October 24, 2010

beghambeh

minggu ni dengan muka tak malu aku cakap kat cikgu ting aku nak tumpang dia. tu la sape soh cakap rumah kat jambatan. kan dekat dengan rumah azie tu. jumaat balik sekolah terus g rumah azie. tak nak dok rumah sewa tu lagi. boleh mati kebosanan kot

semalam g sing kwong besar. durin. falley. dapat jugak kenal the other side of sibu ni. satu yang aku perasan. langit. langit kat sarawak ni memang sangat cantik. luas sangat. dengan awan yang gebu- gebu tu. memang rasa macam nak pi beli kamera la ni jugak

aku dah ada spot- spot menarik nak buat photoshoot esok- esok. tak sabar weh. nak kereta!!

sampai- sampai umah azie terus dijemput makan. makan pulak ikang singgang. memang la sodap tak terkira. budu lagi. nak menagis je rase. hahh. mak ada hantar serunding. satu kotak kot. maggie pon pos. apa la pekerja courier ni sampai pecah- pecah di buatnya. yeay. lepas ni dah boleh makan nasi dengan serunding. teringat masa kat unimas dulu. nasi bersamamu. nasi. serunding. telur mata. wahh. sedap- sedap

dah la masa kotak sampai pengetua yang call. buat cuak je. hengat hape. kena g sekolah balik ke. rupa- rupanya ada kotak sampai. terima kasih kat mr pengetua sebab letak kan atas meja. tapi berita best sebab this coming week pengetua tak de. g pontianak. biasa la pengetua cemerlang. mestila busy like bee

kajian tindakan. haish. memang membunuh la. tu la sape soh skip kelas tu dulu. Tuhan Maha Adil. setahun pulak tu bukan sekejap- sekejap. dengan student yang sangat 'nice'. macam tak de harapan je kajian aku ni. aku nak buat pasal apa ek. ada few dalam otak aku ni. bahasa melayu. emosi. ada some theories masa belajar dulu

harap- harap semua kan berjalan lancar. ampuan kan saya Tuhan andai saya ni hamba yang tak tahu bersyukur

No comments: