selfishness is not living as one wishes to live, it is asking others to live as one wishes to live
[oscar wilde]
---------------------
biasalah kalau dah tinggal sama- sama mesti ada yang tak kena. parking pon boleh jadi isu. tak sangka akan jadi sebesar ini. aku pon rasa tak puas hati tapi pendam sorang- sorang je
last week kak emy confront wani bagitahu apa yang terbuku di lubuk hati dia tetapi menggunakan kata- kata kasar. pergaduhan kali ni memang epik sebab berlaku di antara dua ibu mengandung
hujah wani: parking tu milik beliau kerana beliau dulu yang tinggal di rumah ni
hujah kak emy: kenapa perlu ada hak milik parking sedangkan semua bayar sewa rumah dengan jumlah yang sama
aku tak tahu nak sebelah siapa. tapi aku rasa aku sebelah wani. kasihan wani sebelum ni parking merata- rata [senasib dengan aku] sebab bagi peluang dekat 'senior'. lagipon kak emy baru beli kereta dua bulan dah kecoh- kecoh nak parking kat tempat tu
aku tak rasa masalah ni besar tapi tak tahu kenapa sampai tiga hari kak emy tunggu wani depan pintu bilik semata nak persoalkan pasal parking ni. aku yang dah setahun lebih ada kereta ni rilek je. kecoh kan
lepas jaja cerita cakap wani macam- macam. siap cakap wani bodoh lagi. aishh awak tu mengandung. jaga sikit tutur kata tu
bila aku cakap perempuan mengandung memang sensitif. kak emy cakap tak. kan dah terbukti disebabkan parking. housemates boleh bersengketa. kalau tak sia- sialah degree aku yang tiga tahun tu. buat letih je belajar pasal behavioral
aku dengan wani ok je. dengan kak emy pon ok. aku faham aku paling 'junior'. kenalah beralah
sekarang aku dah tak bercakap dengan kak aini [another housemate] lagi sebab tak tahan dengan sikap dia. terlalu pentingkan diri sendiri. buat sakit hati. baik jauhkan diri. nanti time susah je cari kita. macam sebelum- sebelum ni. lagi pon tak ada apa yang nak dibualkan
sikap manusia ni macam- macam. aku pon bukanlah baik sangat. tapi tak lah teruk sangat. boleh lagi fikirkan orang lain dan rasional. tak la main hentam je
inilah wedding kek i esok
harap- harap dapatlah apik buat
No comments:
Post a Comment