September 3, 2012
September 2, 2012
sebenarnya
terbaca satu blog yang tajuknya 'untung jadi cikgu'. dimana dia cuba untuk curahkan rasa cemburu yang membuak- buak dengan memberi pandangan yang macam sampah. aku cikgu dan aku juga manusia. antara perkara yang membuatkan kakak ini tidak puas hati ialah
gaji
memang aku sangat setuju gaji cikgu memang banyak. sekarang pon baru kerja dua tahun gaji aku hampir 4 ribu kurang lebih. tapi aku pernah cakap ini pada budak 'aku kerja sebab kamu [pelajar] bukan sebab duit'. Allah takkan tanya berapa banyak duit aku dapat tapi Allah tanya adakah aku dah jalankan tanggungjawab
cuti
fyi cikgu cuma ada 7 hari sahaja untuk cuti. 7 hari untuk 1 tahun. memang ada cuti sekolah yang banyak tapi kadang- kadang terpaksa ke sekolah ada perkhemahan. kursus dan sebagainya. kalau cikgu yang bertugas jauh macam aku nak kahwin sah- sah kena buat masa cuti sekolah tapi persiapan bila nak buat? cuti yang sebelum tu? cuti yang seminggu tu? cuti sekolah hanya untuk budak sekolah
multi-purpose
cikgu macam kerani masukkan markah. setuju. bukan setakat masukkan markah nak kena komen lagi. re-check lagi. buat analisis. sebelum exam kena buat sasaran pelajar. bukan satu website sahaja yang kena masukkan markah sekarang dah ada saps. pbs. macam nak terkeluar bijik mata masukkan markah. jangan lupa nak tanda kertas budak lagi satu hal
berniaga
apa salahnya kalau cikgu nak jual tudung ke kain ke tupperware ke. cikgu- cikgu mita duit modal dari kau ke? dia rasa seronok berniaga nak cari duit lebih salah ke?
jangan sebab seorang cikgu terus buat tanggapan macam tu. masa dah berlalu zaman dah berubah. mak ayah orang ramai tak pernah faham perasaan cikgu. betapa susah nak jadi seorang pendidik. aku percaya setiap cikgu mesti pernah menangis kerana pelajarnya
betapa budak hari ini biadap langsung tiada budi bahasa. bukankah itu didikan ibu bapa? macam mana seorang ustazah nak ajar pelajar yang berusia 13 tahun untuk puasa kalau ibu bapa tak pernah nak didik anak- anaknya dari kecik. bukankah nak meletur buluh biar dari rebung
bila dah keras tak dapat nak diajar mulalah mak ayah nak salahkan cikgu. yang buruk semua dari cikgu. bila budak dapat straight As semua jasa mak ayah. mak ayah yang bagi didikan tapi stesen tv. surat khabar lupa yang cikgu juga turut bagi sumbangan
ingat kalau bukan sebab cikgu atau pendidik dengan nama apa sekalipun kamu tak akan jadi apa yang jadi hari ini. ingat jasa guru. baik buruk tetap seorang guru. daripada salahkan guru tolonglah bantu guru untuk bangunkan anak bangsa. jangan lepas batuk di tangga
August 28, 2012
after raya
mungkin raya tahun ini tak semeriah sebelumnya. tak tahu apa yang kurang. mungkin sebab budak- budak tak datang ke rumah. awal- awal lagi dah pangkah sebab tahun lepas cuma bagi seringgit untuk duit raya
sebelum raya
bergelimpangan dengan kertas jawapan budak- budak. macam nak terkeluar bijik mata tanda satu- satu. alhamdulillh semua selesai sebelum berangkat ke kampung. flight jam 9 ke terengganu esoknya jam 8. tidur di surau sampai tertendang kepala orang
dijemput ayah dan apik di terengganu. terus ke pasar kedai payang beli barang masak untuk hari raya. yang sedihnya semua yang nak makan semua tak dapat. nasi dagang dan pulut kuning [nasi kunyit]. mood ayah sangat baik masa tu mungkin sebab anak kesayangan balik [koya!]
tahun ni buat pertama kalinya kami sekeluarga keluar beraya. ke rumah adik arwah tok. raya kali ni memang banyak keluar. beraya dalam kereta. tv pon tak tengok. cuma ada malam tu pon banyak habiskan masa khatam family outing
azim balik raya kedua. dah besar. pandai menari pulak tu. comey gila. alhamdulillah la pulak dapat kerja jadi cikgu taska. cuma runsing mana nak cari pengasuh untuk azim
berpicnic di sekayu. best sangat. makan nasi lemak berendam dalam air sejuk. best in the world! nasib baik kali seluar tak koyak. tapi sedih sebab tak dapat gi tunang nini padahal rumah nini dekat gila dengan simpang sekayu tu
lepas raya
mula pack barang. masing- masing pulang ke tempat sepatutnya. sedih sangat. memang tak cukup. kalau boleh nak raya sebulan. malas nak fikir pasal budak. soalan exam. kursus. pbs. pening
-----------------------
aku tak faham dengan mr jong ni. kenapalah asal ada budak baru pindah je mesti masuk kelas aku. kenapa? serius malas nak uruskan. cukuplah dengan lim sing hwa tu. tu pon dah memenatkan. geram betullah!
kami sepakat nak buat open house. masalah palong besar ialah ketiadaan tukang masak. stress! azie kena camping pulak time- time genting macam ni. harap- harap open house kali ni berjaya. iinsyaallah. aminnnn
August 12, 2012
dah tak lama
tinggal beberapa hari lagi berpuasa. dah mula rindu. sedih pon ada. puasa kali ni memang best sebab most of the time kitorang masak almost everyday. baru sekali beli lauk tu pon teringin sangat lauk daging hitam. puasa kali jugak kitorang banyak buat kuih. tapi tak sempat nak berfoto bagai. next ramadhan insyaallah
nak balik kampung! tak tahan lagi. walaupun tahun ni susah nak dengar lagu raya kalau ke pasar raya baru dapat dengar. sebab kat sini hot.fm ke era.fm ke belum sampai lagi. sedih kan?
ramadhan jangan pergi. takut nanti tak sempat jumpa lagi. aku lahir bulan ramadhan harap mati nanti pon bulan ramadhan. amin
tapi masih banyak yang perkara yang nak dibuat diselesaikan. harap- harap sempat. kalau nak bahagiakan dan senangkan hati semua orang dapat ke?
August 6, 2012
perak dan empati
kalah lagi. tapi tiada siapa nak disalahkan. dah cuba. lee chong wei tetap hebat di hati setiap rakyat. you are the true winner!
the skills win you medal but attitude wins hearts
serius aku sedih. seakaan aku dapat rasa apa yang dia rasa. betapa dia mahukan emas untuk olimpik terakhirnya. 28 juta rakyat malaysia turut dukacita
namun lin dan bukan calang- calang. mungkin kali ini yang terakhir?
paling sedih bila lee chong wei masih menangis. terus menangis dan tetap menangis. why are you crying? no one blames you. no matter how bad. we are always with you!
the end
this is how we end our years of friendship. how sad. but i have to accept. walaupun aku tahu apa nak diminta itu mustahil aku akan dapat. at least aku cuba. kan?
faham. tersangat faham
enough pasal sahabat. cerita pasal puasa pulak. alhamdulillah sangat best walaupun sedikit penat sebab cuaca panas sangat. sampaikan malam- malam pun panas. insyaallah esok hujan. amin
student pon sangat membantu tetapi 2A4 & 2A8 memang tak lah kan! kenapa kelas tu jadi macam tu. dahlah kelas sejarah. keluar dari kelas- kelas tu rasa macam baru lepas berperang. penat amat!
July 29, 2012
maaf dan dendam
kemaafan adalah dendam yang terindah
minggu lepas agak kepenatan. minggu pertama di bulan ramadhan. hari jumaat energy jadi negative walaupun tak mengajar langsung. gaduh dengan kee chan. kee chan selalu cakap buruk pasal aku dalam bahasa yang aku tak faham tapi aku tahu
demi Allah. hati aku memang terguris. doa aku supaya apa yang dikata kembali kepadanya. kemaafan bukan mudah walaupun indah kerana sakit itu masih terasa
aku kecewa dengan mak. masih tak nampak masa depan aku. dan aku sangat takut. apa yang akan berlaku nanti. mak suka tabur janji palsu. mak tak mampu nak kotakan janji. mangsanya aku
aku sangat tertekan minggu ni. macam- macam yang berlaku. setiap malam menangis. namun seorang pun tak tahu hati aku sedih. cuma Allah yang tahu. Allah tempat aku mengadu. terima kasih Allah
setiap yang berlaku pasti ada hikmah. sesiapapun. bilamanapun. pasti dia lah yang terbaik untuk aku
July 25, 2012
4 ramadhan
harap dapat kurangkan tengok tv. banyak kan mengaji
harap dapat kurangkan maki. banyak kan puji
July 19, 2012
mak ke aku?
mak beriya nak aku kahwin. macam sebelum- sebelum ni. mak menabur janji pada kawan- kawannya sampai aku pon tak tahu anak kawan mak yang mana satu yang aku nak kahwin. sebelum ni mak cakap
- budak lelaki tu cuma ada stpm. tak sesuai. lagipun kerja buruh
- budak lelaki anak orang kaya. tak sekufu. lagipun kita orang miskin
baiklah kalau tu kata mak. sekarang lain pulak. lelaki yang mak nak jodohkan dengan aku ni cuma stpm tetapi anak orang kaya. tidakkah pelik tu. mula- mula aku rasa macam tak nak terima. tetapi memandangkan aku sungguh- sungguh kasihankan mak. so aku terima
bila fikir- fikir balik. ni masa depan aku. suami sampai syurga. boleh ke? macam- macam ada dalam fikiran aku. solat tak? mengaji tak? solat jumaat tak? puasa tak? kalau aku baik mesti aku dapat suami yang baik kan? malangnya aku tak
siapa tak nak kahwin dengan lelaki soleh tapi solehah ke aku? dengan pakaian aku. cara hidup aku. agama aku. aku rasa memang Allah takdirkan aku kahwin dengan lelaki tu. walaupun sebenarnya aku tunggu seseorang. tapi seseorang tu dah lupakan aku. buat pertama kali sepanjang persahabatan kami seseorang itu langsung tak wish birthday aku. mungkin aku dah dieliminated dari hidup seseorang itu
tahun ni first time aku pos hadiah buat seseorang itu. mungkin ini kali terakhir. kalaulah sekarang ini aku ada lelaki yang dicintai dan mencintai kan best. dah kenal hati budi. bersedia mental fizikal untuk sehidup semati. boleh ke nak habiskan sisa hidup dengan lelaki itu?
aku selalu fikir negatif. malam tadi seolah 1000 syaitan hasut aku. sampai aku cakap tak nak. hati pon mati- mati tak nak. tapi bila bangun pagi tadi. tenang. seolah boleh terima kenyataan. kalau aku tolak lagi mungkin lagi 5 tahun baru ada calon lagi
aku tak layak untuk memilih. sebab aku manusia tak berkebolehan dan serba kekurangan. belajar untuk menerima. kita sendiri yang akan tentukan cara hidup kita walau dengan siapa pon kita bersama. lagipun Allah sentiasa ada. kenapa nak takut. yakin pada Allah yakin pada mak. doa yang terbaik
July 16, 2012
tahniah darling!
alhamdulillah majlis kahwin ud berjalan dengan lancar. walaupun macam- macam perkara berlaku beberapa hari sebelum. masa malam aku tiba di kuala lumpur cermin kereta ud pecah. terpaksa tunggu dari jam 12 sampai 2 pagi. tapi sempat lagi belasah burger daging special
keesokannya. terpaksa tunggu cermin kereta sebelum gerak ke melaka. azan asar kot baru gerak. cari mc untuk gg [ud's sister] kemudian ke shah alam kutip barang aiman [ud's brother]. jalan punyalah jam. apa yang best tentang jalan jam ialah kami berjaya siapkan bunga telur. dapat borak- borak sebelum ud jadi puan. karaoke lagu mahir zain plus nasyid- kahwin-related. sampai melaka jam 11.30 malam
sabtu jadi ejen ud kena cari buah plus kek plus coklat plus sarung kaki untuk pengantin. alhamdulillah semua berjaya dijumpai. singgah hantar barang sempat melahap durian berbiji- biji. sedap gila!
ahad ud nikah. 2 kali sebab mustafa cakap melayu tak clear. alhamdullah ud selamat menjadi istri kepada mustafa tekke. semoga menjadi istri dan ibu yang soleh. dah cop nak berbesan. jangan lupa tau!
lepas ni turn aku pulak. insyaallah. harap- harap ud dapat datang. aku pon nak buat macam ud. seringkas yang mungkin
satu perkara yang tak best. sangatlah annoying dengan mizah yang selalu cerita pasal nizam. betul kata tablo 'love is a sickness. love is so bad'
July 12, 2012
going home
malam esok berangkat pulang menghadiri perkahwinan sahabat dunia akhirat. semoga selamat pergi dan pulang. masih banyak tugasan yang belum selesai
budak- budak semua happy bila aku cakap jumaat ni cikgu lain akan ganti. macam jakri cakap semalam 'dah bosan tengok muka cikgu'. nasiblah dapat cikgu tak cantik. sabar ye jakri ada beberapa bulan lagi kamu terpaksa tengok muka cikgu
isnin ni bermulalah kerja tanpa henti. soalan exam. pbs lagi. jsu/jpu. analisis item. ya Allah. begitu banyak kerja tertangguh. baguslah lain kali malas lagi. biar kerja menimbun
cakap banyak pon tak guna. esok nak kena bangun awal masak nasi lomak. kena gi sekolah awal sebab bertugas! ahhhhh
salam
July 8, 2012
he's so gorgeous
jason godfrey
[i want to keep him here. so that i will remember him forever]
--------------------
berbalik ke alam realiti. dimana adalah mustahil untuk jumpa manusia seindah jason godfrey. menjalani kehidupan normal seperti guru- guru lain di dunia ini. isnin adalah hari malas sedunia. kebetulan esok jugak aku terpaksa masuk 2A8 untuk gantikan kelas jumaat ni. nasib baik kerja kursus banyak membantu
weekend berlalu dengan pantas sekali tanpa rehat yang panjang dan mencukupi. semalam pulak sekolah ganti. pagi tadi ke sarikei cari nasi beriani. petang tadi ada tetamu datang mintak resipi
aku cuma berharap masa berlalu dengan lambat. aku jadi tua sebelum usia. aku okey bila umur 25 tahun tapi bila dah 26 tahun ni. aku rasa tak okey. memang tak okey. malu nak mengaku. aku pon tak faham kenapa. mungkin sebab aku rasa aku ni tua tapi belum kahwin lagi belum ada anak lagi hidup tak stabil lagi
be positive fathiah! jangan fikir remeh temeh. insyaallah masa pasti akan tiba
good night jason. cuba buat moussaka masa open house raya nanti
July 5, 2012
syaaban dan 2A8
nisfu syaaban. ada 15 hari lagi nak puasa. cuaca memang panas. aku non stop minum air. dulu jarang ke toilet sekarang dua tiga kali kot. paling tak tahan bila double period. boleh kena batu karang kalau selalu. esok semua puasa. esok juga puasa pertama dan terakhir aku dalam bulan syaaban ni
2A8. mula- mula bimbang juga bila nak tukar waktu pjk diorang jadi waktu sejarah sebab budak kelas belakang- belakang ni suka sangat main- main waktu pjk. tapi bila aku bagitahu semua ok. nevermind lah cikgu no problem no problem. sejuk hati
kelas ni jauh lagi best dari 2A4 mahupun 2A1. walaupun kelas bising. huru hara. hiruk pikuk. tapi diorang tahu macam mana nak joke dengan cikgu. macam mana tak nak bagi cikgu marah. kalau aku pukul atau tak kasi gi toilet tak seorang pon menjawab. tapi kalau 2A4. kenapa meh salah meh hahhhhh. tongong
sekarang belajar nilai melindungi hak kanak- kanak. aku pon macam biasa bagilah latihan tambahan. sekali soalan tanya pasal sumbang mahram gangguan seksual kes cabul. rasa macam nak mati jawab satu- satu kat student. kenapa aku ngajar sekolah lelaki!? serius malu. william pulak siap demo dicabuli tu macam mana. tertekan!
malas nak bagi latihan tu lagi. riuh kelas dibuatnya. ni 2A1 belum bagi lagi. memang esok buang latihan tu dalam tong sampah. bagi latihan nak suruh belajar tapi fikir bukan- bukan pulak. baik tak yah ek
esok kami semua nak berbuka puasa di red carpet carrot. kesian ayuni teringin nak makan sana. walaupun i olls tak berduit terpaksalah. nampaknya bulan ni dua kali ke tabung haji. kenapa jadi macam ni? lepas ni raya lagi rabak kot
July 1, 2012
+ve
sekarang dah tak bermood nak menulis. otak dah tepu. gambar pon dah jarang- jarang amik. tapi ada hati nak beli dslr. takkan setiap entry nak cerita pasal student kan nanti macam buka pekung di dada pulak. hah! minggu lepas hari sukan kan. alhamdulillah semua berjalan lancar
adrian? mungkin dapat nombor tiga kot. cet sama macam cekal dulu. memang tak mampu nak lawan de la salle. rumah diorang ramai gila atlit. mana nak menang. sukan kali ni best sebab jaga masa. teduh dan tak memenatkan
dapat tengok budak- budak lari especially budak- budak adrian ada dexter. dexter memang cool walaupun selalu dapat nombor dua. memanglah susah nak lawan atlit kan. masa ngajar 2A2 dulu aku paling suka dexter. paling baik dan hensem. dan dan weh
enough pasal budak- budak. aku ni nanti nak balik kenduri ud. sah- sah akan guna duit yang banyak. aku tak faham kenapa duit aku selalu habis. bayangkan masuk watson saja dah habis rm50. tak lah beli banyak barang pon. mahal agaknya. berkenan dengan kasut vincci tapi tak berkemampuan. lagipon tak tahulah pakai ke tak. nanti senasib dengan kasuts plus sandals yang dalam bonet dan atas rak tu
tapi mak ada tanya nak pinjam duit tak. mestilah nak. kalau sengkek nanti bukan sekarang. masih lagi berduit. malu la nak pinjam duit mak. aku bukan kerja kilang. cikgu kot. sekarang ni dah pakai prepaid okey kot. jimat sikit
kerja kursus budak- budak belum mula lagi. harap- harap dapat siapkan cepat- cepat. nasib baik ngajar dua kelas saja. kalau tak. mati!
nadiah dah masuk rumah hari ni. takut nanti dia tak selesa. rasa tak best. tak sebest rumah lama dia. aku harap nadiah buat keputusan yang betul dan tepat. kami semua welcome dia untuk masuk ke rumah ni. mesti pelik bangun pagi esok ada nadiah. biasanya aku sorang- sorang je
puasa dah dekat sekarang pon dah nak masuk tengah bulan syaaban. aku belum lagi puasa sunat. harap- harap sempat. kalau tak setahun kena tunggu
harap esok akan jadi hari yang bahagia dan tenang. no monday blues what so ever. sentiasa bersyukur dengan setiap rezeki yang diberi. kurangkan merungut. stay strong!
June 28, 2012
moh bersukan
esok jam 2 akan bermulanya hari sukan sekolah. sangatlah happy sebab tak sekolah. cikgu malas. tahun ni adalah tahun pertama aku berhari sukan since aku posting di sacred heart. tadi keluar dengan ayuni [housemate baru] cari baju warna merah. semangat tak? tapi jangan haraplah adrian nak menang tahun ni sebab rumah lain semua ada atlit cuma adrian ....
tak sabar nak balik untuk kenduri ud. alhamdulillah jadual semua dah tukar. tapi belum bagitahu mr jong lagi. harap- harap tiada masalah
beberapa hari ni tidur awal sebab senang nanti nak bangun subuh. tapi malam ni terlewat pulak mentang- mentanglah esok mula lambat
semalam gi celcom centre. tak nak pakai maxis lagi. membazir sebab family semua guna celcom. kawan- kawan bukan selalu berhubung sangat. lama jugak guna maxis dari zaman unimas lagi. dan lama jugak tak berprepaid ni. tak tahulah aku ni buat pilihan yang betul atau tak
mahu tidur sekarang. selamat berhitam legam
rindu farez naim ayu usop jojo kak yana kak wani maisarah arwah ashraf umi nisa. paling dirindui tanjung malim. especially pasar malam. sup saudagar yang tersedap di ....
Subscribe to:
Posts (Atom)























