July 8, 2010

hati saya betu- betul sakit

aku ingat dah pos duit ke imk dah setel la problem. boleh terus daftar lesen. rupanya tak. sekarang dah masuk 3 minggu. surat tak sampai- sampai jugak. call imk. cakap cuti la. kawen la. duit dah bagi masalahnya. walaupon cuma rm 60. kenapa jadi camni. aku cuma nak amik lesen. supaya aku tak lagi menyusahkan orang lain kalau nak kemana- mana

T_________________________________________________T

sedey la. betul- betul sedey. kenapa la. ada lagi 2 bulan sebelum posting. aku ingat sume akan setel. akan ada hikmah aku tahu. sekarang aku cuma harap miracle akan berlaku. dan surat tu sampai di rumah. aku pon hairan kenapa tak sampai- sampai. surat- surat yang aku pos pada student sume dah dapat. mesti si ana tu tak pos pon kan. insyaAllah next week nak g sane. senang. mudah- mudahan cepat setel. cepat dapat lesen. amin

tepat ramalan paul bahawa spain akan ke final bertemu holand. pelik kan. aku tak tahu nak sokong sape lagi. dah bosan. huahua

apepon yang penting lesen aku. hati aku tak senang selagi aku tak daftar kat ganda tu. satu lagi yang buat aku suspicious sangat bila kerani tu macam nak sembunyikan something dari aku. aku tahu kak rani. bos. ada kat sana tapi dia tak kasi aku cakap. betul tak u damn kerani?

July 4, 2010

tv oh tv

geram. fyi aku jarang 'betul- betul' tengok tv. ye r. jarang- jarang ada di rumah. aku harap sangat sementara ada di rumah ni nak sangat tengok tv cite feveret aku. bukan selalu pon. unfortunately. cite feveret aku petang- petang bertembung ngan cite mak plak. mak. drama queen. buat- buat angin plak. nak sakit hati. aku ni anak je

kalau cite die bukan main lagi. mak tak pernah fair. pilih kasih. sokmo- sokmo. sikit- sikit cakap aku anak ayah. sebab kalau aku mintak pape ayah senang je bagi. masalah nye bukan aku je. anak mana- mana mintak memang ayah bagi. ayah tak pilih kasih. aku tahu

ayah nak bawak acik ngan ateh g mekah kalau dapat duit jual tanah. terkilan? sikit sebab ayah tak bawak aku. fathiah kau dah umur 24 tahun. dah mampu kalau nak guna duit sendiri pon. aku positif. maybe Allah tak nak terima aku sebagai tetamu Nya lagi. aku belum bersedia.

ayah selalu pujuk aku kalau aku gaduh ngan mak masa kecik- kecik dulu. ayah always be there. lately memang ayah suka marah- marah. sebab ayah tak sihat. T______T ayah bukan macam tu. aku tahu. masa kecik- kecik dulu best sangat. jalan- jalan naik motor ngan ayah. acik ngan ateh tak rasa apa yang kami rasa. bahagia. tu la saat paling best. mak selalu buat aku menangis sampai dewasa ni pon. aku tau la kenapa aku ni tak kena di mata die.

T_______________________________T

ceh. sebab tv je. dah jadi luahan perasaan pulak. aku jarang ada di ruang. so berila saya kesempatan. aku akan posting nanti jauh dari sini. best. dapat beli dan pasang astro sendiri. haha~

feveret. 2 days 1 night

invincible youth

let's go dream team

p/s: aku akan simpan duit supaya sama- sama ke mekah dengan keluarga~

July 3, 2010

chef comel

kawan apik. comel sangat. lupe nak tanye ada abang tak. haha. malam tadi tengok bola sama- sama. kesian nak tengok argentina vs germany tapi malam ni rupenye. takpe la tengok la kat uitm tu je.

tapi brasil lagi kesian sebab kalah ngan holand. sengal. main teruk gile. aku belasah ko. ko belasah aku. entah pape. bagus gak holand menang. world cup kali ni memang pelik. i wish malam ni germany yang menang. hurayy!!

July 2, 2010

saiyidul ayyam

jumaat. tadi lepas subuh mimpi budak lagi. aku pon dah kompius ni. betul- betul ada orang nak bagi saka ke. atau mimpi semata. sebab aku tak rasa ada orang nak bagi sebab aku secara fizikal dan rohani nya aku okey- okey saja. baby dalam mimpi aku sume comey- comey. pagi tadi juga siap mimpi boyfriend nih. kelakar je. hitam. kurus. sape la agaknya. haha~

dalam mimpi tu siap cakap lagi. umur dah setua ni tak fikir lagi hensem ke. ape ke. kelakar la fathiah ni. tapi kan aku selalu mimpi farez. selalu sangat. tu menakutkan. tak tau la kenapa

kawan- kawan apik datang rumah. ramai. tapi nasib baik malam ni tido umah tokki. boleh tengok 2 days 1 night \(^_^)/

aku betul- betul stress ni. surat lesen aku tu tak sampai- sampai lagi. ke mana ntah surat tu. aku dah tak sabar nak amik lesen ni. bil fon. aish =.=" pening- pening. mane nak korek duit. nak keje nanti susah plak nak cuti amik lesen

tapi di hari jumaat ni. aku harap sejuta keberkatan dari Nya. ya Rabb. permudahkan lah urusan kami pada hari ini. agar kami sentiasa cemerlang di sisi Mu

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

aku jadi monster

tadi la cakap aku jahat sebab aku sakitkan hati acik. aku dah jadi macam mak. macam mak buat aku dulu masa kecik- kecik. aku dah janji pada diri sendiri tak nak jadi macam tu sebab aku tak nak orang lain rasa apa yang aku rasa. T_____T

aku tahu apa acik rasa sekarang. aku sayang acik. tapi kadang- kadang die sangat annoyed. biasa la budak- budak. mak bias. mak selalu lebihkan die. manjakan die. buat die jadi naik kepala. sepanjang aku hidup ni. mak tak pernah pujuk aku kalau aku gaduh ngan adik- adik. mak tak pernah lebihkan aku. mak biarkan je aku. sakit. perit. acik benci aku. aku tahu. aku juga lalui itu

susah untuk tunjukkan kasih sayang. aku harap acik faham. aku nak die belajar. jadi seorang yang hebat. sebab die memang layak

sori acik

July 1, 2010

falling slowly



i really love this song

June 30, 2010

hj mohamad dan big apple

bye- bye c.ronaldo. jumpe lagi!!

portugal kalah juga akhirnya. biase la. adat. malam ni argentina vs brasil. i tot argentina vs brasil bila final nanti. ceh. world cup tahun ni. odd. mostly team underdog yang menang. paraguay. slovakia. xtau la. aku cuma penonton saja

mak soh aku bawa adik- adik ke kl. aish. aku memang teringin. tapi. entah. kami dah rancang isyaAllah next week kami berangkat ke sana. kuala lumpur aku cabar kau. haha~

aku ingat nak g jalan tar. nak cari tudung. semalam kawan aku masa sekolah rendah ada add aku kat facebook. aasiah. aku dah lama cari dia sebenarnya. tapi sekarang dia guna asiah saja. patutla. nice to see her again. dulu die yang sungguh- sungguh tak nak sekolah agama sebab tudung labuh. lepas tu die tukar ke sultan sulaiman. xsangka dia sudah pindah ke kl dan dia sekarang pakai tudung ala- ala raudha. kagum. aku ingat xnak pakai tudung macam aku pakai sekarang

"hendaklah mereka menutup kain tudung ke dada mereka" [24:31]

aasiah. masa form 1 baru tahu sifat sebenar die. haha. setelah beberapa tahun bersama- sama massa sekolah rendah. betul la don't jugde a book by its cover. memang lain. biar aku je tahu. cukup. tapi yang pasti die memang kipas susah mati 5ive. thanks to facebook sebab thru fb la aku dapat jumpa kawan- kawan lama sume. suke. sangat

sushi donut

tajuk entri. semalam ayah belikan big apple. memang feveret sangat *suke* tapi kali ni beli yang macam sushi tu. sedap jugak. ayah. terima kasih daun keladi lain kali beli la lagi. berkira- kira untuk mintak ayah biayai bil fon saya untuk bulan ni. tolong la saya yang jobless ini. plis T___T

June 29, 2010

sembelit

SPAIN VS PORTUGAL

June 28, 2010

terkena sumpahan

dan dia bernama mohd ridzuan bin abdullah

Alhamdulillah naimaton sudah pon selamat bertunang semalam. sekejap je jumpe bulan 3 hari tu mase mule- mule praktikal. dah jodoh. i'm happy for her. harap cepat- cepat kahwin. dan aku. perempuan yang terkena sumpahan ni. tunggu je la. fyi aku xpernah ada boyfriend. dan aku bangga. aku tahu Allah dah sediakan yang terbaik untuk aku dan Allah sayang kan aku

setiap hari aku teringat cite 4 tahun lepas mase hj de sms aku dari mesir. pagi- pagi. semata- mata tanya aku suka die ke. dengan bodohnye aku jawab tak. sebenarnya aku xpernah terfikir untuk kahwin dengan lelaki lain selain die. bodoh. dan setiap hari aku harap die tanye lagi soalan tu. pathetic

tapi aku tahu aku memang xlayak untuk die. hj de ustaz. belajar pulak dekat mesir. aku ni bukan siapa- siapa. less ordinary. aku dan hj de macam langit dan bumi. bukan. macam pluto dan matahari. hj de memang macam matahari. menerangi alam dengan ilmu di dada. aku. pluto. cold

aku pernah bagitau hj de yang die serupa abdullah khairul azzam. dalam filem ketika cinta bertasbih. aku x selayak anna. jauh sekali. kalau cinta kan seseorang sentiasalah berdoa yang terbaik untuk nya. aku tahu hj de akan dapat isteri yang selayaknya. he's deserved.

"Perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik, laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula"

tu ayat Allah. janji Nya

aku kenal hj de since darjah 2. kalau x silap. ada tahun- tahun yang kami rapat ada yang x. kadang- kadang gaduh jugak. lepas upsr. sekolah ke dua aku smaasza. dimana di sane aku jumpa hj de. lagi. tapi aku pindah ke sekolah lain lepas 2 bulan. tapi kami x lost contact. kami tulis surat. call. dulu hj de selalu call rumah. suke. die selalu cite perihal agama. politik. smaasza. aku ingat lagi surat hj de. mesti ada bau. xtau la ape yang die letak. rindu T____________T

last aku call die sebelum die ke mesir. kalau aku sekolah di smaasza lagi. mesti kami sama- sama ke mesir. ah. berangan. sangat. mase tu aku kat unimas. last surat die hantar kad hari raya dari mesir. lepas tu kami contact each other thru friendster. ym. facebook. dunia dah canggih. siape sangka die akan jadi seperti mana hj de hari ini. aku sangat- sangat bangga. ada kawan macam tu.

aku sentisa doakan die. bahagiya dunia dan akhirat. jumpe suri sehebat anna. selayaknya

dan aku? doakan saja. sesungguhnya Allah mengetahui segala isi hati

June 26, 2010

cawan dunia

i love him so very much

ni 1st entri pasal world cup. world cup reminds me a lot of wonderful memories. 2002 nye world cup mase tu aku form 4, which at dat time korea ngan jepun jadi tuan rumah. aku banyak kali ponteng prep. badan uniform. kelab. musolla. semata- mata kerana world cup. aku sokong turki sebab ada player tu nama fatih. sama macam nama aku. aku suka argentina sebab batistuta. tapi sayang tu last game batistuta dengan argentina dan last game turki dalam world cup ni. w.cup 2006 aku tunggu gak turki. xde pulak. T________T

so this year as i wish mase awal tahun dulu. aku harap portugal dapat genggam world cup since ada pemain hebat siapa lagi kalau bukan c.ronaldo. yup aku memang suke die. aku kenal c.ronaldo mase die mula- mula main untuk manchester dulu. at dat time he's only 18. aku kutuk die mula- mula. cakap ada hati nak pakai jersey beckham. dulu la. last- last sendiri tergila kan c.ronaldo. memang sangat hensem kot

aku memang suka bola. sangat layan. i wish ada husband yang suka tengok bola jugak. haha~
sekarang korea vs uruguay. 8' dah goal. aku harap korea dapat menang juga. tapi ada satu yang xleh lupe mase world cup 2002. jepun. since aku student bahasa jepun. sensei rozi mengerahkan kitorang sume untuk sokong jepun. siap kena root untuk jepun di bilik bahasa jepun tu. mase tu jepun vs turki. as i said before mase tu aku sokong turki. nasib baik turki menang. xbaik aku. gomen sensei.

i really missed those moment T_______________T

aku harap lagi 4 taun aku dapat tengok world cup lagi. cume mungkin tempat nya berbeza. orang di sekeliling juga. mungkin.

xpuas hati semalam suppose portugal boleh je gol tapi. c.ronaldo tu macam pemalas. xde berlari- lari sangat kejar bola. cuma tunggu je. cet! kesudahannya portugal 0 brasil 0. game memang tunggang langgang. mess. i wish it would be the best game ever.

bercakap pasal the best game. game yang paling best skali mase turki vs korea. 2002. bagi aku tu la game paling best. mase tu untuk tempat ke 3 dan 4. oleh kerana korea dan turki dua- dua warna merah. 1 stadium warna merah.cantik sangat. lepas main player turki dengan player korea sama- sama pegang tangan dan bow sume penyokong. sweet kan. fyi masa tu ponteng maghrib di musolla. tengok tv kat dewan makan. darah muda. haha~

root for portugal for the next game. kalau dapat g ke semifinal

p/s: ada kedai baru buka sebelah petronas. mak soh keje sane sementara tunggu posting. baik juga cadanga itu. i like!

June 24, 2010

cikgu rindu kamu

wong yang tiba- tiba sms aku. rindu la tu. haha~

semalam surprisingly wong text aku. boleh cakap die kena buang sekolah sebab gaduh =.=" dah la gaduh ngan 4do. india. sape lagi kalau bukan geng navin. chee ying vs navin. x ke gile tu. aku rase susah hati sebab aku xde kat sane. lee pulak text bagitau yang bah*** dah start ganti kak syura. mampos. aku harap die baik- baik ngan student aku.

luqman yang selalu nampak cam banyak masalah. kesian x sempat nak temu bual

luqman. lupe nak sms. luqman pon bagitau kena buang sekolah juga. weh kenapa korang ni. budak sekolah tu memang suke memonteng. pastu lepak kat bilik kaunseling. haha~ tapi bukan aku yang galakkan diorang ponteng.

budak form 5 yang besh!

tapi rindu sangat- sangat. betl x tipu. diorang semangat aku. semangat untuk langkah kaki ke sekolah tu. pengetua. aku memang trauma. aku baik ngan form 4 & 5.

azizah
asmira
linda
tiqah
pejot
asreq
rizal
nazrin
zuhairin
syafiq
mohamad
mohamad
aben
amirul
miza
shera
fathin
aini
anem
ina
ieda
wani
fara
taufiq
yazrid
zuhairi
azhari
bk
faizal
akmal
syafiq
akbar
elfian
azri
amirul
fifi
navin
wong kah loong
how loong
yan chai
gan
chee ying
oo

weh. i miss u. u know!!

bf yang paling dirindui. uwekk

bile lagi nak g sane ntah. harap- harap dapat g before posting. rindu cikgu fuad jugak. die banyak kali bengang ngan kitorang sbenanye. aku tahu. deep inside sometimes die memang annoyed ngan kitorang. i miss u also cikgu fuad!!

budak form 5 lagi. miss u la~

June 23, 2010

surat perlepasan dah sampai

tunggu ku di ganda ya!!

yaey. syukur sangat- sangat. Alhamdulillah. 2-3 hari ni asyik fikir pasal surat tu je. entah sampai ke. dah la ada duit dalam tu. takut jugak. pagi- pagi ana dah call bagitahu surat dah sampai. happy \(^_^)/ akhirnya dapat jugak aku buat lesen. tapi kalau posting bulan 9 la.

perihal posting ni banyak pulak rumors. ada yang cakap hujung bulan ni dah tahu kat mana. so next month dah boleh masuk sekolah. tapi semalam k'wani call bagitahu posting bulan 9, which sebelum tu ud dah bagitau dalam fb. actually aku lagi suka posting bulan 9 sebab:

1) adik aku nak bersalin, so i can help her taking care of her baby
2) aku nak amik lesen. badly
3) aku nak puasa 30 hari di terengganu, which aku memang x pernah puasa penuh di rumah since i was 13 T_T
4) aku nak rehat- rehat. lepak-lepak dulu

semalam ada terbaca blog ntah sapa. aku pon xingat. she wrote 'bout 30 things i wanna do before i die. aku pon fikir ape yang aku nak buat sebelum aku mati. so i decided to listed a few of them

1) nak belikan tv flat screen untuk family lepas dapat gaji nanti
2) aku nak sambung master
3) aku nak g jepun. korea.cape town.jakarta
4) nak ada camera dslr
5) kawen. haha~

ni perkara yang mesti tercapai. i really hope so. aku terus berdoa. dan berdoa. agar Allah permudah segala. semoga Allah sentiasa bersama saya. amin

saya tiada siapa- siapa kecuali Allah. hidup mati saya kerana Allah.

June 17, 2010

penempatan yang mengerikan


dpli students start to wonder where they will be placed to. so do i. macam ada rama- rama berterbangan dalam perut. kind of scary. but i'll try to be positive. setiap yang terjadi pasti ada hikmah. right. Allah xkan menduga jika bukan dengan kemampuan hambaNya. true!

aku pon xfaham. sebenarnya aku ok ke kalau dapat sabah, sarawak. the truth is aku lagi ok kalau dapat east malaysia compare to west coast sebab budak- budak lagi kurang hasam. kan. especially n9. haha~ biarlah aku mengajar budak yang nak belajar. kali mesti jadi cikgu yang baik. dan paling penting:

walau dimana sekali pon biarlah tempat tu dapat didik aku untuk jadi seorang cikgu yang hebat. manusia yang tabah.

sebelum posting mesti tau result dulu kan. Alhamdulillah. cuma praktikal dapat B+. tapi memang layak sangat sebab:

1) lecturer datang tapi hanya check rph
2) lecturer hanya datang sekali sahaja
3) mr palani bagi aku markah biasa- biasa saja
4) aku pon mengajar biasa- biasa sahaja

xpe la. syukur. better than my degree. yeay~

June 14, 2010

hutang

ini adalah ru si la

aku selalu cakap aku memang xsuke duit. duit adalah satu-satunya faktor mak ayah aku selalu gaduh. so aku benci duit. tapi as i getting older. baru aku sedar betapa pentingnya duit tu. semalam aku dapat surat lawyer dari cel*** sebab xbayar jalur lebar and it's almost rm 200. s**t. bila entah nak g bayar. biarkan dulu. bil fon pon same kali ni betul- betul tekad nak guna prepaid.

tapi aku bukan nak kaya. banyak duit. aku nak cukup- cukup je. untuk buat aku jadi xtamak dan kedekut.

hari tu mak dah tukar pemegang akaun tabung haji. aku memang ada duit. tapi duit tu aku nak guna untuk lesen aku. dalam tangan ada rm 50. dalam bank ada rm 50. so aku perlu pinjam ngan mak aku lebih kurang rm 250. fyi ni 1st time aku memang jobless. xbiase xde gaji. xde duit. susah jadi dewasa. T_T

ok kita lupakan kisah- kisah sedey tu. kite cite holiday kami sekeluarga hari tu. jumaat lepas kitorg g perlis. ada kenduri anak pakcik lan. khairul. best la jugak. meriah gile kot. tapi ktorg g jalan- jalan kat wangkelan-->padang besar-->ladang anggur-->mata ayer-->gua kelam-->padang besar lagi.

dah lama xjalan- jalan since aku blaja kat unimas. khairul tu pon mintak dpli gak dulu tapi xde rezeki. isteri die doktor. cantik sangat. name nurul huda. best tengok orang kawen ni. tehe~

pulut ayam yang mahal. cet!

c o l o r s

soul sisters

annoyed. he~

sawadikap

June 2, 2010

ngepek

bosan. biase r dah dok umah. tadi nak daftar untuk P tertunda plak sebab nak surat perlepasan. adoyaii. aku entah letak mane surat tu. kalau ayah tahu mati aku. tadi terbace jitra nye facebook. die g jepun. dalam hati cakap. orang lain senang- senang je jepun. aku yang teringin gile entah bile leh g. xbersyukur fathiah ni. bukan. cume. kadang- kadang jeles r tengok orang lain dah sampai mana- mana. aku?

tapi aku pon dah pergi banyak tempat

13-17 (kelantan) --> 18-19(pulau pinang) --> 19-22(sarawak) --> 22-23 (kuala lumpur) --> 23-24 (perak) --> 24 (negeri sembilan)

banyak kan. tapi jepun tu memang dari dulu aku nak g. harap suatu hari nanti dapat gak jejak kaki. InsyaAllah.

orang cakap banyak berjalan luas pengetahuan. memang. betul sangat. banyak belajar pasal manusia. manusia ialah haiwan sosial (zahiril adzim, n.d) hehe~

nak belajar lagi. kat negara lain pulak. memikirkan kerjaya aku ni. boleh kah? doa je la fathiah. aku memang suka jalan- jalan. suka sangat. selalu kot. mase dok kl dlu mustahil weekend dok umah. mesti nak jalan. mase mizah jadi kaunselor kat unikl. zha masih lagi belajar kat um. best time tu. wish dat i can turn back time. huh~

future ahead. harap x posting jauh- jauh. dah penat dok jauh- jauh. nak dekat ngan family. tu je harta aku ada pon. khairul anuar. hakkai mase kat matrikulasi dulu. jumpe kat facebook. tapi xde tegur pon cuma add saje. die pon dah pergi banyak tempat. dubai. afganistan. afganistan? xpe la as long as overseas. teringin betul. badly. bandung pon dah ok. desperate

berbalik kepada lesen harap dapat la si ana tu uruskan. aku nak lesen. nak kereta. senang nanti posting. aku memang cukup menyesal xamik mase lepas spm dulu. haih~ tapi aku takut si rani tu buat susah pulak. xpaham aku cakap ape nanti. takut. nak cepat. nanti lambat- lambat xsempat sebab diorang cakap posting bulan 7 dah boleh tau. awal weh. baru ingat nak bersenang lenang di rumah.

semalam jumpe roh, muye ngan adeyna. suke. makan kek. muye memang dah dewasa. lain. cantik lagi. rindu. rindu mase dulu- dulu. mase sekolah. mase kat matrik. kat unimas. kat kl. kat vads. tanjung malim. lepas ni entah bile dapat naik lrt lagi. dah x urban lagi.uwek

world cup dah dekat tu pon banyak kenangan especially mase sekolah. rindunye. tapi hati dah x senang nak tengok. asyik fikir pasal gaza. jahanam betul israel. sampai bile la. aku rase aku dah dengar nama benjamin netanyahu since aku darjah 1 sekarang aku dah 24 thn. betapa lame nye sialan ni hidup menyiksa saudara- saudara aku. orang jahat memang liat nak mampos.

June 1, 2010

ludah israel

sial
kejam
laknat


Allah give us strength