semalam
hillary: cikgu pon tak bermoral!
cikgu: terkesima
rasa macam nak lempang diri sendiri bila student tak reti dan tak tahu apa tu nilai- nilai dalam moral. kamon la boys. kamu dah belajar masa form 1 dulu. unexpected paul dapat highest. lucky him. tapi masih merapu- rapu bertolak ansur. berdisiplin. hello! itu bukan nilai
hari ni hari kemurungan sedunia. bimbang hari ni akan jadi the worst day ever. tapi semua baik- baik belaka. kelas. student. just ok. i'm glad. dan buat pertama kalinya aku tergelak dalam kelas 2A3. sampai makcik ngu datang jenguk. tak pasal- pasal cari pasal dengan student aku. aish aku pon tak faham
nanti akan ada cerita juvana ganti gemilang. guess what para pelakon memang semuanya feveret mak. ada bront [lelaki kecintaanku sejak sekolah]. zahiril adzim dan beto. aku tak sabar weh. aku dah bosan tengok gemilang tu. aku pon tak faham kenapa mak dan ucop suka sangat cerita tu. setakat mamat asmara tu memang aku tak layan kot
tadi menabung di secret recipe. habis duit aku. aku was- was ni nak keluarkan duit tabung haji atau asb. sebab kalau nak bawak duit yang tinggal saki baki dalam maybank tu alamatnya tidur dalam kereta la aku
ok. honestly aku quite worried sebab aku tak kahwin lagi dan takde calon pon [tiba- tiba]. kawan- kawan semua akan kahwin. aku? sabar ek. kalaulah sekarang ada seorang lelaki propose aku. confirm aku terima. aku tak sabar nak jemaah dengan suami. masak untuk suami. potong kuku suami. lahirkan anak untuk suami. bla bla [berangan T__T]
aku akan sabar cuma aku harap suami aku esok suami yang dapat bimbing aku lindungi aku bersama- sama aku sampai ke syurga. amin~
No comments:
Post a Comment