mak beriya nak aku kahwin. macam sebelum- sebelum ni. mak menabur janji pada kawan- kawannya sampai aku pon tak tahu anak kawan mak yang mana satu yang aku nak kahwin. sebelum ni mak cakap
- budak lelaki tu cuma ada stpm. tak sesuai. lagipun kerja buruh
- budak lelaki anak orang kaya. tak sekufu. lagipun kita orang miskin
baiklah kalau tu kata mak. sekarang lain pulak. lelaki yang mak nak jodohkan dengan aku ni cuma stpm tetapi anak orang kaya. tidakkah pelik tu. mula- mula aku rasa macam tak nak terima. tetapi memandangkan aku sungguh- sungguh kasihankan mak. so aku terima
bila fikir- fikir balik. ni masa depan aku. suami sampai syurga. boleh ke? macam- macam ada dalam fikiran aku. solat tak? mengaji tak? solat jumaat tak? puasa tak? kalau aku baik mesti aku dapat suami yang baik kan? malangnya aku tak
siapa tak nak kahwin dengan lelaki soleh tapi solehah ke aku? dengan pakaian aku. cara hidup aku. agama aku. aku rasa memang Allah takdirkan aku kahwin dengan lelaki tu. walaupun sebenarnya aku tunggu seseorang. tapi seseorang tu dah lupakan aku. buat pertama kali sepanjang persahabatan kami seseorang itu langsung tak wish birthday aku. mungkin aku dah dieliminated dari hidup seseorang itu
tahun ni first time aku pos hadiah buat seseorang itu. mungkin ini kali terakhir. kalaulah sekarang ini aku ada lelaki yang dicintai dan mencintai kan best. dah kenal hati budi. bersedia mental fizikal untuk sehidup semati. boleh ke nak habiskan sisa hidup dengan lelaki itu?
aku selalu fikir negatif. malam tadi seolah 1000 syaitan hasut aku. sampai aku cakap tak nak. hati pon mati- mati tak nak. tapi bila bangun pagi tadi. tenang. seolah boleh terima kenyataan. kalau aku tolak lagi mungkin lagi 5 tahun baru ada calon lagi
aku tak layak untuk memilih. sebab aku manusia tak berkebolehan dan serba kekurangan. belajar untuk menerima. kita sendiri yang akan tentukan cara hidup kita walau dengan siapa pon kita bersama. lagipun Allah sentiasa ada. kenapa nak takut. yakin pada Allah yakin pada mak. doa yang terbaik
No comments:
Post a Comment