June 13, 2012

pada waktu ini

aku second kot

pada waktu ini

aku berkira- kira nak attend wedding ud atau tak. tiket dah tengok. agak mahal. bukan nak berkira tapi perlu berpada- pada. aku tak faham kenapa ud pilih 14/7. kalau bukan cuti sekolah memang susah nak balik. lagipun aku kat sarawak kot. nak gi ke tak nak? ingat nak beli khamis malam. tapi takut jugak mizah tak dapat jemput. bila nak bagitahu mizah tarikh kahwin ud pulak tak kasi bagitahu dulu. habis macam mana nak plan. kalau susah sangat tak gi kot

tunggu nadiah pindah masuk rumah. huru hara jugak time cuti hari tu. tiba- tiba ayuni cakap cikgu methodist nak masuk rumah. sebab bilik tu aku dah book untuk nadiah. aku memang tak faham kak aini sekejap cakap ada orang masuk. lepas tu cakap tak pulak. bila aku sms tanya tak nak reply. tak tahu apa yang kak aini cakap kat wani sampai wani sms warning dekat aku jangan salahkan kak aini. pasal  sewa rumah. aku ada cakap ke aku salahkan kak aini?

pembetulan. biasalah dah lepas exam mesti ada pembetulan. jadi rileks sikitlah. cuma moral saja yang dah start mengajar. aku sebagai cikgu pon buat pembetulan. tak nak garang- garang lagi. so far dua hari ni semua baik. belum marah sesiapa lagi. harap- harap dapat jadi kuat sampai akhir tahun

pokai sampai kena korek tabung haji. nama pon tabung sinonimlah dengan perkataan korek mengorek ni. malu muka mengadap kakak tabung haji. tahun depan dah janji dengan mak nak gi umrah tapi duit tak cukup- cukup ni. insyaallah kalau dijemput Allah semua akan berjalan lancar

malaysia menang lawan temasik. masuk kelas student bagitahu diorang semua sakit euro. aku pon sama. aku sokong portugal. sama macam world cup tahun sudah. tapi malangnya. aku suka ozil sebenarnya sebab dia muslim. klise tak? masa final world cup 2002 dulu aku sokong brazil bukan jerman. since then aku tak pernah sokong jerman dalam apa- apa acara sukan

susahkan bila suka seseorang tapi tak tahu macam nak luahkan. sebab bukan kawan pon. aku ni baik ke? layak ke? macam mana nak mulakan perkenalan? setiap masa aku fikir. apa patut aku cakap. tapi sampai sekarang pon belum ada idea lagi. kenapa aku selalu macam ni?

kuku panjang. esok nak potong kuku. nak cuci kereta. nak ke pasar. semua barang dapur dah habis. tak dapat nak masak. sekarang dah jam 1 tapi belum tidur lagi. esok kena bangun awal sebab nak hantar ayuni ke sekolah. terpaksa jadi driver untuk beberapa bulan ni

No comments: