August 23, 2016

ayat sedih

yes. aku period lagi.selepas lewat hampir sebulan. bukan rezeki. tiga kali check pregnancy test. semua negatif

bukan rezeki kenalah terima. tapi sebak bila suami cakap
"tak apa kita akan ada anak di syurga"

Allah

tak tahu nak gembira atau sedih. terharu mungkin. baik sungguh suami aku. Allah bagi peluang kami hidup sama- sama di dunia ni pun aku dah cukup bersyukur

aku ibu tak ber'anak'
ditakdir Allah tak punya zuriat
mungkin sebab aku kuat
adakah ini nikmat?
berdua- dua sepanjang hayat
jauh dalam hati aku nak ada anak
ada teman ada sahabat
pendoa kami selamat dunia akhirat
sabar kena banyak
Allah uji untuk jadi hebat
dengan izin Allah suatu hari pasti dapat

August 18, 2016

iman kamila

aku suka nama iman kamila sejak umur aku awal dua puluhan. memang suka sangat nama tu. jumpa dalam doa al mathurat. perasan tak sabar nak melahirkan iman kamila sentiasa ada. mak pernah tanya dalam kereta

"bila iman kamila nak lahir?"

tapi semakin dewasa ni tertarik pula dengan nama wafa/ ulfa/ aulia

berangan tak salahkan. free pon. 

aku perasan. ustaz tak pernah bagi bintang. atau puji buku rekod aku. cikgu- cikgu lain siap dapat cop bintang lagi. mungkin sebab aku taip bukan tulis tangan. aku memang malas nak tulis dan ulang perkara yang sama. mungkin ustaz tak suka aku

tapi aku dah biasa hidup dalam keadaan orang tak tahu akan kewujudan aku. dari kecil sampai sekarang aku hanya bayang- bayang. tapi aku ok. sebab hidup aku cuma ada suami keluarga dan kawan- kawan rapat

aku bukan jenis kaki kipas. kaki bodek. kalau nak jumpa hanya waktu penting saja. kita kerja kerana Allah. Allah yang bagi rezeki

sekarang malas nak baca whatsup group kelas sekolah menengah. sikit- sikit cakap pasal kurus. fed up aku. sampai aku tawar hati dengan ros. tak jemput ke rumah terbuka. takut nanti dihina aku gemuk. aku tahu aku gemuk. dan dalam usaha untuk kurus

hormon aku sangat sensitif. berat badan naik terus tak period- period. mungkin Allah kasihan dengan aku kalau pregnant dengan badan seberat ini. setiap kali niat nak diet mesti akan makan bertambah- tambah. nak- nak dah tinggal dengan suami. balik sekolah terus masak

belum lagi suami suapkan makanan yang tak habis. macam mana nak kurus. siapa tak nak kurus. tapi aku bersyukur aku gemuk at least aku tak pakai pakaian terdedah. kan

August 16, 2016

anak

bila tengok anak orang selalu bayangkan nanti macam mana kalau ada anak sendiri. bermula dengan

nama apa?
panggilan apa?
jenis didikan yang macam mana?

yang pasti aku akan jadi guru pertama untuk anak- anak. itu impian aku. pernah terbaca paling elok bila ibu bapa sendiri yang ajarkan al- fatihah. setiap kali anak baca akan dapat pahala

sembahyang. mengaji semua aku nak buat. yang penting jadi bestfriend. bila tengok anak- anak saudara tantrum aku selalu terfikir apa yang akan aku buat kalau anak aku?

sempat pesan pada adik. selalu peluk anak lepas marah. bagitahu kesalahan. sebab aku tak mampu nak buat semua tu. Allah belum izinkan

nama anak pun aku masih berkira- kira sama ada

iman kameela/ jameela
wafa kameela/ jameela
ulfa kameela/ jameela

yang pasti anak lelaki yusuf anaqi. kalau suami setuju

aku selalu baca tips jaga anak sebab boleh apply pada students juga. aku alami sendiri bila mana hubungan emak - anak tak rapat. masa membesar diisi dengan kemarahan. benci. memberontak

aku perasan yang aku membesar tanpa emosi yang sihat. mak ayah jarang tunjuk apa yang mereka rasa atau sayang. tak pernah meluahkan apa- apa perasaan. aku tahu emosi aku cacat

aku membesar dengan jadi pemarah. selalu salahkan orang lain. tak suka berkongsi barang. dan pemendam

tapi semakin dewasa aku belajar macam mana untuk meluahkan perasaan. tunjukkan rasa sayang. dan sebab aku jadi cikgulah aku banyak berubah

August 14, 2016

duka

mungkin cikgu senior teruja bila dapat tahu yang anaknya mengadung enam minggu. tanpa teragak cikgu tu tanya aku

"fathiah bila nak mengandung?"

hari yang lain. seorang lagi kakak senior

"kau tak nak ambil anak angkat mana tahu lagi lima enam tahun suami kau bosan tengok muka kau"

kebetulan pada masa yang sama period aku lambat. mungkin mengandung tak. konon- konon nak bagi hadiah paling bermakna dekat suami. pregnancy test double line

balik terus test. malangnya cuma satu line. bukan rezeki lagi kali ni

dua hari lepas tengah masak ada lalat masuk dalam rumah

"abang tolong bunuh lalat tu"
"abang tak berani takut sayang mengandung"

luluhnya hati aku. aku belum ada kekuatan untuk bagitahu yang aku dah check dan hasilnya cuma satu line. tak terdaya

aku kasihankan suami aku. ada isteri yang uzurnya tak tentu. kadang- kadang cepat. kadang- kadang lambat. aku bukan perempuan subur. tu takdir aku

aku risau. risau kenapa dengan hormon aku. mungkin sebab masalah obesiti. sejak aku gemuk. period aku lari. lari pecut. aku nak diet. kurus tapi

hari ni aku akan cuba untuk stop minum air manis dan sejuk dulu. at least perut tidaklah buncit sangat



July 17, 2016

positif vs negatif

tersangatlah susah untuk fikir positif bila kita bencikan sesuatu atau seseorang atau keadaan. orang yang tak mengalami takkan pernah merasai apa yang dilalui. cakap senang ah

semakin hari semakin malas aku ke sekolah. rasa macam dibuli. kelas orang tak nak aku mesti akan dapat. terutama kelas belakang- belakang. semua tugas orang tak nak aku mesti akan dapat. aku nampak macam 'free' sangat ke?

aku sedaya upaya untuk positif. makin lama makin benci aku pada sekolah ni. hati dan jiwa dah terbang ke mana- mana. aku bukan lagi di sini

semua orang suruh aku sabar. ye memang aku sabar sebab tu aku diam. kalau tak dah lama aku serang dia. mentang- mentanglah aku paling muda. paling baru. paling diam. paling baik. eh

suami adalah kekuatan aku. apapun masalah yang ada. bila pandang muka suami semua hilang. rasa bahagia. bersyukur pada Tuhan


July 13, 2016

hormon

period. officially tinggal puasa empat hari. bukan rezeki lagi. walaupun aku dapat rasa 'sesuatu'. aku redha dan yakin dengan ketentuan Allah. takdir hidup aku telah disusun dengan indah oleh Allah

bercakap pasal takdir. mungkin takdir aku untuk dibuli. dipijak. diabaikan di sekolah ni. seingat aku setiap kali dapat jadual baru mesti aku rasa nak menangis. tak pernah sekali pun sepanjang aku di sekolah dapat jadual yang best

kali ni paling teruk. empat dan lima masa dikumpul pada waktu terakhir

pentadbir ingat aku ni robot ke?

tak perlu makan dan rehat. sedih. kecewa. setiap hari rasa nak tukar sekolah. dah la tak de geng. sepi

pentadbir sekolah ni adalah pembuli. ignorance. suka menganiaya orang lain. semoga perbuatan mereka dibalas Allah

kali ni betul betul kecewa

June 26, 2016

waiting

hari ini genap 6 hari aku lewat period. aku dapat rasa aku 'pregnant'. confident tak?

doa.

tapi kalau esok atau sesaat lepas ni aku period. aku redha. terbaca dalam facebook

kalau ditimpa musibah. adakah kita mengadu kepada Allah atau kita mempersoalkan Allah. sumpah aku pernah tanya. kenapa kami? kenapa yang ditakdirkan sebegini?

bodoh.

sedangkan itu petanda Allah sayang. sentiasa dalam ujian Allah.

betul. lepas ni kalau bukan 'rezeki' kami. aku betul- betul redha. Allah maha adil. penuh kasih sayang

pregnant atau period akan diupdate kemudian

doakan

June 13, 2016

not anymore



alhamdulillah

June 9, 2016

subhanallah

sesungguhnya hidayah milik Allah. dulu aku pernah tulis dalam blog ni. kecewa sebab noh bercinta dengan mizz nina. tapi bila noh dah kahwin dengan mizz nina aku boleh rasa yang sesuatu yang baik akan berlaku

malam tadi aku sempat tengok inspirasi hlive. dalam banyak- banyak episod. episod malam tadi aku paling terinspirasi. kisah hijrah mizz nina. subhanallah. maha suci Allah. aku betul- betul terkesan. betapa hebat wanita ini

bukanlah sesuatu yang mudah untuk lepaskan segala nikmat dunia bila mana kita berada di tahap paling atas. rupanya kedudukan Allahlah paling tinggi di dalam hati kita

namun. Allah pilih sesiapa yang dikehendakiNya ke atas sesuatu. Allahlah yang menggerakkan hati kita untuk berubah menjadi yang lebih baik

sampai menitis air mata aku. mendengar kisah mizz nina. harta kekayaan langsung tak membahagiakan kita. cuma kasih sayang. perhatian daripada Allah itu paling utama

aku doakan semoga mizz nina dan noh sentiasa dalam redha Allah. dikurniakan cahaya mata. dipanjangkan keturunan. amin

June 7, 2016

ramadhan kareem


yet. another birthday celebration


teringat ramadhan tahun lepas. akulah semalas- malas umat islam. langsung tak terawih. mengaji [cuma tadarus di sekolah]. sedekah. puasa enam. puasa sekadar tahan lapar dan dahaga. rugi

tahun ni harapan tinggi. mesti ada penambah baikan. alhamdulillah. ramadhan hari kedua. puasa masih penuh. masih mengaji. masih berterawih. syukur Allah bagi kemudahan

semoga ramadhan tahun ini Allah limpahkan rahmat dan kasih sayang kepada seluruh umat islam. amin

June 2, 2016

hye june

tak sampai seminggu kita semua akan berpuasa. dan kali ni puasa kami yang ketiga bersama. sekejap saja masa berlalu. malam tadi bila baring sebelah abang. tengok muka abang. rasa macam baru lagi kahwin. tak macam dua tahun pun

walaupun kami belum ada anak. kami tak pernah rasa bosan. suami tak pernah mengeluh. cukup bahagia. gaduh sikit- sikit memanglah. sedangkan lidah lagi tergigit

suami aku adalah sebaik- baik manusia yang Allah hadiahkan untuk aku. aku jadi malu dengan suami. sebab aku tak sebaik dia. tak seikhlas dia. suami. kalau bab tolong orang biar dia susah asal keluarga. kawan- kawan senang. sungguh aku malu

cuti sekolah tinggal satu minggu lagi. hari ni nak vacuum dengan basuh baju. seronok dapat jadi suri rumah. kerja aku hari- hari tidur-masak-makan-ulang

alhamdulillah duit claim menanda spm dah masuk. hutang mak pun dah bayar. lega yang amat. masa belum dapat claim. aku selalu cakap dalam hati [sebab claim tahun ni lewat sangat dapat]. duit adalah rezeki daripada Allah. tak disangka dibayar sebelum puasa. syukur sangat- sangat

so konsep anak pun sama. anak itu rezeki. rezeki. Allah yang bagi. kena sabar. banyak berdoa. bersedekah. aku rasa tenang. bahagia. gembira. bersyukur dengan apa yang Allah bagi selama ni

semalam ayah call. bagitahu nak jalan kemaman. tapi malangnya weekend memang kami balik kampung. tak dapatlah ayah jalan ke sini. ayah belum pernah datang rumah lagi. bila teringatkan ayah. aku rasa sedih

tak sangka kesudahan keluarga aku macam ni. setiap hari teringatkan ayah. risaukan ayah. rindukan ayah. aku sayang ayah. kenangan masa kanak- kanak banyak bersama ayah. manusia boleh berubah kan. aku selalu doa supaya Allah bagi ayah hidayah. perteguhkan iman ayah. jangan pesongkan hati ayah. tolong aku ya Allah

May 25, 2016

workload

bekerja di terengganu ni buat aku jadi tak tentu arah. kerja menimbun- nimbun. macam tiada esok bagi mu. kerja tak pernah habis. makin bertambah- tambah

apa yang dikejar. aku pun tak tahu

terengganu memang kaya. bidang pendidikan memang tak terkecuali sebab tu terengganu selalu jadi top three dalam apa- apa peperiksaan awam. semua sekolah kejar band. cikgu penat tau

tiada istilah enjoy dalam bekerja.  terpaksa

mengajar bukan cita- cita aku. tak terfikir nak jadi cikgu. tapi inilah satu cara untuk kumpul pahala. walaupun bukan cita- cita. bukan minat. mesti ikhlas

ikhlas.


Bapanya mahukannya jadi seorang askar, 
Bukan cita-citanya, 
Bukan impiannya.

Dia terlalu muda tuk tinggalkan keluarga, 
Bila tiba masanya, 
Rindu mulai terasa.

Berkecamuk hati, hatinya sendiri, 
Persoalannya kini, sampai bila mampu ku bertahan, 
Mampukah ku bertahan?

Nampak ketarakah dilema di wajah ku, 
Diluarnya tenang tapi tuhan saja tahu.

Beginikah selalunya cinta, 
Diakhiri sengsara, 
Setelah dicurahkan semua.

Cuba ku dalami, 
Sampai termimpi mimpi, 
Namun apa yang ku jumpa, 
Semuanya sama.

Berkecamuk hati, hatinya sendiri, 
Persoalannya kini, sampai bila mampu ku bertahan, 
Mampukah ku bertahan?

[hujan - dugaannya]

May 23, 2016

neraka vs surga

5E memang. penyakit budak- budak sibu. budak- melaka ada dalam kelas tu. pening

biadap nak mam. fullstop

tapi aku still boleh control kemarahan. sampai tangan terketa- ketar. menyampah dengan budak biadap. bukan makan saman. tak sabar nak tunggu 5E habis sekolah

bye. sayonara

-------------------------------------------------

lepas buat keputusan untuk tak nak fikir lagi pasal anak. tiba- tiba bahu aku rasa ringan. rasa macam satu beban hilang. kan. buat apa nak fikir apa yang orang akan fikir. penat tau. baik hargai saat-saat bahagia dengan suami

jom rancang nak holiday mana tahun ni!

tapi suami aku lucu. dia memang seorang pembersih. kemas. rumput depan rumah tinggi sikit dah sakit mata. kebetulan jiran baru simen laman. apa lagi tak dan- dan nak simen jugak

tanya tukang. nak dalam dua ribu. gila! 
tanya jiran. baru habis dalam tujuh ratus. okay la kan

nak gadaikan gelang kahwin. sedih. tapi terpaksa. biasalah mula- mula kahwin. we will be stable soon. very sooon

semoga dipermudahkan Allah segala urusan

May 22, 2016

ahhh period lagi!!

kali ni memang aku sangat confident yang aku pregnant

  • badan berangin
  • pening- pening
  • loya
  • berat naik
  • seluar susah nak zip


sekali period da. rupa- rupanya di atas tu simptom kegemukan. ceh

period kali ni aku tekad. tak nak sedih. tak nak fikir apa- apa. aku nak enjoy dengan kehidupan aku. at least aku dah bersuami. baik. handsome lagi. aku nak:

  • decorate rumah
  • beli sofa
  • tanam bunga [bila halaman dah siap simen]
  • holiday [tak kisah mana- mana]
  • nak ada hobi [so that i can make myself busy]
  • belajar menjahit dengan aina [isteri kawan suami]
  • masak- masak [and also baking]
  • beli buku banyak- banyak
nak lupakan segala kesedihan. aku nak jadi manusia yang bersyukur. Allah dah bagi lebih daripada apa yang aku minta. be grateful

sebab. aku memang perasan. doa aku untuk minta anak tak sesungguh masa aku doa minta pindah. lepas solat kadang- kadang baca surah. zikir memang tak. dulu setiap pagi baca al mathurat. sekarang 6.40 baru siap solat. aku tak bersungguh. sebab tu Allah lambat- lambatkan

ampunkan aku ya Allah

janji lepas ni nak baca al mathurat. al quran setiap hari. izinkan ya Allah

May 18, 2016

perihal anak

soalan yang selalu orang tanya

"dah ada anak ke belum?"
"bila nak ada anak?"

demi Allah. aku lagi nak anak lebih daripada orang lain. setiap hari fikir tentang anak. boleh kata setiap masa. betapa aku sedih setiap kali period datang. kecewa

mengurut dah. rasa perut dah. klinik dah

tapi kena ingat rezeki Allah yang bagi

sabar

suami memang sangat baik. selalu bagi semangat. pesan jangan sedih- sedih. nanti ada rezeki kita. mungkin kita belum bersedia. mentally. physically. financially

memang betul. setiap bulan asyik mengeluh tak cukup duit. tak cukup duit. maybe one of the reason

mak mertua pernah juga sound. adik ipar mengandung lagi masa anaknya yang sulung baru lapan bulan. bila aku pegang anak saudara mak banyak kali ulang- ulang- ulang

"pegang lama- lama bagi jangkit"

baik. faham

pernah sekali mak aku dengan adik ziarah mak mertua. adik ramai anak. so mak mertua pun cakap

"yang senang. senang sangat. yang susah. susah sangat"

baik. faham. yang susah tu akulah. kalau orang lain risau. aku lagi risau. tak tipu. setiap masa aku fikir. memang sedih sangat. macam tak yakin dengan perancangan Allah. astaghfirullah

pernah tanya abang. kalau kita ambil anak angkat boleh?

"abang nak hidup dengan sayang je sampai bila- bila. berdua"

baik. faham

sabar. sabar. sabar