July 7, 2011

wonderful wednesday

alhamdulillah
semalam semua kelas berjalan lancar
terima kasih Allah
kerana permudahkan
urusanku

July 5, 2011

kan dah cakap

memang huru hara. dak clement tu agak tidak sopan. tapi sometimes ok. aku tak faham. hari ni masuk lagi. memang best combination la. zachary. william. john. ivan. joshua. geng- geng bising. tak pe bertahan fathiah. ni baru permulaan

hari ni awal- awal dah dengar lagu 'beautiful day - u2'. harap those studs will give me such a beautiful day. finger cross

tapi hari ni masuk 2A5 jugak. ni lagi lah. redah je. nak sabar tengoklah macam mana. lately bila marah jantung aku rasa semacamlah. takut jugak. kang kejung kat dalam kelas. aku cuba sehabis mungkin untuk sabar

July 3, 2011

esok tolong jangan datang

malas nak hadap esok. tau je la kan. tak sangguplah. entah macam mana perangai budak- budak ni. takut nak fikir. nasib baik ada 4 kelas je. balik awal pulak tu. aku memang tak sedap hati. nak tak nak kena tempuh jugak. nak garang ke? tengak keadaan

semalam ada larian 1 murid 1 sukan. best jugak setakat pusing- pusing. tak sempat penat pon. jalan- jalan dah sampai. dah la jalan sama- sama sia. sedih pulak bila fikir sia dah tak kelas 2A6 lagi. lepas tu ada karnival sukan. lama jugak tunggu kak yan. kak ija sebab diorang kena jaga sukan masing- masing

farez datang sekolah. nampak kat kantin. baru je cakap- cakap pasal dia. entah apa yang dia buat sekarang. bijak budaknya. sayang kalau tak sambung. nampak kawan- kawan dia sambung form 6. si farez ni tak de pulak

nak tidur. tapi takut nak jumpa esok. harap- harap semua akan baik

insyaallah

tahniah malaysian team walaupun kalah kat taiwan at least kita yang gi dapat lawan singapore. good luck. you are the best!

June 30, 2011

lari ke hujung dunia

mahu lari lagi
lebih jauh mungkin
betul
kekadang tak usah ditangisi
saat pasti terjadi
walau semalam semua terbaik tersedia
saat semua mendengar kata
ah!
hancur semua dikocak atasan
mampukah kau
mampukah aku
sungguh aku benci situasi ini
kalaulah dapat ku statikkan saat dan waktu
supaya semua tak berlaku
ini perubahan membawa kesengsaraan
penderitaan
air mata
terbeban
melutut lemah tak bermaya
mahu cari kekuatan
tolong datang segera!

June 28, 2011

why? tell why?

sungguh aku takut bertemu julai. aku benci julai. benci. semalam mr jong tampal kedudukan pelajar dalam kelas yang baru. aku kecewa. aku tak suka. memang tepat telahan aku. semua yang nakal- nakal masuk kelas diajar aku. memang pon. memang aku tak mampu. aku takut. bagitahu aku macam mana mahu jadi guru yang baik tanpa perlu marah- marah. aku makin benci pada diri sendiri

yang aku suka semua pergi ke kelas lain. aku hilang semangat. lemah. aku tak mampu nak hadapi julai. takut. tolong. aku akan jadi cikgu yang dibenci lagi. dibenci kerana selalu nak melenting. kalau kelas dah macam zoo tak kan aku nak diam saja. bimbang bila nanti perlakuan aku melampaui batas

aku dah selesa ajar sejarah 1A6. dengan style aku sendiri. aku bangga daripada 11 orang exam kedua ini cuma 4 orang saja yang gagal. aku bangga. lepas ni aku terpaksa mula balik semua. boleh tak nak mengeluh?


--------------------------------------

pagi- pagi mak call bagitahu pak long meninggal dunia. innalillah. dari Allah dia datang kepada Allah dia pergi. lepas subuh tadi aku mimpi. aku balik kampung dan lewat ke sekolah. aku cuba call mr wong. mak suruh bagi alasan nenek meninggal. bila aku bangun dari tidur rupa- rupanya pak long yang meninggal

aku tak banyak kenangan bersama pak long. kami memang betul- betul jarang jumpa. kali terakhir pon 5 @ 6 tahun lepas. aku tetap doakan pak long bersama orang yang beriman. diberi rahmat oleh Allah

--------------------------------------

semalam hujan lepas. pagi ni pon masih lagi. Alhamdulillah. 2 minggu lepas memang panas. sampai bangun pagi pon berpeluh. hari ni rasa macam tak nak bangun dari tidur. kelas hari ni sangat padat. kelas pon tough. tak dapat imagine kelas selasa bulan julai. mak takut!


June 25, 2011

tak payah shuffle buang je

pening pening

kenapa tengah- tengah tahun nak shuffle kelas
matilah weh semua cikgu nak simpan budak yang baik je
habis yang nakal- nakal tu nak campak kat mana
memang tak layak pon nak sekolah di sini
tolonglah pergi sekolah lain

kalaulah simon betul- betul masuk 2A6
tak tahu nak cakap apa lagi
dah la jumpa geng lama
huru haralah jadinya
so far 2A6 very obedient
dengar cakap dan tak perlu guna volume yang tinggi
cakap tenang- tenang je

toh lu king pulak masuk 2A5
thanks to me he'll hate me to the death
aku yang gatal cakap kat mr wong
tapi dia seriously bagi pengaruh buruk pada the other 2A3
sama jugak still aku kena ajar dia moral
which i hate to see him so sleazy dan being lazy

berkenaan pk petang yang baru
sangat sombong dan kerek
kenapalah menyibuk datang sekolah ni
menyampah pulak tengok muka dia
orang baru buat cam orang baru
pangkat tinggi sikit dah lupa diri

dan paling aku benci
esok sekolah
muafakat. ldp yang tak habis- habis
aku malas
malasssssssssss

esok nak pindah tempat
dan- dan nak buat bilik penolong kanan
tak de tempat lain ke
dah la tempat baru tu sempit
aku saiz badak sumatera ni manalah muat

aku stress
aku nak tidur

salam

June 22, 2011

penangan cekelat daim

salam

minggu ni agak tenang. memang aku sedang cuba untuk tenangkan diri. some class just can't help but to get angry with. aku paling suka kelas 2A5 semalam. sangat calm. rileks. chill. memang best. tapi semalam adalah semalam hari ni tak mungkin seindah semalam

semalam jugak aku cari roland setelah hari sebelumnya baizura mengadu roland buat hal. last week pon sama. aku wonder apa masalah roland. so aku decide untuk jumpa dia time rehat. tanya kenapa. roland cakap dia sot- sot masa tu. tak dapat fikir dengan baik

semua setel. aku harap semua kembali ok. walaupun hari ini tak seindah semalam

aku tak faham wong king hung. saja- saja cari pasal. aku malas sebenarnya malas nak marah. nak denda. dia pon buat bodoh je. nak kata tak pandai aku rasa dia budak cina paling pandai dalam kelas tu. dia nak apa sebenarnya. kelas tu ok cuma sikit bising biasalah kalau ada 40 orang dalam kelas. aku cuba. cuba cari yang positif

tapi kadang- kadang aku lemah. aku tak kuat nak menahan. menahan kemarahan. aku mahu tinggalkan yang terbaik untuk setiap hari yang aku tempuhi

p/s: suka bagi cekelat daim kat student sebab beli banyak masa di langkawi

sekarang aku suka tengok running man semua gara- gara mak. dia yang suka sangat tengok. sampai aku terpengaruh. oleh kerana aku tak langgan astro hd so terpaksa tengok di internet. tapi di internet dah ada sampai episod 40++ di tv baru 33. thanks to tech

June 17, 2011

batu belah batu bertangkup

susah bila anak- anak berperangai. rasa macam nak lempang je sorang- sorang. tak sedar diri lagi tu. dah la tak pandai. bila cakap macam tu marah. kalau dapat D E pandai ke? tak pandai kan. usaha tak nak. kau ingat bangun pagi tiba- tiba boleh jadi pandai?

malam tadi chat dengan azam. it has been awhile. bulan depan dah jadi suami orang kot. rindu masa sama- sama di vads dulu. dulu pon stress jugak. customer entah pape. memang. memang fathiah suka mengeluh. semua tak kena. tapi masa di vads dulu ramai kawan- kawan. kalau stress pon sekejap je. rindu nak lepak sama- sama

lepas ni sorang- sorang kahwin lagi la susah nak jumpa

TT___TT

berbalik soal anak- anak. geram. kecewa. aku pernah cakap kat student life is too short. hargailah setiap nafas yang dihembus. so aku ambil keputusan untuk lebihkan senyuman dan mengajar sesiapa yang ingin belajar sahaja. ok aku cuba!

tak tahu ni cubaan yang ke berapa. tetap aku cuba. aku mesti belajar untuk adapt. mesti!

June 16, 2011

chom chom chom


semalam bebel kat kelas 2A2. suka sangat meniru time exam. kan dah kena lecture. yang dengar tu dengar la. yang nak tidur pon ada jugak. tak kisahlah kalau masuk telinga kiri keluar telinga kanan. yang pasti aku dah tunai tanggungjawab aku untuk bagitahu apa yang baik dan sebaliknya. diorang bukannya tak pandai dek terlalu pandai jadi macam tu

sepanjang 9 bulan ni. hidup aku dihabiskan dengan:

- menonton pelbagai rancangan tv. setiap malam dan pagi
- online. more to main game. cityville to be exact
- marah students atas pelbagai alasan

aku bosan hidup macam ni. i wanna have fun. bukanlah sampai melalaikan cuma aku nak rasa happy dengan kerja aku. hidup aku di sibu ni. aku rasa malas nak gi sekolah apatah lagi mengadap muka bdak- budak. bukan tak sayang atau take for granted cuma

macam jiwa aku kosong. tak senang hati. dulu masa di unimas. jauh jugak. cuma ambil 1 bulan je untuk adapt dan sampai hari ni aku bersyukur sebab belajar dekat sana. ni dah 9 bulan. 9 bulan. aku masih

aku jadi malas. sampai sekarang baca al mathurat lepas subuh pon jarang- jarang. astaghfirullah. aku nak baiki hubungan aku dengan Tuhan. solat 5 waktu saja tak cukup. tu saja yang dapat isi kekosongan dalam hati

June 15, 2011

empty me

it's almost 9 months
still i hate this school also the studs
i don't have fun in anyway
i'm not happy for each second i'm in here
my soul fly away
like i want to runaway
but my foot buried under the ground of responsibility
i hate myself for being so mean to the studs
but i have to
even i don't want to
i wanted to be me
again
damn i miss the old me

bilik guru
12.05 pm

June 13, 2011

lama tak jumpa!

muka sebelum tahu betapa gayatnya naik cabel car

seronok bercuti. lupa nak cerita ceritu. bila cuti je masa berlalu pantas sungguh. macam pecut 100 meter. kalau sekolah masa berlalu lambat je macam 800 meter berpagar. lepas sambutan hari guru. berbowling. balik kampung

mak & ayah jemput. singgah beli nasi dagang. sedap sungguh. dek kerana lama tak makan. petang tu la bagitahu adik ipar dia meninggal. gegas ke besut. innalillah. sungguh Allah sayangkan dia. muda lagi 24 tahun. ayahnya driving ability dah semakin worse. banyak kali kereta mengundur ke belakang. nak masuk simpang tak de nak bagi signal. tokki pon dah serik

semoga Allah bagi kesihatan sepenuhnya kepada ayah.

isnin lepas ke langkawi. betul kata ud. kalau kita nak sesuatu tu sangat- sangat bila kita dah dapat Allah akan tarik nikmat tu. kesimpulannya next time aku backpacking dengan ud je. kan! susah kalau ramai- ramai nak kena jaga banyak hati
di perlis. 10 tahun akan datang belum tentu dapat kumpul macam ni

tapi ada yang best jugak. jalan- jalan naik cabel car tapi bagi aku 8 juta pon aku tak kan naik lagi. underwater world. boleh tahan la. makan pon best. lepas ni dah tak de cuti lagi. dapat jalan sesama. diorang plan nak gi bandung. aku tak dapat join kot. ingat nak menabung. aku nak kahwin!

hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha

macho la sangat

malam tadi sampai sibu. perjalanan paling penat aku pernah lalui. naik bas malam sebelumnya dari terengganu. lepas tu lepak kl sentral. gi lcct naik flight kuala lumpur ke kuching. lepas tu kuching sibu pulak. penat. penat. rasa macam nak demam. tadi keluar kejap gi buat medical check up tapi dia suruh buat urine test je. x ray tunggu next appointment. lambat sungguh

mak tak habis- habis isu berbangkit. gong nangka aka kawan sekampung. call aku bukan nak tanya khabar anak dia. sikit- sikit tanya gong nangka. dia pulak pandai cakap aku sombong. dia tu yang sombong. suka hatila nak cakap apa. i ok saje

hah! cuti hari tu jumpa cikgu awang cikgu masa sekolah rendah dulu. lama jugak sembang. rindu cikgu. rindu kawan- kawan. best je tengok air muka cikgu. betapa dia bangga anak- anak dia semuanya berjaya. aku nak rasa saat tu suatu hari nanti. masa sembang tu sempat jeling kat officemate mak. ustaz firdaus. subhanallah. subhanallah

May 24, 2011

just ignored

magheng gojoh nge studeng. mujo dok tumbok je muke ye. geghang ngoh la. base bodo benok. nge cikgu pong dok gheti nk hormak. bengong molek. owoh ghase nok maki pah pagi je. kok anda mung la budok. malah nk mikey aku nok balik doh jumaak ni. mapuh mung la. nak blaghi ke nok golek ke. malah aku caghe. mung ingak mung buleh hiduk tenang. pah mati mung susoh. tengok lah

budok- budok hok bengong gini dok leh layang ngak. jadi muwe. lok je. nasek baik tak dok masuk kelah mung arini. kalu dok tau lah nasek mung. geghang nye la. doh. doh bo mikey. lok je. wak bodo. aku malah oh nok layang oghang bengong macang mung. aku beci mg. pah mati pong aku beci. mung hidup nyusoh ke oghang baik mapuh je

May 23, 2011

sambutan hari guru. bowling. balik

minggu ni dengan leganya aku tak perlu masuk 2A6 untuk jaga exam. sebabnya previous exam aku dah masuk untuk 2 masa. aku punyalah tunggu mana cikgu ni tak sampai- sampai. geram tak yah cakaplah. students mula cakap- cakap. aku dah stress. rupa- rupanya cikgu yang akan masuk tu ada di 1A9. pon tengah tunggu aku. kami saling menunggu. so exam kali ni aku dah cakap awal- awal aku akan masuk 1A9 terus. yes!

tapi sedih jugak tak dapat masuk 2A6 sebab kalau tak memang tak dapat jumpa sia langsung minggu ni. dah la jumaat ada sambutan hari guru. petang tu pulak ada bowling. malam balik!! tak sabar rasanya. tapi aku tahu masa akan berlalu dengan cepat

tanah runtuh di selangor. 16 meninggal dunia. sesungguhnya Allah memang sayangkan mereka. al fatihah untuk semua

May 20, 2011

campak beg bukan sebab marah

sebab geram. aku dah cakap mesti kemaskan kelas dalam masa 5 minit. 5 minit sahaja. kau boleh lagi goyang kaki. borak- borak. kan dah kena campak. tak serik- serik

tapi tak pe sebab esok dah mula exam. jaga budak- budak exam paling ngeri. kalau aku marah nanti 1 sekolah dengar. tak tahu nak buat macam mana lagi

tak sabar nak tunggu next week. aku nak balik. sangat- sangat

'kami' plan nak gi langkawi. mintak- mintak la jadi. semoga semua berjalan lancar. selamat pergi dan pulang

aku lapar. esok tak tahu nak makan apa. paling koman tapau nasi kat muhibah. agak- agak scr bukak jam berapa. teringin nasi ayam. eh bukan teringin nasi goreng paprik

May 18, 2011

the old me


demi nak habiskan cerita my princess ni sanggup aku tidur jam 3 pagi. macam zaman kat unimas dulu. 1 hari tak tidur pon tak pe. kalau tido jam 5 boleh bangun jam 6 siap- siap gi kelas jam 7. 1 hari tidur 1 jam je. tapi sekarang -__-" kenapalah cerita korea ni banyak sangat episod? dua hari untuk habiskan 16 episod. thanks to youtube!

tapi serius penat. even sekolah petang still kena bangun awal. nak masak. nak kemas. nak iron baju. fuhh. kelas hari isnin disaster. sangat bising and very uncontrolled even 1A9. sebab cikgu sangat penat dan aku tak mampu nak marah- marah. just let it be. aku cuma harap masa cepat- cepat berlalu since selasa tu cuti. nasib baik isnin 4 kelas je

ahad gi rumah azie. kak lin buat makan- makan sempena dia nak gi umrah. pick up nadiah. nadiah cakap ada cikgu ulu balingian meninggal. innalillah. masa main bola pagi ahad tu. muda lagi dalam 27 macam tu. anak kecik lagi. kalau dah sampai masa tak payah tunggu tua kan. semoga roh cikgu kamal dicucuri rahmat. berada dalam golongan para solihin

la sms bagitahu mak sibuk cari menantu. respon aku? biarlahhhhhhhhh

dan aku sangat jeles dengan ud sebab dia dah ada markonah canon. finally ud beli jugak. aku yang kempunan. tak pe lah at least aku ada noh. tu pon dah temporarily cukup. ikutkan hati memang macam- macam aku nak beli. mp3. cermin mata. kamera. dll

aku sedar diri. memang aku tak de duit. tabung haji? aku betul- betul nak gi mekah. mati tak tunggu tua kan