April 4, 2013

bubar sudah

alhamdulillah tak lama lagi nak pilihan raya. belum tahu bila. tapi pasti akan pilihan raya kan. harap malaysia akan jadi sebuah negara islam yang lebih baik lepas ni. susahkan nak bina sebuah negara islam yang betul- betul islam dengan undang- undang islam. orang islam sekarang hidup sebab duit bukan sebab Allah. mereka lupa rezeki Allah yang kasi nyawa Allah yang cabut nanti

aku sokong dan mendoakan mereka yang berusaha untuk tegakkan agama. tengoklah malaysia sekarang ni. pakaian. bahan bacaan. hiburan. tak jauh beza dengan kafir pun. seronok ke hidup macam tu?

macam mana anak- anak tak jadi buta agama kalau mak ayah pun macam tu. tahu bagi duit. ilmu agama? haram. diri sendiri pun buta hati. aku memang bukan sebaik manusia. at least pilihlah 'kumpulan' yang boleh buat kita jadi lebih baik. hidup untuk mati kan

dunia memang tak adil dan tak pernah adil. manusia cuma nampak duit. kerja sebab duit. tak ikhlas. langsung tak. yang lemah ditindas- tindas. kalau ulama mereka boleh hina apatah lagi orang lain. fitnah. dosa yang lebih berat dari membunuh. semua orang tahu. tahu cakap. tapi tetap buat

fikirlah hidup selepas mati. bukan pangkat yang Allah tanya. bukan juga harta. solat kah? mengaji kah? bermajlis ilmu kah? itu yang di tanya

kalau aku pun tak tahu nak jawab apa. aku ulang. aku bukan sebaik manusia. jangan hina orang yang mengajar agama. kalau diri sendiri hidup macam orang tak beragama. kenapa takut dengan islam? islam agama yang mudah. Allah tak kan pernah sekali susahkan hambaNya

jom kembali kepada islam. semua orang cakap pasal kiamat. tapi bersediakah kita untuk hadapi kiamat? tak kan. tak kanlah nak mati masa tengok terkinja- kinja tengok konsert k-pop. accident sebab mabuk. lompat bangunan masa polis serbu kelab malam. kena tembak sebab merompak. biarlah kita mati dalam keadaan yang baik

apa ada dengan pembangunan kalau agama ditinggalkan. nak maju saja tahu. belajar agama tak mahu. islam tak akan sekat kita untuk maju. sedangkan dari dulu pun ramai saintis orang islam. jangan kejar harta dunia semata. ingat hidup ini sementara

March 9, 2013

good job

hari ni sekolah ganti dan aku dengan jayanya meninggalkan phone di dalam laci yang tak berkunci. yes! harap- harap tak dikencing tikus. lately tikus suka menyerang laci. padahal bukan ada makanan pun. suka hati nak berak kencing dalam laci orang. ingat laci tu toilet ke hape

jumaat lepas sepanjang hari rasa tak sedap hati. rupa- rupanya budak- budak nak buat perangai. masalahnya bukan ramai 2, 3 orang je. cepat betul manusia berubah. sedangkan tahun lepas aku ajar pelajar yang sama. tulah friendship can be so powerful. and money also. buta hati sebab duit

susah bila tak dapat nak beza kawan yang dan yang tak. tak kan aku nak hantar rotan. tak kan nak tengking- tengking. kalau boleh tahun ni aku nak cool je. rileks dan rasional. malas nak marah- marah buat sakit hati sendiri je

budak- budak bukan makan saman pun. jadi hari isnin ni aku nak bagi peringatan. bukan balas dendam tapi peringatan. sebab yang kurang ajar mesti diajar supaya boleh belajar. aku akan cakap baik- baik. supaya dia dengar dengan hati bukan dengan telinga

"dan tidak lain ucapan mereka hanyalah doa 'ya Allah, ampunkan dosa- dosa kami dan tindakan- tindakan kami yang berlebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap orang- orang kafir'"[ali imran: 147]

---------------------------------------------------------

cuti sekolah lepas
bandar melaka
zoo melaka




March 3, 2013

mac oredi

sekejap sangat. dah mac. 2 minggu lagi budak- budak exam. lepas tu cuti. yeay! cuti kali ni ada projek besar. projek yang dinanti-nantikan 5 tahun ni. mudah- mudahan tercapai dan berjaya

cerita daripada last entry sampai hari ni:
  • pengetua yang aku kagumi selama ni dah semakin nyanyuk. sekejap cakap lain. lepas tu lain lagi. lepas tu lain lain lagi. paling bangang ldp tajuk 'sex and relationship'. suka- suka hati tunjuk gambar alat kel**** lelaki dengan perempuan. aku dengan ayuni terus blah
  • pondan. lelaki yang dimaksudkan ialah pk ko paling teruk di bumi dan alam semesta. tahu berdiri depan toilet marah- marah cikgu dengan student. nak tutup salah sendiri susahkan orang lain
  • bunohan menang festival filem. tapi malangnya kebanyakan kawan- kawan aku tak pernah pon tengok cerita tu. yang dah tengok pun cakap tak faham. orang kelantan pulak tu. aku rasa mentaliti rakyat malaysia belum mampu nak hadam this kind of film. aku memang nak tengok cerita ni. sebab: zahiril adzim. cerita dia not bad. ada bront lagi. bungo lale
  • mak alvin wong datang sekolah bagitahu anak dia kena buli. bila tanya alvin sendiri tak nak bagitahu. takut sangat. setakat huat reong tu apa nak takut. aku pun hairan kenapa budak- budak takut dengan dia yang keding lagi keding daripada cicak tu
  • lupa hantar rph. esok insyaallah akan hantar. minggu ni ada badan uniform lagi. aku sangatlah bersyukur sebab dapat ahli yang baik walaupun mereka daripada kelas 3A6, 3A7, 3A8 dan 3A9. belum lagi buat hal. suruh salin nota. salin. suruh kawad. kawad. tak macam kelab. buat sakit hati je
  • cikgu yang suka pass- pass tugas. kau hingat aku ni datang sekolah goyang kaki ke? aku pun banyak kerja weh. ada ke suruh aku buat soalan exam sejarah form 1. aku cuma mengajar 1 kelas kot. agak- agaklah


esok tak tahu nak buat apa dalam kelas. sebab silibus untuk exam 1 sudah diajar. kalau fikir esok sempat kot. malas nak hadap pengetua nyanyuk. kasihan dia. dulu aku adore gila dia kot

February 24, 2013

penyakit hujung minggu

daripada Aisyah r.ha., Nabi SAW bersabda bermaksud:
"Sesungguhya demam adalah daripada bahang neraka, maka sejukkanlah dengan air"
[Riwayat al Bukhari dan Muslim]

mula- mula nadiah kemudian wani sekarang aku esok ayuni. nah semua demam. insyallah semua ni penghapus dosa. memang dah lama tak sakit macam ni. elok kalau Allah bagi penyakit supaya selalu ingat pada Allah

tapi dah 2 malam tak dapat tidur. asyik terjaga. rasa macam dah tidur lama gila pun ada. malam tadi basahkan tuala letak atas kepala. alhamdulillah ok sikit. apa yang Rasulullah bagitahu memang betul

risau juga esok nak sekolah. kalau masih macam ni takut nanti duduk je. tak gerak- gerak. nanti student label cikgu malas pulak. budak- budak dalam kelas satu hal. huat reong tu tak serik- serik tahun ni pon masih nak membuli lagi. geram betul. kesian student lain

minggu ada berita sedih jugak. kandungan mira meninggal. doktor cakap tiada degupan jantung. terpaksalah mira kena tahan dalam wad 2 hari sebab kena cuci perut. mungkin bukan rezeki lagi. Allah maha mengetahui. mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya

February 8, 2013

ulala


tak sabar nak tinggalkan sibu. awal tahun ni banyak sangat program. tersangat penat. especially otak. aku harap cuti 1 minggu dapat digunakan sebaik mungkin

nak gi melaka semata- mata nak makan jumpa mizah. menakutkan sebab konfem- konfem berat naik balik. macam mana ni? balik terengganu? maybe isnin malam atau selasa. tak tahu lagi nak singgah kemaman ke tak. rasa macam tak. bulan 3 balik lagi kot. tapi rindu azim

sabar ye azim bulan 3 nanti een jumpa azim

aku nervous nak balik esok sebab dah lama tak naik mas. dah lupa klia macam mana. 4 - 5 tahun kot tak balik kampung naik mas. tak mampu kot

esok memang akan jadi sebuah perjalanan yang panjang dan memenatkan. sibu - klia - lcct - melaka. mahu 5 - 6 jam baru sampai tempat nak dituju

aku bukan apa. malas nak balik. malas nak gaduh dengan mak hal- hal remeh. pasal tv. pasal pinggan mangkuk. pasal kain. pasal ayah. pasal adik- adik. pasal jodoh. malas!

jadi tahun ni semua tiket aku beli hari sabtu pagi supaya boleh jalan- jalan dulu baru balik kampung. sebelum ni jumaat malam dah balik dah. bukan ada apa- apa di kampung. muda sekali saja. bukan nak enjoy sampai tak hengat dunia. cuma nak hargai apa yang Allah dah bagi

sahabat. sebelum semua dah kahwin. kesihatan. sebelum sakit tak boleh jalan. duit. sebelum jadi papa kedana. alam. sebelum manusia musnahkan semua. nyawa. sebelum kembali kepada pencipta

semoga perjalanan ini diberkai Allah. semoga selamat pergi dan kembali ke sibu

* oh ya. happy chinese new year. tahun ni tahun ular kan? 

February 5, 2013

senak

hari ni sakit perut lagi. kali ke dua dalam tempoh beberapa bulan. bukan sakit biasa- biasa sampai muntah- muntah. terus hilang selera makan. biasanya kat sekolah biskut roti semua aku ngap. hari ni cuma setengah keping roti dan sebotol air

balik terus cari katil. sampai jam 4 baru bangun dan mandi. niat nak turun tengok tv. tapi sampai dapur tak tertahan muntah ni nak keluar. oleh kerana perut kosong muntah air perisa peanut butter saja yang keluar. jijik tak?

aku suspect angin dalam perut. lately makan tak tentu. plus tak makan nasi lagi. hari tu pon macam tu. muntah jugak sampai terkeluar semua pil chit kit teun

sekarang pun masih sakit lagi. harap esok bertambah baik sebab esok ada assembly. tak tahan der stay dalam dewan lama- lama dengan perut sakit macam ni

nak kentut tak dapat nak sendawa pon tak dapat jugak. habis bila angin  ni nak keluar?

esok aku nak tukarkan tempat duduk hen hock dengan huat reong. melampau- lampau kalau dibiarkan.   harap berjaya

February 3, 2013

kecundang

seperti yang diketahui berat badan yang mencecah 70 kg menyebabkan aku stop makan nasi. atas saranan ud. sepatutnya hari ini genap 2 minggu aku tak sentuh nasi. tapi termakan pulut masa event guru muda hari tu [lapar sangat tak dapat fikir dengan waras]

malangnya hari ni. godaan syaitan dan nafsu bergabung. meletup. aku makan nasi. 2 kali. tidakkk. habis diet aku. habis. punah. jahanam. aku tak berani nak timbang. takut tak dapat tidur malam

semua gara- gara nadiah mengidam nak makan nasi kerabu. dengan bakat semula jadi yang ada pada ayuni beliau berjaya memasak dengan sempurna walaupun pertama kali. tak dapat tahan. dalam hati aku memang rindu pada nasi

aku harap tahun ni berat aku kurang daripada 60 kg. jom jogging esok!

--------------------------------------------

aku seriously minat dengan photography. badly. gila- gila. dan cita- cita sebenar aku ialah untuk memiliki my own dslr. semakin lama perasaan tu semakin membuak- buak. tahun ni tahun ke lima aku berangan- angan. harap- harap dapatlah pegang dslr tahun ni. so aku boleh erased list tu dalam hidup aku. lima tahun weh

setiap tahun minat aku beda. sekejap nikon sekejap canon. sekarang aku sedang usha canon 650D. macam best. bukan macam. memang best

mana nak cekau 4k?

February 2, 2013

jarak

berlaku bila kawan dah kahwin. paling sedih bila sahabat baik sendiri. kalau dulu chatting sampai pagi. cerita macam- macam. ada yang bodoh kotor kelakar sedih. semua sekali

boleh kata setiap hari mesti jumpa. di fb atau ym. tapi sekarang mereka dah ada suami. tak lama lagi nak ada anak. mana ada masa untuk aku lagi. sedih

sebab tu aku tak suka jadi dewasa. semakin dewasa semakin hilang kawan. sebab tu kadang- kadang rasa sunyi. rasa rindu

sekarang nak reply sms pun susah. kadang- kadang lepas 2 hari baru reply. bila call tak jawab. tiba- tiba hantar sms

'busy ni. kenapa?'

sampai hati. faham aku belum ada keluarga. hidup sorang- sorang. jaga diri sendiri saja. ada banyak masa untuk diri sendiri tak macam kamu semua dah ada suami ada anak. lain

aku cuma harap. cuma minta persahabatan kita kekal sampai syurga


February 1, 2013

lahabau

aku tak faham kenapa perkara kecik dan remeh temeh pun nak diadu domba pada pengetua. kau nak apa sebenarnya? nak pengetua tahu kaulah manusia yang paling kuat bekerja di sekolah? paling banyak menyumbang jasa dan keringat untuk sekolah?

bullshit

kasihan ayuni. bukan nak tanya dulu. selidik dulu. terus hentam. marah- marah. perangai apa macam tu. eloklah sangat. kau memang tak dapat respect aku

kaunselor sekolah memang. kalau tak menyusahkan orang bukan kaunselor shs namanya. dahlah guna tempat orang. 2 kelas pulak tu. agak- agaklah. kelab kami ada lebih 200 ahli. kurang- kurang kena guna 7 - 8 kelas. cukup- cukup blok 2. kau menyibuk kenapa? tak tahu ke papan carom tu berat nak dibawa ke hulu ke hilir. bangang

bila aku bersemuka. tak nak terima salah dia. lagi aku naik darah. dah termaktub dalam buku rancangan tahunan. terima sajalah. kalau orang lain guna tempat kau itu bukan masalah aku

susah. susah kalau ada makhluk hisap darah macam ni dalam sekolah. kalau masalah kecik- kecik tak perlu nak jumpa pengetua. jumpa cikgu terus kan senang. tak pasal- pasal awal- awal pagi kena marah. bukan salah kami pun

kaunselor lagi seorang. tahulah semua pun kau buat. upload gambar. update data. tak perlu satu sekolah kau nak canang. kalau 3 orang saja guru belum upload gambar bagitahu terus je lah. tak perlu nak announce bagai. kami tahulah kau tu buat- buat busy je kerja bukan banyak pun

kau ada pbs? ada? ada?

peliklah manusia berjawatan ni. kau ada jawatan aku tak jealous pon. kenapa kau nak jealous dengan kami. tahu nak marah dan mengarah. bukan salah kami kalau kau kami benci. sampai mati

nasib baik kami dah jumpa solusi. kita tengok siapa yang dapat blok 2 nanti

January 31, 2013

bila nak normal?

baru 1 bulan penatnya macam setahun. tak sesabar nak cuti. bukan balik sangat cuma nak rehat. memang tahun ni dah jadi 1 sesi tapi jarang- jarang sekali dapat balik awal

dalam jadual sepatutnya jam 1 dah balik tapi

kebetulan perhimpunan guru muda di sarawak buat kat sekolah aku. menyampah betul. dah nama pun jadi tuan rumah mestilah kena buat persiapan bagai. kena pulak main gelang 24 musim. hambik kauu

seminggu berlatih sampai 4 -5 petang. lapar tak yah cakaplah. makan kat kantin? memang tak. terpaksalah tunggu sampai habis praktis. kejam

tak berperasaan pun bila tahu tpm nak datang. nak marah adalah sebab dialah ada pbs kat malaysia ni. masalah problem sungguh. kesian pengetua masa hari selasa tu. orang tak peduli pun. diorang ni tak tahu adab ke. dah datang rumah orang kenalah tahu siapa tuan empunya rumah

pengetua cool. bukan jenis mencapab pun

harap februari ni dapat rileks sikit. tapi syukur sangat- sangat sebab studs tahun ni sangat membantu walaupun bukan semua

masa perhimpunan guru muda nampak ajis. dulu sama- sama belajar di unimas. dah pakai cincin. mesti dah kahwin. baguslah jangan jadi macam aku. berbolak balik sekejap nak sekejap tak nak











January 27, 2013

berdosakah aku?

drama sangat tajuk entri. sebenarnya memang pon. satu perkara yang aku tak faham ialah kenapa kalau ada lelaki nak approach mentah- mentah aku tolak. macam perempuan tak berperasaan

tapi aku perasan. kalau campur dengan yang last hari tu ini kali yang ke lima atau enam. diorang semua baik. apa yang aku nak sebenarnya. lelaki macam mana yang aku nak? sampai bila aku nak tunggu. aku cakap sebelum ni sampai umur 40 pon boleh

aku nak ada anak. umur tahun ni pon dah 27. bila ada orang propose tak nak pulak. entah. ada saja yang tak kena. hati aku mati- mati cakap tak nak. serius aku takut

kalau aku terima jugak. nanti aku jadi makin benci. aku buat orang sakit hati. setiap manusia ada sikap buruk. itu salah satu sikap buruk aku. sampai bila kau akan terus mereject?

aku cuma nak lelaki yang:

cintakan Allah
suka photography
suka music
cool
dapat terima aku seadanya

nak cari yang ada semua diatas memang susah. aku kagum macam mana orang boleh jumpa thru facebook. atau tersilap sms. kawan atas kawan aku boleh terima. masalahnya aku mana ada kawan lelaki. tak perlu pon

hati aku tak tentu. rasa tak selesa. aku takut Allah akan lambatkan jodoh aku. aku selalu fikir mungkin aku tak sempat kahwin atau mungkin aku tak kan ada anak

walau apapun berlaku. kahwin atau tak aku tetap akan teruskan cita- cita aku untuk travel around the world. susah rupanya nak jatuh cinta. dan cinta memang tak boleh dipaksa- paksa. asalkan happy cukuplah. asal ada Allah lagilah cukup

----------------------------------------

sambutan maulidurrasul
we love kekasih Allah










January 21, 2013

kekumegan


atau bahasa betulnya kegemukan. memang masalah problem. dalam keadaan berat badan 70 kg ini sangat membataskan banyak perkara. aku jadi malu. hilang keyakinan. hampir 99 % orang yang aku jumpa akan cakap

"kenapa berisi sangat?"
"kenapa gemuk sangat?"
"kenapa sihat sangat?"

sebak sungguh rasa di dada. tahu aku gemuk tak cakap pon tahu. aku sama risau. kalau dah 70 kg susah nak turun. malu nak pakai seluar. nampak buruk bebeno

terpaksalah pakai skirt atau jubah. tapi bagus jugak. baru betul- betul jaga aurat. kan ada hikmah. aku ingat balik cuti nanti pon nak pakai jubah. janji selesa

last week ada orang propose [ini serius]. kawan sekolah rendah. mula-  mula memang excited. terus accept. siapa tak kan. tapi bila dah fikir- fikir aku tarik balik jawapan. dia memang baik. tak mampu nak tolak. tapi terpaksa jugak

aku paling suka kalau lelaki minta gambar. penting ke? perlu ke? kalau ikhlas tak kot. aku pon tak pernah minta gambar mana- mana lelaki. cuba untuk terima seadannya. kalau lelaki dah jadikan aspek fizikal yang utama. susah. tak mampu aku

sebab aku ni tak cantiklah aku tunggu lelaki yang dapat terima seadanya aku. buruk hitam gemuk selulit berlapis- lapis. aku tahu mesti akan ada suatu hari nanti cuma perlu sabar dan berdoa

aku bagitahu lelaki tu [yang propose] aku ni gemuk. jawab dia

"tak naklah gemuk- gemuk" - amboiii
"gemuk macam adibah noor ke?" - wah wah

one of the reason aku tarik balik jawapan. nanti kahwin tak sampai setahun dah tinggalkan aku sebab masa tu berat aku cecah 80 kg. kalau nak bini cantik kurus kahwinlah dengan model

bukan nak tanya dah khatam ke? mengaji tak malam- malam? sembahyang sunat buat tak? puasa ganti dah habis?

ni siap ajak balik sama- sama dari kl ke terengganu. dua orang satu kereta. gila!

aku ni agama idok le bagus sangat. tapi mende basic macam tu tak dapat jaga tak tahulah nak cakap apa. yes. aku memang konservatif. kuno. kolot. lantaklah nak cakap apa

aku pernah jadi orang yang tak baik. dan aku tak nak jadi macam tu lagi. aku tak nak ingat pon. aku nak jadi lebih baik sebab tu aku cari yang terbaik. aku boleh sabar walaupun mungkin jodoh sampai masa umur 40. tapi kalau itu yang terbaik aku terima




January 5, 2013

review

alhamdulillah

tahun dapat kelas budak baik- baik. tapi baru minggu pertama. bulan depan tak tahulah kalau dah jadi hantu. yang tak best bila budak- budak lemah sangat. bm lemah membaca pon tak pandai. menyebut perkataan apatah lagi

kononnya azam tahun ni nak jadi guru dedikasi. kalau boleh tak nak marah- marah. tapi tak lama 2 hari dah cukup untuk aku hangin. aku pantang sungguh student kalau tanya tak menjawab. bila tanya faham ke tak semua ngangguk kepala sampai nak terhantuk meja

tahun ni tahun kemiskinan aku. cuti hari tu baik hati sangat menabung beriban di jalan tar. natijahnya bermuka tebal keluar duit tabung haji. next week nak gi lagi ni kalau tak makan pasirlah jawabnya. geleng kepala kakak tabung haji

oleh sebab aku tak berduit maka aku kutip seorang seringgit dari budak- budak. dah 35 ringgit kat situ. banyakkan. lagipon kelas diorang jugak. aku gagahkan kaki ke popular beli apa yang patut. kalau boleh kelas aku paling meletop tahun ni


January 1, 2013

365


alhamdulillah datang sudah 2013

ahlan wasahlan

tak pernah tunggu dan tak minta untuk datang tetap sampai jugak. itulah masa. tak pernah berehat dan tak pernah penat. berjalan dan terus berjalan

esok memang misteri. tak dapat duga apa yang kan terjadi. kelas pertama adalah kelas yang paling penting. untuk aku buktikan aku bukan seorang guru yang boleh dipijak- pijak. aku ada prinsip dan peraturan. tanggapan pertama mesti kuat

alhamduillah syukur tahun 2012 berlalu dengan baik sekali walaupun dihujung- hujung penuh dengan drama. kalau hal sekolah memang jarang ada masalah tak macam tahun sebelumnya. dah ada sikit pengalaman senang nak kerjakan budak

tahun ni aku belum decided apa- apa lagi. tengok keadaan kelas dulu. nak guna method apa. nak garang ke cakap baik- baik ke. kadang- kadang student kalau cakap baik- baik pon tak makan saman jugak

misteri kan hidup ni. kalaulah dapat tahu apa yang akan berlaku

apa pon yang berlaku. kuatkan semangat. Allah tak suka orang yang lemah. kenapa nak lemah kalau Allah sentiasa bersama. aku kerja ikhlas kerana Allah dan aku tak harapkan apa- apa balasan daripada manusia. biarlah tak dihargai asal aku dah tunaikan janji

azam: jaga aurat. jadi muslimah solehah. dekat dengan Allah. sentiasa yakin dengan rancangan Allah. jadi cikgu yang baik. jangan pilih kasih







December 30, 2012

hitam dan pahit

itulah namanya pengalaman

this holidays will be the most memorable holidays ever. nop bukan hal kahwin. tapi masih berkaitan dengan rumah tangga. benarlah kata pepatah ingatkan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari

tak pernah terfikir tak pernah tergambar bahawa ayah akan kahwin di sempadan dengan seorang anon. diceraikan mak dalam tempoh 1 minggu selepas tarikh perkahwinan ke 2. what the

tapi itulah yang berlaku menyebabkan kusut kasat kacau bilau riuh rendah tunggang langgang di kampung yang bernama bukit gasing

di bomoh orang. katanya. lepas dah sah cerai di mahkamah tup tup ayah dah tinggalkan seorang anon itu. ditinggalkan macam tu saja. tak faham dengan ayah. serius tak faham

ateh pula ada pembedahan. membuang ketumbuhan yang tumbuh di bahagian leher ateh. 4 hari di wad. drama tetap drama. mak tak nak jaga ateh sebab ada hal kerja. mesyuarat majlis bubur asyura. tolonglah mana lagi penting anak yang terbongkang kat hospital kah bubur asyura kah. fikirlah sikit perasaan anak

bila dah reda sikit call ayah. ayah pon ada call jugak. tahu pon rindu kat anak- anak. masa tinggalkan hari tu call pon tak jawab siap off phone lagi. kalau ikutkan hati ___. memikirkan ayah sendiri. dari kecik pon makan masakan ayah. di pujuk di rayu ayah balik ke rumah

sebab tahu ayah sebatang kara. tak bertempat nak berteduh. hidup menumpang. harap belas kasihan. kalau anak- anak tak kutip siapa lagi

pulang ayah tanpa sebarang sesalan. seolah selama ni dia kursus di luar bukan buat onar. keadaan jadi tegang bila ayah tiada niat untuk baik- baik dengan mak. mana boleh tinggal bersama kalau dah cerai. kata anak- anak. mak cuma diam. geram dalam hati tuhan saja tahu

atuk datang setiap hari bawa cerita baru. betapa atuk berkecil hati atas apa yang berlaku. orang semakin tua semakin jadi baik lain pulak bapak kamu. sinis kata- kata atuk aku. dek kegeraman di atas perbuatan mak dan ayah. dibukanya pekung didada. habis cerita 27 tahun lepas terbongkar

baru ku tahu siapa mak dan ayahku. rasa bersalah dan malu. pesan atuk jangan ada anak- anak perangai macam tu. malangnya aku. aku memang macam mak. macam mak dengan nenek dulu. mungkin itu balasan mak. aku tunggu balasan aku. tak kan ke syurga anak derhaka

nauzubillah. aku mesti belajar dari apa yang berlaku. aku tahu tuhan mahu tunjuk sesuatu. sesuatu yang kami semua tak pernah tahu

mak kuatkan semangat bersemuka dengan ayah. panjang tempoh perbincangan. alhamdulillah segalanya dah selesai. keluarga kami kembali seperti biasa. nasib baik sempat makan masakan ayah untuk pertama kalinya dalam tempoh 2 bulan ini

serius cuti kali ni memang tak best