
pagi cuma masak spagetti je. malas. malas nak gi sekolah jugak. selasa punya kelas sangat tough. hujan masih melebat. hampir jam 11 aku belum pon mandi lagi. baju pon belum berseterika. semua angkara malas
rancang hari ni nak ke bank. masukkan duit ke asb. tapi hujan
Alhamdulillah. semua yang perlu dibayar sudah dibayar. cuma tinggal gaji bersih saja. kira- kira rm200+ untuk satu bulan ini. jimat fathiah. minggu depan cuti. yeay. serius tak sabar. walaupun perjalanan kali ni akan panjang. asal pulang
semalam check spp. Alhamdulillah interview 31 march ini. fuhh~ tapi kecut perut sebab masalah skrol belum selesai. harap junior di upsi dapat membantu dengan jayanya. semoga dipermudahkan. untuk aku ke tanjung malim agak mustahil. ini bukan cuti panjang
cuti kali ni pon dah banyak ditempah oleh pengantin- pengantin seantero malaysia. cuma di terengganu sajalah yang dapat saya munculkan diri. hujan masih menangis. apa yang ditangisi. sejuk mahu mandi. sejuk lagi di dalam bilik guru nanti
minggu ni minggu ulangkaji. ulang dan kaji. hari ni balik awal lagi. sabar fathiah cuma 2 minggu ini. next week exam then pulang
No comments:
Post a Comment