December 16, 2010

10 muharram yang dulu

iklan --> menyampah kalau terbaca annoying posts di facebook. seriously annoyed =_=". itu satu

10 muharram. ingak pulak masa praktikal --> kerja di sebuah firma di kajang dulu. ngeri. betulll. pada hari itu la aku diberhentikan. disebabkan oleh reason yang tak masuk akal. tapi hati aku tenang. lega. aku akui time tu aku memang naif. aku tanya raudha boleh ke aku berhenti kerja. nanti dapat ke kerja lain. jawapan raudha memang menusuk ke kalbu (as always) "kalau kau nak berhenti kerana Allah, Allah pasti akan tolong kau". sampai mati aku ingat ud

apa biasanya yang berlaku pada 10 muharram?

karbala. majikan aku rupanya seorang syiah. kalah dasyat 13 weh. mula- mula aku syak dia wahabi. kenapa aku syak. sebab dia:
  • tak solat jumaat
  • jamak asar dengan zuhur. maghrib dengan isya. setiap hari
  • tampal doa pelik- pelik dekat surau. bagi aku pelik sebab dalam doa tu mostly akan sebut "celaka yazid"
  • sangat agungkan Saidina Ali dan Saidina Hussein
  • sangat bencikan Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan Saidina Uthman
  • percaya bahawa ada 'sahabat @ pendamping' bersama- sama dengan dia
  • kalau time puasa kena tunggu sampai betul- betul gelap baru boleh makan bak kata boss j "sampai hilang garisan antara langit dan bumi" (ingat lagi curi- curi g pantri makan dulu)
  • dan lain- lain. dah 2 tahun. dah banyak lupa
ingat lagi masa tu kat masjid jamek jalan tar. aku cakap ciri- ciri diatas kat raudha. terus terkeluar dari mulut dia "bos kau tu shiah". terkejut aku. betul- betul terkejut. aku tahu pasal shiah tapi tak sangka hidup bersama dengan diorang

pengikut fahaman shiah percaya bahawa mereka akan dapat pahala kalau mereka bunuh ahlu sunnah. cuak tak cuak. aku memang fikir panjang. nak berhenti ke tidak. sebabnya bos aku tu mula arah pekerjanya baca doa- doa. kitab- kitab shiah. ikut amalan- amalan yang dia buat. masa tu aku rasa macam banduan tunggu saat nak digantung je

pada 10 muharram 1430. bos j mintak semua pekerja dia berkabung. dan dia ada bagi 1 cd untuk semua tengok. guess what. pasal karbala. aku stay dalam bilik tu cuma 5 minit. sebab aku tak sanggup. aku keluar kembali ke tempat aku. bila semua selesai tengok cd tu. kak r panggil aku bagitahu bos mintak aku berhenti awal. memang aku ada mintak berhenti kerja tapi notis 1 minggu. ni awal 3 hari. aku cuma dia. dalam hati aku cakap MERDEKA!

tenang setenang- tenangnya. tak sampai 1 minggu lepas tu aku dah dapat kerja baru. Alhamdulillah. betul cakap raudha

lately aku terbaca blog faisal tehrani. cinta dia akan ahmadinejad. mungkin dr faisal tak rasa apa yang aku rasa. betapa amalan mereka berbeza. aku tahu mungkin ahmadinejad itu semulia manusia. tapi dia juga penganut fahaman shiah. aku malas nak fikir. yang aku tahu aku tetap ahlu sunnah wal jamaah. hanya Allah Maha Mengetahui. jadi ahlu sunnah pon bukan gerenti masuk syurga. kalau dah dosa lebih banyak dari pahala. Astaghfirullah hal azim. ampunkan dosa kami ya Allah

p/s: terbaca metro penganut shiah ditahan jais. bila tengok dalam berita. aku rasa aku cam siapa yang 'angkat tangan' kat jais tu

No comments: