May 17, 2013

situasi annoying

situasi #1

cikgu: esok tak perlu bawa buku teks
selang beberapa saat
murid: cikgu! esok perlu bawa buku teks tak?

situasi #2


cikgu: latihan rumah sukan petang ni mula jam 4
selang beberapa saat
murid: cikgu! latihan rumah sukan petang ni start jam berapa?

situasi #3


cikgu: petang ni ko-k badan beruniform
selang beberapa saat
murid: cikgu! petang ni ko-k kelab ke badan beruniform

situasi #4


cikgu: siapa yang dah dapat kertas latihan boleh mula sekarang
selang beberapa saat
murid: cikgu! dah boleh mula?

situasi #5


cikgu: siapkan latihan dan hantar hari ini sebelum waktu 8
selang beberapa saat
murid: cikgu! bila nak hantar?


kau rasa sabar cikgu tahap mana?

cikgu: lempang nak?



May 16, 2013

hari guru

situasi di 1A5

selamat pagi cikgu. selamat hari guru!

first time selama aku di sacred heart ada student wish macam tu. sekelas pulak tu. bahagia. esok studs dah mula exam. cikgu yang happy. lagi seminggu dah nak cuti

we are going to perlis--perak--cameroon highlands. super excited!



May 13, 2013

130513

untuk sekali seumur hidup jumpa tarikh macam ni. cantikkan. alhamdulillah genap umur 27 tahun. macam- macam dah dilalui. satu perkataan yang mampu aku ucap -- alhamdulillah

terima kasih Allah atas segala kebaikan. kemudahan. sokongan. pertolongan selama ini

hari ni hari yang tenang tambah pulak aku berpuasa. walaupun huat reong cuba protes dengan membaling pen sedikit pun tidak menggugat kesabaran aku. aku pun hairan. macam mana aku boleh sekuat itu

biasanya dengan dia- dia sekali aku baling. sambil mengeluarkan kata- kata kesat

syukur. aku kuat. dari Allah aku peroleh kekuatan. memang betul. tiada puasa yang sia- sia. tapi esok aku cuti dulu insyaallah rabu nanti sambung lagi

aku rasa bahagia dan gembira. walaupun jauh dari keluarga. jauh dari sahabat. tapi aku tak sunyi. aku ada Allah

memang matlamat hidup aku untuk jadi manusia yang bahagia dan mati sebagai manusia yang bahagia. duit bukan kebahagiaan. kasih sayang adalah kebahagiaan

selamat hari lahir fathiah. semoga lebih dewasa lebih bahagia dan jumpa dengan hamba Allah yang dapat membimbing hingga ke syurga. amin~

May 12, 2013

mother's day


ribuan kilo jalan yang kau tempuh
lewati rintang untuk aku anakmu

ibuku sayang masih terus berjalan
walau tapak kaki penuh darah penuh nanah

seperti udara kasih yang engkau berikan
tak mampu ku membalas
ibu


ingin kudekap dan menangis dipangkuanmu
sampai aku tertidur bagai masa kecil dulu

lalu do'a-do'a baluri sekujur tubuhku
dengan apa membalas
[iwan fals]

---------------------------
walaupun banyak post di facebook mengatakan menyambut hari ibu boleh merosakkan akidah. biarkan. cuma ucapan bukan sambutan. rosakkah?

hubungan aku dengan mak memang tak berapa mesra. sejak kecil lagi. sebab aku rasa mak bencikan aku. semua salah yang adik- adik buat mak akan marah aku dulu

membesar dengan keadaan seperti itu buat aku jadi pasif. takut untuk cabar diri sendiri apatah lagi untuk pikul satu tanggungjawab. sebab nanti kalau silap kena marah

mak hantar aku ke asrama. jauh. tapi jarang sekali datang melawat. alasan: sibuk. bila balik bermalam aku tengok semua duduk rumah tak busy pun. mak memang malas nak tengok aku

apa yang aku cakap semua mak bantah. semua salah. aku protes. aku memberontak. aku marah. aku sakit hati dengan mak

sungguh aku sayang ayah. lebih dari mak. sebab apa yang aku lalui masa kecil sangat meninggalkan kesan pada aku. aku boleh maaf tapi tak boleh lupa

siapalah aku nak maafkan mak. aku yang sepatutnya minta maaf dari mak. mujurlah kalau aku dapat masuk syurga dengan perasaan benci dengan mak

sekarang aku dah dewasa. aku faham kenapa mak selalu marah aku sebab mak nak aku jaga adik- adik aku. ada rasa tanggungjawab sebagai kakak sulung

aku faham kenapa mak jarang melawat aku sebab mak nak aku berdikari. tahu jaga diri sendiri. aku sepatutnya lebih positif. aku banyak buat dosa dengan mak. harap mak ampunkan aku

hari ini hubungan aku dengan mak semakin baik. kami rapat macam kawan- kawan. kalau mak marah aku diam. lebih baik macam tu. aku tak nak ada yang terguris hati nanti

aku sayang mak sama macam aku sayang ayah. dua- dua buah hati pengarang jantung. aku doakan mak sentiasa sihat dan bahagia. maaf sebab lambat bagi menantu dan cucu. sabar ye mak

selamat hari ibu


May 11, 2013

1 rejab

aku rasa tak lama lagi akan berkuburlah blog aku ni. walaupun sudah memasuki beberapa tahun atas sebab kemalasan melampau entri yang ditulis amat sedikit jumlahnya

alasan lain:

hidup aku sama sahaja setiap hari. pergi sekolah. balik sekolah. studs sangatlah baik. kalau aku marah jaraaannnggg sekali nak menjawab. kalau tak marah tak delah sesi luahan perasaan so tak delah entri yang berkaitan

walaubagaimanapun ada beberapa orang budak jahat yang pihak sekolah sengaja nak pisahkan mereka end up di kelas yang aku mengajar. shit

serius jahat dan biadap

tapi aku ignorekan sahaja. malaslah. takkan sebab dia seorangsatu kelas jadi mangsa. buat macam biasa. memang sebelum ni budak- budak ni sangat baik. sangat hormat dengan cikgu. kenapa perkara remeh kena jadi complicated

aku fikir masa sangat cepat. kalau marah saja buang masa. aku nak create banyak memory denagn studs. because i love them so much. walaupun mereka tak tahu. dan tak akan tahu. dan tak akan sangka pun

pru. satu lagi tahi

dunia ni tak adilkan dan takkan pernah adil. biarlah dia main kotor. kita manusia bersih. roh bersih. hati bersih. minda pun bersih

mungkin diorang seperti kambing yang tak berperasaan. dan tak tahu bezakan antara plastik dengan rerumput. sorry tak de kena mengena. aku cuma musykil kenapa nak bangkitkan isu perkauman

isu paling sensitif di atas muka bumi ni. dalam tv bukan main lagi macam- macam lagu ada. dok suruh terima kasih malaysia. terima kasih dekat Allah bukan dekat malaysia

belum lagi iklan ayu dengan mak biah tu. serius sengal. mak biah sebaya atuk aku kot. takkanlah anak baru darjah 2. buat iklan gunalah otak sikit. macam kambing

5 tahun lagi. insyaallah. ada sesuatu yang Allah dah rancang. tunggu dan doa. setiap yang berlaku ada hikmahnya. Allah maha bijaksana. dan senjata kita adalah doa

dia nak main kotor biarlah. kita ada Allah dan Allah sentiasa bersama kita. jangan takut untuk hidup cara islam. memang kita tak akan sempurna tapi kita boleh jadi yang terbaik

duit bukan segalanya. orang selalu cakap 'duit bukan boleh bawa dalam kubur pun'. betul. so kenapa terlalu pentingkan duit sampai tolak agama. takut jadi miskin kalau taksub dengan agama. saidina uthman tak pernah miskin pun

apapun yang berlaku hari esok harap kita dapat bertindak dengan bijak. Allah bagi akal. guna! Allah bagi hati. rasa!

akhir sekali ahlan wasahlan rejab~ lagi 2 bulan nak puasa. tak sabarnyaaaa


April 14, 2013

April 13, 2013

kerana lelaki itu

kalau aku tengok lelaki yang aku suka. aku akan senyummmmmm saja walau sejahat mana pun watak dia  walau lagu entah apa- apa yang dia nyanyi sebab dia lelaki yang aku suka

1

masa kecik- kecik dulu lelaki yang pertama aku suka ekin cheng. sebab aku membesar dengan tengok 'young and dangerous'. hello! siapa tak suka chan ho nam kan. gila hensem. semua surat khabar yang ada gambar ekin cheng semua aku simpan. sampai sekarang


2

lepas tu seingat aku masa sekolah pakcik aku kenalkan aku dengan eminem. lagu eminem yang pertama 'slim shady' kalau tak silaplah. terus jatuh cinta sampai sekarang aku memang dengar lagu- lagu eminem. walaupun banyak kata- kata kotor dan carutan. siap tampal poster eminem dalam loker tu


and to the rest of the world, God gave you the shoes
that fit you, so put 'em on and wear 'em
and be yourself, man, be proud of who you are
even if it sounds corny,
don't ever let anyone tell you, you ain't beautiful, so--
[eminem - beautiful]


3

masa form 5 aku suka tengok beat tv. sebab ada bront. walaupun masa mula- mula aku pelik kenapa nama mamat ni pelik sangat. siapa dia ni? orang apa? tapi lama- lama jadi suka. aku suka cara dia interview orang. cool ok! dan bront tetap hensem walaupun mak tak suka



4

aku dulu memang suka MU sebab beckham sebenarnya tapi aku ingat lagi tahun 2003 beckham tukar ke real. ada seorang budak lelaki ni pakai jersey dia. hairan jugak. hebat sangat ke? memang pun. kalau tak takkan nama dia cristiano ronaldo


-------------------------------------
ada ramai lagi sebenarnya tapi lately aku suka shazwan zulkefli. sebab dia comey sangat. serius comey. yang gambar- gambar dekat atas ni aku suka diorang lebih 10 tahun kot dari zaman sekolah. banyak sangat kenangan sebab tu susah nak lupa. tak harap pun dapat suami macam diorang. nak yang sembahyang dan tahu mengaji. lelaki hensem hanya untuk tatapan sahaja bukan untuk dimiliki. gituuuu

April 9, 2013

konsistensi

memang dasar manusia akhir zaman. bila orang yang memperjuangkan agama dianggap sebagai manusia sesat. duit boleh butakan hati

masa cepat berlalu. tolonglah jangan cepat sangat. bila fikir kiamat dan padang mahsyar. demi Allah aku takut. apapun kita semua pasti akan lalui saat tu. takut. terlalu takut. sebab? sebab tak ready

sekarang kalau tengok fb kawan- kawan semua upload gambar baby masing- masing. celebrate birthday baby ataupun anniversary. best kan

bila turn aku? bila fikir- fikir aku nanti dah tua anak masih kecil lagi. itu pun kalau kahwin dalam masa terdekat ni. kalau 5 atau 6 tahun? ah tak nak fikir nanti sedih

sabtu ni sekolah ada pemuafakatan. 18 orang pelajar bertuah akan dipanggil. so far 2A4 ok saja compare dengan kelas- kelas tahun lepas. aku memang patut bersyukur

tiba- tiba sekarang rasa nak dengar lagu time sekolah dulu. sheila on 7. backstreet boys. simple plan. sum 41. green day. eminem. rindu mungkin

bila kau tak disampingku - sheila on 7 [tengah dengar sekarang]

esok akan tahu tarikh pru. tak sabar. menyampah tengok iklan bersepah- sepah kat tv. sampai tengok axn dengan afc pon ada iklan 1 malaysia jugak. gila hape!

betul ke running man nak datang malaysia sabtu ni? serius ke main- main nih? tak kisahlah sebab tak sabar nak tengok episod 141 ni ada eun jiwon. rindulah dah lama tak tengok. dulu setiap minggu tunggu depan tv nak tengok 2 days 1 night [sekarang pun]. ahada petang tu jangan haraplah nak pergi mana- mana

sebenarnya memang tak tahu nak taip apa cuma bagitahu apa yang tengah fikir sekarang sebab tu macam campur- campur. lagipun bukan ada orang baca dan kisah pun. blog ni dah macam diari. nanti bila dah tua boleh baca apa yang aku tulis selama ni


April 6, 2013

let's meet si ros


hi. hello!! [madam jeong's tone]

alhamdulillah. berkat kesabaran beberapa tahun ni. walaupun terkorek tabung haji. yang lebihan dah masukkan balik ye

tapi malangnya pemilik sangatlah malas nak bawa si ros ni kemana- mana. terperap saja dalam beg. kasihan. membazir je beli kamera mahal- mahal

insyaallah nanti bawa si ros jalan- jalan. Allah dah buat dunia ni secantiknya rugilah kalau tak explore

kenapa nama ros? sebab ros [friend of mine] yang temankan beli dan warnanya sama macam bunga ros. kan kan kan

April 4, 2013

bubar sudah

alhamdulillah tak lama lagi nak pilihan raya. belum tahu bila. tapi pasti akan pilihan raya kan. harap malaysia akan jadi sebuah negara islam yang lebih baik lepas ni. susahkan nak bina sebuah negara islam yang betul- betul islam dengan undang- undang islam. orang islam sekarang hidup sebab duit bukan sebab Allah. mereka lupa rezeki Allah yang kasi nyawa Allah yang cabut nanti

aku sokong dan mendoakan mereka yang berusaha untuk tegakkan agama. tengoklah malaysia sekarang ni. pakaian. bahan bacaan. hiburan. tak jauh beza dengan kafir pun. seronok ke hidup macam tu?

macam mana anak- anak tak jadi buta agama kalau mak ayah pun macam tu. tahu bagi duit. ilmu agama? haram. diri sendiri pun buta hati. aku memang bukan sebaik manusia. at least pilihlah 'kumpulan' yang boleh buat kita jadi lebih baik. hidup untuk mati kan

dunia memang tak adil dan tak pernah adil. manusia cuma nampak duit. kerja sebab duit. tak ikhlas. langsung tak. yang lemah ditindas- tindas. kalau ulama mereka boleh hina apatah lagi orang lain. fitnah. dosa yang lebih berat dari membunuh. semua orang tahu. tahu cakap. tapi tetap buat

fikirlah hidup selepas mati. bukan pangkat yang Allah tanya. bukan juga harta. solat kah? mengaji kah? bermajlis ilmu kah? itu yang di tanya

kalau aku pun tak tahu nak jawab apa. aku ulang. aku bukan sebaik manusia. jangan hina orang yang mengajar agama. kalau diri sendiri hidup macam orang tak beragama. kenapa takut dengan islam? islam agama yang mudah. Allah tak kan pernah sekali susahkan hambaNya

jom kembali kepada islam. semua orang cakap pasal kiamat. tapi bersediakah kita untuk hadapi kiamat? tak kan. tak kanlah nak mati masa tengok terkinja- kinja tengok konsert k-pop. accident sebab mabuk. lompat bangunan masa polis serbu kelab malam. kena tembak sebab merompak. biarlah kita mati dalam keadaan yang baik

apa ada dengan pembangunan kalau agama ditinggalkan. nak maju saja tahu. belajar agama tak mahu. islam tak akan sekat kita untuk maju. sedangkan dari dulu pun ramai saintis orang islam. jangan kejar harta dunia semata. ingat hidup ini sementara

March 9, 2013

good job

hari ni sekolah ganti dan aku dengan jayanya meninggalkan phone di dalam laci yang tak berkunci. yes! harap- harap tak dikencing tikus. lately tikus suka menyerang laci. padahal bukan ada makanan pun. suka hati nak berak kencing dalam laci orang. ingat laci tu toilet ke hape

jumaat lepas sepanjang hari rasa tak sedap hati. rupa- rupanya budak- budak nak buat perangai. masalahnya bukan ramai 2, 3 orang je. cepat betul manusia berubah. sedangkan tahun lepas aku ajar pelajar yang sama. tulah friendship can be so powerful. and money also. buta hati sebab duit

susah bila tak dapat nak beza kawan yang dan yang tak. tak kan aku nak hantar rotan. tak kan nak tengking- tengking. kalau boleh tahun ni aku nak cool je. rileks dan rasional. malas nak marah- marah buat sakit hati sendiri je

budak- budak bukan makan saman pun. jadi hari isnin ni aku nak bagi peringatan. bukan balas dendam tapi peringatan. sebab yang kurang ajar mesti diajar supaya boleh belajar. aku akan cakap baik- baik. supaya dia dengar dengan hati bukan dengan telinga

"dan tidak lain ucapan mereka hanyalah doa 'ya Allah, ampunkan dosa- dosa kami dan tindakan- tindakan kami yang berlebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap orang- orang kafir'"[ali imran: 147]

---------------------------------------------------------

cuti sekolah lepas
bandar melaka
zoo melaka




March 3, 2013

mac oredi

sekejap sangat. dah mac. 2 minggu lagi budak- budak exam. lepas tu cuti. yeay! cuti kali ni ada projek besar. projek yang dinanti-nantikan 5 tahun ni. mudah- mudahan tercapai dan berjaya

cerita daripada last entry sampai hari ni:
  • pengetua yang aku kagumi selama ni dah semakin nyanyuk. sekejap cakap lain. lepas tu lain lagi. lepas tu lain lain lagi. paling bangang ldp tajuk 'sex and relationship'. suka- suka hati tunjuk gambar alat kel**** lelaki dengan perempuan. aku dengan ayuni terus blah
  • pondan. lelaki yang dimaksudkan ialah pk ko paling teruk di bumi dan alam semesta. tahu berdiri depan toilet marah- marah cikgu dengan student. nak tutup salah sendiri susahkan orang lain
  • bunohan menang festival filem. tapi malangnya kebanyakan kawan- kawan aku tak pernah pon tengok cerita tu. yang dah tengok pun cakap tak faham. orang kelantan pulak tu. aku rasa mentaliti rakyat malaysia belum mampu nak hadam this kind of film. aku memang nak tengok cerita ni. sebab: zahiril adzim. cerita dia not bad. ada bront lagi. bungo lale
  • mak alvin wong datang sekolah bagitahu anak dia kena buli. bila tanya alvin sendiri tak nak bagitahu. takut sangat. setakat huat reong tu apa nak takut. aku pun hairan kenapa budak- budak takut dengan dia yang keding lagi keding daripada cicak tu
  • lupa hantar rph. esok insyaallah akan hantar. minggu ni ada badan uniform lagi. aku sangatlah bersyukur sebab dapat ahli yang baik walaupun mereka daripada kelas 3A6, 3A7, 3A8 dan 3A9. belum lagi buat hal. suruh salin nota. salin. suruh kawad. kawad. tak macam kelab. buat sakit hati je
  • cikgu yang suka pass- pass tugas. kau hingat aku ni datang sekolah goyang kaki ke? aku pun banyak kerja weh. ada ke suruh aku buat soalan exam sejarah form 1. aku cuma mengajar 1 kelas kot. agak- agaklah


esok tak tahu nak buat apa dalam kelas. sebab silibus untuk exam 1 sudah diajar. kalau fikir esok sempat kot. malas nak hadap pengetua nyanyuk. kasihan dia. dulu aku adore gila dia kot

February 24, 2013

penyakit hujung minggu

daripada Aisyah r.ha., Nabi SAW bersabda bermaksud:
"Sesungguhya demam adalah daripada bahang neraka, maka sejukkanlah dengan air"
[Riwayat al Bukhari dan Muslim]

mula- mula nadiah kemudian wani sekarang aku esok ayuni. nah semua demam. insyallah semua ni penghapus dosa. memang dah lama tak sakit macam ni. elok kalau Allah bagi penyakit supaya selalu ingat pada Allah

tapi dah 2 malam tak dapat tidur. asyik terjaga. rasa macam dah tidur lama gila pun ada. malam tadi basahkan tuala letak atas kepala. alhamdulillah ok sikit. apa yang Rasulullah bagitahu memang betul

risau juga esok nak sekolah. kalau masih macam ni takut nanti duduk je. tak gerak- gerak. nanti student label cikgu malas pulak. budak- budak dalam kelas satu hal. huat reong tu tak serik- serik tahun ni pon masih nak membuli lagi. geram betul. kesian student lain

minggu ada berita sedih jugak. kandungan mira meninggal. doktor cakap tiada degupan jantung. terpaksalah mira kena tahan dalam wad 2 hari sebab kena cuci perut. mungkin bukan rezeki lagi. Allah maha mengetahui. mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya

February 8, 2013

ulala


tak sabar nak tinggalkan sibu. awal tahun ni banyak sangat program. tersangat penat. especially otak. aku harap cuti 1 minggu dapat digunakan sebaik mungkin

nak gi melaka semata- mata nak makan jumpa mizah. menakutkan sebab konfem- konfem berat naik balik. macam mana ni? balik terengganu? maybe isnin malam atau selasa. tak tahu lagi nak singgah kemaman ke tak. rasa macam tak. bulan 3 balik lagi kot. tapi rindu azim

sabar ye azim bulan 3 nanti een jumpa azim

aku nervous nak balik esok sebab dah lama tak naik mas. dah lupa klia macam mana. 4 - 5 tahun kot tak balik kampung naik mas. tak mampu kot

esok memang akan jadi sebuah perjalanan yang panjang dan memenatkan. sibu - klia - lcct - melaka. mahu 5 - 6 jam baru sampai tempat nak dituju

aku bukan apa. malas nak balik. malas nak gaduh dengan mak hal- hal remeh. pasal tv. pasal pinggan mangkuk. pasal kain. pasal ayah. pasal adik- adik. pasal jodoh. malas!

jadi tahun ni semua tiket aku beli hari sabtu pagi supaya boleh jalan- jalan dulu baru balik kampung. sebelum ni jumaat malam dah balik dah. bukan ada apa- apa di kampung. muda sekali saja. bukan nak enjoy sampai tak hengat dunia. cuma nak hargai apa yang Allah dah bagi

sahabat. sebelum semua dah kahwin. kesihatan. sebelum sakit tak boleh jalan. duit. sebelum jadi papa kedana. alam. sebelum manusia musnahkan semua. nyawa. sebelum kembali kepada pencipta

semoga perjalanan ini diberkai Allah. semoga selamat pergi dan kembali ke sibu

* oh ya. happy chinese new year. tahun ni tahun ular kan? 

February 5, 2013

senak

hari ni sakit perut lagi. kali ke dua dalam tempoh beberapa bulan. bukan sakit biasa- biasa sampai muntah- muntah. terus hilang selera makan. biasanya kat sekolah biskut roti semua aku ngap. hari ni cuma setengah keping roti dan sebotol air

balik terus cari katil. sampai jam 4 baru bangun dan mandi. niat nak turun tengok tv. tapi sampai dapur tak tertahan muntah ni nak keluar. oleh kerana perut kosong muntah air perisa peanut butter saja yang keluar. jijik tak?

aku suspect angin dalam perut. lately makan tak tentu. plus tak makan nasi lagi. hari tu pon macam tu. muntah jugak sampai terkeluar semua pil chit kit teun

sekarang pun masih sakit lagi. harap esok bertambah baik sebab esok ada assembly. tak tahan der stay dalam dewan lama- lama dengan perut sakit macam ni

nak kentut tak dapat nak sendawa pon tak dapat jugak. habis bila angin  ni nak keluar?

esok aku nak tukarkan tempat duduk hen hock dengan huat reong. melampau- lampau kalau dibiarkan.   harap berjaya