October 29, 2011

saya tak cantik

semalam aku sekolah pagi ada hari ucapan [penyampaian hadiah]. alhamdulillah semua berjalan lancar. hari istimewa macam ni ramai cikgu show-off dslr masing- masing. aku tak kisah sebab aku dah ada bawang merah. tapi

aku memang perasan masa di kuching. masa mula- mula tahu sekolah mana yang akan dihantar aku tengok cikgu lain yang sama sekolah dengan aku baizura dan dorris sangat cantik. aku jadi rendah diri. bila sampai di sekolah bermulalah mimpi ngeri aku. betul- betul jadi kenyataan

bila bersama orang- orang yang cantik aku jadi halimunan. tak siapa perasan aku. bercakap dengan aku tegur aku apatah lagi bergambar dengan aku. semua cari baizura dan dorris. kalau ada majlis contohnya dinner malam tadi. semua berebut amik gambar mereka. aku bukan nak sangat bergambar cuma

kecik hati

aku hairan masih ada lagi manusia sempit fikiran macam tu. aku bukan dengki atau jeles. sebab dah lama aku perhati. semua lelaki macam tu ke? atau sebab aku melayu? aku memang tak make-up. tak free-hair. tak warna rambut. dan tak pakai baju seksi

bangga

baizura minta aku amik gamba dia dan dorris. serius cantik. macam pramugari. tapi aku sangat bersyukur dengan segala apa yang diberi Allah. alhamdulillah. walaupun aku tak cantik seperti mereka tapi aku jaga yang satu itu. aurat

memang aku pakai jeans. kadang- kadang memang ketat tapi aku cuba pakai baju labuh. memang aku pakai selendang tapi aku cuba tutup dada aku. memang aku tak pakai stokin atau sarung kaki tapi aku cuba pakai kasut

bukan perasan bagus

situasi macam ni buat aku terfikir. walau Allah bagi begitu banyak kelebihan tapi seolah mereka buta. tahu 2012 akan kiamat [menurut mereka] tapi tak pernah nak solat. jangan cakap di mulut saja. mesti buat jugak. tak tunggu hari kiamat. bila- bila masa nyawa boleh diambil Allah

bukan mengumpat

cuma jadi peringatan. aku manusia lemah. dan aku bangga walau aku tak cantik. kebetulan semalam aku tengok satu movie yang seakan bagi aku kekuataan. penjelasan

'the relation of face mind and love'

a handsome hunk, tae-pung is an interior designer. so-jung is not really pretty, but is a very cheerful and powerful woman. if they fall in love, it is definitely a match made in heaven. how much does looks matter in love?
look at her teeth. tehe~

bliss

sebenarnya rupa bukanlah segalanya. aku harap aku sentiasa ingat ini

October 27, 2011

mental torture

sacred heart school

2 minggu penuh suka duka perlu ditempuhi. even hari ni pon dah cukup menyeksakan. budak- budak girang bermain seolah dunia sekolah ini milik mereka sehinggakan guru- guru terpaksa berkawad didepan kelas mereka. kamu semua ni manusiakah?

hari ni terpaksa minta tolong 2A2 untuk mark paper mereka sendiri dan 2A6 sekali. banyak songeh pulak. mita bonus 5 markah la. duit rm 5 la. tak ikhlas betul. aku time sekolah rilek je tanda kertas sendiri

2 3 hari ni berulang alik sambil berlari- lari anak dari bilik guru ke dewan. serius lenguh gile kot. lepas tu gi kelas. tanda kertas. nak bernafas pon tak sempat. tipula tu. harap gimik hari ucapan esok menjadi. matilah aku kalau tak jadi. mahu kena transfer gi long lama ni

pagi tadi mimpi. asyik mimpi je kan. memanglah dah tidur mestilah mimpi. tapi mimpi tak best. yang bersambung- sambung. kalau kumpul- kumpul dah boleh buat novel kot. mainan tidur je pon. tapi cukup untuk buat hati rasa tak best

tadi tengok stephen sungguh- sungguh buat pembetulan. alhamdulillah banyak berubah. nak kawan dengan sesiapa pon boleh tapi jalan ikut yang tak baik sudah. rasa sedih sebab tak dapat jumpa dia lagi. masa first time masuk 2A9 dulu dia yang pertama aku tengok. paling hensem. cikgu sentiasa doakan awak berjaya

kah leong pulak kena gantung sekolah. masukkan staples dalam botol air daniel. sengal sungguh. kan dah kena gantung. yang ni lagi sedih memang tak sempat jumpa. tahun depan dah form 3. sedih weh. dah besar anak- anak aku ni

October 24, 2011

perihal sit in

tadi kesian betul dengan cikgu tang hin dak. tak pasal- pasal kena sit in kelas aku. ye la mula- mula beriya cakap nak kena gi sekolah teknik kena belajar bola-tak-ape-jenis-tapi-yang-pasti-keluar-cahaya sedangkan aku ni cuma ajk hias meja. hias meja! why me?

aku punyalah tak senang duduk. janji jam 3. dah rehat belum pon nampak batang hidung lagi. cikgu tang hin dak tengok aku muka kelat. dia kena sit in aku bersenang dalam bilik guru. sori cikgu tak sengaja. sepatutnya aku happy tak perlu masuk 2A3 tapi kali ni tak dapat rasa kenikmatan tu sebab susah hati. susahkan orang

last week cikgu lain kena sit in kelas aku jugak. matilah aku lepas ni. mesti muka aku je kena sit in. ganti balik. tapi aku bukan mc ke crk ke. semua hal sekolah. taklimat induksi. gimik hari ucapan. tak adil

October 21, 2011

kesian pulak

rindu bau laut [sungai marang]

masa exam petang tadi ian young bercakap non stop. siap tanya kawan lagi. tiba- tiba nak gi toilet pulak. macam- macam hal. aku tak bagi. nak jugak keluar. bila masuk aku halau dia keluar. pergi exam dekat luar. siap angkut meja ni. gigih dak ian

masa memang panas gile. matahari memang tengah setting baik punya. stay kat luar 5 minit pon dah boleh terbakar kulit kot. kelip- kelip tengok aku. tak layan

tiba- tiba madam ngu panggil ingat dah boleh masuk rupanya dia suruh angkat meja gi tempat teduh sikit. aku rasa kesian la pulak. terus panggil masuk. dan- dan cikgu lain datang aku pon terus ke kelas seterusnya

ok next time tak nak bagi student duduk luar lagi. tapi nak bagi pengajaran. cuma jangan melebih nanti jadi kes dera pulak. kita ni manusia ada hati perut. tapi tak tahu la bangsa lain

pagi ni ada taklimat induksi. alhamdulillah semua berjalan lancar. 22-24 nov insyaallah ada berinduksi di sibu. balik lewat sikit tak pe asal semua dah setel. pagi ni jugak jumpa dorris lama tak borak- borak. dorris bagi tahu malam tadi ada kawan ayah dia sekeluarga mati dibunuh dalam kes rompak

manusia sekarang dah macam bukan manusia lagi. dahlah merompak membunuh pulak. bahaya ada dimana- mana. harap sentiasa dibawah lindungan Allah

aku tak faham dengan indonesian. kenapa extreme sangat? sikit- sikit nak membunuh. kami malaysian sangat welcomed sesiapa pon yang datang ke sini dengan niat untuk cari rezeki. kami tak pernah bakar bendera indonesia atau baling najis ke kedutaan indonesia sebab kami tiada masa untuk buat kerja bodoh macam tu

tolonglah hargai apa yang dah orang bagi. ini bukan cara untuk ucap terima kasih. kita sebangsa serumpun buat apa bermusuh?

October 20, 2011

hutang budi dengan Allah

hati seaakan mati
jantung seaakan berhenti

despair? better don't. Allah selalu ada. aku yang kadang- kadang lupa. tadi masa jaga exam baca buku 'bawa hatimu kepada Tuhan' tulisan ustaz amaluddin. bila dibaca seolah pesanan Tuhan buat aku. jadi sebak

setiap saat Allah berikan kita petunjuk cuma kita yang terlepas pandang dek karat dosa dan buta hati. nauzubillah

aku selalu nak buat tu nak buat ni [sesuatu yang baik] tapi selalu tangguh- tangguh. selalu ikut syaitan buat maksiat. buat kerja lagha. aku tahu salah tapi aku buat jugak. lemah. terlalu lemah. selalu terfikir 'tak baik buat macam ni''tak baik cakap macam ni' tapi

semalam cuba cuci hati di sini terbaca tanda kecik kiamat telah lengkap. aku tahu kiamat pasti berlaku. aku takut. sangat takut. dalam artikel tu ada cakap

3-bermaharajalela alat muzik.
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. ” Ada yang bertanya kepada Rasulullah saw; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah.
[wanwma]

aku memang suka muzik. apa jenis muzik sekalipun. sebab aku anggap muzik itu seni. seni itu indah. jujur cakap aku memang tak minat penyanyi perempuan. bagi aku itu memang salah walaupun bertudung. tudung bukanlah lesen untuk menghalalkan semua perkara. untuk buat semua nampak baik

aku cuba. cuba untuk kurangkan. insyaAllah

ini bunga ditanam popo. cantik~ ada bunga ros baru nak mengembang. nanti snap lagi. bila lagi nak appreciate seni Tuhan. terima kasih Allah

October 17, 2011

shy girl


seokhun

malu? memang aku pemalu. sebab tu aku tak pernah ada teman lelaki sepanjang 25 tahun ni. bukankah malu itu lambang keimanan? malu nak couple malu nak buat maksiat. dan aku percaya Allah dah jadikan manusia itu berpasang- pasangan. aku cuma perlu sabar

oh mak. berapa kali perlu saya cakap. saya tahu mak bimbang. saya pon! sabar mak sabar~

memang setiap manusia ada perasaan cinta. suatu masa kita jatuh cinta. best kan perasaan tu. tapi malangnya dah lama tak rasa. nanti jatuh cinta kat sang suami *gelenya*

bila aku jatuh cinta
aku mendengar nyanyian
seribu dewa dewi cinta
menggema dunia

bila aku jatuh cinta
aku melihat matahari
kan datang padaku
dan memelukku dengan sayang

bila aku jatuh cinta
aku melihat sang bulan
kan datang padaku
dan menemani aku

melewati dinginnya mimpi

[bila aku jatuh cinta - nidji]

tapi kalau aku jatuh cinta atau jatuh suka. sumpah aku takkan bagitahu yang aku suka dia. sebab aku takut perasaan teruja tu hilang. best pe tengok dari kejauhan. kalau cakap nanti mesti control tak natural lagi. betul sik. tapi tu zaman muda remaja dululah. orang dewasa lain kot. entah dah dewasa ni susah sikit nak berperasaan

aku sayapnya tambatan hatinya
yang mengilhami tiap langkah hidupnya
begitu adanya dalam goresan pena
ia suratkan berkala untukku
tak sekalipun kujumpai dia

tak pernah berhenti mencintaiku
seluruh jiwa raga meskipun samar
siapakah gerangan dirinya

aku nafasnya mungkin pula nadinya
kan menjaga denyut jiwanya
berartinya aku dimata hatinya
t’lah meniupkan cinta sejatinya
sungguh enggan ia merelakan aku

[siapakah gerangan dirinya - padi]

aku takut jugak. kalau bagitahu perasaan suci ni. lelaki kecintaan aku tu tolak. takut untuk rasa sedih kot aku ni. tapi dah lewat kot. aku cuma fikir usia sekarang aku patut kahwin. dan bercinta selepas kahwin tu lagi indah. indah macam lagu indon

kutuliskan kesedihan
semua tak bisa kau ungkapkan
dan kita kan bicara dengan hatiku

buang semua puisi
antara kita berdua
kau bunuh dia sesuatu
yang kusebut itu cinta

yakinkan aku Tuhan
dia bukan milikku
biarkan waktu waktu
hapus aku

sadarkan aku Tuhan
dia bukan milikku
biarkan waktu waktu
hapus aku

[hapus aku - nidji]

tapi kalau suka setengah mati pon kalau dah tiada jodoh. baik aku simpan cinta aku ni untuk sang suami esok. sabar ye mak. baru 25 muda lagi. hidup baru nak mula. masak pon belum pandai lagi. kwang kwang kwang

saya yakin dengan perancangan Allah

October 15, 2011

bila kami tinggal berdua

sepatutnya pada masa macam ni kami dah lunch. dah siap masak kot. tapi oleh kerana kak aini nak keluar gi kedai jahit. pakcik yang hantar tong gas tu lambat datang. jadinya dah tengah hari belum pon masak lagi. aku bukan main lagi bangun awal. gigih nak masak

barang- barang nak buat acar belum beli lagi. timun dan sebagainya. ajak kak aini gi giant tapi kak aini nak beli teh orang kampung. maklumlah kak aini ni pengguna tegar. aku tak sure pulak giant ada ke tidak. nanti kang tak pasal- pasal kena pusing sibu

aku belum siap- siap lagi ni. ikutkan hati malas je nak keluar. cuti- cuti ni best kalau stay rumah je. nasib baik kelas ada lagi 2 hari je. rabu dah exam. memikirkan aktiviti lepas exam buat aku pening ni. budak- budak laki ni bukan kata nak buat aktiviti nak ajak bincang pon susah. nak mintak suruh diam lagi susah

adoiiyai kenapalah cerita kat tv sekarang ni sedih nau. tapi cerita hindustan petang ni macam best. pernah tengok iklan dulu. harap- harap sempat tengok sebab petang ni jugaklah nak gi giant bagai

petang sikit baru mula masak. menu hari ni nasi hujan panas. kami hentam je. campak- campak je apa yang ada. semua ok kecuali lupa letak halia masa masak nasi. garam pon macam tak cukup. tapi dah boleh buat open house tahun depan. insyaallah






tada. inilah hasilnya~

October 13, 2011

periuk nasik

syok- syok masak gas habis pulak. sms wani tak reply. call kak emy tak jawab. aku pon tak sure dah masak ke lauk ni. tiba- tiba terpandang rice cooker. haaahh aku pon cepat- cepat masukkan lauk dalam periuk. tada!

alhamdulillah masak jugak lauk hari ni. dulu masa kat unimas selalu masak dalam rice cooker. terima kasih pengalaman!


October 12, 2011

so what??


sejak dua menjak ni. hati rasa tak tenang. kenapa? sebab aku selalu terlepas subuh? cahaya dah hilang sampai hati dan semua deria jadi hitam. dahlah hal semalam buat aku cuak. hari ni ada lagi budak buat hal. tapi kali ni kelakar

gigih sangat jumpa pengetua nak mengadu pasal aku. nasib baik aku sempat jumpa pengetua. dia nampak ok je. dia cuma tanya aku ada aku bagi budak tu keluar. aku belum cakap apa- apa dia dah keluar gi toilet. aku bukan apa. aku takut pengetua fikir apa nanti. skt aku. dahlah kena dapat 85 ke atas baru dapat apply cikgu bahasa jepun tu

aku bukan jenis pengampu bos. kalau tak deperkara penting memang aku tak cakap dengan dia. tapi tiap kali aku jumpa dia mesti mengadu pasal budak. aku betul- betul takut. takut dengan persepsi dia. tak tahu nak kawal budak

hati aku memang tak tenang. macam- macam aku fikir. sampai adik aku yang habis pmr tu pon aku dengki. betapa bestnya sekolah dulu. malangnya memang tak dapat putar waktu. dah dewasa kena betul- betul jadi dewasa

tapi aku penat. sangat penat. aku nak mengadu. nak bercerita. tapi tak de yang nak dengar. cuma ud tu pon jumpa di laman maya. aku nak bahu untuk menangis. cerita segala kisah duka aku. kisah guru dianak tiri. kisah guru yang dibenci. sampai tahap aku boleh fikir kalaulah aku mati sekarang tak de pon yang akan sedih atas kematian aku. semua akan buat macam tiada apa yang berlaku

aku stress. sangat stress. aku memang tak dapat tahan lagi. cuma perlu sabar sampai sah jawatan nanti. mahu pergi jauh dari sini

these time aku teringin asam laksa di mid valley. bersenang- senang di mph. makan cendol di klcc. tengok siapa jadi cover untuk majalah jepun kat kinokuniya. basahkan ketiak di jalan tar. naik monorail berdrebar. gi lowyatt sambil tengok gajet terkini. rindu. kalau dapat ke kuala lumpur 2 hari pon aku dah bersyukur. sangat- sangat

aku cuma rindu saat aku tak perlu fikir apa- apa yang membebankan. chill je. bebas tak terikat. dewasa oh dewasa

perlu ingat fathiah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. dengan izin Allah

October 11, 2011

bersalah?

soalan exam 4. siap!

semalam aku rotan wong kee chan. kena lengan dia. siap nangis tu. hari ni aku rasa tak sedap hati pulak. ada sesuatu tak best nak berlaku ni. fathiah fathiah baru setahun jadi cikgu dah macam- macam

aku tahu aku tak patut buat macam tu. tapi geram sangat. berjalan- jalan dalam kelas. perempuan memang emosi. aku tak sabar nak tukar ppd. atau apply cikgu bahasa jepun tu. tak tahan la. hujung tahun ni makin menjadi- jadi pulak

tolong aku nak kahwin. boleh cepat- cepat keluar dari tempat ni

T___________T

October 10, 2011

hujung tahun dan majlis kahwin


lately asal buka facebook je mesti ada undangan perkahwinan paling terkesan bila junior yang jemput. untung jodohnya cepat. hampir ke hujung tahun ni pasti ramai lagi yang akan mengundang ke majlis membina masjid. insyaallah kalau tiada aral melintang sampai jugak ke sana nanti. bilalah turn aku pula yang menjemput? T_____T sabarlah~

nota: majlis bulan 11 memang tak dapat attend sebab jaga spm

October 8, 2011

najib yang bajet best

najib pembodek
terima kasih daun keladi
maaf kami tak kan undi

October 6, 2011

hangen

satu lagi tabiat manusia yang aku tak faham. hangen tak pasal. aku ada buat salah ke. ajak makan pon nak marah. pe hal? benci betul aku. tapi oleh kerana aku ni lebih muda terpaksa la bermuka- muka. boleh senyum lagi lepas dia jeling maut kat aku. macam mana nak habiskan sisa hidup aku di sibu dengan dia ni

ni pulak cerita yang boleh buat aku hangen. semalam aku ada rotan stud atas kesalahan tak bawa buku kerja. tapi aku termissed kena sipi- sipi je tangan dia. marah aku cakap suka- suka hati pukul dia. siap nak jumpa pengetua nak mengadu pasal aku. amboi banyak cantik muka kau dah la busuk bodoh pulak tu

lantas aku pon bagitahu mr wong. terus mr wong pergi jumpa dia. konsolasi kot. lantaklah . kau ingat kau bagus. belajar jangan haraplah malas nak mampus. dahla tak faham bahasa. kerek pulak tu. kau ingat aku takut? aku cuma takut pada Tuhan

aku tak sabar nak jumpa kau hari ni. siaplah kau gary hii!

October 4, 2011

he's cool

dalam setiap kelas mesti seorang student yang sangat cool. which mereka sangat understanding. kalau mengajar mereka dengar. kalau aku bagi kerja mereka terus buat. tak bising walaupun kawan- kawan mereka memekak macam nak pecah kelas

2A2 - dexter
aku memang suka dia. hensem pulak tu. cool je. walaupun kadang- kadang buku tak hantar. dia satu- satunya budak kelas tu yang ucap selamat petang kat aku kalau jumpa luar kelas

2A3 - danny & ellyson
kadang- kadang ada jugak tidur dalam kelas. tapi aku tak kisah sangat sebab dia memang pandai. semua subjek pulak tu. walaupun kawan- kawan dia memang pembising dalam kelas. bagi kerja terus buat. nice boy

2A5 - teng zhi hong
kelas paling bising. paling suka berjalan. penat weh. iban dengan iban. cina dengan cina. cikgu? ajar kerusi dan meja

2A6 - semua kecuali ian andy kevin & lee kah kung
kelas ni paling best. 80% memang tak banyak cakap cuma nama- nama diatas tu memanglah sangat bising. tapi mereka kelakar. faham bila aku marah dan suka buat lawak

2A9 - none
kelas aku. tapi semua suka cakap. walaupun tak kuat sangat. bisik- bisik je

form 1. belum lagi ada yang cool. tunggu besar sikit