September 11, 2017

diet journey

sejak pulang ke terengganu banyak masa habis dengan aktiviti sekolah. sama ada kursus. bengkel dan lain- lain. hujung minggu dihabiskan di kampung bersama keluarga

betapa sibuknya aku sampaikan satu buku pun belum dibaca sejak 2015. ulang alik dari kemaman ke kuala terengganu dah jadi rutin. sampai pernah balik kemaman naik bas sebab tak mampu lagi nak drive

tahun ni tahun ketiga perkahwinan kami. masih lagi berdua. oleh sebab tu kami gagahkan diri berjumpa dengan doktor hamidah di ibai clinic. alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan baik. kami berdua sihat dan mampu untuk mengandung. bukan rezeki kami lagi. satu nasihat doktor. diet

maka bermulalah perjalanan diet yang berliku. alhamdulillah sudah lebih satu bulan aku kawal makan. dan berat hari ni adalah 69.6 kg. setelah hampir lima tahun beratku lebih 70 kg. period dah semakin baik dan lancar. tiada lagi lewat dua tiga minggu

aku tahu perjalanan ni akan ambil masa yang lama. mungkin satu atau dua tahun. demi untuk dapatkan zuriat. aku sanggup

aku pernah seberat 78 kg since disember 2016 hingga jun 2017. bulan puasa mula turun sehingga hari ni. aku akan buat apa saja untuk anak. zuriat kepada kami. tiada istilah putus asa. aku berdoa agar Allah akan menjemput kami ke rumahNya suatu hari nanti

terima kasih pada Allah untuk segalanya. setiap saat dapat rasai kasih sayang Allah. terima kasih kerana mengurniakan suami yang terbaik

April 25, 2017

it's been awhile

lama tak posting sebab kekangan masa. i am super busy this year. bulan mac dan april cuma sempat masuk kelas full hari selasa cuma sekali. bertugas untuk uniform pun sekali saja. how busy i am

baru lepas buat keputusan untuk tarik diri dari akram. reasons:

- jauh
- penas
- malas
- tak nak jumpa kak mi lagi. i am so sick of her

cuma belum bagitahu encik fuad. i have no guts. arghh

alhamdulillah aku dah period semalam. selepas kelewatan almost three weeks. i thought i am pregnant. literally 

tapi aku tak kecewa. Allah holds the future. believe in Allah. i know that Allah loves me dearly. so He tested me 

tapi aku kasihankan suami aku. ada satu malam dari jam empat suami terjaga sampai pagi. sampai aku bangun mandi. aku pelik kenapa suami tak tidur. kenapa terjaga- jaga. rupa- rupanya dia tunggu aku check pregnant ke tak sebab sebelum tidur dia nampak dalam laci aku beli pregnancy test. sedih sangat. aku tahu suami aku berharap sangat

balik sekolah aku nangis dalam kereta. nangis puas- puas. aku perasan tahun ni banyak kali menangis dalam kereta. sejak duduk terengganu ni banyak sangat peristiwa sedih

kadang- kadang mulut kakak- kakak bilik guru pun aku tak tahan

"ala ko ni mende macam tu pon tak boleh buat bukan ada anak kecik pon"
"abis kat umah ko buat ape bukan ada anak"
"aa lupa awak tak de anak"

banjir.

November 16, 2016

kuatkanlah hati ini

tipulah kalau tak sedih bila tengok orang post pasal anak. cakap pasal anak. share gambar anak. keletah anak. anak pandai jalan. pandai senyum. dah boleh makan solid food. tipulah kalau tak sedih

bila depan orang terpaksa buat- buat kuat. kalau tak. banjir

bila upload gambar pregnant. tak tahulah kenapa aku rasa sedih. aku tahu Allah dah plan yang terbaik untuk aku. memang selalu ingat tu

tapi perasaan wanita. isteri. memang tak dapat sembunyi. kita cuma manusia biasa. kadang boleh kawal. kadang tak

aku rasa macam nak lari dari semua ni. nak hidup dengan suami je. tak perlu tahu apa- apa pun hal orang

semua tu buat aku sedih. aku penyabar. aku pilihan Allah. Allah akan bagi aku kembar. hadiah kesabaran aku. amin

November 14, 2016

alhamdulillah


lihatlah dunia betapa huru haranya period cycle ku. dalam tempoh tiga puluh tahun inilah yang terburuk. bulan jun dan september langsung tak period. tapi lepas mkan jamu yang adawiyah bagi alhamdulillah tak perlu ternanti- nanti tiba- tiba dah period. syukur sangat- sangat

sebelum ni doa dengan Allah bagi aku period yang teratur sebab aku nak mengandung. sekarang musim kawan- kawan mengandung di sekolah saja ada dua. bestnya

umur lebih kurang aku tapi anak dah tiga atau empat. tu rezeki mereka. akan sampai rezeki aku nanti. tak tahu lagi macam mana nak pujuk hati. mujur ada Allah dan suami

abang pernah marah sebab selalu meminta period. bukan aku meminta. aku cuma nak period aku teratur. supaya tahu bila waktu subur. supaya dapat mengandung. aku teringin nak ada baby. teringin nak ajar anak- anak. ajar baca doa. kemas rumah. masak- masak

aku selalu perhati je orang- orang yang ada anak. macam mana diorang didik anak- anak mereka. aku kagum dengan kawan sekolah aku. hawa. dia ajar anak bahasa asing. memang fasih

mungkin Allah lambat- lambatkan zuriat sebab nak aku belajar dulu. hanya Allah saja tahu apa yang terbaik

bila tengok kawan pregnant tak tahu macam mana nak respond. tipulah kalau cakap tak cemburu. dalam hati mesti cakap bestnya baru kahwin dah pregnant. senangnya lekat

tak perlu nak sedih. Allah marah. aku sentiasa doakan kawan- kawan yang mengandung Allah permudahkan segala urusan. aku berdoa lepas ni semoga period aku teratur dan permudahkan untuk mengandung. amin

November 8, 2016

pemerintah yang zalim

kelakar bila rakyat malaysia minta tolong dengan mahathir untuk pulihkan keadaan ekonomi dan politik di sini. mungkin ramai lupa yang kehancuran hari ini puncanya daripada mahathir sendiri. tapi betul kata mahathir:

melayu mudah lupa

bukan sebab mahathir pecat anwar kita hari ini selalu kena rompak. diperbodohkan oleh acuan siapa kalau bukan dia. siapa- siapa daripada golongan mereka memang hanya fikirkan dunia. lupakah kita betapa sekularnya mahathir sewaktu era pemerintahannya. mungkin dia dihormati oleh dunia tapi bukan aku

apa yang berlaku hari ini puncanya adalah mahathir!

betapa bencinya mahathir pada perjuangan pas. salahkan untuk kita hidup berpandukan ajaran islam. kalau ajaran islam diserap dari awal kita tak akan jadi seperti hari ini

setiap hari kita baca kisah sedih rakyat jelata. pedulikah mereka? 

mungkin mereka tak anggap kita ni manusia ada roh dan jasad. hidup mai kita tak bermakna buat mereka

kita diuji sebegitu rupa sebab kita golongan yang kuat. sabar. hanya janji  Allah saja yang benar. semoga setiap titis peluh dan air mata diberi ganjaran pahala oleh Allah

lindungi negara kami ya Allah. kasihani kami. kurniakan kami pemimpin yang baik. kasihanilah anak cucu kami. ampunkan dosa- dosa kami

November 3, 2016

hello november

spm dah tak lama. harap anak- anak semua dapat buat yang terbaik. rasa macam akan ada yang fail. sampai kelas terakhir pun pelajar masih lagi tidur dalam kelas. dan tak buat latihan. cry

cikgu ni ada ego. memilih. ajar yang nak belajar saja. kalau aku buang ego dan panggil yang malas- malas buat sama- sama mesti semua akan lulus kan. tapi aku tak. hari ni aku cuba baiki kesilapan

aku perasan yang budak- budak kelas 2G ejek aku. siap menjerit- jerit. bagi gelaran dekat aku. tapi Allah memang baik. Allah sejukkan hati aku melalui apa yang aku baca. facebook. buku. alhamdulillah

habib ali zainal abidin pernah bagitahu:

kayu gaharu kalau dibakar mengeluarkan bau yang wangi

dicaci. dicela. diejek sekalipun diam saja. biarlah Allah yang buat kerja. semoga semua tu pahala buat aku. amin

October 6, 2016

pasrah

bukan sedih sebab tak mengandung tapi sedih sebab suami selalu out station. setiap minggu. setiap hari. selang  sehari tunggu suami balik malam- malam. dari bulan lapan kot. rindu sangat. lama tak keluar malam- malam. pergi pantai petang- petang. sedih. sungguh aku sedih

setiap bulan aku akan ada tanda- tanda tau
  • mual- mual
  • perut buncit
  • sakit- sakit perut
  • kerap kencing
  • berat badan naik
mesti ingat pregnant kan. sorry. tak. semalam check pregnancy test. sekali lagi

negatif

kali dah masuk kali ke berapa ratus entah. aku pun dah give up. malas nak fikir lagi. mungkin dah takdir aku. hidup berdua. tapi yang buat sedih bila suami selalu tiada di sisi. busy memanjang. harap sangat suami dapat kerja lain. takut juga kalau sorang- sorang

beberapa malam ni menangis je. lepas satu. satu. banyak betul program risda. masa dengan suami habis macam tu je

next week balik kampung sorang- sorang suami ke jb sebelum tu ke kb. menangis. sedih sangat. hilang mood hari ni. orang lain ada anak boleh teman- teman

sedih. sedih sangat- sangat

October 3, 2016

terasa

nak berkawan kena lapang dada. tak boleh cepat kecil hati. terasa. susah nanti. kadang- kadang kita susah nak jumpa kawan - kawan lama. nak attend majlis- majlis mesti ada sebabnya kan. bukan saja- saja. siapa tak nak jumpa kawan- kawan lama. bukan dulu aku ke yang bersusah payah kumpulkan kawan- kawan. ke hulur ke hilir jupa kawan- kawan. amboi kawan. tak datang sekali dah perli- perli

dulu nak ke mana- mana senang. kita seorang. sekarang ada suami. ada dua keluarga. bukan senang. aku bukan nak riak ke apa tapi bila sekali kita buat salah yang baik kita dulu semua dah lupa. ingat kita tak berperasaan ke?


mimpi indah

malam tadi mimpi paling best. mimpi pregnant. dalam mimpi pun dah gembira tak terkata. kalau real tak tahulah macam mana. mungkin sebab perut buncit sangat kot

sebelum ni buncit jugak. memang ingat pregnant rupanya hanya kegemukan. sebab tu tak harap apa- apa. nanti sedih . menangis. selsema. demam dan lain- lain. selepas sebulan ni baru sembuh dari segala kesakitan

semoga Allah bagi pengampunan atas segala kesabaran

period aku lewat lagi. biasa kalau dah tulis dalam blog tak lama lepas ni akan period. memang period tahun 2016 tak cantik. awal- awal tahun dulu awal. hujung- hujung tahun ni lewat. bulan sembilan langsung tak period

menangis

aku berharap sangat tahun depan period aku teratur dan cantik. aku nak ada anak. aku kasihan dengan suami. betul- betul sukakan budak. sedih tau

bilalah nak period ni. ramai yang doakan aku pregnant. aku aminkan je. kalau betul bestnya. dalam mimpi pun best weh. siap confident dah check memang confirm pregnant. wow sangat

bila nak jadi kenyataan tu? in shaa Allah. kena banyak berdoa. tapi aku sombong kan. jarang berdoa. jarang mengaji. sembahyang hajat tak pernah. macam mana Allah nak bagi. fikirlah sikit fathiah. nak anak ke tak? usahalah!


September 26, 2016

laki bini

kami laki bini memang sempoi. tak pernah nak celebrate anniversary. birthday. candle light dinner bagai. nak gi jalan pun kena fikir banyak kali. kewangan memang tak stabil. lagilah kalau suami terpaksa hantar bos ke mana- mana

aku teringin nak bercuti berdua. impian aku:

jalan ipoh-penang-cameron
jalan pusing- pusing johor
jalan pusing kuala lumpur
jalan kundasang

langsung dah terfikir nak ke luar negara sebab tak mampu. berangan je la. tapi tahun depan harap sangat dapat jalan ipoh dengan penang. selagi berdua ni jalan je la dulu. buat apa nak menangisi kekurangan diri

dari dulu nak belanja abang nando's sampai hari ni belum lagi jejak ke sana. nan hado je la. kasihan suami saya. kami hidup sederhana sangat. bersyukurlah

lately suami busy sangat- sangat sempat jumpa sehari dua je. sedih tau. selalu outstation. start dengan langkawi awal bulan hari tu. lepas tu ke port dickson. minggu ni ke kuala lumpur dan kuala terengganu

berapa hari je dapat jumpa. ya Allah rindu sangat aku pada suami. lepas cuti awal muharam akan ke kuala terengganu lepas tu hantar adik ipar ke bangi. weh lah

sunyi sangat

September 22, 2016

ah macam- macam

pening ada kakak ipar. macam- macam perangai. walaupun seorang

adik ipar nak konvo lorat cari homestay tanpa tanya siapa yang akan pergi. berapa keluarga. berapa kereta

tak tanya okay tak homestay ni. terus book. tak tanya pun. adoi

suami dia tak nak gi alasan nak jaga anak. apa salahnya bawa anak- anak. bukan selalu. tapi kita tak boleh nak judge dia kan. sebab kita bukan tahu masalah dia

aku tak nak anak. nanti orang cakap aku tak faham keadaan

dia belikan kereta untuk ayah mertua. memang baik. tapi yang jadi mangsa aku. kau pandai- pandai beli. pandai- pandailah bawa balik. ni suruh kita pula drive. geram tau

kalau cakap main lepas je. orang terengganu panggil 'wak bijjok'

ah. stress ada kakak ipar. nasib baik seorang je. pening

September 21, 2016

tabiat

bukan ulang tahun perkahwinan kami tapi orang lain. dah jadi tabiat setiap kali kawan post pasal ulang tahun mesti aku terfikir

baru dua tahun kahwin dah ada dua anak
kahwin sama dengan aku anak dah dua
mesti bunting pelamin
lepas kahwin terus pregnant

seronokkan. kalau aku ada anak mesti sebaya baby akid

ingat lagi masa aku bagitahu abang yang la mengandung. abang ingat aku yang mengandung. abang siap cakap alhamdulillah lagi

masa tu baru lagi kahwin. sampai hari ni aku ingat. bila lah saat yang  betul- betul aku bagitahu abang yang aku mengandung

sekarang perut dah sakit- sakit petanda nak period. bukan rezeki lagi. in shaa Allah suatu hari nanti masa tu akan tiba. sabar

September 19, 2016

kisah klinik kesihatan

oleh kerana kekangan wang aku terpaksa ke klinik kesihatan kijal. bayar ringgit malaysia satu dapat check tekanan darah. kencing manis. air kencing. best kan

orang pun tak ramai. sekejap dah settle. doktor cakap kencing kotor ada darah dalam air kencing. mungkin sebab nak period. pregnant negative

next time tak nak ke klinik swasta lagi. ke klinik kesihatan lagi bagus. jimat pun jimat

hate that

hari ni suami ke port dickson sampai khamis. khamis okay. oh my

suami belum pergi pun dah rindu. baru jumpa tak sampai seminggu kena gerak lagi. next week lagi lah. kuala terengganu. kuala lumpur

sebab masa cuti aku pernah terdetik hati. aku dengan suami tak boleh cuti lama- lama sama- sama mesti akan gaduh

terdetik je tau. terus Allah jarakkan kami. ampunkan saya ya Allah. saya tarik balik kata- kata saya. saya rindu suami saya

tak kisah kalau suami nak tengok sport channel setiap malam pun. saya terima

aku cuma nak masa dengan suami. suami ada bagitahu dia nak apply kerani di unisza. bukan aku tak setuju. kami baru je masuk rumah baru. belum stabil lagi. takkan nak pindah lagi

sepupu ayah cikgu di kemaman. dah buat rumah di marang tapi masih tak dapat transfer

aku baru je balik ke terengganu. belum settle down lagi. harap abang dapat hold dulu

tapi buat masa sekarang. aku betul- betul rindu dengan suami. harap masa cepat- cepat berlalu. tak sabar nak jumpa

September 18, 2016

bully

jadi yang paling muda akan dapat paling banyak kerja. dah macam kuli. buat kerja yang orang lain tak nak buat. sehari sebelum cuti sekolah penggal dua bermula itulah hari yang aku hilang seratus peratus rasa homat aku pada pengetua

dalam sekolah ada lebih kurang enam puluh orang guru. tujuh puluh peratus adalah anak kelahiran kemaman. yang memang dilahirkan. membesar. menetap dan paling penting bercuti di kemaman

tapi pengetua psycho tu tetap suruh aku. memang aku seorang saja cikgu sekolah ni. semua pun aku. dahlah nak cuti pun susah. lama tau nak tunggu cuti ni

bila bagitahu aku masih di kampung waktu tu boleh pengetua psycho suruh aku datang awal. gaji jalan katanya. arghhh rasa nak smack down dia dan dan tu juga

i hate her

dah dua minggu demam. selsema. batuk. kencing tak lawas. aku tak nak lagi over confident. perasan pregnant bagai. membazir tau. ingat pregnancy test murah?

petang ni nak ke klinik kesihatan sebab nk buat check up. kuman. bakteria bahaya. takut serang paru- paru. otak. nauzubillah

banyak perkara lagi aku nak buat. tapi betullah kesihatan tu rezeki. tak ternilai. bila sakit terus ingat dosa- dosa lampau. sombong selalu skip doa. padan muka

harap kesihatan bertambah baik lepas ni. in shaa Allah