayah jenis apa tu? 

apakah aku anak derhaka?

aku call petang tu bagitahu jam berapa akan ambil untuk ke majlis akad. tapi alasan ayah. demam. tiada perkataan yang dapat aku luahkan. kecewa? lebih dari itu

kos perkahwinan semua ditanggung mak. aku cuma bantu setakat yang mampu. aku kasihan dengan mak. mak memang jenis berkira sebab dari dulu memang yang menanggung keluarga dia seorang. aku harap aku dapat bantu mak nanti

aku tak dapat ramal masa depan. aku tak mahu tahu. aku harap ayah terus hidup jauh- jauh dari kami. supaya kami tak jadi anak derhaka

September 11, 2017

diet journey

sejak pulang ke terengganu banyak masa habis dengan aktiviti sekolah. sama ada kursus. bengkel dan lain- lain. hujung minggu dihabiskan di kampung bersama keluarga

betapa sibuknya aku sampaikan satu buku pun belum dibaca sejak 2015. ulang alik dari kemaman ke kuala terengganu dah jadi rutin. sampai pernah balik kemaman naik bas sebab tak mampu lagi nak drive

tahun ni tahun ketiga perkahwinan kami. masih lagi berdua. oleh sebab tu kami gagahkan diri berjumpa dengan doktor hamidah di ibai clinic. alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan baik. kami berdua sihat dan mampu untuk mengandung. bukan rezeki kami lagi. satu nasihat doktor. diet

maka bermulalah perjalanan diet yang berliku. alhamdulillah sudah lebih satu bulan aku kawal makan. dan berat hari ni adalah 69.6 kg. setelah hampir lima tahun beratku lebih 70 kg. period dah semakin baik dan lancar. tiada lagi lewat dua tiga minggu

aku tahu perjalanan ni akan ambil masa yang lama. mungkin satu atau dua tahun. demi untuk dapatkan zuriat. aku sanggup

aku pernah seberat 78 kg since disember 2016 hingga jun 2017. bulan puasa mula turun sehingga hari ni. aku akan buat apa saja untuk anak. zuriat kepada kami. tiada istilah putus asa. aku berdoa agar Allah akan menjemput kami ke rumahNya suatu hari nanti

terima kasih pada Allah untuk segalanya. setiap saat dapat rasai kasih sayang Allah. terima kasih kerana mengurniakan suami yang terbaik

April 25, 2017

it's been awhile

lama tak posting sebab kekangan masa. i am super busy this year. bulan mac dan april cuma sempat masuk kelas full hari selasa cuma sekali. bertugas untuk uniform pun sekali saja. how busy i am

baru lepas buat keputusan untuk tarik diri dari akram. reasons:

- jauh
- penas
- malas
- tak nak jumpa kak mi lagi. i am so sick of her

cuma belum bagitahu encik fuad. i have no guts. arghh

alhamdulillah aku dah period semalam. selepas kelewatan almost three weeks. i thought i am pregnant. literally 

tapi aku tak kecewa. Allah holds the future. believe in Allah. i know that Allah loves me dearly. so He tested me 

tapi aku kasihankan suami aku. ada satu malam dari jam empat suami terjaga sampai pagi. sampai aku bangun mandi. aku pelik kenapa suami tak tidur. kenapa terjaga- jaga. rupa- rupanya dia tunggu aku check pregnant ke tak sebab sebelum tidur dia nampak dalam laci aku beli pregnancy test. sedih sangat. aku tahu suami aku berharap sangat

balik sekolah aku nangis dalam kereta. nangis puas- puas. aku perasan tahun ni banyak kali menangis dalam kereta. sejak duduk terengganu ni banyak sangat peristiwa sedih

kadang- kadang mulut kakak- kakak bilik guru pun aku tak tahan

"ala ko ni mende macam tu pon tak boleh buat bukan ada anak kecik pon"
"abis kat umah ko buat ape bukan ada anak"
"aa lupa awak tak de anak"

banjir.