April 21, 2012

isi rumah

[unimas 2012]

bila tinggal satu rumah ni memang banyak perkara yang tak puas hati [sambung entry lepas]

  1. bila masak mesti kena kisar bawang besar + bawang merah + bawah putih + halia. aku suka buat satu tupperware terus senang boleh guna banyak kali. yang tak best bila housemate yang lain guna. aku tak kisah kalau nak guna tapi bila dah habis tak pulak nak gantikan. aku la yang kena kupas basuh potong blend lagi. tolonglah
  2. kadang- kadang bila lepas masak susah kalau nak basuh terus kuali. mesti ada yang lekat- lekat. kena rendam dengan air dulu. kalau tak sempat terus gi sekolah dengan harapan adalah housemate yang akan bersihkan sebab aku dah masak untuk semua kan. harammmm. dah la sampai rumah jam 6.45 petang tengok kuali tu masih lagi berdiri teguh dalam sink. luluh hati. pagi- pagi kalau ada pinggan + mug dalam sink terus aku basuh tak berkira pon
  3. mangsa parking. mereka semua suka hati nak parking mana- mana. mentang- mentanglah aku balik paling lambat sokmo. kesian noh terpaksa berpanas + berhujan
  4. jamban kotor. aku tak faham kenapa mereka ni tak rasa geli ke tengok jamban gila kotor macam tu. walaupun jam dah 11.30 terpaksa jugak bermandi peluh cuci jamban sebelum ke sekolah
  5. tapi ada jugak yang semua tak suka apa yang aku buat. aku suka tengok kbs. aku memang boleh rasa aura kebencian mereka. tapi nak buat macam mana dah tabiat
  6. sepahkan peti. botol air kosong pon nak simpan dalam peti jugak. saja nak buat semak. dengan plastik- plastik lagi. baru kemas sepah balik. tak kan nak marah mereka semua lagi dewasa kot
  7. masalah kipas. oleh kerana kipas syiling rosak terpaksa guna kipas stand. tapi dek kerana sikap pentingkan diri. mereka statikkan kepala kipas tu walaupun dengan nyata nampak aku duduk bertentangan dengan mereka
tahu aku ni suka merungut. cakap buruk pasal orang. selalu tak puas hati. tapi dah tak tahan. dan tiada siapa aku nak mengadu. cerita masalah aku. luahkan masalah aku. yang akan comfort aku. tiada

so bolehlah kalau aku buat sesi luahan perasaan kat sini. bukan ada orang tahu pon

No comments: