sekolah yang ketiga. paling baik. paling best. pelajar moral tak ramai. cuma satu kelas untuk setiap tingkatan. bestkan. paling ramai tingkatan dua dan tiga lebih dari tiga puluh lima orang. alhamdulillah semua under control
budaknya baik. dan paling penting faham bahasa melayu dengan baik
budak melayu apatah lagi. ya. memang ada yang sombong. kurang ajar. mana- mana memang akan ada. tapi jumlahnya terlalu sedikit
guru- guru. hmmmm
aku rasa kalaulah kami perlu beratur mengikut harta kekayaan yang kami ada. confirm aku paling last. belakang
kadang- kadang rasa terlalu rendah diri. aku tak punya apa yang mereka ada. tapi aku tetap bersyukur. ada kereta ke sekolah. ada rumah untuk tidur malam- malam. yang penting ada suami yang penyayang
suami pernah pesan
"kalau di terengganu biasanya cikgu- cikgu sekolah sampai petang"
bukan setakat petang. hujung minggu. cuti sekolah. hari- hari datang sekolah
sistem pendidikan di terengganu memang bagus. macam- macam program ada. semua untuk pelajar
alhamdulillah sejak balik ke terengganu. aku:
- menanda kertas spm moral
- ahli akram
bestkan. banyak perkara dapat belajar. cikgu- cikgu sangat tak lokek dengan ilmu. untung


