October 6, 2016

pasrah

bukan sedih sebab tak mengandung tapi sedih sebab suami selalu out station. setiap minggu. setiap hari. selang  sehari tunggu suami balik malam- malam. dari bulan lapan kot. rindu sangat. lama tak keluar malam- malam. pergi pantai petang- petang. sedih. sungguh aku sedih

setiap bulan aku akan ada tanda- tanda tau
  • mual- mual
  • perut buncit
  • sakit- sakit perut
  • kerap kencing
  • berat badan naik
mesti ingat pregnant kan. sorry. tak. semalam check pregnancy test. sekali lagi

negatif

kali dah masuk kali ke berapa ratus entah. aku pun dah give up. malas nak fikir lagi. mungkin dah takdir aku. hidup berdua. tapi yang buat sedih bila suami selalu tiada di sisi. busy memanjang. harap sangat suami dapat kerja lain. takut juga kalau sorang- sorang

beberapa malam ni menangis je. lepas satu. satu. banyak betul program risda. masa dengan suami habis macam tu je

next week balik kampung sorang- sorang suami ke jb sebelum tu ke kb. menangis. sedih sangat. hilang mood hari ni. orang lain ada anak boleh teman- teman

sedih. sedih sangat- sangat

October 3, 2016

terasa

nak berkawan kena lapang dada. tak boleh cepat kecil hati. terasa. susah nanti. kadang- kadang kita susah nak jumpa kawan - kawan lama. nak attend majlis- majlis mesti ada sebabnya kan. bukan saja- saja. siapa tak nak jumpa kawan- kawan lama. bukan dulu aku ke yang bersusah payah kumpulkan kawan- kawan. ke hulur ke hilir jupa kawan- kawan. amboi kawan. tak datang sekali dah perli- perli

dulu nak ke mana- mana senang. kita seorang. sekarang ada suami. ada dua keluarga. bukan senang. aku bukan nak riak ke apa tapi bila sekali kita buat salah yang baik kita dulu semua dah lupa. ingat kita tak berperasaan ke?


mimpi indah

malam tadi mimpi paling best. mimpi pregnant. dalam mimpi pun dah gembira tak terkata. kalau real tak tahulah macam mana. mungkin sebab perut buncit sangat kot

sebelum ni buncit jugak. memang ingat pregnant rupanya hanya kegemukan. sebab tu tak harap apa- apa. nanti sedih . menangis. selsema. demam dan lain- lain. selepas sebulan ni baru sembuh dari segala kesakitan

semoga Allah bagi pengampunan atas segala kesabaran

period aku lewat lagi. biasa kalau dah tulis dalam blog tak lama lepas ni akan period. memang period tahun 2016 tak cantik. awal- awal tahun dulu awal. hujung- hujung tahun ni lewat. bulan sembilan langsung tak period

menangis

aku berharap sangat tahun depan period aku teratur dan cantik. aku nak ada anak. aku kasihan dengan suami. betul- betul sukakan budak. sedih tau

bilalah nak period ni. ramai yang doakan aku pregnant. aku aminkan je. kalau betul bestnya. dalam mimpi pun best weh. siap confident dah check memang confirm pregnant. wow sangat

bila nak jadi kenyataan tu? in shaa Allah. kena banyak berdoa. tapi aku sombong kan. jarang berdoa. jarang mengaji. sembahyang hajat tak pernah. macam mana Allah nak bagi. fikirlah sikit fathiah. nak anak ke tak? usahalah!


September 26, 2016

laki bini

kami laki bini memang sempoi. tak pernah nak celebrate anniversary. birthday. candle light dinner bagai. nak gi jalan pun kena fikir banyak kali. kewangan memang tak stabil. lagilah kalau suami terpaksa hantar bos ke mana- mana

aku teringin nak bercuti berdua. impian aku:

jalan ipoh-penang-cameron
jalan pusing- pusing johor
jalan pusing kuala lumpur
jalan kundasang

langsung dah terfikir nak ke luar negara sebab tak mampu. berangan je la. tapi tahun depan harap sangat dapat jalan ipoh dengan penang. selagi berdua ni jalan je la dulu. buat apa nak menangisi kekurangan diri

dari dulu nak belanja abang nando's sampai hari ni belum lagi jejak ke sana. nan hado je la. kasihan suami saya. kami hidup sederhana sangat. bersyukurlah

lately suami busy sangat- sangat sempat jumpa sehari dua je. sedih tau. selalu outstation. start dengan langkawi awal bulan hari tu. lepas tu ke port dickson. minggu ni ke kuala lumpur dan kuala terengganu

berapa hari je dapat jumpa. ya Allah rindu sangat aku pada suami. lepas cuti awal muharam akan ke kuala terengganu lepas tu hantar adik ipar ke bangi. weh lah

sunyi sangat

September 22, 2016

ah macam- macam

pening ada kakak ipar. macam- macam perangai. walaupun seorang

adik ipar nak konvo lorat cari homestay tanpa tanya siapa yang akan pergi. berapa keluarga. berapa kereta

tak tanya okay tak homestay ni. terus book. tak tanya pun. adoi

suami dia tak nak gi alasan nak jaga anak. apa salahnya bawa anak- anak. bukan selalu. tapi kita tak boleh nak judge dia kan. sebab kita bukan tahu masalah dia

aku tak nak anak. nanti orang cakap aku tak faham keadaan

dia belikan kereta untuk ayah mertua. memang baik. tapi yang jadi mangsa aku. kau pandai- pandai beli. pandai- pandailah bawa balik. ni suruh kita pula drive. geram tau

kalau cakap main lepas je. orang terengganu panggil 'wak bijjok'

ah. stress ada kakak ipar. nasib baik seorang je. pening

September 21, 2016

tabiat

bukan ulang tahun perkahwinan kami tapi orang lain. dah jadi tabiat setiap kali kawan post pasal ulang tahun mesti aku terfikir

baru dua tahun kahwin dah ada dua anak
kahwin sama dengan aku anak dah dua
mesti bunting pelamin
lepas kahwin terus pregnant

seronokkan. kalau aku ada anak mesti sebaya baby akid

ingat lagi masa aku bagitahu abang yang la mengandung. abang ingat aku yang mengandung. abang siap cakap alhamdulillah lagi

masa tu baru lagi kahwin. sampai hari ni aku ingat. bila lah saat yang  betul- betul aku bagitahu abang yang aku mengandung

sekarang perut dah sakit- sakit petanda nak period. bukan rezeki lagi. in shaa Allah suatu hari nanti masa tu akan tiba. sabar

September 19, 2016

kisah klinik kesihatan

oleh kerana kekangan wang aku terpaksa ke klinik kesihatan kijal. bayar ringgit malaysia satu dapat check tekanan darah. kencing manis. air kencing. best kan

orang pun tak ramai. sekejap dah settle. doktor cakap kencing kotor ada darah dalam air kencing. mungkin sebab nak period. pregnant negative

next time tak nak ke klinik swasta lagi. ke klinik kesihatan lagi bagus. jimat pun jimat

hate that

hari ni suami ke port dickson sampai khamis. khamis okay. oh my

suami belum pergi pun dah rindu. baru jumpa tak sampai seminggu kena gerak lagi. next week lagi lah. kuala terengganu. kuala lumpur

sebab masa cuti aku pernah terdetik hati. aku dengan suami tak boleh cuti lama- lama sama- sama mesti akan gaduh

terdetik je tau. terus Allah jarakkan kami. ampunkan saya ya Allah. saya tarik balik kata- kata saya. saya rindu suami saya

tak kisah kalau suami nak tengok sport channel setiap malam pun. saya terima

aku cuma nak masa dengan suami. suami ada bagitahu dia nak apply kerani di unisza. bukan aku tak setuju. kami baru je masuk rumah baru. belum stabil lagi. takkan nak pindah lagi

sepupu ayah cikgu di kemaman. dah buat rumah di marang tapi masih tak dapat transfer

aku baru je balik ke terengganu. belum settle down lagi. harap abang dapat hold dulu

tapi buat masa sekarang. aku betul- betul rindu dengan suami. harap masa cepat- cepat berlalu. tak sabar nak jumpa

September 18, 2016

bully

jadi yang paling muda akan dapat paling banyak kerja. dah macam kuli. buat kerja yang orang lain tak nak buat. sehari sebelum cuti sekolah penggal dua bermula itulah hari yang aku hilang seratus peratus rasa homat aku pada pengetua

dalam sekolah ada lebih kurang enam puluh orang guru. tujuh puluh peratus adalah anak kelahiran kemaman. yang memang dilahirkan. membesar. menetap dan paling penting bercuti di kemaman

tapi pengetua psycho tu tetap suruh aku. memang aku seorang saja cikgu sekolah ni. semua pun aku. dahlah nak cuti pun susah. lama tau nak tunggu cuti ni

bila bagitahu aku masih di kampung waktu tu boleh pengetua psycho suruh aku datang awal. gaji jalan katanya. arghhh rasa nak smack down dia dan dan tu juga

i hate her

dah dua minggu demam. selsema. batuk. kencing tak lawas. aku tak nak lagi over confident. perasan pregnant bagai. membazir tau. ingat pregnancy test murah?

petang ni nak ke klinik kesihatan sebab nk buat check up. kuman. bakteria bahaya. takut serang paru- paru. otak. nauzubillah

banyak perkara lagi aku nak buat. tapi betullah kesihatan tu rezeki. tak ternilai. bila sakit terus ingat dosa- dosa lampau. sombong selalu skip doa. padan muka

harap kesihatan bertambah baik lepas ni. in shaa Allah

August 23, 2016

ayat sedih

yes. aku period lagi.selepas lewat hampir sebulan. bukan rezeki. tiga kali check pregnancy test. semua negatif

bukan rezeki kenalah terima. tapi sebak bila suami cakap
"tak apa kita akan ada anak di syurga"

Allah

tak tahu nak gembira atau sedih. terharu mungkin. baik sungguh suami aku. Allah bagi peluang kami hidup sama- sama di dunia ni pun aku dah cukup bersyukur

aku ibu tak ber'anak'
ditakdir Allah tak punya zuriat
mungkin sebab aku kuat
adakah ini nikmat?
berdua- dua sepanjang hayat
jauh dalam hati aku nak ada anak
ada teman ada sahabat
pendoa kami selamat dunia akhirat
sabar kena banyak
Allah uji untuk jadi hebat
dengan izin Allah suatu hari pasti dapat

August 18, 2016

iman kamila

aku suka nama iman kamila sejak umur aku awal dua puluhan. memang suka sangat nama tu. jumpa dalam doa al mathurat. perasan tak sabar nak melahirkan iman kamila sentiasa ada. mak pernah tanya dalam kereta

"bila iman kamila nak lahir?"

tapi semakin dewasa ni tertarik pula dengan nama wafa/ ulfa/ aulia

berangan tak salahkan. free pon. 

aku perasan. ustaz tak pernah bagi bintang. atau puji buku rekod aku. cikgu- cikgu lain siap dapat cop bintang lagi. mungkin sebab aku taip bukan tulis tangan. aku memang malas nak tulis dan ulang perkara yang sama. mungkin ustaz tak suka aku

tapi aku dah biasa hidup dalam keadaan orang tak tahu akan kewujudan aku. dari kecil sampai sekarang aku hanya bayang- bayang. tapi aku ok. sebab hidup aku cuma ada suami keluarga dan kawan- kawan rapat

aku bukan jenis kaki kipas. kaki bodek. kalau nak jumpa hanya waktu penting saja. kita kerja kerana Allah. Allah yang bagi rezeki

sekarang malas nak baca whatsup group kelas sekolah menengah. sikit- sikit cakap pasal kurus. fed up aku. sampai aku tawar hati dengan ros. tak jemput ke rumah terbuka. takut nanti dihina aku gemuk. aku tahu aku gemuk. dan dalam usaha untuk kurus

hormon aku sangat sensitif. berat badan naik terus tak period- period. mungkin Allah kasihan dengan aku kalau pregnant dengan badan seberat ini. setiap kali niat nak diet mesti akan makan bertambah- tambah. nak- nak dah tinggal dengan suami. balik sekolah terus masak

belum lagi suami suapkan makanan yang tak habis. macam mana nak kurus. siapa tak nak kurus. tapi aku bersyukur aku gemuk at least aku tak pakai pakaian terdedah. kan

August 16, 2016

anak

bila tengok anak orang selalu bayangkan nanti macam mana kalau ada anak sendiri. bermula dengan

nama apa?
panggilan apa?
jenis didikan yang macam mana?

yang pasti aku akan jadi guru pertama untuk anak- anak. itu impian aku. pernah terbaca paling elok bila ibu bapa sendiri yang ajarkan al- fatihah. setiap kali anak baca akan dapat pahala

sembahyang. mengaji semua aku nak buat. yang penting jadi bestfriend. bila tengok anak- anak saudara tantrum aku selalu terfikir apa yang akan aku buat kalau anak aku?

sempat pesan pada adik. selalu peluk anak lepas marah. bagitahu kesalahan. sebab aku tak mampu nak buat semua tu. Allah belum izinkan

nama anak pun aku masih berkira- kira sama ada

iman kameela/ jameela
wafa kameela/ jameela
ulfa kameela/ jameela

yang pasti anak lelaki yusuf anaqi. kalau suami setuju

aku selalu baca tips jaga anak sebab boleh apply pada students juga. aku alami sendiri bila mana hubungan emak - anak tak rapat. masa membesar diisi dengan kemarahan. benci. memberontak

aku perasan yang aku membesar tanpa emosi yang sihat. mak ayah jarang tunjuk apa yang mereka rasa atau sayang. tak pernah meluahkan apa- apa perasaan. aku tahu emosi aku cacat

aku membesar dengan jadi pemarah. selalu salahkan orang lain. tak suka berkongsi barang. dan pemendam

tapi semakin dewasa aku belajar macam mana untuk meluahkan perasaan. tunjukkan rasa sayang. dan sebab aku jadi cikgulah aku banyak berubah

August 14, 2016

duka

mungkin cikgu senior teruja bila dapat tahu yang anaknya mengadung enam minggu. tanpa teragak cikgu tu tanya aku

"fathiah bila nak mengandung?"

hari yang lain. seorang lagi kakak senior

"kau tak nak ambil anak angkat mana tahu lagi lima enam tahun suami kau bosan tengok muka kau"

kebetulan pada masa yang sama period aku lambat. mungkin mengandung tak. konon- konon nak bagi hadiah paling bermakna dekat suami. pregnancy test double line

balik terus test. malangnya cuma satu line. bukan rezeki lagi kali ni

dua hari lepas tengah masak ada lalat masuk dalam rumah

"abang tolong bunuh lalat tu"
"abang tak berani takut sayang mengandung"

luluhnya hati aku. aku belum ada kekuatan untuk bagitahu yang aku dah check dan hasilnya cuma satu line. tak terdaya

aku kasihankan suami aku. ada isteri yang uzurnya tak tentu. kadang- kadang cepat. kadang- kadang lambat. aku bukan perempuan subur. tu takdir aku

aku risau. risau kenapa dengan hormon aku. mungkin sebab masalah obesiti. sejak aku gemuk. period aku lari. lari pecut. aku nak diet. kurus tapi

hari ni aku akan cuba untuk stop minum air manis dan sejuk dulu. at least perut tidaklah buncit sangat



July 17, 2016

positif vs negatif

tersangatlah susah untuk fikir positif bila kita bencikan sesuatu atau seseorang atau keadaan. orang yang tak mengalami takkan pernah merasai apa yang dilalui. cakap senang ah

semakin hari semakin malas aku ke sekolah. rasa macam dibuli. kelas orang tak nak aku mesti akan dapat. terutama kelas belakang- belakang. semua tugas orang tak nak aku mesti akan dapat. aku nampak macam 'free' sangat ke?

aku sedaya upaya untuk positif. makin lama makin benci aku pada sekolah ni. hati dan jiwa dah terbang ke mana- mana. aku bukan lagi di sini

semua orang suruh aku sabar. ye memang aku sabar sebab tu aku diam. kalau tak dah lama aku serang dia. mentang- mentanglah aku paling muda. paling baru. paling diam. paling baik. eh

suami adalah kekuatan aku. apapun masalah yang ada. bila pandang muka suami semua hilang. rasa bahagia. bersyukur pada Tuhan


July 13, 2016

hormon

period. officially tinggal puasa empat hari. bukan rezeki lagi. walaupun aku dapat rasa 'sesuatu'. aku redha dan yakin dengan ketentuan Allah. takdir hidup aku telah disusun dengan indah oleh Allah

bercakap pasal takdir. mungkin takdir aku untuk dibuli. dipijak. diabaikan di sekolah ni. seingat aku setiap kali dapat jadual baru mesti aku rasa nak menangis. tak pernah sekali pun sepanjang aku di sekolah dapat jadual yang best

kali ni paling teruk. empat dan lima masa dikumpul pada waktu terakhir

pentadbir ingat aku ni robot ke?

tak perlu makan dan rehat. sedih. kecewa. setiap hari rasa nak tukar sekolah. dah la tak de geng. sepi

pentadbir sekolah ni adalah pembuli. ignorance. suka menganiaya orang lain. semoga perbuatan mereka dibalas Allah

kali ni betul betul kecewa