dalam mimpi tu siap cakap lagi. umur dah setua ni tak fikir lagi hensem ke. ape ke. kelakar la fathiah ni. tapi kan aku selalu mimpi farez. selalu sangat. tu menakutkan. tak tau la kenapa
kawan- kawan apik datang rumah. ramai. tapi nasib baik malam ni tido umah tokki. boleh tengok 2 days 1 night \(^_^)/
aku betul- betul stress ni. surat lesen aku tu tak sampai- sampai lagi. ke mana ntah surat tu. aku dah tak sabar nak amik lesen ni. bil fon. aish =.=" pening- pening. mane nak korek duit. nak keje nanti susah plak nak cuti amik lesen
tapi di hari jumaat ni. aku harap sejuta keberkatan dari Nya. ya Rabb. permudahkan lah urusan kami pada hari ini. agar kami sentiasa cemerlang di sisi Mu
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~
tadi la cakap aku jahat sebab aku sakitkan hati acik. aku dah jadi macam mak. macam mak buat aku dulu masa kecik- kecik. aku dah janji pada diri sendiri tak nak jadi macam tu sebab aku tak nak orang lain rasa apa yang aku rasa. T_____T
aku tahu apa acik rasa sekarang. aku sayang acik. tapi kadang- kadang die sangat annoyed. biasa la budak- budak. mak bias. mak selalu lebihkan die. manjakan die. buat die jadi naik kepala. sepanjang aku hidup ni. mak tak pernah pujuk aku kalau aku gaduh ngan adik- adik. mak tak pernah lebihkan aku. mak biarkan je aku. sakit. perit. acik benci aku. aku tahu. aku juga lalui itu
susah untuk tunjukkan kasih sayang. aku harap acik faham. aku nak die belajar. jadi seorang yang hebat. sebab die memang layak

No comments:
Post a Comment