May 9, 2016

781 hari

alhamdulillah. aku dah selamat bergelar seorang isteri. sebelum ni aku ada cakap 'tunang' aku boring. tak sekepala. macam- macam lagi

aku bodoh
dan buta
pekak ada sikit

suami aku sebaik- baik manusia. seolah- olah hadiah Allah paling hebat untuk aku. suami aku adalah seperti apa yang aku minta dalam doa aku

baik. memahami dan menerima seadanya aku

inilah namanya bercinta selepas kahwin. manis sangat. yang penting halal

dalam tempoh 781 hari

kami belum punya anak. suami sentiasa motivated aku. comfort aku. perempuan dan air mata tak dapat dipisahkan

setiap hari fikirkan pasal anak. tengok suami main dengan anak saudara pun aku jadi sebak. kalaulah abang main dengan anak sendiri

kenapa Allah pilih kami? sebab kami kuat. kami akan jadi parents yang hebat. in syaa Allah

alhamdulillah kami dah ada rumah. kecil tapi selesa. walaupun ianya cuma rumah kosong. cukuplah asal ada suami di sisi

keluarga suami sangat baik. walaupun aku tahu semua risau kami belum ada anak. untuk makluman. aku lagi risau

tapi perancangan Allah hebat. takkan cepat dan takkan lambat. hanya Allah saja yang tahu bila kami betul- betul bersedia. bukan?

lagi beberapa hari umur aku akan jadi 30.  alhamdullillah

No comments: