November 8, 2019

mood swing

suami ada kerja, 5 hari outstation. sedih. bosan
dahlah cuti 3 hari tapi disebabkan kelas tambhan dan jamuan akhir tahun, suami tak benarkan balik kampung, sebagai istri yang taat, saya redha

bayangkan 4 malam tidur sorang- sorang, aku sepatutnya tidur sekarang sebab esok kena drive ke cherating, sama- sama kak ayu

lately, memang aku rapat and selesa dengan kak ayu. aku tak malu nak ceritakan kebodohan aku, kejahatan aku, atau apapun peristiwa yang memalukan dengan kak ayu

sebab kak ayu baik, tersangat baik

esok tak tahu lagi kedudukan aku macam mana, mungkin dengan bestarians, atau kena halau duduk dengan orang lain. aku nak duduk sama- sama kak ayu. kasihan majlis apresiasi sebelum ni. bilik guru jauhari letak asing dari meja diorang. kejam kan

malu kak ayu, tapi kak ayu baik

sejak aku tak nak terlibat dengan camping budak form 3, ramai kakak bilik guru aku macam tak puas hati. kononnya sebab aku mengajar form 3 tapi diorang lupa aku ajar non muslim, tiada seorang non muslim pun yang terlibat dengan perkhemahan tu

alasan sebab aku muda. jap, gaji siapa lagi banyak. aku tak tahu la apa yang diorang cakap pasal aku. tapi aku tahu ada sesuatu

tiba- tiba kak ani tanya pasal 'bestfriend' aku, kak fida. aku faham kenapa kak fida tak nak gi jamuan tu. bukan sebab anak- anak. sebab kak ina dengan kak salma. satu lagi sebab, tiada bilik guru. sampai bila nak macam tu kan

entah lah, aku tersepit. kakak- kakak bilik guru perli- perli aku kawan dengan kak fida, diorang tak tahu kenapa aku kawan dengan kak fida. sebab aku faham perasaan dia, aku pernah rasa apa yang kak fida rasa, ditinggalkan suami. kalau aku, ayahlah bukan suami. nauzubillah

betapa sedih, sengsara, kecewa. ingat senang ke nak bangun balik, nak senyum, ketawa macam takde apa- apa. sebab diorang tak rasa

tahun depan kalau pegang bilik apd lagi, aku nak habiskan masa dalam bilik tu. nak kurangkan duduk bilik guru. banyak sangat perkara negatif diorang tuduh aku

bila student best, cikgu- cikgu pulak yang tak best

November 7, 2019

anak murid

tiada perkataan selain alhamdulillah kerana Allah kurniakan anak- anak murid yang baik, terutama sekali subjek aku, moral

sepanjang jadi cikgu anak- anak di sinilah yang paling baik, baik lelaki mahupun perempuan

yang nakal, degil, malas mestilah ada tapi masih boleh control

mungkin sebab aku dah tua, aku boleh baca anak- anak ni. aku boleh kawal anak- anak ni

spm tahun lepas paling membanggakan sebab dalam negeri terengganu cuma tujuh saja yang dapat A+, enam daripadanya anak- anak aku

walaupun tiada ucapan tahniah daripada pentadbir, aku rasa mereka tak tahu, tak peduli pun. mungkin sebab ada tiga orang yang gagal

aku akan rindu han kit, chin hung, teck wei, boo heng, wen kang, diviyan, aaron, dinesh, cabmerine, monica, kah cheng, kartiyaini, vincent

lepas ni tiada lagi yang panggil cikgu dari jauh dan buat isyarat love

                                sweet kan

rindu semua, selalu gaduh, gurau sama- sama. aku tak bimbang langsung dengan anak- anak moral sekolah ni

syukur pada Allah sebab bagi aku kepandaian dan kekuatan untuk uruskan mereka ni. siapalah aku tanpa Allah

Allah selalu permudahkan hidup aku, selalu. malu dengan Allah. terima kasih sebab selalu tolong saya, bahagiakan saya

November 6, 2019

hampir ke penghujung

kami sayangkan adik kami, tapi Allah lebih menyayanginya. innalillahiwainnailaihirojiun

perginya adik kami, siti hajar menemani mak dan adik di sana

lama hajar menderita, she is the ultimate fighter. against cancer

tiada kata yang mampu diungkapkan, hanya doa buat hajar, semoga bahagia di sana

hajar memang perahsia, tiada seorang pun kawan- kawan, saudara- mara yang tahu tentang penyakitnya. sampailah saat dia pergi menghadap Ilahi

aku suka hajar, sebab kami banyak persamaan. cara kami berfikir sama. hajar ahli keluarga pertama yang pertama aku mesej

i love her so much, aku selalu doakan hajar diberi kesembuhan, dikembalikan kesihatan. setiap hari setiap kali selepas solat

tapi subuh yang terakhir tu, dalam doa ada aku tersebut, semoga Allah permudahkan

6.50 pagi sarah call bagitahu hajar dah nazak, aku mesej pengetua untuk minta cuti. lama aku tunggu. call dua kali tak berangkat

7.20 pagi pengetua reply. on the way balik matbu call bagitahu hajar dah pergi

aku bersyukur sebab aku dapat mandikan, kafankan hajar, sama macam arwah mak dulu

tiada lagi adik kami yang ceria, yang bijak, yang tegas, yang rajin, yang pandai sembunyikan kesakitan

cuma aku terkilan, jummat terakhir tu aku tak teman hajar di rumah, aku ingat hajar makin sihat, makin kuat. memang tak akan dapat putarkan waktu

maafkan kak nor

kak nor doakan hajar dan mak bahagia di alam sana, tunggu kami di syurga

        masa ni hajar ngidam nak makan pasta

May 20, 2019

update since foreva

alhamdulillah 2019 berlalu dengan penuh kebahagiaan. syukur pada Allah sebab rezeki saya nikmat mengandung. walaupun cuma sebelas minggu tapi syukur sangat- sangat

missed miscarriage 
mengandung tapi kantung sahaja
tiada degupan jantung
tiada janin
bukan rezeki
redha
kami namakan anak kami muhammad
muhammad akan tunggu kami di surga

alhamdulillah bulan tiga genap umur perkahwinan kami yang ke lima
syukur pada Allah hadiahkan saya suami sebaik itu
walaupun sebenarnya saya tak layak

hal- hal sekolah sama saja. cuma ada seorang cikgu berbangsa cina bersikap racist. katanya "biarlah semua cikgu melayu dibuang kerja" "dah la hitam". kenapa mereka naik tocang?

sejak kerajaan baru berkuasa. bagi saya Allah lagi berkuasa. apa yang Allah susun itulah yang terbaik dan sempurna. setiap yang berlaku dengan izin Allah. Allah akan jaga umat islam di Malaysia ni. semoga dipermudahkan

August 16, 2018

batu api

kat sekolah ramai batu api. sampai faham kenapa nak laga- lagakan orang. bahagia ke tengok orang bergaduh sesama sendiri? 

pengetua nak pencen lagi buat hal. ditukarnya kawan bilik guru ke sekolah yang lain. alasan, tak perform, selalu alahan

sekali Allah bagi balasan, sakit sampai masuk hospital. dah masuk sekolah lagi cari gaduh. dah elok ada cikgu yang cukup pergi buang. sekarang terpaksa cari kambing hitam, siapalah yang malang tu

lambatnya bulan sembilan, cepat- cepatlah pencen. menyampah

tapi dengar cerita pengetua yang nak masuk lagi gila

tapi aku tekad, kali ni tak nak lagi kena pijak. lawan habis- habisan

July 31, 2018

malaysia baru

lupa nak bagitahu kerajaan hari ni dah bertukar. tapi still mahathir yang memerintah. manusia paling aku tak suka. menyampah

rasa macam sama je dengan kerajaan sebelum ni. sebab daripada akar yang sama. makin teruk ada

sekarang orang melayu dah ditindas- tindas, oleh bangsanya sendiri

sekarang golongan atheist makin berkuasa, agama dah tolak ke tepi. siapa yang masih ikut islam itu, kolot. tak moden. benci pembangunan 

bodoh sombong kan

pondan dah berani tunjuk belang sebab tiada siapa berani kekang. maksiat tak yah cakap la. remaja dengan pakai seksinya. yang pakai tudung pon seksi tak hengat. tak tau lah nak tunjuk apa

sedih tau. sedih 

angau

tolonglah penyakit apa menyerang aku

angau

hari- hari rasa nak tengok assistant aku tu, ya Allah tolonglah
hari- hari rasa nak whatsapp dia

nak tahu dia tengah buat apa
suka dengar lagu apa
study macam mana
bola suka team mana

agak- agak dia ingat aku tak?
weh cikgu!

gila kah?


July 25, 2018

assistant cikgu

ada seorang budak lelaki tingkatan lima, yang bagi aku paling handsome di sekolah. baik, sangat hormat pada guru

oleh kerana aku suka tengok muka pelajar tu, aku ambil kesempatan. minta dia bawakan barang, setiap kali peperiksaan

aku gelarkannya assistant cikgu

pelajarannya lemah, mungkin bukan kekuatannya walaupun dalam kelas hanya dia yang menelaah. hanya tinggal beberapa bulan untuk tatap wajahnya yang handsome tu

aku berangan suatu hari nanti kalau punya anak lelaki, macam tu lah rupanya

bila mak sakit

masa mak sakit tempoh hari, mak diletakkan di wad yang ramai orang tua. ada yang berteman, ada yang seorang. aku bagitahu suami

abang macam mana kita nanti, siapa nak jaga kita?
(walaupun dalam hati aku tahu Allah ada)

semoga Allah ambil nyawa kami saat kami bersama- sama, saat kami benar- benar bersedia bertemu dengan Nya

semoga kami tak susahkan sesiapa di dunia

habuk

lama tak update. fyi

-- berat makin naik, almost tiga kilo
-- masih lagi period regularly
-- masih bahagia
-- mak mertua meninggal seminggu sebelum raya*
-- porch rumah hampir siap


*arwah mak sakit sekejap sangat. alhamdulillah sempat jaga mak. siap tukar pampers mak. sempat buka puasa, sahur dengan mak. terngiang- ngiang lagi suara mak panggil keluar sahur. masa tu baru jam empat pagi

mak sakit seminggu je, demam. mula- mula ingat hypo (kencing manis). bawa ke klinik masukkan vitamin dalam air. masih lagi lemah. bawa ke hospital terus di bawa masuk wad. doktor tidurkan mak sebab mak meronta kalau sedar

seminggu mak tak sedar, rabu pagi suami call, bagitahu mak nazak. aku baca yasin. sampai helaian ke tiga, biras call bagitahu mak dah dijemput Allah. haritu juga hari lahir ibu kandungku

terkilan. tak sempat belajar dengan mak banyak resepi, tak sempat belajar dengan mak macam mana nak didik anak lelaki. sebagaimana mak didik suami jadi lelaki yang hebat dan sangat hormat wanita. tak sempat hadiahkan mak cucu. tak sempat nak luangkan masa dengan mak

maaf mak, kalau saya marah anak lelaki mak depan mak, tunjuk muka tak puas hati saya depan mak, sampai sekarang kalau teringat mak buat saya sebak

saya teringin nak belajar dengan mak macam mana nak jadi ibu yang hebat. nak didik anak lelaki jadi hebat

rindu mak

March 5, 2018

kecuali aku

aku rasa kawan- kawan sekeliling aku ramai yang dah mengandung. ada artikel di facebook bagitahu mengandung ni boleh berjangkit. tapi apa yang aku perasan

semua orang berjangkit kecuali aku

nini sama- sama diet dengan aku. sekarang dah mengandung. cikgu lain turun dua kilos dah mengandung. aduh senang sangat 

cuma aku saja. bulan lepas abang busy sangat. sama juga dengan bulan ni. minggu ni minggu subur aku. abang ke kuala terengganu sampai rabu. waktu subur berlalu macam tu saja tiap- tiap bulan

tapi kan kalau Allah dah tetapkan, mengandung je kan

bukan masanya lagi. Allah nak aku tunggu dan bersedia

tapi memang aku takkan berjangkit dengan sesiapa pun. cuma tunggu Allah rezekikan aku anak

February 28, 2018

duka atau duga

semalam dikejutkan dengan berita adik ipar (adik suami) disahkan menghidap kanser limfoma tahap empat

Allahu

rasa macam ada batu hempap badan. sungguh. tak terkata

mak mertua mungkin sebab sedih dan terkejut. tak lalu makan. baring sepanjang hari. bulan lepas dah hypo. sampai terpaksa call ambulans bawa ke hospital

aku harap sangat adik aku kuat untuk tempuh semua ni. hanya semangat dapat membunuh segala penyakit

helpless

aku tak tahu. apa yang patut aku buat 

apa patut aku buat?

doa pada Allah. dugaan aku kecil sangat berbanding adik aku ni
doa

February 21, 2018

if only they knew

berbulan lamanya tak update. kesibukan melampau plus malas. harini hari lahir ateh adik yang ke tiga. aku pernah terfikir. kalau takdir aku tak punya anak. rumah aku tinggal sekarang aku nak wasiatkan pada ateh. hanya ateh yang mampu jaga rumah tu dengan baik

aku pernah fikir jugak kalau takdir aku meninggal di kemaman aku nak ditanam di sini. tapi belum ada kekuatan untuk bagitahu suami

sampai saat ini aku masih belum mengandung. belum ada rezeki. bulan lepas aku ada mengurut. kata tukang urut rahim aku sempit seolah ada dinding yang menghalang. dalam masa yang sama kawan sekolah minta gambar aku untuk bagi pada kawan adiknya, seorang ustaz

kata ustaz aku disantau. badan aku ada ketua jin. yang santau itu adalah perempuan. entah

aku percaya yang sekarang bukan rezeki lagi. Allah dah susun sebaik- baiknya. kita manusia cuma perlu ikhtiar

tapi paling sedih bila kekurangan kita dijadikan bahan gurauan

potong kain pun tak pandai, macam mana nak ada anak
patutlah tak de anak, tak de sifat keibuan
kenapa bawak bekal, bekal anak eh

kalaulah mereka- mereka ini tahu dalam hati betapa aku mahukan anak. betapa aku impikan untuk jadi mak

aku selalu rasa bersalah pada suami sebab tak mampu untuk bagi anak. pewaris kami. aku cuba jadi kuat. aku terima kalau memang takdir aku tak akan ada anak

semoga Allah kuatkan cinta kami. sampai syurga

cuma suami dan Allah pendengar setia. yang aku selalu luahkan segalanya. aku tak punya kawan yang aku boleh kongsi semua. cukuplah suami dan Allah

aku harap aku bersedia dengan apapun kemungkinan

December 21, 2017

not yet

pagi tadi terjaga jam empat. konon nak check pregnant ke tak tapi dah rasa macam dah period. dah dekat jam lima tak tahan sebab mata tak lelap. ambil pregnancy test masuk toilet. bila check satu line. tengok bawah jamban dah warna merah. period rupanya. pembaziran upt betul

tak tahu nak gelak ke sedih. kenapalah tak pandang bawah dulu. excited sangat agaknya

kali ni nekad tak nak makan clomid. nak cuba cara semula jadi. kalau tak jadi nak sambung makan clomid

berat mesti turun. petang ni nak start exercise kat rumah. target tahun depan lima puluh lapan kilos. tapi period kali ni paling sakit. senggugut kuat sangat

darah pon menakutkan

aku redha. bukan rezeki lagi. belum lagi. Allah tahu apa yang terbaik untuk aku. setiap kesabaran pasti ada ganjaran

December 19, 2017

marking

alhamdulillah marking dah setel. awal seminggu. syukur sangat- sangat

last appointment dengan doktor hamidah ada berita baik. akhirnya ada tiga biji telur dalam rahim aku. terkejut. syukur. doktor pun happy sangat. aku apatah lagi kan

akhirnya normal. hopefully tapi untuk next cycle aku nak stop ambil clomid dulu. nak cuba naturally. berjaya tak. tapi jauh dalam hati harap sangat aku mengandung kali ni. ikutkan memang tak sanggup nak hadap doktor

aku suka doktor hamidah. positif

terima kasih Allah sebab permudahkan jalan. kalau tak sebab mak nak beli barang di kedai seven e sebelah klinik memang aku tak jenguk klinik tu

sebab tu jugak aku berjaya turunkan berat. alhamdulillah sekarang dah enam puluh dua. macam mimpi. tapi doktor suruh turunkan lagi. yang sadisnya sejak cuti ni berat tak turun- turun. takut nak jumpa doktor next appointment. serius

dah la tak beli ubat. berat tak turun. harap buka sekolah nanti aku lebih disiplin

terbaca post doktor imelda pasal pesakit pcos. untuk pregnant bmi mesti dua puluh tiga. aku? dua puluh empat. aku kena turun lagi tiga kilos untuk dapat bmi tu

the struggle is real

stress bila berat tak turun- turun. padahal aku tak makan apa malam tadi

harap lepas ni aku bebas daripada penyakit pcos. harap tahun depan dapat jadi ibu
amin