September 12, 2011

mimpi sama yang tak serupa


{kredit jeansbeans}

aku cuma ada hujung minggu untuk tidur siang. biasanya ahad petang memang perfect untuk lelapkan sekejap mata ni. tapi ianya bukanlah satu ritual buat aku. memang jarang sangat aku tidur pon namun ahad lepas aku kalah dek kerana terlalu penat dan kenyang penuhkan perut di rumah terbuka cikgu- cikgu sekolah

tambah pulak terpaksa mengambil dan menghantar suami sha ke lapangan terbang. best jugak dapat jumpa baby rafiq. baik sangat budaknya. diam je. agaknya dia tahu ibunya bersusah masa mengandungkan dia dulu. aku pulak yang sebak

berbalik kepada cerita tidur petang. masa tu aku memang tak dapat fikir dengan waras. aku tahu dah masuk asar tapi dalam hati cakap "awal lagi". aku pon panjat tangga masuk bilik dan tidur. bila dah tidur mesti mimpi kan

dalam mimpi tu aku tengah drive. dalam tu ada kak ija dan kak yan. tiba- tiba sebelum sampai traffic light ada banyak gila kereta dari arah bertentangan nak langgar aku. ada motor kereta lori bas. semua ada. aku takut gile semua dalam kereta menjerit- jerit. aku sedaya upaya untuk elak kereta daripada kena langgar. so aku pusing stereng kereta dan stop. aku terbangun. jam menunjukkan 6.11 petang "alamak asar!"

sebelum ni aku pernah tidur sebelum solat asar. pon mimpi drive dan hampir dilanggar seorang makcik. ni peringatan kali kedua. lain kali aku cuba sedaya upaya untuk solat sebelum tidur. bukankah Allah memilih orang yang diberiNya petunjuk~

Alhamdulillah

No comments: