malam ni keseorangan. kak emy dan kak aini masing- masing ada hal
kak aini minta tolong beli tiket. aku malas sebenarnya. nak balik hari tu pon aku yang belikan tiket. lepas bila tak dapat datang nak aku belikan tiket lagi. dah setahun stay kat sarawak tak kan tahu beli tiket. geram pon ada jugak. bo layan. beli sendiri! kalau tak bila nak belajar kan
kak emy. tahu suami datang. tahu nak ke kuching. tapi janganlah suka hati pakai selipar orang. ni dah jalan sampai sarikei baru nak sms. walaupun cuma selipar jepun tapi dah macam nyawa aku kot
kadang- kadang rasa macam diorang ni tak pernah fikir pasal aku. semua pentingkan diri sendiri. mentang- mentanglah aku paling muda belia. suka hati diorang je memperkotak katikan aku
ingat esok boleh rehat- rehat rupa- rupanya ada latihan kawad [kadet bomba]. tekanan! alang- alang keluar esok bolehlah tapau kfc. tak tahulah kenapa nafsu makan macam menggila. rasa nak makan je sepanjang masa. rasa macam nak makan mc d jugak. tapi dah lama tak tapau kat halia. teringin jugak
tolong. aku kegemukan sekarang. rasa macam badang. orang terengganu cakap 'kattang'. ttekkang weh!
alhamdulillah cuti good friday lepas berjaya ke kuching. setahun sekali je dapat gi sana. tapi sangat best. dan dapat kenal kawan- kawan baru. mira's housemates and also mr khairul. perjalanan makan masa kurang lebih 7 jam. aku drive sampai betong kemudian nadiah sambung sampai serian. aku sambung balik
hari pertama cuma gi keluar makan dan jalan- jalan di waterfront. sempat jugak naik perahu ke kampung gersik. mira beriya sangat nak beli mira's kek lapis. nama sama katanya
hari kedua mereka semua ke bako. tinggal aku sorang- sorang yang berkeras tak nak gi sana. malas nak masuk hutan. mesti penat gilo. so aku pon decided untuk mengimbau kenangan silam. first place is india's street. masa otw jumpa 2 orang budak lelaki. tiba- tiba nak ikut aku gi sana. sebab tak tahu jalan. kelakar betul. ingat pulak masa aku ngan ud di bandung. macam tu la keadaannya
hari ketiga ke sarikin. serius macam kat bandung! kain baju telekung semua sama. harga pon sama. aku pon apa lagi beli blouse 1 walaupun tak secantik di bandung tapi ada la jugak sehelai kan. kemudian lunch di asam payak terus balik sibu. masa otw tu hujan lebat gila. rasa macam nak nangis je. nasib baik sekejap je
paling aku kagum. aku drive dari kuching sampai sibu. 7 jam non stop berhujan berpanas siang dan malam. alhamdulillah perjalanan selamat sampai. kiranya lepas ni kalau nak ke perlis anytime la
kenapa esok sekolah? kenapa tak terus sambung cuti. but it's ok since jumaat cuti lagi till monday. i love april. so we decided to go to kuching. again. but this time around with lots of lots of people. honestly i hate that. mesti banyak kepala yang nak kena ikut
broadband. i really understand why people keep calling 'berukband'. annoying gila kot. rasa macam nak call c*****. nak sekat- sekat sampai bila. bukan aku tak bayar pon. duit nak cepat service macam taik
pemuafakatan. when teacher met parents. another thing that i hate the most. mesti akan ada masalah bahasa. not all the parents able to talk and understand malay. alhamdulillah kali ni semua berjalan lancar since mak ayah sangat bekerjasama dan boleh faham bm sikit- sikit
bila bagi tahu masalah anak- anak mesti parent akan jawab yang anak dia:
1) malas 2) main game siang malam
tapi yang peliknya. mak ayah memang clearly understand the problem but unable to solve it. why? kalau anak- anak suka main komputer then shut it down. sorok ke buang ke. tak kisahlah apa cara sekalipon as long as anak- anak dapat belajar
tahap penguasaan bahasa semua lemah. sangat lemah. cuma dapat D dan C sahaja. weh! we are the second class tau. malu kot. budak- budak 1A6 lagi pandai
pk petang yang sengal. ahad lepas kobar aku gi sekolah dengan harapan dapat decorate board belakang kelas. gigih aku buat sorang- sorang. siap jumpa pakcik saibi minta tolong jangan kunci blok 1. happy gila bila dah siap walaupon tak cantik sangat tapi at least kemas tak sakit mata tengok
isnin gi sekolah pk petang cakap 1A7 kena pindah kelas lain. what the. geram kot. penat- penat buat. kena pindah pulak dah la alasan tak relevan. benci betullah. tak tahulah bila nak cabut tampal balik notice board tu. give up aku
mak sungguh- sungguh nak gi korea hujung tahun ni. tak terfikir pulak aku. ingat nak gi umrah dulu. teringin sangat. macam dah terpanggil nak ke sana. insyaallah dipermudahkan oleh Nya. korea? hold dulu boleh tak mak. lagi satu tak best la gi dengan family orang lain. tak selesa kot
perkara hujung tahun tak perlu fikir lebih- lebih lambat lagi. esok ni serius aku malas. weh! cikgu apa ni? harap- harap perjalanan kami kuching selamat pergi dan kembali dengan izin Allah
adik yang hilangkan baju. kakak yang kena belikan balik. budak- budak sekarang memang pandai mengepau. tapi mengepau ok lagi yang mencuri ni. tak tahu ke kami anak beranak hampir putus saudara dek baju uniform putri islam. bila dah ada kena curi pulak
nama je sekolah pandai. result pmr paling best di malaysia katanya. tapi ada jugak yang memanjangkan tangan. tak berkat ilmu tu dik. apalah curi baju adik orang. saja nak menyusahkan kakak dia. patutlah banyak kali call hari ni rupa- rupanya nak duit. aku selalu cakap "nasib baik adik- adik aku bukan jenis yang suka mintak atau pinjam duit". tak sampai seminggu pon
baru ingat nak jalan- jalan kuching good friday ni. hah! pasal yang jalan- jalan ni masalah problem jugak. banyak sangat kepala. nak gi bakolah pulak. aku memang bukan penggemar hutan belantara. masuk hutan? no way
hotel pulak nak yang paling murah. dah lah murah nak sumbat sampai 7 orang 1 bilik. what the. kalau rasa tak mampu nak jalan- jalan jangan ikut. duduk rumah kan senang. sesen pon tak keluar
belum lagi masukkan duit ni. tapi kalau bank lain- lain bukan kena tunggu 3 hari ke? sempat ke esok dah jumaat. kelantan dah cuti kot. puasa je lah dik
lately bila tengok berita tv 9 kalau kes jenayah mostly berlaku di terengganu. i was like "what?""again?". continuously. unstoppable. i was telling kak emy "reporters kat terengganu rajin gila kot. kes remeh temeh hidu gam pon boleh masuk tv". tapi yang aku perasan kalau kes- kes exotic yang pelik- pelik mesti terengganu kan. why people why?
2
pakaian budak- budak sekarang. tak tahu title negara islam letak kat mana. tudung? pakai sebab fesyen semata kot. yang tak pakai tu tak yah cakaplah. bagi aku senang orang yang tak jaga aurat orang yang pentingkan diri sendiri dan menyusahkan orang lain. sebab nanti semua dia heret masuk neraka sama- sama. ayah. mak. adik beradik. suami. anak- anak. good job
yang artis pulak. artis je pon dah lah sekolah tak tinggi pakaian bukan main seksi lagi. tapi tanpa segan silu cakap pasal agama pasal Tuhan. siap warning haters lagi "tak takut Tuhan ke?". tepuk dada tanyalah iman
3
cuti hari raya. memang lambat lagi. since aku nak guna waran untuk raya ni terpaksalah memerah otak yang sedia ada kering ni. tadi jumpa pengetua minta izin untuk tukar- tukar jadual. nasib baik jadual aku hari jumaat cuma 4 kelas saja dan yang paling best minggu before cuti tu minggu exam. jadi tidaklah membebankan cikgu- cikgu lain untuk masuk gantikan aku
semalam aku tak tahulah hantu apa yang sampuk budak- budak sampai setiap kelas menunjukkan kebiadapan masing- masing. mungkin sebab sebelum ni aku pandang rendah pada diorang sebelum ni
lepas ni no more Q&A. cakap je fathiah. lantaklah kalau tak faham. daripada kelas jadi huru hara. baik ambil langkah berjaga- jaga
sekarang tengah semangat nak hias kelas. kebetulan semalam terbeli novel kanak- kanak tulisan a samad said. dengan niat nak bagi ling yew kang pinjam. so hari ni cari beberapa puisi a samad said dan usman awang. untuk letak di bahagian BM nanti. aku memang pencinta puisi
ombak
ombak yang menjamah kakiku sekali takkan dapat kukenali lagi
a samad said
[ni paling feveret. short but meaningful]
-----------------------------------------------
mata ayah
kujabat mesra tangan ayah urat-urat daging-daging tua keras terasa mataku tersenyum, matanya menyapa anak yang pulang disambut mesra
tapi matanya, mata yang menatapku kolam-kolam derita dan pudar bulan pagi garis-garis putih lesu melingkungi hitam-suram suatu kelesauan yang tak pernah dipancarkan dulu
kelibat senyum matanya masih jua ramah akan menutup padaku kelesuan hidup sendiri bagai dalam suratnya dengan kata-kata siang memintaku pulang menikmati beras baru
anak yang pulang di sisi ayahnya maka akulah merasakan kepedihan yang tercermin di mata meski kain pelekatnya bersih dalam kesegaran wuduk dan ia tidak pernah merasa, sebab derita itu adalah dia
usman awang
[kesat air mata]
teringat ayah. sorang- sorang di rumah. mak? busy memanjang sampai lupa tanggungjawab jadi bini. apa pon yang berlaku bukan salah ayah seorang. ayah cuma manusia yang sunyi .perlu teman untuk bicara dan berjenaka
aku harap aku jumpa suami sebelum hujung tahun ni. aku nak balik. nak teman ayah. demi Allah aku cuma nak teman ayah
dah lama tak cerita pasal students kan. sebab tahun ni sangat tenang. and fun. gaduh sikit- sikit biasalah. macam semalam si gary banyak kali kot aku tanya bila nak mula buat pembetulan. buat- buat cari bukulah cari kertaslah
bila aku datang dekat rupanya buat pembetulan subjek lain. memang saja nak uji kesabaran aku yang senipis kulit bawang ni. langsung aku bawa jumpa pk petang. pk petang pulak tak boleh harap sebab tu budak- budak tak hormat
memang aku ni baru setahun jagung tapi aku kenal anak- anak aku. cara dia bukan cara yang betul. kadang- kadang budak bukan boleh bagi muka sangat naik lemak jadinya
berlakon. buat- buat sakit. alahai geram je nak cakap aku ni belajar human behavior tiga tahun kot. setiap pergerakan tubuh aku dah tahu apa niat dia. tolonglah jangan tipu cikgu
budak muka boring. sejarah memanglah kan. maybe aku ni nerdy sebab tu aku suka sejarah. belajar sejarah sama macam pasal kehidupan. best pe. tak tahan tengok muka diorang mengantuk. tak tahu nak ajar macam mana lagi. clueless dah
aku ingat nak beli something untuk budak- budak masa gi bandung tapi duit tak cukup. untuk aku pon tak beli apa- apa. menyesal pulak
lemah subjek bahasa. 1A7 kali ni sangat teruk sebab 90% dapat D BM. scary! ling yew kang aku cakap pon dia tak faham apatah lagi nak buat karangan. nak tolong but don't know how
pernah tengok john park masa di american idol dulu. nice song bro!
ud and i met in unimas 8 years ago. in our first programming class to be exact. we're always together ever since. at that time we're young. she's nice very warm and friendly. i felt connection between us immediately
aku perasaan aku dengan ud banyak persamaan. kami sama- sama:
- masuk sekolah asrama penuh - masuk matrikulasi - masuk unimas - praktikal di ergonomic based company - dapat kerja after praktikal di tempat praktikal - apply dpli. alhamdulillah dua- dua dapat - jadi cikgu
tapi ada satu perkara yang kami lain. ud dah nak kahwin. dengan lelaki berbangsa asing. but he's nice. sangat selesa kalau cakap- cakap dengan dia. dalam hati cakap "hah! ud find her soulmate"
dan cara diorang jumpa memang best. macam dalam filem. serious
masalahnya. turki. jauh tu. nak gi sana perlu guna banyak duit. since last year ud bagi hint kat aku ajak gi sana. pening. aku suka tulip tapi aku tak berduit
hanya doa aku saja dapat bersama ud ke sana. aku tak puas jalan- jalan. cakap- cakap. makan- makan dengan ud
our favorite spot always be mph. we both love books. foodcourt klcc pon banyak menyimpan kenangan. selalu makan abc cendol kat situ. lowyatt we went there like a million times kot. but never felt bored
jalan tar masa bulan puasa. the best. daebak! tidur dari zuhur sampai asar. jalan lagi buka puasa esok terus cirit- birit. tak pernah serik kot
setiap inci kuala lumpur penuh dengan kenangan aku bersama ud
sebenarnya aku banyak buat salah dengan ud. sebab aku bodoh. tak tahu nak hargai orang. aku menyesal sangat- sangat. kalaulah aku ni boleh sabar. ni selalu hangin tak menentu. alhamdulillah sekarang aku cuba tebus balik. 5 hari di bandung not even once aku marah dengan ud. sulking or anything. cuma sabar
of course she's nice. sebab tu aku tak sanggup. dan aku tahu aku tak kan ada peluang untuk sama- sama macam tu lagi
masa kat unimas paling worse. aku tak tahu la syaitan apa merasuk aku sampai aku boleh buat macam tu kat ud. ada satu masa aku rasa macam semua orang boikot ud. aku wonder adakah aku buat yaya benci ud?
sorry TT___TT sorry
ud kadang- kadang pentingkan diri. tu sikap yang aku paling benci. aku tunggu dia bangun sampai jam 1 petang sebab nak gi makan sama- sama. alih- alih dia nak kirim makan kat orang lain. aku pon apa lagi kan
ud kadang- kadang annoying. arina pon rasa macam tu. purposely sakitkan hati orang. betul tak tipu. tapi tu cara dia bergurau. sekarang baru aku faham dan dapat terima those jokes
ud kadang- kadang cakap kasar. orang cakap orang melaka memang cakap macam tu. cakap lepas. tak berinsurans sebab selalu makan pedas
apa pon sikap ud. i love her so much. and i miss her badly. it's sad to let her go. but i'm just her past. stopa is her future
and i always pray for her. cepat- cepat decide tarikh. as a bridemate mesti nak kena cari baju jugakkan. semoga cinta ini lahir kerana Allah dan kekal kerana Allah. dan semoga terus bercinta hingga ke syurga
malam ni dengan izin Allah akan pulang ke tanah air. kebetulan mak pon ada di kuala lumpur. nanti mak tunggu kat kl sentral. tidur di hotel sama- sama malam ni. kasihan raudha sorang- sorang
memang takut sebenarnya. boleh ke? mampu ke? harap- harap selamat pergi dan kembali. tempat orang bukan sama macam tempat kita. harap Allah sentiasa bersama
nantikan foto- foto menarik segar dari indonesia. permisi dulu ya!
tak tahulah kenapa ingatan lemah nau. semalam gila tak gila tertinggal kunci kereta atas kereta tak berkunci. seolah- olah bagi free je kereta kat pencuri. nasib perasan tu pon dah jam 12.30 malam
sebelum tu jam 8 macam tu ada dengar ada orang ketuk pagar. maybe jiran- jiran nak bagi tahu. tapi bila aku tengok takde orang aku pulak yang tutup pintu. tak toleh langsung kat kereta
masa kat sekolah tadi. beriya print tempat- tempat menarik kat bandung. lepas tu terus ke kelas. waktu 9 baru perasan pendrive hilang. berlari- lari gi lab. alhamdulillah nasib baik ada. bayangkan dari waktu 1 sampai 9 kat pc
kenapa dengan aku ni. takut nanti selalu lupa sampai susahkan orang. jangan sampai salah kelas dah
tadi dapat markah sejarah. memang aku dapat rasa yang ramai akan gagal. sedih aku. tapi bangga betul dengan johnny 2A4 dalam second highest tu. aku takut jugak dia meniru. try compare dengan jerome memang tak sama. kedudukan dalam kelas johnny depan jerome. you really make me proud dear
nanti nak belikan hadiah di bandung. 1 lagi semua student yang aku ajar last year semua lulus. alhamdulillah
sangat- sangat terkejut. sebab sebelum ni keluarga arwah cakap arwah macam dah semakin sihat. tak sangka cepat sangat arwah pergi. kami rapat masa sama- sama di upsi. selalu aku menumpang kereta dia. ke kuliah. ke kalumpang
arwah sangat baik. terlalu baik. kali terakhir aku jumpa arwah di airport sibu. memang arwah nampak kurus. aku berangan yang suatu hari nanti arwah akan bawa aku jalan- jalan di kapit. angan- angan yang tak kesampaian
aku tahu Allah memang sayangkan arwah. aku tahu arwah berada bersama orang- orang yang beriman sekarang
ashraf. terima kasih atas segala pertolongan dan kebaikan selama ini. aku minta maaf kalau pernah aku terkasar bahasa atau menyinggung perasaan selama kita bersahabat
part of the fond memories. we'll miss you and always pray for you
guni yang banyak berjasa. sentiasa menemani ke mana saja kaki melangkah. kali ni dek kerana rasa cinta yang membuak- buak. aku bawak kamu ke bandung. ok ngak?
sebahagian daripada baju- baju yang akan di bawa. the main reason kenapa packing awal sangat ialah minggu ni exam. i've mark to mark students' paper kot. kalau boleh tak nak bawak banyak- banyak. biar ngam- ngam je
the list. mest ada even kalau nak balik kampung sekalipon. kalau tak macam- macam tertinggal. paling ngeri kalau tertinggal phone's charger
siap siaga untuk di pos. hope my friend will like it
1 minggu lagi for our first 'sengkek' trip to bandung. dek kerana masa yang berlalu terlalu pantas sedar tak sedar next week dah nak ke sana
aiseh. yang mengirim pulak ramai. duitnya sikit. aku cuma tukar rm 400. rasa macam kelakar je. konfem- konfemlah tak cukup. yang paling penting telekung untuk mak
aku nak jugak beli kebaya untuk la dan ateh. duit duit. esok nak gi korek kat tabung haji. segan tapi memang tak berduit. terpaksa. harap lepas ni tak mengorek lagi
cuti good friday nanti aku ingat nak balik. tapi aku ada ajak mira baida gi kuching. al maklumlah ada masalah keluarga mestilah hati rasa tak tenang. bulan 3 ni pon sekejap je balik. nak balik ke tak?
esok jumaat. malangnya sabtu ada sekolah ganti - ldp - mesyuarat pibg. tapi yang paling best next week exam. balik awal. 5:30 kot
aku belum packing lagi. tak tahu lagi nak pakai kasut ke sandal. mende remeh macam tu pon jadi beban. adoiyaii
malam ni hujan renyai- renyai. dapatlah tidur dengan nyenyak. salam jumaat