April 12, 2011

in my head

aku gagal lagi. gagal untuk jadi 'nice teacher' dalam kelas. memang tak boleh. 1A6 & 2A3. aku tak pernah senyum kot. aku pon takut dengan diri sendiri. kalau aku selalu macam ni. sikit masa lagi aku mesti sakit jantung takpun mati muda

hah! tadi balik awal. punyalah banyak kereta mak bapak budak park tepi sekolah sampai tengah jalan kot. aku tengok macam ok. so aku geraklah tiba- tiba ada 1 motosikal lalu. nasib baik aku slow. tapi boleh pulak dia f**k aku. sial betul. kalau aku tahu aku langgar je sampai mampos. yang dia bawak laju- laju dah tahu depan sekolah tu kenapa. bodoh!

mintak maaf cakaplah. manusia kat sibu ni memanglah sangat kurang ajar. tak tahu adab. langsung! tak tahu nak hormat orang lain apatah lagi cikgu. ingat cikgu dalam kelas tu tunggul. seingat aku sekali pon aku tak pernah hon ke f**k kat siapa- siapa sepanjang pemanduan. aku officially iktiraf sibu sebagai tempat manusia paling tak reti nak respect manusia lain. memang ni tempat kau. tunggulah

satu lagi. ni cerita lain. bukanlah nak cakap aku pandai sangat bahasa jepun. cuma setahu aku konichiwa tu 'selamat petang' bukan untuk 'hi' atau 'salam sejahtera'. yang aku belajar dari umur 13 sampai universiti. setahu aku. mungkin aku yang cetek pengetahuan

semalam balik awal. nice. jumaat ni pon balik awal lagi. super nice!

aku harap aku dalam tanam dalam diri untuk jadi cikgu yang baik. tolonglah. aku bukan fathiah lagi. aku tak selesa dengan diri aku sekarang. aku nak hidup macam dulu. tenang. betapa kau rindu saat ketenangan. bila aku ada masa untuk diri sendiri. lepaskankan segala masalah dengan kreativiti. aku rindu gunting dan gam! aku rindu fathiah yang dulu. aku rasa aku tua

kawan- kawan ramai yang bersalin. Alhamdulillah. aku rindu kawan- kawan. 'harta' aku yang paling bernilai. kurniaan Allah yang tak terhingga. rindu saat menangis bersama. rindu saat ketawa bersama. walau kadang- kadang tak tahu apa yang ditangisi. tak tahu apa yang diketawakan tapi asal kami bersama utuh sentiasa. itu cukup

rindu makan sama- sama. semasa di sekolah. matrikulasi. unimas even upsi. tak lupa kawan- kawan di vads. menikmati rezeki Allah bersama orang yang disayangi adalah saat paling manis dalam hidup. betapa aku ini orang yang rugi dan tak tahu menghargai. ah rindu!

esok hari baru. aku mahu tenang. tenang melayan karenah anak- anak yang aku memang sayangi. aku mahu ajarkan mereka apa itu hormat menghormati. apa itu kasih sayang

semoga aku dapat apa yang aku cari. isyaAllah

No comments: