terbaca satu blog yang tajuknya 'untung jadi cikgu'. dimana dia cuba untuk curahkan rasa cemburu yang membuak- buak dengan memberi pandangan yang macam sampah. aku cikgu dan aku juga manusia. antara perkara yang membuatkan kakak ini tidak puas hati ialah
gaji
memang aku sangat setuju gaji cikgu memang banyak. sekarang pon baru kerja dua tahun gaji aku hampir 4 ribu kurang lebih. tapi aku pernah cakap ini pada budak 'aku kerja sebab kamu [pelajar] bukan sebab duit'. Allah takkan tanya berapa banyak duit aku dapat tapi Allah tanya adakah aku dah jalankan tanggungjawab
cuti
fyi cikgu cuma ada 7 hari sahaja untuk cuti. 7 hari untuk 1 tahun. memang ada cuti sekolah yang banyak tapi kadang- kadang terpaksa ke sekolah ada perkhemahan. kursus dan sebagainya. kalau cikgu yang bertugas jauh macam aku nak kahwin sah- sah kena buat masa cuti sekolah tapi persiapan bila nak buat? cuti yang sebelum tu? cuti yang seminggu tu? cuti sekolah hanya untuk budak sekolah
multi-purpose
cikgu macam kerani masukkan markah. setuju. bukan setakat masukkan markah nak kena komen lagi. re-check lagi. buat analisis. sebelum exam kena buat sasaran pelajar. bukan satu website sahaja yang kena masukkan markah sekarang dah ada saps. pbs. macam nak terkeluar bijik mata masukkan markah. jangan lupa nak tanda kertas budak lagi satu hal
berniaga
apa salahnya kalau cikgu nak jual tudung ke kain ke tupperware ke. cikgu- cikgu mita duit modal dari kau ke? dia rasa seronok berniaga nak cari duit lebih salah ke?
jangan sebab seorang cikgu terus buat tanggapan macam tu. masa dah berlalu zaman dah berubah. mak ayah orang ramai tak pernah faham perasaan cikgu. betapa susah nak jadi seorang pendidik. aku percaya setiap cikgu mesti pernah menangis kerana pelajarnya
betapa budak hari ini biadap langsung tiada budi bahasa. bukankah itu didikan ibu bapa? macam mana seorang ustazah nak ajar pelajar yang berusia 13 tahun untuk puasa kalau ibu bapa tak pernah nak didik anak- anaknya dari kecik. bukankah nak meletur buluh biar dari rebung
bila dah keras tak dapat nak diajar mulalah mak ayah nak salahkan cikgu. yang buruk semua dari cikgu. bila budak dapat straight As semua jasa mak ayah. mak ayah yang bagi didikan tapi stesen tv. surat khabar lupa yang cikgu juga turut bagi sumbangan
ingat kalau bukan sebab cikgu atau pendidik dengan nama apa sekalipun kamu tak akan jadi apa yang jadi hari ini. ingat jasa guru. baik buruk tetap seorang guru. daripada salahkan guru tolonglah bantu guru untuk bangunkan anak bangsa. jangan lepas batuk di tangga