November 1, 2012

the end

alhamdulillah berakhir sudah sesi persekolahan 2012. memang sekejap masa berlalu. sekelip mata dah hujung tahun. minggu terakhir memang banyak tekanan. dengan pbs. guru kelas. fail pelajar. kursus pbs. sangat tertekan. aku memang cikgu yang teruk sebab pbs tak siap- siap. yang ditanda cuma sebahagian. insyaallah tahun depan aku buat sungguh- sungguh. janji!

insyaallah sabtu ni mak ayah apik datang ke sibu. pening sebab tak tahu nak bawak jalan mana. ayah nak gi bintulu rumah sepupu katanya. aku pon belum sampai bintulu lagi. minggu ni minggu tak berperasaan. tak tahu nak excited ke. nak sedih ke. nak happy ke. kosong

sabtu ni jugak keluar result untuk eg tukar. harap- harap tak dapat. rasa macam nak duduk sini lagi. baru nak selesa. tak sanggup nak ke sekolah baru. suasana baru. macam- macam ada dalam otak. kalau dapat pengetua jahat macam mana. cikgu- cikgu suka jaga tepi kain orang macam mana. back stabber macam mana. budak- budak melayu yang biadap macam mana

so harap- harap tak dapat. siapa nak tinggal jauh dengan family. mesti sedih. teringat- ingat selalu tapi nak hadap budak- budak tak makan saman setiap hari memang tak sanggup

tahun ni budak- budak sangat ok. sebab tu aku jarang post entry sebab tak tahu cerita apa. tahun lepas budak tak kisah aku ada tau tak. tak ambil tahu. tak peduli. tahun ni siap tanya ajar tak form 3. jangan rindu kami. next year jumpa lagi. kan best macam tu. baru rasa macam cikgu

aku memang akan rindu budak- budak form 2 terutamanya 2A2, 2A5 & 2A8. diorang memang best! semoga semua berjaya dalam pmr. jadi manusia hebat!

hujung tahun macam ni memang banyak jemputan kahwin. di sekolah 2 orang akan kahwin november ni. jauhhh di sudut hati aku memang sedih. bila giliran aku? malu bila yang lebih muda melangkah bendul. jodoh belum sampai lagi agaknya. tunggu memang lama prosesnya untuk kahwin takkan ambil masa




happy holiday! semoga dapat cuti dengan gembira. no gaduh- gaduh. jom jalan- jalan~

October 20, 2012

meh diet meh

[doa]

sangat mengejutkan bila berat aku sama dengan berat christine yang pregnant 7 bulan. semua orang yang aku jumpa cakap aku gemuk. sekarang motivated nak kurus tapi esok- esok tak tahulah

kobar ajak nadiah jogging esok. jangan malas- malas fathiah ni bukan masalah kegemukan semata tapi kesihatan jugak. teruskan puasa setiap isnin dan khamis

memang aku perasan aku makin tak selesa dengan badan aku. nak pakai baju pon rasa semacam. t-shirt semua dah tak pakai sebab tak muat. malu!

selain masalah obes duit pon jadi masalah. banyak sangat hutang kena bayar bulan lepas. last week la pulak minta tolong bayarkan astro duit dalam bank cuma tinggal rm 90 time tu. tolak rm 64 itu saja duit yang ada sekarang

tak bukan masalah lagi sebab lusa dah dapat gaji. alhamdulillah

mak ada call sebelum ni. mak pesan amal surah al- insyirah [kelapangan]. kalau mak tak cakap mungkin aku takkan tahu maksud surah al- insyirah. baca selalu tapi tak tahu maksud. alhamdulillah sekarang dah tahu. sesuai sangat kalau nak jadikan sebagai doa

[the endless belanjawan]

October 14, 2012

October 11, 2012

counting days

bukan nak kahwin mahupun pregnant tapi kira hari nak cutiiiiii. next week exam sampai cuti raya haji. seminggu kemudian cuti sekolah bermula. hoyyehhhh

cikgu pulak yang excited lebih- lebih. memanglah rindu nak balik kampung. cuti kali ni nak pusing- pusing malaysia. arina ada ajak gi singapore. macam best. nak bawa adik- adik gi kl sesambil cari baju sepasang dua [kononnya]

memang tak sabar~

October 7, 2012

tanggapan meleset

pasti. pasti suatu hari nanti  akan ada seorang lelaki akan terima seadanya aku. pasti!

lupakan hal- hal sedih. hari ini kami ke mukah. release tension katanya. tujuan utama nak cari udang tapi bukan musim. sedih! tapi ke mukah kali ni best sebab dapat jumpa kak paih [schoolmate plus dormmate] dengan anaknya sekali hana yang comey

bawa ayuni ke pantai. lama tak tengok pantai. walaupun tak secantik terengganu pantai tetap pantai. asal ada ombak dah cukup untuk hilang rindu dendam. main kejar- kejar dengan ketam. tak pernah nampak ketam sebanyak itu. seronok teramat sangat!








October 4, 2012

not to waste

life is
too short
too beautiful

to wasted

terbaca:

"if you can not say 'Bismillah' before an action, do not continue with this action"

jadi aku cuba setiap kali mulakan kelas. alhamdulillah memang rasa lain. lebih tenang dan banyak idea. budak- budak pun berkelakuan baik

and also setiap kali sebelum gerak ke sekolah baca ni:

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat-hikmat-Mu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmat-Mu, wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Ya Allah, lapangkanlah dadaku, mudahkanlah urusanku, dan lancarkanlah lidahku agar mereka faham perbicaraanku

doa yang aku setiap hari baca sebelum mulakan kelas waktu sekolah dulu. lupa sebab dah lama. astaghfirullah



September 28, 2012

September 26, 2012

what a week!

frederick: cikgu boleh saya ke tandas?
cikgu: tak boleh [atas sebab- sebab tertentu]
samuel: cikgu! apa faktor?!
cikgu: apa sebablah! [ilmiah betul]

kredit kepada cikgu bm 2A8

2A8 memang chaotic. last week setiap hari masuk kelas marah- marah. saja gertak sebenarnya. suka sangat menyembang kat belakang. sampai hari ini semua duduk tempat masing- masing. good boy!

 2A4 kelas budak biadap. dahlah tak bawa buku. terpaksa aku halau keluar. tapi boleh pulak tunjuk f**k kat aku. berani betul. dah bosa hidup agaknya. sumpah aku tak halal satu perkataan pun ilmu. sampai mati orang akan pandang rendah kat kau!

walaupun 2A8 kurang pandai tapi tak sebiadap kau. fyi kau dengan 2A8 sama saja. kurang pandai. jangan perasan diri tu bagus sangat







September 15, 2012

ratu komplen

cikgu: nanti nak bagitahu cikgu judy
jong: cikgu memang ratu komplen
cikgu: memanggggg

aku akan gunakan title itu sebaiknya. salahkah kalau aku bagitahu guru kelas. tak kan nak biar nak tengok saja budak- budak ni buat salah. lagipun aku nak budak- budak tahu di mana kedudukan dia dan dengan siapa dia bercakap

sekarang barulah rasa happy masuk 2A1. budak pemalas tu dah kena halau ke belakang. tapi bahana jugak bila si jong ni duduk depan meja cikgu. punyalah banyak soalan. cikgu pulak layan je budak ajak sembang. sampai loceng bunyi pon tak sedar. sigh~

tadi sampai- sampai nampak budak- budak 1A7 belajar sama- sama dengan ying ying [cikgu psk 1A7] dengan aku tak pernah pon macam tu. kami tak rapat langsung. aku tak pernah cakap- cakap dengan bobby atau chan liang wen atau anselm atau yang lain- lain. cuma edward saja. kenapa ek?

macam last year aku rapat dengan budak kelas. ka chan and the gang. siap boleh gaduh dengan tze jin. punyalah rapat. tahun ni sampai tak tegur langsung. tengok aku buat bodoh je. kalau ada batu belah dah lama aku masuk sana

let it be. aku bukan rugi apa- apa pon sebenarnya. lambat laun pon aku akan balik semenanjung jugak bukan selamanya kat sini kan [mungkin tahun ni aku garang sangat kot]

sebagai ketua panitia pendidikan moral aku serba salah nak bagi 2A7 dan 2A8 pada kak ija tahun depan. sebab kak ija memang akan ajar sejarah di 2A7. tak kan nak ajar 2 subjek untuk satu kelas. 2A7 pulak tu sek- sek jahak. patut ke aku tukar kelas aku dengan kak ija. aku amik 2A7 bagi kak ija 2A1 kan

aku tak pernah ajar 2A7. takut jugak. dengan 2A8 ni pon aku stress. tak dapat imagine 2A7 tahun depan macam mana. tapi tak sampai hatilah. kasihan kak ija 

TT_____TT

semoga keputusan aku betul sebab Allah pasti akan tolong aku

September 13, 2012

kalau dah hidup berjadual

memang tak banyak nak dikongsi nak diluah lagi. kelas macam biasa. kadang kadang hangin. kadang- kadang tenang. lately 2A8 pandai ambil hati. sedar tak sedar tak sampai 2 bulan lagi nak sekolah. silibus belambak lagi tak habis. insyaallah sempat

jam 6.15  subuh
jam 9.30  bangun dari tidur ---> gosok baju ---> tengok top chef (7) ---> mandi
jam 11.45 gerak ke sekolah
jam 12.45 mengamuk ---> menengking ---> mengadu domba ---> balik
jam 15.00 mandi ---> solat maghrib ---> tengok tv + online sampai mengantuk
jam 00.50 tidur

jadual yang sama. setiap hari. bosan!





insyaallah 3-7 november ni mak yah apik akan ke sibu. tapi tak tahu nak bawak jalan mana. sebab 5 atau 6 november dijadualkan untuk jaga spm di sekolah. stresss!! nervous jugak sebab ayah datang sini. boleh ke makan makanan kat sini dah la melayu minoriti



September 7, 2012

sorry dan terima kasih

memang nakal budak- budak ni. asal kena salin mula nak meradang. tapi bila bagi latihan tak nak buat pulak. memang saja nak suruh aku marah. tapi yang membezakan 2A8 dengan kelas lain ialah budak- budak tahu macam mana nak 'patahkan' kemarahan aku

walaupun kena berdiri lama bila bagi duduk tetap terima kasih. kalau 2A4 jangan harap. baling pulak buku atas meja. proteslah konon

sebenarnya bukan budak- budak ni tak nak buat tapi memang tahu. kelas yang ke 8 dari 9 kelas kot. terpaksalah ajar seorang demi seorang tapi yang buat jadi best ialah lepas bagitahu macam mana nak cari jawapan mesti mereka cakap terima kasih. lagi

kalau marah sikit. terus cakap sorry

macam sebelum ni. marah- marah samuel. cakap dia ni tak pernah nak dengar cakap cikgu. suruh duduk tempat sendiri pon tak nak bla bla bla. tiba- tiba 

samuel: cikgu~ sorry~


terima kasih Allah kerana bagi saya pelajar semacam ini. mungkin pemikirannya kurang namun hatinya baik. please guide them Allah

September 3, 2012

September 2, 2012

sebenarnya

terbaca satu blog yang tajuknya 'untung jadi cikgu'. dimana dia cuba untuk curahkan rasa cemburu yang membuak- buak dengan memberi pandangan yang macam sampah. aku cikgu dan aku juga manusia. antara perkara yang membuatkan kakak ini tidak puas hati ialah

gaji
memang aku sangat setuju gaji cikgu memang banyak. sekarang pon baru kerja dua tahun gaji aku hampir 4 ribu kurang lebih. tapi aku pernah cakap ini pada budak 'aku kerja sebab kamu [pelajar] bukan sebab duit'. Allah takkan tanya berapa banyak duit aku dapat tapi Allah tanya adakah aku dah jalankan tanggungjawab

cuti
fyi cikgu cuma ada 7 hari sahaja untuk cuti. 7 hari untuk 1 tahun. memang ada cuti sekolah yang banyak tapi kadang- kadang terpaksa ke sekolah ada perkhemahan. kursus dan sebagainya. kalau cikgu yang bertugas jauh macam aku nak kahwin sah- sah kena buat masa cuti sekolah tapi persiapan bila nak buat? cuti yang sebelum tu? cuti yang seminggu tu? cuti sekolah hanya untuk budak sekolah

multi-purpose
cikgu macam kerani masukkan markah. setuju. bukan setakat masukkan markah nak kena komen lagi. re-check lagi. buat analisis. sebelum exam kena buat sasaran pelajar. bukan satu website sahaja yang kena masukkan markah sekarang dah ada saps. pbs. macam nak terkeluar bijik mata masukkan markah. jangan lupa nak tanda kertas budak lagi satu hal

berniaga
apa salahnya kalau cikgu nak jual tudung ke kain ke tupperware ke. cikgu- cikgu mita duit modal dari kau ke? dia rasa seronok berniaga nak cari duit lebih salah ke? 

jangan sebab seorang cikgu terus buat tanggapan macam tu. masa dah berlalu zaman dah berubah. mak ayah orang ramai tak pernah faham perasaan cikgu. betapa susah nak jadi seorang pendidik. aku percaya setiap cikgu mesti pernah menangis kerana pelajarnya

betapa budak hari ini biadap langsung tiada budi bahasa. bukankah itu didikan ibu bapa? macam mana seorang ustazah nak ajar pelajar yang berusia 13 tahun untuk puasa kalau ibu bapa tak pernah nak didik anak- anaknya dari kecik. bukankah nak meletur buluh biar dari rebung

bila dah keras tak dapat nak diajar mulalah mak ayah nak salahkan cikgu. yang buruk semua dari cikgu. bila budak dapat straight As semua jasa mak ayah. mak ayah yang bagi didikan tapi stesen tv. surat khabar lupa yang cikgu juga turut bagi sumbangan

ingat kalau bukan sebab cikgu atau pendidik dengan nama apa sekalipun kamu tak akan jadi apa yang jadi hari ini. ingat jasa guru. baik buruk tetap seorang guru. daripada salahkan guru tolonglah bantu guru untuk bangunkan anak bangsa. jangan lepas batuk di tangga


August 28, 2012

after raya

mungkin raya tahun ini tak semeriah sebelumnya. tak tahu apa yang kurang. mungkin sebab budak- budak tak datang ke rumah. awal- awal lagi dah pangkah sebab tahun lepas cuma bagi seringgit untuk duit raya

sebelum raya

bergelimpangan dengan kertas jawapan budak- budak. macam nak terkeluar bijik mata tanda satu- satu. alhamdulillh semua selesai sebelum berangkat ke kampung. flight jam 9 ke terengganu esoknya jam 8. tidur di surau sampai tertendang kepala orang

dijemput ayah dan apik di terengganu. terus ke pasar kedai payang beli barang masak untuk hari raya. yang sedihnya semua yang nak makan semua tak dapat. nasi dagang dan pulut kuning [nasi kunyit]. mood ayah sangat baik masa tu mungkin sebab anak kesayangan balik [koya!]

time raya


tahun ni buat pertama kalinya kami sekeluarga keluar beraya. ke rumah adik arwah tok. raya kali ni memang banyak keluar. beraya dalam kereta. tv pon tak tengok. cuma ada malam tu pon banyak habiskan masa khatam family outing

azim balik raya kedua. dah besar. pandai menari pulak tu. comey gila. alhamdulillah la pulak dapat kerja jadi cikgu taska. cuma runsing mana nak cari pengasuh untuk azim

berpicnic di sekayu. best sangat. makan nasi lemak berendam dalam air sejuk. best in the world! nasib baik kali seluar tak koyak. tapi sedih sebab tak dapat gi tunang nini padahal rumah nini dekat gila dengan simpang sekayu tu

lepas raya

mula pack barang. masing- masing pulang ke tempat sepatutnya. sedih sangat. memang tak cukup. kalau boleh nak raya sebulan. malas nak fikir pasal budak. soalan exam. kursus. pbs. pening

-----------------------

aku tak faham dengan mr jong ni. kenapalah asal ada budak baru pindah je mesti masuk kelas aku. kenapa? serius malas nak uruskan. cukuplah dengan lim sing hwa tu. tu pon dah memenatkan. geram betullah!

kami sepakat nak buat open house. masalah palong besar ialah ketiadaan tukang masak. stress! azie kena camping pulak time- time genting macam ni. harap- harap open house kali ni berjaya. iinsyaallah. aminnnn

August 12, 2012

dah tak lama

tinggal beberapa hari lagi berpuasa. dah mula rindu. sedih pon ada. puasa kali ni memang best sebab most of the time kitorang masak almost everyday. baru sekali beli lauk tu pon teringin sangat lauk daging hitam. puasa kali jugak kitorang banyak buat kuih. tapi tak sempat nak berfoto bagai. next ramadhan insyaallah

nak balik kampung! tak tahan lagi. walaupun tahun ni susah  nak dengar lagu raya kalau ke pasar raya baru dapat dengar. sebab kat sini hot.fm ke era.fm ke belum sampai lagi. sedih kan?



ramadhan jangan pergi. takut nanti tak sempat jumpa lagi. aku lahir bulan ramadhan harap mati nanti pon bulan ramadhan. amin

tapi masih banyak yang perkara yang nak dibuat diselesaikan. harap- harap sempat. kalau nak bahagiakan dan senangkan hati semua orang dapat ke?