February 2, 2012

cuma Allah saja yang tahu segala isi hati







mak call lagi. minta buat istikarah. dia mimpi. mimpi aku dengan kawan sekampung. berapa kali nak cakap. mak tetap tak faham. kawan sekampung tak nak kan saya. dia memang dah ada calonnya. mak masih tak faham- faham jugak. mak tak perlu berharap sebab dia tak kan jadi menantu mak

aku betul- betul benci jadi dewasa. memang banyak tekanan. keterlaluan. sampai aku tak tahan. rindu saat hingusan. tak punya perkara merunsingkan dan membebankan

memang aku sunyi di sini. hidup bagaikan berjadual. semuanya sama. setiap hari setiap saat. setiap waktu. bosan? sangat- sangat

cuma tekanan dari pelajar agak kurang. setiap hari aku 'mengajar' dan 'didengar'. itu saja kebaikan itu saja kebahagiaan buat masa sekarang

last sms aku terima 2 hari lepas. call pula cuma dari mak. ini bukan kehidupan. bukan. tak gembira. keseorangan. pathetic sangat. serius. aku memang bermasalah besar

January 29, 2012

kalau ada jodoh






situasi

roh: kak kapong aku ade enjineer bujang agi. nok aku ngejah?
fathiah: bereh

fathiah: mizah nati kem salam ke encik zam ek
mizah: bakpe saye kene kenen ke awok. saye pom bujang lagi
fathiah: baiklah

mak: nor kawang mok ade nok kena nor nge anok kawang ye
fathiah: kok anda la

memang banyak tawaran yang diterima tapi satu pon tak lekat. semua diam macam tu je. kawan sekolah rendahlah. kawan di uni lah. kawan sepejabatlah. anak kepada kawan. kawan kepada kawan. semua ada. semua tu cuma harapan palsu

tak sedih pon. sebab jodoh rahsia Allah. shhhhh~

January 25, 2012

golang omas

trip ke kelantan berjalan dengan jayanya sampai sekeping gambar pon tak tersnap. damn. sampai di airport dalam jam 7 pagi. arina yang budiman dan terpaksa bangun awal pick me up at 7.30 terus ke rumah mizah. sambil menunggu kedatangan puteri samihah dan permaisuri nik ana

mandi dan bersiap untuk ke majlis kahwin bayani tapi sebelum tu singgah di 'kopitiam kita' breakfast penting kot. owner dia chinese tapi makanan dia kutip dari seluruh kelantan ada dari tumpat dan sebagainya aku pon dah lupa . yang penting nasi berlauk memang sodap gilo

majlis kahwin dr bayani. sangatlah meriah. sampai hantaran 25 ribu kot. bertuah bayani. aku doakan bayani dan suami bahagia sampai ke syurga. amin. di majlis tu cameramen bayani macam aku pernah nampak. agak famous jugaklah. tapi sampai sekarang tak upload lagi gambar kahwin bayani. cet

perjalanan balik ke terengganu makan masa lima jam. 5.30 sampai 7 masih lagi di kota bahru. serius jam! jam 10 baru sampai dengan selamatnya. tapi driver bas sangat baik. siap pasang bacaan al quran zikir dan paling bagus berhenti untuk solat. i like!

saki baki cuti tinggal beberapa hari lagi. tak pernah menyesal untuk balik kampung walau tiket mahal sekali pon. sebab experience macam ni memang priceless

masa di kelantan kami temankan mizah beli gelang emas. untuk pelaburan katanya. memang. memang emas penting. tapi aku tak minat. baik duit yang banyak tu baik aku beli dslr nak jugak. bila sampai rumah aku bagitahu mak tak sampai sehari terus mak belikan aku seutas golang omas jugak. paling tak best bulan- bulan aku kena bayar mak. ingat free~

p/s: aku 'pregnant' lagi

money can't buy

January 19, 2012

seman anak naga?


yes. tahun ni ialah tahun naga. happy chinese new year! especially anak- anak di sekolah. happy tak hengat. sampai nak salin nota pon malas. cikgu pon sama malas juga. buat latihan je malas nak mengajar lagi. esok lagi la best cuma ada dua kelas je. dahlah balik awal~

tapi malam tu yang tak best. dah la kena duduk seat 30E flight pulak tak sama dengan kak emy dan kak aini. cet

tak sabar nak sampai kl. harap selamat sampai ke tempat yang di tuju. belum decide nak pakai baju apa untuk wedding bayani. jubah kah? baju kurung kah? kalau boleh nak minimum kan baju yang nak di bawa balik sebab ada banyak baju yang menanti di kampung~

tak sabar nak jumpa kawan- kawan. kalau sempat nak ajak arina melawat sekolah. bila dah jadi cikgu ni rindu pulak zaman sekolah dulu. kalaulah dapat pakai baju sekolah lagi. hmmm~

January 17, 2012

January 16, 2012

kecewa dengan kelas sendiri

balik semenanjung lagi. tak kisahlah apa orang nak cakap. yang penting dapat balik. macam biasa memang tak sabar walaupun aku tahu masa berlalu pantas sekali

tapi ke kelantan. ada jemputan dari bayani. nak jumpa mc ros dan nini juga. zha arina mizah dan lain- lain

hari ni mr jong sms bagitahu kena bertugas. bila dah ke dewan baru perasan yang ramaiii budak 1A7 jadi pengawas almost 20. lebih daripada separuh. tadi masuk waktu terakhir cuma tinggal berapa kerat saja dalam kelas

diorang ni bising jugak. tak nak dengar cakap. aku rasa ajar 1A5 lagi best. arhh esok kena masuk 2A8. rasa macam nak give up. jangannn

malam tadi tengok nama- nama nabi tapi dalam english contoh: moses ialah nabi musa. lepas tu baru perasan ada job. job ialah nabi ayub. kebetulan tadi nak gi solat jumpa dengan job ling. tak sangka betul. bilalah job nak tinggi sikit. lagi hensem kot


January 14, 2012

tuntup tingkap

dah jumpa fon yang hilang. tau kat mana? atas seat dalam kereta. memang buta hati. depan mata pon tak nampak

aku susah hati students dah mula tunjuk belang dan taring. aku kena hati- hati. aku harap tahun ni aku tak pukul mahupun maki hamun studs lagi. dengan izin Allah

esok boleh bangun lambat sebab tak perlu ke sekolah. yes! tapi nak bangun awal nak tengok ulangan two days 1 night yang dulu- dulu. rindu kang hodong

aku sedang berbelah bahagi ni nak beli printer ke tak. hal remeh boleh jadi masalah besar. kalau fikir- fikir bukan berkepentingan sangat pon. ok tak perlu membazir!

sekarang baru rasa yang aku tua. semalam kelas sejarah belajar pasal perjanjian inggeris - kedah 1786. malu nak cakap yang perjanjian tu dibuat 200 tahun sebelum aku lahir. malu dengan umur sendiri

sabar. kadang- kadang geram tengok studs yang bercakap tak henti dalam kelas tapi bila tanya hal pelajaran tak dapat jawab pon. in fact tak bercakap langsung terus jadi bisu. kalau nak main- main biarlah macam siaw teck lee main tapi pandai

hidup ni penuh dengan perkara yang tak di sangka- sangka. be prepared!

lama tak tengok bront dalam tv!

January 10, 2012

a missing phone


buat masa sekarang aku tak tahu mana letaknya phone aku. jatuh masa on the way ke kereta kah? dalam laci kah? aku tak rasa ada orang ambil. petang tadi aku check ada sms kah? ada mms tapi tak dapat download aku pon simpan balik. tu last aku tengok phone aku

sedih. macam- macam ada dalam tu. booking flights' number. bank account number. most important friends' phone number. nombor phone raudha pon aku tak ingat. kalau hilang memang banyak kerja nak kena buat

fail biru anak- anak baru je siap. belum lagi check data dalam smm. tolonglah jangan hilang wahai phone. walaupon harga tak mahal cuma rm 150 tapi serius aku tak mampu beli apa- apa phone buat masa sekarang

January 9, 2012

love this job

finally jatuh cinta dengan pekerjaan sekarang. adaptation process makan masa setahun. tapi berbaloi. alhamdulillah. namun satu je masalah lagi. marah. susah nak kontrol. serius. aku cuba biar student cakap- cakap time menyalin sebab aku pon macam tu dulu. tapi tak boleh lah. rasa macam serabut. macam bunyi- bunyi yang tak menyenangkan

alasan. sebenarnya memang iman tak kuat

sekarang rasa malas nak tengok fb lagi. sebab kawan- kawan banyak post gambar tunang. kahwin. baby. kenapa aku rasa jealous? i'm not supposed to TT______TT

dahla lately asyik tengok cerita cinta je. aku memang tak dapat imagine aku ni kalau bercinta macam mana. devoted gila kot. kan? sebab tu aku simpan cinta ni untuk suami. cheesy hah?


nak balikkk!

January 5, 2012

sabar itu

hari ni masuk kelas 2A2. ramai student yang aku tak kenal sebab tak pernah ajar diorang. tapi yang sorang ni memang aku kenal sangat walaupun sempat ajar dia beberapa bulan je. namun namanya sering bermain dibibir guru- guru sepanjang tahun dek kerana sikapnya yang suka nau bercakap

awal- awal lagi cakap tak nak salin nota moral sebab katanya dah belajar tahun lepas. oh wong yiik sheng. fyi memang dari form 1 sampai form 2 kamu akan belajar nilai yang sama saja. yang 36 ni pon tak dapat hengat ada hati nak belajar nilai lain

nilai hari ni kepercayaan kepada Tuhan. cikgu pon mulalah temberang bla bla bla. ada sekali aku cakap sabar itu sebahagian daripada ______ iman [studs jawab ramai- ramai]

ok dah habis penerangan sekarang buat latihan. tapi ada sekumpulan studs bercakappp je. dari awal aku masuk sampai habis penerangan. aku pon geramlah

cikgu: kamu yang kat belakang tu. saya bercakap kamu bercakap kalau dah pandai sangat kamu je lah yang jadi cikgu!

tiba- tiba
wong yiik sheng: cikgu sabar itu sebahagian daripada imannn
cikgu: heh?

kenapa? kenapa dia dalam kelas ni?

January 4, 2012

first day

alhamdulillah. so far kelas sangat ok. even 2A8. tapi 2A4 macam ada masalah sikit. macam mana nak lulus sejarah ni. hari ni sangat ok sampai balik pon boleh senyum lagi. padahal jam bukan main depan sekolah. orang tak bagi jalan pon aku masih senyum

tapi tak tahulah esok macam mana. belum masuk 2A5 & 2A2 lagi. harap- harap semua ok. kalau di bandingkan dengan last year. tahun ni better. so far

jumpa budak- budak form 3. former student sengih je ingat tak kenal lagi. yang paling best job ling. tak tinggi- tinggi macam tu jugak. maintain comel. kelas aku tahun ni 1A7 kongsi kelas dengan 3A9 which kelas aku tahun lepas. rindu budak- budak tu

alhamdulillah syukur sangat- sangat semuanya dipermudah Allah. harap tahun ni aku akan lebih enjoy jadi seorang guru. insyaallah~

January 2, 2012

manusia oh manusia


aku selalu cakap manusia ni pelik. sebenarnya aku pon pelik jugak. dulu masa di sekolah kawan- kawan semua cakap aku pelik cuma madihah je cakap aku unik. thanks mc d

tapi bila dewasa ni makin banyak kepelikan manusia aku jumpa. memang langsung tak faham kenapa ada manusia macam tu. tadi akak rumah aku dah setahun kot beli kereta tapi baru sekali service. gila! bukan macam tu kalau sayangkan kereta. alasan tak tahu tempat service kat mana. helloooo aku pon mula- mula tak tahu. tanyalah orang. kan

tadi jugak dia ajak aku teman gi service. mula- mula aku macam malas sebab esok last cuti. tapi kesian pulak aku pon setuju untuk teman. mungkin dia rasa aku tak ikhlas. dia pulak sentap. bila tanya nak gi jam berapa dia dia boleh jawab "tak tahu". aishh. tak paham! suka hatilah

antara kepelikan manusia
  1. manusia yang like status sendiri. satu hal. weh lah. kenapa ada orang macam tu. post kemudian like. tak malu betul. agaknya dia rasa best kot status dia tu. kalau sekali oklah ni setiap kali. setiap kali ok. sengal
  2. manusia yang tolak agama islam. nauzubillah. memang ketara sangat masalah ni. mungkin sebab mereka anggap duit tu segala- galanya. macam hidup takkan mati. aku cakap betul aku takkan sokong ketua yang tak pegang pada agama. kenapa nak ikut 'pemimpin' macam tu. nak ikut dia ke neraka?
  3. manusia yang tanya "kalau pembangkang kenapa kerja kerajaan?" tolonglah jangan sempitkan fikiran. habis kau ingat kerajaan dapat duit dari mana kalau bukan duit rakyat. lagipun memang tanggungjawab kerajaan. dan aku bukan goyang kaki aku kerja kot. kerja!
  4. itu dulu. tak dapat fikir lagi. kalau ada nanti sambung. banyak sebenarnya. kiv dulu

December 31, 2011

what i've done


sekelip mata masa berlalu. 2011 sudah pon melabuhkan tirainya. wah sastera sangat. sepanjang tahun ni apa yang buat adalah:

  • geram dengan studs
  • tak puas hati dengan studs
  • salahkan studs
  • sedih sebab studs
  • happy sebab studs

semua pasal studs. alhamdulillah 2012 ni kelas yang diberi semua ok cuma 1 kelas saja yang belakang sikit 2A8. tapi tak semestinya kelas depan budaknya baik. don't judge a boy by he's look. sometimes budak yang pandai ni yang kuat auta

ah umur bertambah lagi. aku dah tua sebenarnya tapi tak rasa sebab tak sempat. mak dah bising- bising suruh kahwin. siapa yang tak nak kahwin cuma belum masa lagi. sebelum ni pon memang banyak entri pasal kahwin. last sekali mesti cakap "aku percaya dengan ketentuan dan takdir Allah". so sabar!

aku pon harap 2012 aku dapat tamatkan zaman membujang senang ni. teringin nak ada anak. nak ada family. rumah sendiri. serius tak sabar nak decorate rumah. nak sofa kaler kuning satu. insyaallah

kalau ingat balik dari januari sampai disember ni. tak banyak perkara yang besar- besar berlaku. setiap hari pon sama. macam hidup berjadual

bangun - masak - sekolah - balik - tv - online - tidur - bangun - masak - sekolah - balik - tv - online - tidur - bangun - masak - sekolah - balik - tv - online - tidur

setiap hari sama saja. langsung tak produktif!

so azam untuk 2012 ni selain untuk menjadi cikgu yang baik aku nak:

  • turunkan berat badan. aku dengan jayanya mencapai tahap obesiti. bukan apa untuk kesihatan jugak sebab tu nak beli herbalife dengan ros ni
  • nak holiday di bandung dengan ud. tapi mungkin postpone sebab pru
  • beli dslr. tapi ni kiv
  • nak kahwin. insyaallah semoga dipermudah Allah
  • instead of marah studs aku nak motivate diorang selalu
  • untuk jadi orang yang kuat iaitu orang yang menahan kemarahan
  • untuk jadi orang yang bijak iaitu orang yang bercakap bila perlu
  • buat solat dhuha kalau boleh setiap pagi
  • khatam al quran
itu dulu. tak boleh banyak- banyak nanti jadi hangat- hangat tahi ayam. insyaallah aku cuba untuk buat apa yang termampu. mesti disiplin kali. jangan lagha. mesti selalu ingat Allah. ingat mati

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang semoga tahun baru ini akan lebih diberkati oleh Nya
amin

December 19, 2011

this is my december

cuma tinggal 2 minggu untuk ucap selamat tinggal 2011. banyak perkara berlaku sepanjang tahun ni. sama juga seperti insan- insan lain di bumi ini. ada pahit ada manis. ketawa dan menangis. tapi mesti ingat setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya

kalau tahun baru mesti orang akan fikirkan tentang azam. dan aku berazam untuk jadi cikgu yang lebih baik. reliable. good listener. walaupun dalam hati aku betul- betul takut untuk hadapi studs tahun hadapan. tolonglah aku tak nak marah- marah. aku cuma nak mengajar supaya mereka dapat belajar

orang cakap jadi cikgu best sebab gaji banyak. bagi aku semua tu beban. aku takut apa yang diterima tak setimpal dengan apa yang diberi. gaji makin bertambah means kerja mesti bertambah. usaha mesti bertambah

umur cecah 26 tahun depan. kahwin? siapa yang tak nak. tipu kalau aku cakap aku tak bimbang. tak risau. mesti sekelumit perasaan tu ada. tambahan pulak tak putus terima kad undangan perkahwinan daripada sahabat- sahabat. cuma belum masanya lagi. semoga dipermudahkan Allah

aku nak ada di rumah lebih lama. kesian mak ayah hanya tinggal berdua tahun hadapan. acik akan mulakan tingkatan 1 di faris petra. jauh di kota bahru. ateh di asrama. apik masih di uitm. la dan azim menyewa di kemaman. aku jauh di sibu. ikutkan hati memang nak mintak transfer tapi alasannya?

januari ni aku balik lagi. memang berani mati sebab cuti belum confirm lagi. semakin jauh aku pergi semakin aku rindukan kampung. tak pernah jemu berada di sini sebab tiada tempat secantik ini

projek ke bandung temui jalan buntu. kemungkinan pilihan raya akan dijalankan mac ni. mungkin bukan rezeki. mungkin Allah dah rancang sesuatu yang lebih baik

December 11, 2011

a while

















perjalanan yang jauh sebelum sampai ke kampung. terima kasih kepada ros dan leeya sebab sudi jemput aku di lcct. terharu sungguh. singgah mamak sebelum menapak ke rumah. esok kami ke ikea. walaupun sesat- sesat tapi sampai jugak. lepak dari pagi tengah hari sampai petang

jumpa teman ros. cadang nak tunang bulan 3. banyak betul agenda bulan 3 ni. bangdung. pilihan raya. ud maybe induksi. tunang. kahwin kawan- kawan. fenin. jalan- jalan di bandung cuma jadi mimpi je la

malam gerak ke gombak untuk jumpa raudha. makan nasi ayam kukus. rasa best betul sebab dapat makan apa yang memang aku nak makan. esok jalan- jalan je pasar seni. first time ok ke sana. rasa cemburu tengok pelukis- pelukis kat sana. mungkin duit yang diterima tak seberapa tapi mereka buat apa yang mereka suka

sabtu bersama uya dan ika ke melaka. singgah di 3 kenduri. kenyang. malam macam biasa gi alai untuk mencari ikan bakar. tapi kali last time kot. dah sampai tahap muak. next time kita cari tutti frutti

selasa ke kemaman. jumpa azim. rinduuuu. stay sampai jumaat. best main- main dengan azim. dah besar. dah pandai cuma belum boleh bercakap. sangat aktif. kesian azim kena marah dengan mak dia. aku pon tak tahu aku akan jadi ibu yang macam mana. takut sebenarnya tapi tak sabar

ke majlis kahwin azian classmate waktu form 5 dulu. alhamdulillah telah pon selamat di ijab kabulkan dengan seorang ustaz. tahniah buat pasangan

saki baki cuti tinggal beberapa minggu lagi. tapi bulan 1 aku balik lagi. haha. cuti tak best sebab aku tak berduit. nak tunggu gaji next week nak serang jalan tar. kain cotton cantik- cantik. nak tengok songlap tapi ud post kat facebook haram tengok wayang. tengok cd je la kot. boleh tengok banyak kali sedapkan hati